Home Novelet Cinta Jangan Nakal Sangat!
Jangan Nakal Sangat!
MALIZI AJEL
27/10/2017 22:32:59
3,237
Kategori: Novelet
Genre: Cinta
Senarai Bab
1
1

BAB 1

“DIAN kena dengar cakap mama. Mama tak nak dengar alasan lagi. Cukup dah peluang sebulan mama bagi pada Dian. Tapi, apa hasilnya? Kosong? Tak ada faedah pun!” Tegas suara Datin Rozi.

“Tapi ma…”

“Tak ada tapi-tapi lagi! Mama dah muak dengan semua alasan kamu tu. Mama tak nak dengar lagi alasan, faham tak? Dan sekarang, ikut segala telunjuk mama. Dengan siapa mama suruh kahwin, just marry her!” Datin Rozi memberikan kata muktamad. Sudah lemau dengan peluang yang diberikan, tetap tak jalan juga. 

“No, ma... Tolong faham Dian. Dian masih muda lagilah. Takkan nak kahwin dah? Mama kena tahu Dian masih tak habis lagi nak berseronok. Masa muda hanya sekali seumur hidup, Dian tak nak sia-siakan. Mama…” Dian cuba memujuk mamanya. Haih, apalah nasibnya ada mama yang tegas begini.

“Kamu ingat umur kamu berapa sekarang ni? 20 tahun, gitu? Dian, kamu dah masuk 28 tahun okey. Lelaki dekat luar sana tu, yang sebaya dengan kamu, semuanya dah beranak-pinak. Ada dua tiga orang anak dah. Tapi Dian ada apa? Kosong!”

“Mama, stop call me ‘zero’.”

“Macam mana mama tak panggil kamu ‘kosong’? Cuba kamu cakap. Mama terlalu manjakan kamu, I gave you many chance but what I got back? Nothing, right? Just ‘zero’, all of because you!”

“Ma, ada jodoh tak ke mana. Tiba masanya nanti, Dian akan berkahwin juga kan? Jodoh, urusan TUHAN. Biarlah ALLAH yang uruskan soal hidup Dian, dam bukan mama!” Ayat terakhir benar-benar deras. Itulah ayat sindirian daripadanya.

“Dian, I’m your mother. Mama dah tua Dian... Mama pun tak lama lagi dah. Kubur kata mari, rumah kata pergi. Dan, macam mana Dian nak mama terus menunggu? Mama nak tengok Dian bahagia, ada isteri, ada anak-anak. Mama nakkan cucu, menantu yang boleh diharap. Itu saja, takkan tak boleh?”

“Ma…”

“Susah ke?”

Dian tertunduk. Serba salah, itulah yang dirasainya tika itu. Otaknya pula berserabut.

“Susah sangat ke? Kalau itu saja dapat bahagiakan mama sebelum mama dijemput ILAHI, Dian tetap tak sanggup buat kan? Mama terkilan sangat, ruginya mama besarkan Dian selama ni. Tapi apa yang Dian sanggup buat untuk mama? Tak ada apa pun. Kosong!”

Dian kembali memanggung. Wajahnya bertukar sayu melihat air muka mamanya yang berlainan. Berkaca mata Datin Rozi memilukan hati lelakinya.

“Mama…”

Datin Rozi memintas, “Cukup Dian. Hari ni baru mama tahu, tak ada gunanya apa yang mama dan papa buat selama ni untuk Dian. Perkara yang senang, padahal dapat pahala lagi, tapi tetap tak boleh buat kan? Rasa menyesalnya mama lahirkan dan besarkan Dian. Kalau mama tahu sejak Dian dalam kandungan lagi akan jadi macam ni, biar mama gugurkan aje!”

“Mama, jangan cakap macam tu! Selama ni Dian tak pernah bagi mama happy ke? Dian tak nak sambung belajar, tapi mama paksa juga. Okey, Dian akur, ikut semua cakap mama. Tapi takkan bab pasangan hidup Dian pun mama nak memaksa juga?”

“Dian, ingat dengan siapa yang kamu bercakap sekarang ni!?”

“Kenapa, mama nak kata Dian ‘anak derhaka’ ke? Ya, sebagai anak, memang Dian kena ikut cakap mama dan papa selagi tak menentang syariat. Tapi, tak semua benda mama boleh desak. Ingat, suatu masa nanti Dian akan kahwin juga tak kira siapa pun dia tu,” balas Dian. Fuhhh, lega.

“Kamu ingat suka hati saja aku nak kahwin dengan sesiapa? Kamu tu anak Dato’, ingat darjat kamu. Kalau setakat minah mana pun tak tahu, jangan harap mama nak terima. Simpan dalam otak kamu tu, mama tak nak orang sebarangan masuk dalam keluarga kita! Faham?”

Dian rungsing. Dia mula memahami ayat Datin Rozi. Payah benar untuk mamanya terima siapa yang bakal menjadi isterinya nanti. Tapi dia belum bersedia apa-apa lagi, tak mungkin terus berkahwin pula.

“Biar mama tentukan siapa jodoh kamu,” ujar Datin Rozi. Sudah tahu siapa calon sebenar dan sesuai bergelar menantu kepadanya. Sangat sesuai malah secocok benar.

“Siapa?”

“Kaifa Risyas!”

Kaifa Risyas? Serta merta nama itu bermain di ruangan mindanya. Ya, kenal sangat siapa empunya nama itu. Seorang perempuan yang belum pasti masih berstatus ‘anak dara’ ataupun ‘bekas orang’. Nak menuduh melulu pun, tak pernah pula pergi check atau bertanya. Tak apa, pastinya masih ada lagi hawa yang jauh lebih sempurna daripada Kaifa itu.

Dian mengajukan soalan berani mati, “Kalau Dian tak nak kahwin dengan dia, mama boleh halang ke?”

“Anak derhaka akan masuk neraka tahu tak?”

“Hati dan perasaan tak boleh dipaksa.”

“Kenapa kamu susah sangat ni? Terima sajalah Kaifa tu! Dia sepadan dengan kamu. Anak orang kaya, anak Tan Sri pula tu. Jangan tolak lubuk emas, Dian.”

“Tak, Dian tak suka dia. Dian anggap Kaifa tu tak lebih daripada seorang adik. Ma, Kaifa tu panggil Dian, ‘Abang Dian’ tahu tak? Dan macam mana seorang abang nak berkahwin dengan adik?” Ya, benar panggilan itu. Abang Dian, sejak kecil hingga dewasa, panggilan itu tak berubah. Lagipun, tak hingin nak kahwin dengan perempuan tu. Sudahlah manja, gedik semacam pula tu. Padahal abang kandung sendiri pun ada, nak juga terhegeh dekat aku juga.

“Tapi mama tengok anak mata Kaifa tu, I know she loves you. Kaifa boleh bahagiakan kamu, Dian. Percayalah cakap mama, naluri seorang ibu tak pernah salah. Selalu tepat, trust me okay?” Datin Rozi memujuk.

“Dian tak suka dia, ma. Kenapa susah sangat nak faham?”

“Oh, pandai pula kata kat mama. Kamu tu macam mana pula? Tak boleh ke nak faham apa yang mama nak? Mama nak kamu bahagia, itu dah cukup. Tak susah kan? Tapi kamu buatnya jadi susah!” Suaranya meninggi.

“Tapi ini soal hati dan perasaan Dian. Mama tak berhak masuk campur!”

“Mama berhak atas kamu!”

Tiba-tiba…

“You, Rozi… Betul kata Dian tu. Tak semua perkara you perlu uruskan semua. Tambah pula soal hati dan perasaan.  Kalau dia tak suka, tetap tak suka. Kalau you paksa juga, you jangan menyesal bila jadi apa-apa, I takut you akan dapat malu nanti,” tutur Zarish lembut. Asyik mendengar pertelingkahan itu, lebih baik dia masuk campur. Takut juga menjadi petengkaran yang besar.

Datin Rozi memandang Zarish yang duduk di sofa di sebelah sofa Dian. “Mula-mula memang tak suka, tapi lama-lama nanti sukalah. Macam you dengan I jugalah…”

“Kita saling suka-menyukai. Tapi bukan untuk semua orang. You kena ingat, cinta tak boleh dipaksa. Sepatutnya, you kena bawa berbincang dengan Dian. Apa yang terbaik untuk dia dan untuk you juga, sama-sama kita bincang.”

“You jangan nak memandai! Ini urusan I dengan anak I. You tak payah masuk campur! Shut up your mouth!”

Zarish tersentak. Dia terkedu dengan kata-kata itu. Dia berkata, “Memang I tak ada kaitan pun dalam keluarga you ni. Tapi, kita dah sepakat nak bersatu kan? Apa salahnya I masuk campur? I lelaki, I faham perasaan Dian. Dian bakal jadi anak I. I kena pertahankan juga apa yang betul. You jangan ingat syurga bawah tapak kaki you, dan senang-senang you nak desak anak you sendiri. Fikir kesudahannya dulu sebelum buat keputusan.” Mahu saja dia melenting, tapi kesabaran mengatasi segalanya.

“Sekarang ni, apa yang I perlu buat? I nakkan cucu! I nak cucu I!” bergema ruang tamu dengan suaranya.

“You ingat, sehari kahwin, boleh terus beranak ke menantu you tu? You pernah mengandung kan? Berapa lama proses mengandung tu?”

“Sembilan bulan, kenapa?”

“Ha, tahu pun sembilan bulan. Sembilan bulan tu bukannya sembilan hari faham! Kalau Dian kahwin hari ni pun, dalam proses mengandung, kalau you mati awal, ingat sempat ke hah? Fikir guna akal, sia-sia ALLAH bagi akal kalau tak reti guna! Ngokkk!” Zarish membidas secukupnya.

“You ni dari dulu, tak habis nak desak anak you. Tak henti-henti membebel! Pot-pet, pot-pet, palam mulut dengan salotip baru tau. Cuba calm down sikit. Ini tak, bagi penampar buta je!” Sempat lagi dia mengajukan penampar kanannya. Acah-acah aje...

“You ni kenapa asyik sebelahkan Dian?”

“Sebab I ni lelaki, I faham perasaan Dian. Semua makhluk atas muka bumi ni ada hati dan perasaan. Perasaan cinta yang tak boleh dipaksa. Buruk padahnya. Biarkan Dian cari sendiri calon isteri, kalau salah pilih, kita tegur dia. Itu cara yang betul.”

“Herghhh!” 

Datin Rozi terus pergi. Dia menaiki satu per satu anak tangga dengan menghentak kaki. Kedengaran hentakkan itu.

“Nak bagi roboh tangga tu ke apa?” soal Zarish menyindir. Pantang nenek moyang Datin Rozi dibangkang semua katanya, begitulah jadinya… memberontak!

Dian bangun lalu duduk di sebelah bakal papanya. Mereka saling berpandangan. Dian berkata, “Pa, terima kasih sebab tolong Dian.”

“Sama-sama. Papa tahu hati Dian macam mana. Mama juga, mana boleh paksa-paksa. Tak apa, nanti apa-apa bagitahu papa okey? Dah jangan hirau sangat mama kamu tu, bukan betul sangat dia tu. Otak tak berapa nak betul, tu jadi macam tu.”

Dian tertawa kecil lalu memeluk Zarish. Walaupun beza umur antara mereka hanya dua tahun, tapi panggilan papa dan anak itu tidak pernah membezakan.

Zarish membalas pelukan itu. Kepala anak muda itu diusap perlahan. Beginilah caranya untuk menenangkan hati seorang anak. Sebagai ayah, walaupun dia tiada pertalian apa-apa dan hanya bakal ayah tiri, tapi dia perlu ada pada saat anak memerlukannya. Itulah seorang ayah.

“Dian… Nak tahu isteri yang baik untuk kita, dia takkan pernah menyusahkan kita. Dia sentiasa ada ketika kita sedih atau gembira. Senyumannya boleh buat hati yang lara bertukar gembira. Itu dah cukup bermakna. Percaya cakap papa, kamu akan dapat jodoh yang terbaik untuk kamu. Dia bukan calang-calang perempuan, dia lain dari yang lain.”

“Baik, pa. Dian akan cari semua ciri-ciri yang papa sebutkan tu.”

Misi seterusnya…

Mencari jodoh!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh MALIZI AJEL