hujan
langit dalam kesamaran
wiper mengelap berterusan
padang langit kian kabur
pandanganku berterabur.
hujan
memasuki kawasan stesen MRT
dari dalam kereta ku memerhati
hujan belum menanda henti
mencurahi bumi arahan Tuhan Maha Suci.
hujan
lantai kian tenggelam
kakiku redah menyelam
pada banjir anak menyusur laju
membasahi selipar murahku
ditambah tiupan bayu hujan bagaikan membeku.
Ya Allah
aku bersyukur padaMu
mengurniakan rahmatMu
hujan mandian alam
pada petang dan jelmaan malam.
dari jendela MRT
ditambah sejuknya pendingin hawa
renungku jauh didalam hati
hujan pembawa bahagia dan tawa
buat manusia yang menghargai nikmatNya
juga bawa bala bencana
buat manusia yang durhaka padaNya.
8 Mac 2020, MRT Kwasa Sentral