Home Puisi Islamik Bila Tiba Masa
Bila Tiba Masa
Kutz Amlan
21/3/2019 12:17:57
1,224
Kategori: Puisi
Genre: Islamik

BILA TIBA MASA

Benar bisik waktu

     “aku semakin singkat..”

Sekali fajar bersua

Setiap detik dituntut semula

Berhentilah jiwa

Tangguhkan segala hikayat dunia

Lunjur kaki, hela nafas perlahan-lahan

Renung dalam-dalam :

     -mana ratib meratap Sang Pencipta?

     -mana bekal bertemu Yang Esa?

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.