Home Puisi Cinta JIKA
JIKA
Atiya Nashwa Nayla
4/12/2017 17:13:38
1,277
Kategori: Puisi
Genre: Cinta

Rinduku susut di celah nyanyian angin,

Kasihku taruh di pura waktu...

Bermusim...ku simpan resah.

Biarkan waktu dan pasir itu berserakan,

Biarkan cahaya itu memancar.

Menyala pada suram alam maya...

Jika matamu,

Berat memandangku,

Ringankanlah kakimu pergi dariku.

Jika bibirmu,

Terpaksa senyum padaku,

Relakanlah mukamu untuk berpaling dariku.

Jika susah...

Untuk kau melupakan kesilapanku,

Senangkanlah lidahmu untuk menghinakanku.

Tapi...

Andai suatu hari

Telingamu terdengar berita kematianku.

Ikhlaskan..

Dirimu menziarahi dan bisikan padaku,

Yang kau telah memaafkanku.

Moga kalimah terakhirmu itu,

Menjadi pelita di kubur gelapku,

Menjadi bantal tika lena panjangku...


Atiya Nashwa Nayla

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.