Kelam
Tanpa bulan menyinari
Sunyi
Tanpa suara menemani
Hambar
Bila resah cuba menguji
Hati
Terasa gerimis membasahi
Bicara pada malam
Hatikan cuba tenang
Namun hatiku
Kekal membeku
Moga siang penuh harapan
Dipenuhi pelangi
Walaupun rintik hujan
Datang mendahului
Pasrah hati
Menerokai hidup ini
Redha Illahi
Mogaku dirahmati