Home Novel Travelog KAN AKU NI CIKGU...
KAN AKU NI CIKGU...
ARZMAN BIN SAAD
10/7/2014 13:43:00
5,539
Kategori: Novel
Genre: Travelog
Senarai Bab
BAB #1-5

Monolog

Tidak pernah terfikir yang aku akan bergelar guru. Perlu berada di sekolah mengadap budak-budak yang pelbagai ragam. Ditambah lagi dengan kerja-kerja pengkeranian itu ini. Bukan semua orang sanggup berbuat sebegitu. Menjadi seorang guru bermakna diri harus bersedia menjadi seribu satu macam. Superman, Ultraman, Batman atau lain-lain “man” pun belum tentu sanggup andai diminta menjadi guru.

Perlu berlakon menjadi kerani yang memasukkan pelbagai maklumat dan data dalam sistem online, dalam fail itu ini. Juga bertindak sebagai tukang kebun mengajar kemahiran hidup berkebun, bertukang, membaiki, menjahit dan memasang paip. Dia lah juga sehebat jurulatih berkelas dunia menyediakan pasukan untuk bersukan bertarung di padang. Kadang kala dia juga menjadi doktor yang merawat sakit demam pening dan keletihan. Menjadi warden dan polis mengawasi anak-anak di asrama tidak kira masa.

Aku memang tidak terfikir untuk menjadi guru lantara faham perit seorang guru yang sabar mengajar aku dan teman-temanku semasa di bangku sekolah. Berapa ramai yang nakal, yang kaki tidur, kaki couple, kaki ponteng, kaki rokok, kaki gaduh pun ada. Aku akui yang aku bukan dalam kumpulan itu. Aku ni budak baik, orang kata geng skema. Sebab tu aku kasihan melihat guru-guru aku yang terpaksa berdepan karenah budak-budak tu.

Aku memang tak mahu jadi cikgu. Cita-cita aku nak jadi ahli perniagaan. Satu hari, aku nak buka syarikat milik aku sendiri. Siap difikir nama lagi dah. NADA INTERPRISE. Syarikat pembinaan, pengangkutan dan konglomerat berjaya. Terbayang di fikiraku, yang aku akan membina sebuah empayar teguh di tempat kelahiranku. Pengakhirannya aku akan abdikan diriku ke dunia politik bergelar YB yang berjiwa rakyat.

Aku memang mengimpikan perkara ini menjadi nyata. Biar berapa lama masa pun aku tak peduli. Aku memang tak mahu jadi guru. Biar lah orang lain yang lebih sabar, lebih berjiwa seni menjadi guru. Tapi bukan aku. Jiwa aku bukan jiwa guru.

Tapi kenapa mak abah aku nak sangat aku jadi guru? Alasannya mudah sahaja. Jadi guru ni kerja dengan kerajaan. Ada pencen, gaji terjamin dan bla bla bla bla... Itu ini dipujuk supaya aku jadi guru. Aku tak nak. Tak nak, tak nakkkkkkkk... Tolong lah faham jiwa anak mu ini bukan jiwa guru. Aku tak nak jadi guru. Cukuplah enam tahun di sekolah rendah, 5 tahun di sekolah menengah dan empat tahun di universiti. Aku dah jemu mengadap muka guru aku. Aku nak tengok muka makhluk lain pula.

Tapi akhirnya begini lah nasib aku!!! Takdir Allah barangkali. Di mana-mana pun kini, aku tetap juga di panggil guru. Ke kiri Cikgu Arzman, ke kanan cikgu Arzman. Atas bawah pun cikgu Arzman. Adooiiiiiii aku tak terfikir pun aku akan dipanggil Cikgu!!!

Apa-apa pun, memang ini lah diri aku. Bila kau buat sesuatu, aku akan buat sepenuh hati. Setelah aku bergelar guru, jiwa raga ku adalah menajdi seorang guru. Aku akan terus dengan tagline diri aku “ seorang manusia biasa, yang berjiwa luar biasa” tapi kena lah tukar sikit kan. Aku tukar jadi “Seorang Guru Biasa, Berjiwa Luar Biasa”

Kini aku sangat happy dengan status aku seorang guru. Aku boleh jadi pelakon yang terhebat sebagai guru. Aku lah kerani, tukang kebun, jurulatih, doktor, hatta tok bomoh, tukang tilik yang terbaik di pasaran. Terima kasih atas usaha mak aku yang memulakan langkah pertama aku bergelar seorang guru. Terima Kasih Cikgu… Aku Suka! Aku Suka! Aku Suka! Jom layan kisah benar aku sepanjang bergelar cikgu.

BAB 1 : LANGKAH BERMULA

“Assalammulaikum.. Mak cek lulus pangkat 1 mak. Dapat 19 agregat!!! “

“Waalaikummussalam. Alhamdulillah, tahniah la abang... Lepaih ni isi borang cikgu.”

Aduhhhhhh.... Cikgu lagi. Aku tak mau jadi cikgu. Taubat aku tak mau jadi cikgu. Aku nak masuk Universiti Utara Malaysia. Nun di utara. Aku dah target U ni sejak aku lulus UPSR lagi. Nampak tak? Sejak aku sekolah rendah lagi, aku dah set yang aku nak masuk UUM. Bukan U lain apa lagi masuk maktab.

“Tahniah Arzman. Tak sangko pulok Ekonomi mu dapat A.”

“Terima kasih Cikgu Wan. Saya pun memang tak sangka sebab langsung tak target. Rezeki kot. Yang saya target pulak dapat C. Minta halal ilmu yang cikgu beri kat saya ya.”

“Lepas ni mu nak gi mano? Masuk maktab? Senang dapat kijo. Jadi cigu ni ada pecen. Dari mu make gaji dengan swasta.”

Aduhhhhhh Cikgu lagi..... Aku tak minat, tak minat tak minattttttttttttttttttttt!!!

Selepas duduk seketika dan berjumpa dengan guru-guru yang pernah mengajar aku, aku pun memohon undur diri. Selamat tinggal Sekolah Menengah Sains Teluk Intan. Lima tahun aku di SEMESTI, terlalu banyak kisah pahit dan manis yang aku lalui. Aku minta dihalalkan lah segala ilmu yang cikgu beri pada aku. Aku tak berapa nak ingat dah nama-nama cikgu yang dah beri aku ilmu. Tapi raut wajah confirmaku akan ingat.

Terima kasih cikgu Ardani yang mengajar Geografi merangkap mentor aku, cikgu Rohaya mengajar Sains, cikgu Seri Rohayu mengajar Matematik Tambahan yang mana tak pernah lulus masa ujian, Asyik dapat belas-belas je markahnya. Tapi SPM aku lulus tau. Cikgu Wan apa yer??? Cikgu Wan ni orang Kelantan. Ajar Ekonomi Asas. Cikgu Azlin ajar English. Aku paling tak lupa subjek ni lah. Sentiasa aku kena marah kena denda. Pernah dia tanya kenapa aku tak minat english? Selamber badak aku jawab “English ni bahasa penjajah! Saya benci penjajah!!” Mak aiiii.. semangat Dato’ Maharaja Lela betul aku kan. Tak tahu lah kenapa?

Tak lupa juga cikgu Norzainal yang mengajar Sejarah seratus persen guna buku teks. Sampai boleh khatam teks sejarah daripada khatam Al Quran. Cikgu Chong Diam Fong ajar Prinsip Akaun. Tapi serius aku tak minat dan diam sama seperti nama cikgu tu. Cuma tak lah diam sampai tertidur macam budak-budak hari ni. Lain-lain guru minta maaf aku tak berapa nak ingat lah. Guru Bahasa Melayu, Pendidikan Islam, Matematik dan Bahasa Cina. Muka aku ingat. Nama saja yang tak ingat. Minta maaf minta ampun ya cikgu-cikgu. Dan Aku rasa mereka pun tak berapa nak ingat dan Arzman ni yang mana satu?

Masakan tidak, aku ni manusia paling pendiam di sekolah tu agaknya. Adalah sebab kenapa aku ni pendiam, menyisih diri dari masyarakat sekolah. Berkawan pun dengan junior-junior. Rakan-rakan rapat dan beberapa orang cikgu mungkin tahu kisah getir yang terpaksa aku lalui sepanjang aku di SEMESTI. Namun, aku bersyukur, kegetiran itu sangat mengajar aku erti sabar, tabah dan bersemangat untuk berjaya. Terima kasih teman-teman.

Aku tinggalkan SEMESTI dengan langkah yang boleh aku aku banggakan. Dalam pada aku berdepan seribu satu dugaan yang maha berat untuk ku tanggung, aku masih lagi mampu mendapat Pangkat 1 dengan 19 agregat. Waktu itu, kira hebat juga tu. Ada jug ayang dapat pangkat 2, pangkat 3. Yang gagal pun ada tahu. Aku terbaik!!!

Seminggu duduk di rumah, boleh dikatakan setiap hari posmen akan datang menghulurkan surat. Macam arti s pulak aku ni. Surat tawaran daru UiTM, dari kolej-kolej swasta dan ada juga surat tawaran belajar sambil bekerja daripada Petronas. Nampak menarik sangat. Masa belajar lagi dah di tawar elaun seribu ringgit sebulan. Habis belajar tiga tahun terus sahaja kerja dengan Petronas dengan gaji hampir lima ribu Ringgit Malaysia. Ada peluang ke luar negara juga tu.

Tapi iman aku ni kukuh. Dalam kepala dah terpatri simpul mata. Aku nak masuk UUM. Aku hanya nak masuk Universiti Utara Malaysia. Lupa nak bagitau tahun tu, kita masih lagi tak perlu memohon masuk. Cukup sekali isi borang UPU lepas tu tunggu sahaja apa-apa tawaran yang datang. Sekarang ni, apa-apa pun kena mohon. Dah tu, yang memohon puluh ribu tapi tempat yang disediakan tak sampai sepuluh ribu. Kasihan. Sebab apa ye? Budak-budak sekarang makin pandai atau keputusan peperiksaan sekarang yang tidak menggambarkan kualiti pelajar hari ini?


Setiap hari aku tunggu surat tawaran dari UUM. Tapi hari-hari juga kau kecewa. Tapi aku yakin yang aku akan dapat masuk UUM. Sementara tunggu tu, aku terus lah bekerka dengan Apek Ban Sheng. Aku keje di Pusat Servis Bot di pekan Pantai Remis. Setiap hari aku kena berkayuh basikal sejauh lime belas kilometer untuk datang kerja. Lepas subuh, aku mula berkayuh. Hampir sejam juga. Bekerja dari jam 8.30 pagi hingga jam 6.00 petang. Gaji aku masa tu empat belas ringgit sehari. Penat jangan dicakap. Memang penat yang amat. Ada juga dulu aku lari. Aku pergi Penang dengan kawan, Tapi semalam sahaja. Pagi esoknya belum sempat kerja kilang, aku dah blah balik. Malam tu aku kena paww dengan mat bangla mana di kedai runcit. Ada ke patut, dia beli barang aku yang kena bayar? Lepas tu aku tolong Pak Lang aku jual air tebu. Sebelum aku balik semula kerja dengan apek Ban Sheng. Dia je yang boleh bagi aku duit gaji yang baik. Masa tu dah naik jadi tujuh belas ringgit sehari.

Akhirnya!! Aku dapat dua pucuk surat. Satu tawaran dari Maktab Perguruan di Ipoh dan satu lagi Matrikulasi Universiti Utara Malaysia. Aku gembira tidak terkata time tu.

“Abang dah buat pilihan ka? Mak harap abang pilih maktab. Masuk sana ada elaun, tak payah nak keluar duit banyak. Kalau masuk kolej abang tau saja lah. Semua tu nak makan duit kita saja. Kita ni bukan orang senang abang....”

“Cek nak masuk UUM. Cek tak mau masuk maktab, tak mau masuk Petronas dan tak mau masuk mana-mana kolej. Cek nak masuk Matrik UUM.”

Aku nampak muka mak aku kecewa. Sebab tu masa aku pergi daftar diri tu, walaupun satu van pi hantar aku, tapi tak nampak muka gembira di wajah mak dan abah aku. Adik-adik aku semua happy. Ye lah dapat jalan-jalan ke Kedah kan. Dan aku yakin, kisah lima tahun aku di SEMESTI akan berulang lagi. Dihantar masa mula masuk Form 1, dijemput bila habis Form 5. Itupun sebab barang banyak nak kena bawa balik. Tapi aku tak kisah sebab faham yang keluarga aku bukan orang senang.

Bergelar lah aku mahasiswa Matrikulasi UUM. Aku duduk di kolej kediaman TNB dan pagi-pagi naik bas ke kelas. Syok nya lah rasa masa tu. Lagi aku tak sangka aku beranikan diri masuk bertanding pilihanraya matrik. Aku ingat sampai bila-bila. Aku calon nombor enam dan motto aku pun Elak Nama Ayah ibu Malu. Aku yang selama ini pendiam boleh rupanya bercakap bila mikrofon di tangan. Aku dapat undian kedua tertinggi dari ramai-ramai calon. Seterusnya aku jadi Pengerusi Majlis Perwakilan Matrikulasi (MPM). Hahahahahahaha aku gelak kat diri aku sendiri sebab aku pun tak percaya sebenarnya yang aku akan jadi Yang Diipertua MPM. Jawatan tertinggi dalam MPM tu.

Semangat punya pasal sebab cita-cita nak masuk UUM tercapai, aku berjaya menamatkan pengajian di Pusat Matrikulasi UUM dan mulai 15 Jun 1996 aku bergelar mahasiswa UUM secara rasmi dalam bidang Pengurusan Sumber Manusia. Untuk gerak kerja kokurikulum pula aku ambil Khidmat Masyarakat (Pendidikan). Saja aku ambil tu sebab kalau ambil unit Pengakap, BBSM, Kadet, Pelapes dah kena kawad. Aku pantang bab berkawad ni. Memang aku akan hilang dulu. Tidak tahu lah kenapa langsung tak suka berkawad.

Bila masuk khidmat masyarakat ni, salah satu pengisiannya ialah praktikal. Aku diwajibkan menjalani latihan praktikal. Setiap hari khamis aku akan mengajar di sekolah-sekolah yang telah ditetapkan. Aku dan kawan aku sorang nama apa aku dah tak ingat di SMK Changlun. Aku jumpa dengan Pengetuanya dan kami diberikan sekumpulan dua puluh orang pelajar tingkatan dua untuk kami ajar. Kiranya kelas tambahan buat mereka lah. Siap dipesan kami kena sedia menerima jika pelajar-pelajar ini nakal.

Setakat aku mengajar saban minggu okey jer. Mungkin sebab guru baru, handsome (perasan giler.. atau orang kata poyo!) pulak tu. Mereka semua okey je. Tiga nama yang aku ingat sampai sekarang iaitu Kartina Shahriza, Rabiatul Adawiyah dan Nurul Izyan. Aku ingat sebab mereka tiga orang ni pengawas dan paling banyak bertanya time kelas. Sekarang ni, agaknya semua dah kerja dah kahwin ada anak dua tiga orang kan. Lama dah tu. Jujur aku cakap, jiw asebagai seorang guru tetap tak ada dalam diri aku. Mengajar sekadar nak penuhi kehendak kursus. Cumanya, aku ikhlas dengan ilmu yang aku berikan.

Dalam pada tak ada jiwa, setiap kali result peperiksaan keluar, yang inilah selalu memberi aku gred A. Agaknya jika aku ada jiwa guru, di gred tu siap ada tanda bintang apa kan. Tapi itu semua kisah dulu kan. Syok juga mengajar ni cuma aku masih dengan stigma aku tak mahu jadi cikgu.

Hari bersejarah aku berlangsung pada 11 November 2000. Aku menerima Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia Dengan Kepujian dari UUM. Aku bersalam dengan Dato’ Dr. Abdul Hamid Pawanteh, Naib Canselor UUM. Kalau aku dapat Kelas Pertama mungkin aku akan dapat bersalam dengan Sultan Kedah. Tapi niat aku masuk UUM tu sekadar nak bergelar mahasiswa UUM dan dapat ijazah. Tak kisah kelas berapa pun. Dengan iringan muzik gamelan, aku menerima segulung ijazah kelas kedua sahaja. Bersaksikan mak abah aku dan di luar Dewan Muadzam Shah tu ada kakak dan adik-adik aku bersama dengan Norlaili dan Kartina Shahriza. Aku jemput dua orang ni bersama sebab mereka ni teman yang banyak beri aku dorongan untuk menghabiskan pengajian di UUM.

UUM dah masuk, ijazah dah dapat. Ke mana langkah aku seterusnya ya? Baru nak fikir. Nak buka bisnes sendiri confirm tak boleh. Duit bukannya ada. Nak kerja, ada ke company yang nak terima aku yang tak da pengalaman ni? Aduh.... macam mana ni? Tapi aku tak menyesal walaupun mak aku ada cakap kat aku satu hari tu.

“Itu lah, mak suruh masuk maktab, abang tak mau. La ni, ada ijazah pun nak guna ke mana?”

Aku dapat panggilan daripada Encik Ahmad Khusairi, Pegawai jabatan Buruh Taiping. Dia kata ada syarikat sudi nak terima aku bekerja sebagai Pengurus Personel syarikat tu. Tu dia!!! Rezeki datang bergolek. Aku terus meninggalkan kampung aku dan memulakan kehidupan di Taiping sebagai Pengurus Personel di Prima Food Quality. Kilang membuat roti dan biskut yang tidak lah sehebat Gardenia atau High5 tu. Tapi oleh lah sebab fresh graduate dapat jadi pengurus personel. Syarikat cina pula tu. Aku pun memulakan kerjaya sebagai pengurus di situ dengan semangat yang membara. Tak sabar nak praktik ilmu yang di pelajari di UUM.

BAB 2 : INDAH KHABAR DARI RUPA

“Saya mau, you tengok apa yang tidak kena dengan company kita. Then you buat cadangan biar i tengok. Yang penting ikut law.”

“Ok boss. Beri saya masa sebulan untuk melihat dan mengemuka cadangan.”

“Ok satu bulan i kasi you.”

Dengan gaji ditawarkan RM2500 kira lumayan lah tu jika dibanding dengan pengalaman aku yang kosong kan. Aku melihat keseluruhan syarikat, selak satu persatu fail syarikat. Dari jam 8.00 pagi ke pukul 6.00 petang aku buat kerja aku. Lebih dua jam setiap hari aku kerja. Dapat bayaran lebih hihihihihihihihi.

“Bos, ini saya punya dapatan dan cadangan untuk bos lihat dan pertimbangkan.”

“Haiya... ini tidak boleh terima. Ini orang i punya adik, ini i punya sepupu. So, memang gaji dia orang kasi lebih sikit. Ini maid, i bayar itu kerajaan, so suka hati i mau bawa dia datang sini. Ini pun mana boleh bikin. Kos tinggi man amau untung?”

“Tapi bos suruh saya tengok, saya betulkan yang tak betul kan? Gaji mesti sama rata lah. Tak kisah lah adik beradik atau tidak. Gaji mesti ikut taraf pendidikan dan pengalaman. Orang gaji tu, kontrak sebut bertugas di rumah sahaja kan. Bukan bawa ke sini buat kerja sini. Kalau Jabatan Buruh tahu, boleh kena saman.”

“Haiyaaa.. you bos ka i boss?? I bayar you gaji untuk bikin keje you. Bukan pandai-pandai!”

Pening kepala aku dengan boss cina aku ni. Kalau tak sebab fikir dia boss, dah lama makan penampar aku kot. Nasib baik kau tu boss aku nyonya oiii.... Aku malas nak pening kepala dalam bab ni. Sebab aku rasa yang boss cina aku ni tidak akan menerima apa sahaja cadangan pembetulan yang aku dah panjangkan pada dia. So? Apa guna aku terus ada di situ? Sebagai Pengurus Personel tapi power tak ada? Dah tu, gaji dijanji RM2500 di bayar hanya RM1500. Alasan aku tidak sah jawatan lagi. Tidak pula dinyatakan dalam kontrak begitu.

Akhirnya aku nekad letak jawatan 24 jam dan aku balik kampung. Cuma aku bawa bersama beberapa fail syarikat. Bukan apa, aku ni fikir juga kalau-kalau syarikat tahan gaji aku. Rugi lah kan. Selepas berbincang-bincang dan aku dapat bayaran penuh gaji aku, aku pun tinggal kan fail-fail syarikat di Balai Polis Kamunting.

Aku pun kembali mengadap apek Ban Sheng dan bekerja sebagai kuli dia semula. Aku masukd alam air paras leher, naik kan bot dari air ke darat. Cuci, buang teritip di badan bot, dah kering, aku cat bot tu dan kemudian turunkan semula ke air. Gaji aku time tu dan diberi RM21.00 sehari. Ok lah tu dari awal-awal dulu RM14 sahaja. Kerja memang teruk. Tapi aku tak ada pilihan. Aku kena kerja untuk kumpul duit sebelum nak ke mana-mana memula kerier aku. Ada juga bercita-cita nak ke Kuala Lumpur atau Selangor.

Dua bulan aku kerja situ, gaji aku dah naik jadi RM30.00 sehari sebab aku dah mahir buat semua kerja. Paling penting, aku jenis yang tak melawan cakap tokey aku. Aku diam dan buat sahaja kerja yang di suruh. Pekerja dia yang lain silih berganti. Tak tahan dengan mulut dia yang macam bertih jagung. Aku pun tak tahu kenapa aku boleh tahan kerja dengan dia. Aku dapat beli motorsikal. AEF 7395 kris hitam pilihan ku. Itu lah harta pertama yang aku miliki. Tapi sebulan pakai, aku terbabas dalam hujan. Dua bulan motor aku tersimpan di bengkel sebelum dapat diguna semula.

Dalam diam-diam, mak aku rupanya ada berbuat sesuatu. Tetiba aku terima surat panggilan temuduga untuk kemasukan program Kursus Perguruan Lepasan Ijazah. Orang panggil KPLI lah sekarang ni. Adoii mak aku ni. Semangat nak tengok aku jadi cikgu tak pernah padam. Aku pun, nak tak nak pergi lah temuduga tu di Ipoh.

Calon ramai lah juga. Dan aku fikir-fikir tiap seorang tak kurang sepuluh minit di dalam bilik tu. Apa yang disoal? Siapa Menteri Pelajaran? Siapa PM? Siapa Menteri itu ini? Atau sebab apa nak jadi guru? Apa aku nak jawab? Mak aku suruh? Tunggu sahaja lah apa soalan dan aku jawab dengan jawapan yang paling jujur.

“Boleh awak jelaskan kenapa Malaysia kalah final bola sepak Sukan Sea kepada Filipina baru-baru ini?”

Apa punya soalan daa??? Tak ada kaitan dengan perguruan langsung. Ke dia nak saja nak test kebijaksanaan aku. Nak sangat yer. Nak dengarkan jawapan jujur dan penuh bijaksana ku.

“Malaysia kalah final bola sepak lawan Filipina tu sebab keeper! Keeper Malaysia sangat bodoh. Bola yang sepatutnya dia boleh tangkap dengan mudah tetapi nak tunjuk fancy punya pasal, nak ditendangnya. Tapi apa jadi? Miss kick. Boleh terlepas ke kaki pemain Filipina. Mudah saja ditendang masuk gol. It lah kesilapan Syamsuri Mustafa yang paling bodoh.”

“Okey, itu sahaja yang saya nak tanya. Ada apa-apa soalan?”

“Itu sahaja? Emm saya nak tanya, saya dapat ke masuk maktab?”

“Awak rasa?”

“Saya rasa saya dapat sebab setakat ni, saya tak pernah lagi gagal dalam temuduga ataupun ujian akhir yang penting-penting.”

“Oh begitu. Awak sanggup jika awak kena mengajar di Sabah atau Sarawak? Di hulu yang tiada kemudahan asas?”

“Saya tak kisah tuan. Lagipun nak harap pergi sendiri sana, mungkin tak kan pergi. So, jika di hantar memang saya akan pergi. Memang andainya saya dapat jadi cikgu, time nak isi borang posting nanti saya akan letak 1. Sabah, 2. Sarawak dan 3. Baru semenanjung yang jauh dari negeri saya. Macam Johor atau Melaka.”

“Ok, tunggu sahaja lah surat tawaran. Terima kasih.”

Aku kembali mengecat bot bersama apek ban Sheng. Gaji aku time dah cukup lumayan kot. RM37.00 sehari. Memang mewah. Bersih-bersih dapat sekitar RM1100 sebulan. Tiada EPF tiada SOCSO. Aku pun seronok kerja kat situ. Memanglah tak perlukan sijil apa lagi ijazah untuk kerja kat situ. Cukup sekadar rajin dan sedia bekerja keras. Kadang-kadang kerja tak ada, aku bercuti. Cuma jika bercuti, tak da lah gaji. Kira gaji hari. Itu yang kadang-kadang hari yang tak ada bot, aku datang juga buat kerja pembersihan kawasan kerja. Dapat juga gaji.

10 Januari 2002 aku dapat surat tawaran KPLI. Akhirnya aku tak sangka aku akan masuk juga ke Maktab Perguruan. Ini semua mak aku punya kerja. Aku masuk sebab mak aku yang nak sangat tengok aku jadi cikgu. Nasib aku dihantar jauh. Aku ditawar masuk ke Maktab Perguruan tengku Ampuan Afzan, di Pahang. Aku pun mendaftar diri dan bergelar guru pelatih mulai 20 Januari 2002. Aku nak jadi cikgu? Matematik pulak tu!!

Bersama-sam ageng KPLI yang lain, aku mendalami ilmu matematik sebagai major dan imlu pendidikan sebagai pelengkap diri. Sekali lagi aku bermasalah. Matematik yang diajar adalah lebih kepada matematik tambahan. Aku ni mana pandai add math! SPM pun cukup-cukup makan jer. Tapi aku berterima kasih pada rakan pelatih aku, Noor Alydza dan Rafidah Uzir yang kerap memberi aku salin jawapan mereka hahahahaha.

Lupa nak bagitau, aku dilantik jadi Ketua Kelas KPLI tau. Apa lah mereka ni bagi aku yang diam ni jadi ketua. Masuk maktab ni aku tak diam seperti dulu dah. Aku dah boleh bercakap dan bising-bising. Maklumlah aku kan ketua. KU YOP panggilan aku. Ketua Unit. Yop tu sebab aku orang Perak. Di maktab ni lah aku mencuba pelbagai benda. Aku mengenali tenis, aku libat diri dengan Badan Bulan Sabit Merah Malaysia (BBSM) dan semua yang aku ceburi semuanya aku dilantik jadi ketua. Seolah aku ni pakar semua. Apa yang peliknya? Aku kan luar biasa. Ada juga kerja gila aku buat tau semasa di maktab.

Aku berkenalan dengan budak cashier kantin. Hahaha. Orang lain pakat tackle guru pelatih tapi aku lebih suka budak cashier ni. Bukan lah minat sebab apa. Sebab aku tengok muka dia muka ada masalah. Dalam mulut dok membebel macam murai tercabut ekor, dia ada masalah yang bukan mudah dihadap sorang-sorang. Bila aku dapat kenal dia, aku boleh bagi semangat

Kat dia kan. Sekurang-kurang dia ada tempat nak bercerita. Bila maktab nak dipindahkan dari Kuantan ke kampus baru di Kuala Lipis, aku sedih juga sebab tak boleh dah nak usik adik cashier tu. Tapi tetap kekal berkawan sampai hari ni.

Pernah juga aku bermotor dari Lipis ke Raub. Jauhnya lebih kurang 80 km tau. Semata-mata sebab teman sepelatih yang mengidam. Bahaya ooo orang pregnant jika tak dapat apa yang dia nak makan. Kang nanti anak melelh air liur. Itu orang kata. Aku percaya jer. Lagipun aku kan ketua diaorang kat situ.Kena jaga anak buah betul-betul.

Pengalaman bersama rakan-rakan KPLI sangat membantu aku menimbulkan rasa suka pada kerjaya yang bakal aku ceburi sepenuh masa. Aku mula suka sikit-sikit bergelar cikgu. Terima kasih lah Dato’, Tok Ayah, Tok Aji, Mak Aji, Linda, Aisyah, Kak Wani, Kak Irda, Abang Faris, Mat Roi dan lain-lain lagi tu. Nak sebut semua nama 40 orang tu kot panjang.

Aku seronok sangat bila dapat peluang mengikuti program Bina Insan Guru (BIG) di Pekan. Teringat time latihan di dalam air, tak ada siapa nak berkayak dengan sorang guru pelatih india ni. Badan besar dan aku tak ingat nama dia. Aku lah sanggup sebab aku ketua. Masa berkayuh tu, silap kayuh. Kayak kami terbalik. Time tu aku tak ingat, mungkin aku tendang muka dia kot untuk segera timbul di permukaan air.

Lagi satu yang buat aku seronok adalah ketika dapat buat Khidmat Masyarakat Pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Paloh Hinai juga di Pekan, Pahang. Program tiga hari dua malam yang memberikan peluang untuk menyumbang bakti kepada masyarakat di sana. Macam-macam yang kami buat dan dalam pada itu kami juga di “buli” oleh pelajar-pelajar di sekolah tu. Tidak mengapalah.

Sampai hati adik-adik semua yer membuli bakal-bakal guru Malaysia ni ya. Aku akan ingat namakau. Saloma. Ketua pembuli SMK Paloh Hinai. Juliana juga timbalannya. Yang lelaki tidak pula berani nak membuli. Aku bersama-sama rakan-rakan ku menjayakan pelbagai aktiviti meliputi kelas, gotong royong dan sukaneka. Tiga hari dua malam terasa begitu pantas berlalu.

Sekurang-kurangnya semangat aku nak menjiwai nama cikgu tu dapat dipertingkatkan. Sekolah tu ada campuran orang asli juga. Tapi satu apa pun aku tak belajar tentang perkataan yang mereka gunakan. Apalagi nak melihat gaya hidup mereka. Lagipun, orang asli sekarang bukan yang bercawat macam satu masa dulu kan. Dah moden dah sekarang ni. Entah-entah lebih moden dari orang kita yang di bandar. Mereka ada parabola kan? Kita ni harap nak ada piring astro sahaja. Hebat tu. Kerja kutip hasil hutan, memburung kijang tapi dapat miliki parabola. Best tu.... Bayangkan kalau aku bercawat? Pegang sumpit? Eiiiii tak sanggup aku nak bayangkan walaupun mungkin nak try juga hahaha.

MPTAA mengajar aku banyak tentang dunia perguruan. Semasa aku menjalani sepuh minggu praktikal di Sekolah Menengah Kebangsaan Bera juga, aku mula melihat dunia pendidikan dari perspektif seorang guru. Bila berada di dalam bilik guru, melihat suasana di dalam bilik guru, tak kurang gossip-gossip semasa guru rupanya tidak lah sesukar mana. Rasa aku lah. Aku lihat guru-guru di situ masih punya masa berehat, bergossip, membuat jualan langsung. Dipujuk aku membeli insurans dan tupperware. Aku memang tidak berminat dengan semua tu. Aku hanya tersenyum dan menyatakan aku belum berminat lagi.

Aku mampu mengawal kelas yangaku ajar dan tidak hairan lah jika mendapat pujian daripada Guru Penolong Kanan Akademik sekolah itu, Cikgu Hassan Bin Basri. Penamatnya latihan praktikal itu aku dan cikgu Suhaimi mendapat banyak hadiah dari pelajar-pelajar aku. Tidak kurang yang menangis dan berpesan agar terus mengajar di SMK Benta. Confirm lah aku tidak akan ke situ. Dalam kepala dah set nak mengajar di Sabah atau Sarawak.

BAB 3 : NAIK BELON MAS

Tamat sudah pengajian aku di MPTAA, balik lah semula ke Pantai Remis. Kembali bekerja dengan apek Ban Sheng sementara tunggu surat posting. Lupa nak bagitau. Masa isi borang posting, pilihan aku sama seperti yang aku cakap masa interview setahun yang lalu. Aku akan pilih nombor satu Sabah. Nombor dua Sarawak dan nombor tiga Johor. Aku nak sejauh yang mungkin dari negeri kelahiran ku. Belum tiba masanya untuk aku berkhidmat di negeri Darul Ridzuan ni. Tunggu lah kot dekat-dekat nak pencen ke. Atau memang ada peluang langsung lah nak merasa langsung tulang empat kerat anak jati Pantai Remis ni.

10 Januari 2002 aku masa aku sedang leka membaca surat khabar di buai bawah pokok mempelam, datang lah posmen ke halaman rumah aku bawa surat tertulis Urusan Seri Paduka Yang Dipertuan Agong. Aku dah tahu surat posting aku dan dalam diam aku doa lagi “Bagi lah dapat Sabah atau Sarawak.” Aku tinggalkan sementara Berita Harian, Harian Metro, Utusan Malaysia, Harakah mahupun Keadilan. Aku ambil surat dari posmen selepas aku calit satu tandatangan di buku penerimaan surat berdaftar. Aku buka......

“Yahooooooooo... dapat pergi Sarawak!!!!!” Tapi aku tak lah menjerit macam tu. Aku buat-buat sedih. Bagitau lah kat mak aku.

“Mak, cek dapat surat posting dah.”

“Dapat kat mana? Area sini juga ka?”

“Dak.... Kena pi Sarawak! Betul lah kata pensyarah kat maktab hari tu. Batch kami semua akan di hantar ke Sabah Sarawak.”

“Awat yang jauh sangat. Minta tukaq ke sini la.”

“Belum pi lagi pun dah nak minta tukaq dah? Dulu nak sangat kan orang jadi cikgu. Kena la terima bila anak di hantaq pi mana-mana pun.”

Aku tinggalkan mak aku yang termangu dan aku pun kembali baca surat khabar yang masih ada lagi ruangan yang belum dibaca habis. Bukan baca semua pun. Ruangan sukan tu wajib baca semua. Ruangan hiburan okey juga lah. Yang tak tengok sangat tu ruangan ekonomi. Aku memang dalam satu hari akan beli empat lima jenis surat khabar. Memang isinya sama tapi jenis surat khabar tak sama kan. Nak kena seimbang antara surat khabar yang berpihak kerajaan dengan surat khabar yang berpihak pembangkang. Aku bukan ahli mana-mana parti tapi aku ambil tahu perkembangan semasa politik negara.

Petang itu aku berjumpa dengan Norasyikin. Aku beritahu dia yang aku akan mula bertugas di Sarawak. Dia nampak terkejut tapi aku tahu dia sedia merelakan aku pergi ke sana. Dari awal perkenalan aku dengan dia pun aku dah menyatakan yang aku besar kemungkinan akan di hantar bertugas ke Malaysia timur.

“Apa kata kalau sebelum abang pergi, kita nikah? Tak payah ikut plan kita yang asal. Ikin boleh ikut abang ke sana. Tidak lah berjauhan. Apa pandangan Ikin?”

“Ikin tak mau! Ikin nak kita ikut plan asal kita. Ikin tak sedia nak kawin. Ikin muda lagi.”

“Tapi abang nak pergi bukan dekat. Tak tau berapa lama pulak tu. Mak pun tak kisah kalau kita nikah terus. Lagi senang. Tak lah dia risau abang sorang-sorang kat sana. Dia takut kalau abang terpikat kat orang sana, langsung tak mau balik sini.”

“Itu ikut abang lah. Tapi, Ikin tak nak! Muktamad! Ikin tak nak! Kalau abang tak boleh nak terima, senang saja. Kita putus!”

Putus? Aku putus sebelum aku nak berangkat ke Sarawak. Sedihnya hati. Aku pun meninggal kan Ikin yang tetap berkeras hati dengan memecut AEF 7395 aku tu melepaskan rasa kecewa. Bila hati dan jiwa melayang memikirkan hal lain, akibat buruk sudah pasti. Sama seperti yang ada di papan iklan di tepi-tepi highway. Tidak berhati-hati, padah menanti. Aku tersungkur lagi di jalan raya. Sakit giler bila aku terperosok dalam hutan. Tangan aku tertusuk dengna batang pokok ubi. Apalah punya sial kau anak lembu. Yang kamu melintas waktu aku sedang pecut laju apasal? Tak pasal-pasal kau mati merasa motor aku.

Aku tak kisah. Tangan yang sakit ni tidak sesakit hati yang terluka. Chewahhhh sempat lagi berjiwang karat di saat kecelakaaan. Bersantai kira-kira empat jam di Hospital Taiping. Aku disuntik di cucuk untuk masuk air dan dibenarkan rehat. Petang tu aku datang dijemput sebab aku tak dapat jalan betul. Terjongket tersenget juga lak kisah lah. Paha pun masih terasa sengal-sengal lagi. Nasib baik tak arwah. Kalau tidak, kempunan Bumi Kenyalang nak merasa khidmat aku kan.

Seminggu dah berlalu. Norasyikin pun langsung berdiam diri. Tak kisah lah sebab aku pun bukan jenis yang suka sangat memaksa orang untuk terus suka kat aku. Biar semuanya ikhlas sendiri. Dipaksa-paksa pun tidak membawa bahagia. Bukan aku tak pernah putus cinta pun. Dulu aku putus dengan Amaliah pun bukan sebab aku tak mahu kat dia. Tapi keluarga dia yang tidak boleh terima aku yang berasal dari semenanjung. Sudahnya aku tersungkur atas jalan juga. Kes langgar lopak aor dalam hujan. Lopak tu pun, time tu lah nak muncul. Aku tak nampak sebab dalam hujan. Lepas tu aku juga pernah juga accident bertembung dengan lori treler lagi tu masa aku kecewa dengan Siti Noor Fatmah.

Cuma dengan Siti Noor Fatmah tu aku tidak lah mengharapkan sangat. Aku suka-suka cuba nasib. Yelah, berkawan rapat dan nampak serasikan. Cuba je lah luah hasrat. Mana tahu gadis cashier maktab tu mahu terima aku. Rupanya telahan aku salah. Dia dah ada pakwe dah. Aku sendiri yang frust sikit saja. Sikit-sikit pun mencium juga tayar treler di Mentakab.

Jadi, bila putus lagi buat kali kali ini aku tak da rasa ralat sangat pun. Cuma aku harap ini putus yang terakhir lah. Aku nak lupa sejenak kisah cinta. Aku nak bina kerjaya dan memula-kan kehidupan sebagai seorang guru dan seorang warga negeri Sarawak. Semangat aku nak ke sana. Sekarang peluang dah pun di depan mata. Terima kasih dan selamat tinggal kisah cinta ku. Tidak lupa tapi tak kan diingat lagi.

Pagi itu, aku dan emak aku ke Kuala Lumpur. Aku perlu ke Hotel Dynasti untuk sesi taklimat dan orientasi khas sebelum terbang ke Sarawak. Aku akan bermalam di hotel. Terbayangkan kali pertama dan terakhir aku meningap di hotel adalah pada tahun 2000. Waktu itu aku sedang menjalani praktikal di Jabatan Buruh Taiping. Jabatan Buruh Taiping menganjurkan Seminar Perburuhan Peringkat Daerah Larut Matang dan Selama yang mana aku dilantik sebagai penyelaras. Jadi sehari sebelum program berlangsung aku ditempatkan di hotel Legend Inn untuk membuat persiapan akhir sebelum menerima kira-kira dua ratus orang pengurus syarikat atau pengurus sumber manusia dari dua ratus syarikat dalam daerah Larut Matang Dan Selama. Besar tanggungjawab untuk menguruskan majlis yang akan dirasmikan oleh Pengarah Buruh Perak, Encik Malek Bin Ishak.

Aku akan meninggalkan kampung halaman dan meninggalkan seluruh keluarga di sini. Malam itu aku mengemas barang aku. Aku nak bawa hanya satu beg sahaja. Malas aku nak pikul dua tiga beg. Dah lah pergi naik bas. Bukan naik kereta atau dihantar naik van pun.

Di Puduraya, mak aku menyuruh aku menelefon Kak Zam. Aku raba poket untuk mengambil syiling. Puas di raba tapi tak ada di semua poket. Mana perginya dompet aku?

“Mak... Dompet orang tak dak ni!!”

“Ya Allah.. agaknya dah kena curi dah tu. Haram jadah sungguh. Sapa la yang tergamak curi dalam kita dok bersesak kat puduraya ni. Abang tak dak duit langsung ka?”

“Tak dak. Semua duit yang nak di bawa tu ada dalam dompet. Duit yang pinjam kat tok pun ada dalam tu. Seribu tu mak. Cek nak pi Sarawak macam mana dengan duit tak dak, ic pun tak dak, Kot lah boleh naik kapal terbang macam mana?”

“Tak pa lah. Kita usaha telefon kak Zam dulu minta tolong dia. Pi kena pi sebab dah arahan.”

Tak lama selepas itu Kak Zam pun sampai dan mak menceritakan semau yang berlaku.

“Di KL ni man, kalau kita tak berhati-hati, duit dalam poket depan mata pun boleh hilang. Diaorang tu pakar. Mencuri kita langsung tak sedar pun. Tau saja dah hilang. Tak pa lah, Man pi lah Sarawak. Jangan bimbang. Kak Zam bagi sikit duit belanja. Tapi kita pi buat report polis dulu untuk maklum kehilangan ic dan kad – kad bank tu.”

Akhirnya aku berjaya juga naik belon walaupun tiada ic. Nasib baik pasport aku simpan dalam beg. Berbekalkan sedikit duit yang diberikan kak Zam itu lah aku akan memulakan hidup di negeri orang. Aku tidak patah semangat langsung. Nasib buruk sekarang pasti dibalas dengan kebaikan yang tidak berpenghujung oleh Dia. Asalkan aku sabar.

BAB 4 : KEJUTAN BUAT AKU

Kecut perut aku masa pesawat Malaysia Airline System atau MAS berlepas. Terasa kering darah aku. Bila dah ada di atas terasa boring betul. Seolah-olah pesawat tidak bergerak, Kiri kanan hanya putih awan sahaja. Nak tidur memang tak dapat tidur. Nak berbual dengan orang di sebelah aku, tak ada isu nak dibualkan. Penerbangan satu jam empat puluh lima minit itu berakhir bila sekali lagi perut aku kecut semasa pesawat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching. Seramai lebih kurang dua ratus orang guru yang ditempatkan di Sarawak menaiki pesawat itu. Kami disambut oleh wakil dari Jabatan Pelajaran Sarawak dan kemudian dihantar ke Electra House. Di situ kami akan

Hampir dua jam menanti van yang disewa tiba, aku sempat berkenal ala kadar dengan dua lagi guru yang turut sama di hantar ke sekolah yang sama dengan aku. Dapat lah aku kenal dengan Mohamad Bin Adam dan Siti Wahida Binti Suleiman. Tapi aku malas lah nak cakap banyak. Aku bukan jenis ramah tamah yang ringan sangat mulut nak bercerita itu ini. Tidak semua orang boleh aku berbual. Aku memang dari awal lagi agak pendiam pemalu. Hanya dengan orang pada fikiran aku boleh ngam dengan aku sahaja yang aku boleh berbual dan juga berkawan lama. Jika tidak memang tidak akan berkawan lama.

Perjalanan daripada Electra House di Kuching ke Daerah Simunjan yang terletak kira-kira 175 kilometer aku jangkakan akan mengambil masa sekitar dua jam untuk sampai. Itu pada perkiran matematik aku jika van bergerak dengan kelajuan sekata 90 kilometer sejam. Tapi yang sebenarnya lain.

“Lebih kurang empat jam cikgu untuk sampei ke Simunjan. Jalan sik bagus. Perlu jua lalu nya jalan balak. Belum ada tar lagi cikgu.”

Tu diaaaaaaa!!!!! Kejutan pertama buat aku. Perjalanan 175 kilometer yang akan memakan masa empat jam. Mau kematu punggung aku dalam van. Tapi aku tak peduli lah. Asalkan sekolahnya nanti dekan dengan pekan kecil, ada api dan air itu sudah okey bagi aku.

Sepanjang perjalanan aku hanya membaca papan tanda dan melihat suasana kehijauan kiri dan kanan jalan. Daripada Electra House, sempat ku baca nama-nama seperti Kota Sentosa, bandar Padawan, Bandar Siburan, Serian, Balai Ringin dan beberana nama kampung yang pelik-pelik seperti Engsegei, Munggu, Mawang hinggalah ke Ruan dan Spaoh.

Van berhenti rehat sekitar satu jam di bandar Serian. Tidak lah teruk sangat bandarnya. Okey jer aku tengok. Lebih kurang sama macam pekan Pantai Remis tempat aku. Best lagi di Serian ni adanya KFC. Pantai Remis ada juga tapi dah tutup. Pelik tak? Kali pertama aku lihat dan dengar KFC terpaksa tutup operasi sebab tidak laku. Orang Pantai Remis tak suka KFC? Atau boikot barang dari Amerika? Atau lebi suka makan ayam goreng pasar malam dari KFC? Ataupun suka makan benda lain selain dari ayam?

Lebih kurang jam sepuluh pagi, van memasuki perkarangan sekolah. Aku happy giler bila tengok sekolah yang bakal menjadi destinasi pertama aku sebagai seorang guru. Masuk sahaja dah nama surau di sebelah kanan. Aku fikir ramai pelajar Islam lah di situ. Aku keluar kan wang dari poket seluar. Perjalanan 175 kilometer itu terpaksa di bayar RM60.00. Rabak poket aku. Dah la bawa RM500.00 pemberian kak Zam. Gaji belum tentu dapat bilanya. Aku kena juga bayar. Tapi aku tidak akan cerita pada siapa-siapa yang aku tiada duit.

“Tak pa cikgu, bayar RM60.00 sahaja. Nanti cikgu dapat claim semula.”

“Ya lah. Terima kasih uncle.”

Sampai di depan pintu pejabat, cikgu Mohamad Adam bercakap-cakap sebentar dengan kerani di kaunter bertanya. Seterusnya di bawa berjumpa dengan Guru Penolong Kanan 1. Aku baca di pintu biliknya tertera nama Sariee Bin Pet. Apa punya nama aku pun tak tau.

“Selamat datang ke Sekolah Menengah Kebangsaan Simunjan No.1 ya cikgu. Saya cikgu Sariee, GPK1 sekolah ini. Saya sudah dimaklumkan tentang kehadiran cikgu-cikgu semua Cuma belum kenal lagi secara dekat. Boleh perkenalkan diri cikgu-cikgu semua.”

Cikgu Mohamad dan Siti Wahida memperkenalkan diri serba sedikit untuk pengetahuan GPK 1 dan sampai ke giliran aku.

“Nama saya Arzman Bin Saad berumur 24 tahun berasal dari negeri Perak. Saya berkelulusan dari UUM dan mengikuti KPLI di Maktab Perguruan tengku Ampuan Afzan dalam bidang matematik. Saya berharap saya mampu menyumbang sesuatu di sekolah ini dan InsyaAllah saya akan buat yang terbaik untuk sekolah.”

“Bagus lah macam tu. Harap dapat kekal lama di sekolah ini. Cumanya di awal-awal ini, mungkin cikgu akan berasa pelik atau terkejut dengan budaya di sini. Untuk pengetahuanlah, disiplin sekolah ini tidak lah terlalu teruk tetapi tidak juga terlalu baik. Cikgu akan melihat dan melalui sendiri nanti. Tabahkan hati dan yakin diri bahawa cikgu mampu jadi guru yang terbaik di sini.”

Selesai berkenalan dengan GPK 1, kami di bawa oleh GPK 1 untuk melihat sekitar sekolah. Aku hanya mengekor sahaja. Suasana agak bising di kelas-kelas. Ketika melalui kelas di tingkat yang paling bawah, aku lihat ramai pelajar yang tidur ataupun berbual di belakang. Guru di depan buat tidak kisah. Aku tidak biasa dengan semua ini.

Menjelang waktu rehat, pelajar berlari, berasak untuk membeli makanan. Bercampur lelaki dan perempuan semacam tiada adab. Tetiba sahaja terdengar suara tengking menengking. Ada pergaduhan di hujung kantin. Pelajar lain bersorak memberi galakan. GPK 1 terus sahaja menghampiri. Ditinggikan suara supaya berhenti bertumbuk.

“Dia yang mula cikgu! Aku mauk beli makan, nya potong baris.”

“Dia yang potong baris cikgu!” seakan tidak berpuas hati.

“Sudah!!! Pergi kamu beratur semula. Beli makan. Apa nak jadi dengan kamu Alexsion. Kalau sehari tidak bergaduh tidak bertumbuk, kamu tidak boleh aman ya di sini?”

Alexsion Siaw... Di bajunya tertulis nama sebegitu. Agaknya ini yang paling gengster di sini. Aku berbisik sendiri. Selepas makan di ruang yang dikhasnya buat cikgu-cikgu, aku dan dua rakan di bawa ke bilik guru. Di situlah kami diperkenalkan kepada cikgu Aiman, cikgu Ami Girum, cikgu abang Kamarul, cikgu Yong Chee Hua, cikgu Liew, cikgu Thing, cikgu Dora, cikgu Piyot, cikgu Robert, cikgu Ida, cikgu Ivan, cikgu Aileen, cikgu Ryon dan beberapa orang guru yang kebetulan ada di dalam bilik guru. Aku memilih tempat duduk di sudut paling hujung. Senang dan ruang pun luas.

Ada juga cikgu yang berasal dari semenanjung yang lebih dahulu berkhidmat di sekolah ini. Cikgu Ku Mohd Nor mengajar Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, cikgu Shahrizal mengajar Kimia dan sains, cikgu Syopiah mengajar sains dan biologi, cikgu Siti Hajar mengajar subjek perdagangan, cikgu Naim mengajar kemahiran hidup dan cikgu Wan Amir Nurihah mengajar sains dan Fizik kalau tak silap aku lah. Rasanya tidak lah kami rasa terpinggir di sini. Ada keluarga semenanjung yang besar di sini. So, apa nak ditakutkan?

Jam menginjak dua petang, aku dan cikgu Mohamad menumpang kereta cikgu Ivan untuk ke rumah sewa cikgu Shahrizal di kampung Kelaka. Cikgu Siti Wahida akan bersama cikgu Syopiah dan cikgu Siti Hajar.

Rumah sewanya tinggi betul tiang. Menapak naik sambil menjijit beg yang yang maha berat penuh dengan harta pusaka aku memang agak menyakitkan bahu. Dikeliling rumah juga ada banyak yang bertiang tinggi.

“Sini memang rumah bertiang tinggi sebab air sungai akan naik bila tiba air pasang.”

Terjawab lah kenapa rumah bertiang tinggi. Ada sebab rupanya.

“Sewa rumah ni RM150 sebulan. Kita duduk bertiga jadi setiap orang RM50. Api air dan bahan dapur kita share lah nanti.”

“Tak dak masalah. Aku ok.”

Mohamad adam menyatakan persetujuan. Aku nak setuju ke tidak? Aku bukan ada duit pun. Aku kena pekin-pekin bajet dengan duit yang ada.

“Saya pun ok. Setuju saja. Janji ada tempat tinggal ok dah.”

“Lepas ni tiap pagi nak pergi sekolah kita naik motor. Sorang akan naik dengan aku, sorang lagi dengan cikgu dari rumah dekat-dekat sini. Dalam jam 6.30 kita gerak ke sekolah. Kelas mula 6.50 sampai 1.15 petang.”

Petang itu, aku ambil kesempatan berjalan sekitar-sekitar kampung. Melihat suasana dan bila ternampak telefon awam, aku menghubungi keluarga di Perak.

“Cek ok saja. Dok rumah sewa dengan kawan satu sekolah. Dia orang semenjung juga. Tak payah nak risau apa-apa lah.”

“Abang ada duit dak kat sana?”

“Ada lagi lah sikit-sikit. Tak pa lah berjimat-jimat lah sementara nak dapat gaji.”

“Abang jaga diri baik-baik di tempat orang. Jangan buat perangai.”

Malam itu aku membelek majalah sekolah yang aku pinjam daripada cikgu Shahrizal. Aku lihat informasi tentang sekolah dan aku sangat tertarik melihat keputusan peperiksaan PMR dan SPM sekolah. Lebih separuh yang gagal matematik. Ini satu cabaran besar buat aku. Bila melihat keputusan sebegitu, aku tanamkan satu tekad di dalam hati dan diri aku.

“Aku tidak akan balik ke Semenanjung selagi mana peratus PMR dan SPM tidak mencecah 50% dan aku tidak akan balik selagi aku dapat meninggalkan kesan besar kepada sekolah ni. Lantak lah walau terpaksa bertahan di sini sampai pencen pun. Aku akan pastikan kelulusan Matematik PMR dan SPM sekolah ni pecah tembok 50%.

BAB 5 : UTARA KU TAK HILANG

Mendapat jadual daripada GPK 1 aku merenung ke hadapan. Aku diberi kelas Matematik dan Sains tingkatan 1. Aku tak pernah lagi mengajar sains. Kena buka buku teks lah tengok awal. Aku melangkah masuk ke kelas 1B untuk subjek sains dua masa. Aku tidak bawa mereka ke makmal dahulu sebab nak kenal-kenal dahulu.

Ramai yang bertanya itu ini dengan aku. Excited lah kot dapat guru baru yang masih bujang. Sebelum ni guru sains mereka cikgu sandaran seorang perempuan cina yang dah berkahwin. Bila aku dah masuk, dia pun ditamatkan perkhidmatannya. Kenal lah aku dengan pelajar seperti Lydia Majakatar, Madarina Obeng, Glyniss. Nama yang pelik-pelik. Okey lah juga kelas tu. Mungkin sebab baru tingkatan 1. Belang tidak ditunjukkan lagi.

Habis kelas 1B aku terus ke kelas 1G. Mengajar matematik. Sebelum masuk kelas itu aku sempat melihat-lihat senarai nama pelajar dan memang ada lagi banyak nama yang pelik-pelik. Ni yang buat aku tidak sabar nak tengok adakah rupa budak itu sepelik namanya. Alicia anak Tinis, Elles Anak Sampang, Bennet anak Raymond, Elister anak Limbang dan ramai lagi. Sedang aku bertanya-tanya dan berbual-bual memperkenalkan diri...

“Cikgu..... Bennet conteng b****t aku!”

MasyaAllah... Gila babi ke apa budak tu? Berani betul dia cubit b****t budak perempuan dalam kelas depan-depan aku? Ganas betul budak ni.

“Hey, kenapa kamu buat begitu? Tidak malu kah kamu? Elles, macam mana Bennet buat?”

“Ini cikgu... Dia tulis dengan kapurnya di kerusi aku. Aku duduk terus melekat di b****t aku. Hukum dia cikgu. Selalu gago aku!”

Fuhhhhhh kapur melekat di kain kawasan bontot sahaja pun. Bikin tercopot jantung aku ingat di b****t yang di conteng. Aku mengarahkan Bennet duduk di kerusinya dan tidak lagi suka-suka mengganggu rakan yang lain.

“B****t tu punggung dalam bahasa semenanjung cikgu.”

Penerangan daripada Elister memberi kefahaman kepada aku. Patutlah pegawai JPN Sarawak ada berpesan kepada kami semasa taklimat supaya berhati-hati apabila menyebut sesuatu perkataan. Ada perkataan yang biasa pada kita di semenanjung tetapi memberi makna sebaliknya di sini. Begitu juga perkataan yang jelik di sini sebenarnya biasa. Dalam satu hari sahaja aku kenal beberapa perkataan seperti belon, pusuk, pusak, gayau, kacak, gago dan juga b****t yang dipelajari secara tidak sengaja.

Pelajar di sini juga tidak aku lupakan. Aku berikan beberapa perkataan yang selalu diungkap oleh orang semenanjung khususnya orang utara. Aku tekankan pada mereka bahawa bahasa utara ini sangat mudah untuk disebut. Yang berakhir huruf “r” digantikan dengan huruf “q”. Lalu ramai lah yang mencuba sebut sayuq, ulaq, belajaq dan banyak lagi. Pembelajaran aku hari ini mencapai objektifnya.

Sebulan yang pertama ku lalui okey semua. Pelajar pun aku lihat mereka enjoy dengan cara aku mengajar dengan dialek utara. Dalam pada itu, aku pun cuba juga memahami sedikit-sebanyak bahasa dan budaya orang Sarawak khususnya kaum iban. Lebih kurang sahaja dengan kita di semenanjung.

Bulan Mei menyusul. Aku nak balik ke Perak hari itu. Biasalah cuti sekolah panjang dan duit gaji pun dah diterima bersekali dengan tunggakan. Kaya mak labu wa cakap sama lu. Naik belon lagi aku., Tapi aku naik AirAsia sahaja lah untuk menjimatkan kos. Aku pulang tak bawa apa-apa pun ole-ole. Memang aku tak gemar beli apa-apa untuk di bawa pulang. Sebab utamanya mudah sahaja. Malas nak memberatkan beg. Kalau boleh nak pulang melenggang sahaja. Senang jika sekadar bawa badan yang sekeping.

Rutin aku sama seperti sebelum aku ke Sarawak. Aku ambil peluang kerja di tempat lama. Bos aku sayang kat aku. Sebab tu bila aku minta nak kerja sementara, apek Ban Sheng terus beri aku kerja. Dapat tambahan lagi poket aku kan. Selain tu, surat khabar empat lima jenis sudah menjadi kemestian.

Lupa aku nak bagitau, masa aku dah dapat gaji pertama tu, aku beli harta pertama aku yang maha penting. Keluarlah dari kedai sebuah Kris 1 warna purple berplat QCB 4751. Aku beli cash tau. Duit banyak apa kisah. So, dah tak perlu lagi aku menumpang cikgu Shahrizal atau kawan-kawan untuk ke mana-mana. Bukan nak belagak tapi aku lebih suka bergerak sendiri.

Diam tak diam cuti pun sampai ke penghujung. Aku tak sabar nak menunggu hari esok. Aku akan naik belon lagi. Malam itu, aku habiskan masa dengan ahli keluarga aku.

“Abang dah minta tukaq balik Malaysia dah?”

“Sarawak tu Malaysia jugak lah abah.”

“Minta la tukaq mai sini. Tak payah nak lama-lama kat sana.”

Tidak habis-habis ayat yang sama, benda yang sama yang dipesan. Baik mak aku, mahupun abah aku. Aku dah cakap pada diri aku sendiri. Aku tidak akan balik selagi target aku tidak tercapai. Peratus Matematik SPM wajib mencapai 50% terlebih dahulu.

Sekolah Menengah Kebangsaan Simunjan No.1 menerima pengetua baru. Cikgu Selbi telah bertukar dan yang datang pula pengetua baru iaitu Dr. Linton @ Briton Anak Jerah. Muka iban betul kali pertama aku buat penilaian tentang dia. Tapi aku tidak berasa seronok sangat sebab dengan tiltle Doktor yang dia pegang tu, asyik keluar sahaja. Balik-balik kena berurusan dengan Cikgu Sariee.

Satu hari yang aku dah lupa tarikh, aku pergi berjumpa dengan Dr. Linton untuk bercakap mengenai niat aku nak tubuhkan Kelab Tenis. Bukannya apa, aku ada kemahiran, sekolah ada gelanggang Cuma tidak diusahakan sahaja. Sekurang-kurang, dengan tenis mungkin boleh menaikkan nama Semeks1?

“Ada kah budak kita yang boleh main tenis?”

“Kita cuba lah cikgu. Benda ini perlu dibuat betul-betul baru akan ada hasilnya.”

“Tapi, kosnya mahal. Nanti rugi kita jika tiada pelajar yang boleh bermain.”

“Saya faham cikgu. Tapi sekolah kita sudah ada gelanggang. Cumanya perlu belikan jaring, raket dan bola tenis sahaja. Sik perlu yang mahal-mahal cikgu. Beri saya tiga tahun untuk saya jadikan Semeks1 sebagai gergasi tenis Samarahan.”

“Ok, saya beri masa untuk cikgu buktikan.”

Rasa nak melompat aku bila Dr. Linton memberi lampu hijau untuk aku tubuhkan kelab tenis. Terus aku minta Ketua Panitia PJK cikgu Ku Muhammad Nor Bin Ku Chik menempah jaring dan bola tenis. Raket pun dibeli baru lima enam unit. Selain yang sedia ada di dalam stor ada lapan. Itu pun jenama entah apa-apa. Tak kisah lah asalkan ada dahulu. Ak buat pengumuman semasa perhimpunan tentang penubuhan kelab tenis. Tetapi aku lihat macam tak ada sambutan je. Rileks cikgu Arzman. Awal lagi tu.

Petang itu aku turun dengan semangat nak memperkenalkan tenis. Sekitar jam empat petang aku dah berada di gelanggang. Aku pasang jaring yang baru sampai. Ikat kemas-kemas. Aku sapu daun-daun yang memenuhi di sudut hujung gelanggang. Al maklumlah gelanggang yang tidak pernah digunakan untuk tenis. Nama sahaja ada gelanggang. Selebihnya diguna untuk bermain sepak takraw yang sememangnya menjadi trade mark sekolah ini.

Jam menjangkau pukul lima setengah tapi bayang pelajar yang mahu mencuba belum ada. Aku cuma dapat lihat beberapa orang pelajar yang berlari-lari di trek sekolah. Ada juga yang bermain sepak takraw dan bola tampar. Mana yang nak mencuba tenis ni. Kecewa juga rasa hati bila tidak seorang pun mahu mencuba. Aku macam orang bodoh servis bola masuk ke gelanggang yang kosong.

Untuk membolehkan kelab ini bernyawa, aku meminta kebenaran cikgu Ku Muhammad untuk ”mencuri” sebahagian pelajar dari Kelab Bola Keranjang yang sememangnya kelab yang menjadi hidup segan mati tak mahu. Dapat lah aku sekitar dua puluh pelajar yang mana majoriti pelajar tingkatan lima. Tidak mengapalah. Aku tidak kisah sangat dan setiap kali ada perjumpaan aku mengajar teknik permainan kepada Siti Rahima, Mas Mardiana, Hazidah, Hafizi dan beberapa orang lagi. Kelab ini berakhir tanpa apa-apa pencapaian sebab kejohanan peringkat daerah sudah pun berlalu.

Memasuki tahun ke dua penubuhan kelab barulah sambutan semakin baik dan aku berjaya menyediakan pasukan untuk dihantar ke Kejohanan Tenis MSS bahagian Samarahan buat pertama kalinya di SMK Muara Tuang. Siapa sangka, penampilanm pertama pasukan yang aku bawa berjaya mendapat beberapa kejayaan. Pemain aku seperti Alexander Bayang Anak Lengih, Cetty Anak Umbot, Jacquelin Liew, Ronny Anak Miscon, Erriana Anak Pita dan beberapa orang lagi menghadirkan kejayaan buat SMK Simunjan No 1 yang berkjaya muncul naib juara keseluruhan dalam penampilan pertama di belakang tuan rumah.

Tahun 2006 aku terus mencari bakat-bakat baru di kalangan Tingkatan 1 dan 2 sebab sasaran aku menjelang 2010 SMK Simunjan No 1 akan ada wakil yang bakal mewakili Sarawak ke peringkat Kebangsaan. Waktu itulah di suatu petang, nun di hadapan astaka, ada ada seorang pelajar perempuan sedang berlari-lari sambil cuba melepasi pagar untuk lari berpagar. Aku perhati sahaja cara dia berlari. Terdetik dalam hati “ini lah pelajar pertama yang akan menyentuh raket tenis dan bakal ku gilap menjadi pemain tenis terbaik Simunjan!” Aku membawa kereta kancil ku menghampiri pelajar tersebut. Aku ajak dia naik kereta ku dan pusing semula ke gelanggang tenis.

“Saya sik pernah main tenis cikgu!”

“Tak da hal.. Saya Cuma nak tengok cara awak pegang raket dan servis bola tenis ni ok. Tadi awak kata, awak pernah main badminton kan. Caranya sama Cuma rakt lebih besar dan bola lebih berat. Lain sama sahaja.”

Dua tiga kali srevis tidak juga masuk ke gelanggang sebelah. Nampak rupa kecewa dan tidak suka pelajar itu terhadap sukan asing baginya ini. Aku tidak akan berputus asa. Sebab aku yakin dia boleh melakukannya.

“Apa nama awak tadi?”

“Lenja Martina Junior cikgu.”

“Ok Lenja. Cara awak pegang raket dah betul. Cuma waktu awak nak servis, bola tenis tu awak kena lambung tinggi dari paras kepala dan pukul di tengah-tengah raket. Jika tidak, bola akan tersasar jauh ataupun tersangkut di jaring. Boleh faham?”

“Boleh cikgu. Saya cuba lagi.”

Lenja terus mencuba dan mula berjaya membuat servis yang tepat ke gelanggang. Aku terasa sangat gembira sebab dia sudah dapat apa yang aku mahukan. Lenja juga kelihatan mula suka dengan apa yang sedang dia lakukan. Seterusnya aku juga menceritakan serba sedikit tentang tenis dan cara permainannya. Selepas itu aku membuat permainan simulasi dengan Lenja supaya dia mendapat secara praktikal juga. Bukan sekadar mendengar. Waktu itu, sudah ada beberapa orang pelajar yang melihat dia dan aku bermain dsari luar gelanggang.

“Jangan tengok dari luar. Mari masuk dalam ni dan cuba sendiri.”

Selepas berjaya mencari Lenja, baru lah muncul pemain seterusnya seperti Helemlda Bungan, Zulkifli Lasalem, Nurul Fatiah, Stella Limbang dan Mona Majeng. Bersama-sama barisan pemain sedia ada aku berjaya membentuk pasukan yang paling mantap menjelang 2006 apa lagi tahun itu SMK Simunjan No 1 menjadi tuan rumah kejohanan. Dalam kejohanan itu Erriana, Nurul Fatiah dan Alexander muncul juara kategori perseorangan perempuan 18, 15 dan lelaki 18. Mereka mengalahkan rakan sepasukan iaitu Stella, Lenja dan Rosman. Jacqueline Liew berganding dengan Chetty muncul juara bergu perempuan bawah 18. Lenja yang berganding dengan Hemelda, Zulkifli berganding dengan Henry Jinny muncul juara bergu mengalahkan pasukan dari SMK Muara Tuang. Seramai 12 daripada 16 pemain telah berjaya dipilih untuj mewakili Bahagian Samarahan ke peringkat Negeri Sarawak di Sibu.

Namun, dek cetek pengalaman, bahagian Samarahan hanya mampu mendapat dua pingat Gangsa dan satu darinya sumbangan Erriana dalam kategori Perempuan Bawah 18 tahun bila dia berjaya kalah kepada pemain dari Miri di peringkat separuh akhir. Hasil penah lelah aku melatih mereka terasa begitu berbaloi. Aku sentiasa mengingatkan mereka.

“Saya target 2010 nanti, ada di antara kamu yang akan menang peringkat negeri dan dapat mewakili Sarawak ke MSSM. Saya sasarkan Lenja dan Hemelda dalam acara bergu, Zulkifli dan Fatiah dalam acara single. Untuk Jacqueline, Chetty dan Alex, kamu tahun depan dah tahun akhir di sini kan. So, buat yang terbaik dan kamu boleh gunakan kemahiran yang ada untuk mewakili universiti nanti.”

“Terima kasih cikgu sebab beri kami peluang dan berjaya menjadikan kami pemain tenis yang baik.Kami akan buat yang terbaik.”

Habis tenis, kembali tumpuan ku di dalam kelas dnegan loghat utara menjadi ikutan ramai pelajar. Aku gembira hahahahahahaha.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh ARZMAN BIN SAAD