Home Puisi Kisah Hidup Duhai Bonda
Duhai Bonda
Mawar Azlin
30/9/2019 08:35:12
1,995
Kategori: Puisi
Genre: Kisah Hidup
Duhai bonda,
Sudah jauh kau tinggalkan anakmu,
Jauh beribu batu,
Jauh sehingga aku tak terdaya mencapaimu,

Duhai bonda,
Ketahuilah tatkala kau menghembuskan nafas terakhir,
Akulah manusia paling rugi ,
Aku Kehilangan berkat dan doa darimu,
Aku kehilangan tempat bergantung harap,
Aku kehilangan tempat meluah rasa.


Duhai bonda,
Menjagamu ketika sakit adalah satu pengalaman terindah dalam hidupku,
Walaupun aku tahu ia masih belum cukup untuk membalas semua jasamu ,
Terima kasih Ya Allah berikan aku peluang untuk berbakti buat kali terakhirnya.


Duhai bonda,
Ketahuilah kau adalah wanita paling kuat yang pernah aku jumpa,
Wanita yang sentiasa ceria walaupun sedang menanggung derita,
Wanita yang sentiasa menjadi pembakar semangat aku .


Duhai bonda,
Terima kasih melahirkan aku ke dunia ni.
Terima kasih di atas semua nasihat mu di masa lalu,
Terima kasih membuatkan aku menjadi manusia lebih kuat.


Duhai bonda,
Tidak lama lagi anakmu bakal memulakan perjalanan baru,
Mencipta pengalaman baru bersama orang baru,
Jika ketika ini kau masih disisi,
Aku yakin aku adalah orang paling gembira.

Duhai bonda,
Terlalu banyak yang ingin aku kongsikan,
Tentang hati, tentang perasaan, tentang rasa,
Namun semuanya tidak terlafaz.
Dipendam dan disimpan kemas .

Duhai bonda,
Ketahuilah anakmu ini sentiasa merinduimu,
Namamu sentiasa di dalam doaku,
Tenanglah kau disana,
Al-fatihah.
Azimah Yahya
14 July 2019.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Mawar Azlin