Bayangan 
Bagai satu cerita 
dikau datang khabarkan 
padaku adanya kalian 
mimpi, ilusi tapi
adanya kalian ada benar 
Kisah bukan dogengan 
Tujuh petala langit,
tujuh petala bumi,
tujuh petala laut
tujuh petala bumi
aku berseru kalian hadir 
hadir membawa khabar 
bumi musnah akan berakhir 
segala apa yang ada 
berganti semula sebagai 
permulaan alam baru 
Alam baru penuh dengan 
cerita lara lalu 
akan berulang kembali
bersama usul dan jasad 
lampau dan langka
ini kisah permulaan hari ini
langit mula menunjuk 
segala perubahan bahawa 
ini saat akhir cerita ini
segala bersembunyi 
segala haq akan timbul
bangkit berjuang melawan 
segala batil kehidupan 
hapus segala petaka yang ada
Dewi lara 
25/10/2019