Home Puisi Kanak-kanak Langkah Si Cilik
Langkah Si Cilik
Amy Zaila
5/8/2021 13:12:15
2,584
Kategori: Puisi
Genre: Kanak-kanak

Langkah Si Cilik

 

Alangkah bahagianya kamu

Di usia mentahmu mu sebegitu

Tiada kenal erti masalah

Wahai sang buah hati cilik

Anugerah terindah dari Illahi

 

Kau hulurkan tanganmu

Ku sambut tangan mu

Ku belek jari jemarimu

Lembut, mulus,

Aduhhh….Indah sungguh ciptaan Tuhan

Tiada kata dapat digambarkan

 

Aduhai anak penyeri syurga

Duniamu hanya ketawa dan menangis

Ketawa….

Tatkala kau rasa  gembira

Menangis…

Di saat kau dirundung kecewa

 

Buah hati penggarang jantung

Bangun dan bertatih la kamu

Pantaslah kamu mara ke hadapan

Jangan pernah toleh ke kebelakang

Jangan juga pandang ke kanan dan kiri

Ayuh…

Teruskan langkahmu

Kamu harus kekal di hadapan

Derapan langkahmu mampu menggegarkan dunia

Harungi segala cobaan yang mendatang

Kentalkan jiwamu

Bulatkan tekadmu

Agar kamu dapat berlari lebih jauh

Bersiap sedia meniti usia

Dan…

Warnai hidupmu dengan ketawa

 

 

Nukilan :

Amy Zaila @ Hila Zait

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.