Home Puisi Kisah Hidup kesedihan diri
kesedihan diri
ammir_09
13/3/2019 10:50:25
1,002
Kategori: Puisi
Genre: Kisah Hidup
sedih...

bagaikan belahan yang merobek hatiku ini 

topeng yang ku pakai...

sudahpun rosak kerna sering ditukar ganti

makin ramai manusia makin banyak topeng perasaan yang aku ada

pelbagai topeng perasaan yang terpaksa ku pakai

ada yang untuk kesedihan ada juga untuk kegembiraan 

tombak kesedihan menerpa laju ke atas diriku

mengalir ke dalam salur darahku 

seperti jangkitan yang terus membuatkankuperit dan pedih

kegembiraan...

sudah lama hilang dalam ingatan diriku 

semakin lama semakin menjauh 

sehinggakan hanya tinggal kesengsaraan dan kemarahan yang membakarhati dan diri ini 

sehingga menjadi abu yang beterbangan 

mampukah aku untuk mengekalkan topeng-topeng perasaan ini?

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh ammir_09