petang biasa
jalan sahaja
menuju gurfah menimba
baca-baca.
oh
hari ini tiada berbuku
ada pidato di tandaku
lengahku saja
teksnya ku hafal segera.
dudukku menunggu
sebelas giliranku
nanah jerawat di pipi menggangguku
sendi muka tak tentu.
mata ingin lelap
di meja kepalaku tekap
rakan sebelah mengejut
hafal! angka makin lanjut.
ah
aku pening
kepalaku sedikit pusing
denyut-denyut rasa
ku gagahkan mata
tak hirau pinar-pinar
acuh segar-segar
ditekan-tekan
Alhamdulillah pelipisku meringan beban.
saat sudah bicara
senyum manusia dan suka
melerai pening di kepala.
ku ubah skrip
ada baharu hendak dititip
guna komputer riba
kemudahan dari ibu tercinta
menguji sabar manusia
besi tanpa nyawa.
pening lagi, keluh lagi.
mujur sudah lega.