Home Puisi Fantasi MIMPI
MIMPI
dormie2015
20/12/2018 16:31:50
1,893
Kategori: Puisi
Genre: Fantasi
MIMPI


Jiwa mengembara entah dimana

Alam mana kutembus 

tak bisa ku bicara

sekadar mahu bercerita

meluah segala disini


Dikebisuan resah hati

tiada penghujung jiwa ini 

tersingkap rahsia tiada 

tafsiran tersirat dan tersurat


Bagaimana mahu aku bisa 

lalui segala umpama mimpi

dudukku diam

diamku bermimpi

jauh terlontar 


Bukan angan tapi 

semua umpama nyata 

sedih terpana dalam arus masa

terperangkap aku dalam gelombang 


Masa lampau tiada penghujung 

Sarat aku derita disini 

ingin kubebas dari semua ini 

Segala kuharus tempuh 


Perjuangan disini belum kuhabisi

tapi aku terlontar jauh dimasa kini

mengharungi derita yang sama 

Manusia yang kujumpa serupa 

seperti yang mengejarku 

seumpama memburu aku disini


Dewi Lara 

20122018

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.