Home Puisi Kisah Hidup Derita Menanti
Derita Menanti
Dakwatputih
10/3/2019 23:08:52
774
Kategori: Puisi
Genre: Kisah Hidup

Kuharapkan masa berlalu pergi,

Dibawa sekali masalah diri,

Perit terasa hidup ini,

Pabila hati sukar berdiri.

 

Ingin ditangisi airnya tiada,

Ingin dikesali sudah disakiti,

Mencari insan untuk menemani,

Apalah diri tiada yang sudi.

 

Sia-sia berkorban minda,

Melawan diri dan kata hati,

Demi berani untuk ditemani,

Patung gersang terkunci disisi.

 

Hati terkesima dengan diri sendiri,

Kerana memilih persekitaran ini,

Bersepakat katanya membawa berkat,

Tetapi diri ini disisih menyepi.

 

Mengenang nasib teringat tuhan,

Meminta petunjuk dari ilahi,

Pedih berkurang minda terisi,

Dengan hikmah aku  mengenali.

 

Kerana Tuhan aku bangkit,

Yakin dengan langkahku ini,

Walau derita bakal menanti.

Ku langkah dengan niat suci,

Demi mencari sinar pelangi.

 

 

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.