Home Novel Seram/Misteri NASI TANGAS
NASI TANGAS
asmaya ally
27/8/2020 10:21:35
19,894
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 6
Malam itu Dian tidur pulas di atas katil hospital. Bau-bauan ubatan yang menyegat hidung tidak langsung dihiraukan. Yang penting baginya, dia telah bebas daripada cengkaman tua kutuk yang cuba mencemarkan maruah dirinya. Dengkuran halus Dian menunjukkan dirinya lena di buai mimpi yang hanya Dian mengerti. 

"Nurse, esok alert saya bila patient ni bangun yea..." ujar Doktor Raykal secara berlalu meninggalkan katil Dian. 

"Baik Dr Ray.." sahut Nurse Salmiah sambil mengangguk.

"Eh..kejap Dr Ray, bukan esok Dr off duty  ke? soal Nurse Salmiah semula.

"Ahh..takpe..just tell me when she wake up yeah?" balas Dr Raykal sambil melemparkan senyuman. Wajah maskulin yang dihiasi kumis nipis dengan barisan gigi putih bersih itu sememangnya menjadi pujaan nurse-nurse di Hospital Besar Ampuan Insyirah itu. 

"Owhh..kalau camtu baiklah Dr Ray.." Nurse Salmiah sekali lagi mengangguk.

"Syift saya dah habis..but if anything don't hesitate to call me ok?" masih sempat Dr Raykal menitipkan pesan kepada team nurse di Jabatan Kecemasan itu.

                                                         **********************************************

"Kenapa dengan awak nih, macam susah hati jek saya tengok?" soal Osheen sambil jemarinya mengelus lembut raut wajah kekasihnya Dr Raykal.

"Huhhh?? owhh..takde apa-apa lah sayang.." sahut Dr Raykal sambil menyembunyikan perasaan nya.

"Awakkk..come on? ade apa nih?" Osheen mendesak sedikit.

"Tak ada apa..really..dahh..jom kita gi makan?" Dr Raykal mengalihkan topik perbualan.

"Hmmmm...ok lah kalau awak taknak share dengan saya..siapalah saya ni kann?" balas Osheen bernada merajuk.

"takde apa la sayang...masalah kerja jee..kalau saya cakap dengan awak pun..setakat cakap je la kan..dah la..jomm saya lapar..kita makan dulu, kang saya hantar awak balik rumah ok?" Dr Raykal ingin segera pulang ke rumah sebenarnya. Tapi kerana janjinya pada Osheen terpaksalah juga diturutkan.

Masih terbayang di tubir mata, seraut wajah penuh darah dan tubuh kurus Dian yang di rawatnya di hospital siang tadi.Dia tidak mengerti kenapa kali ini wajah pesakitnya itu sukar untuk dipadamkan dari ingatan. Selalunya, sebaik sahaja dia melangkah keluar daripada tempat kerja, wajah-wajah pesakit yang dirawat sepanjang masa dia bertugas, akan hilang begitu sahaja. Dia sendiri mengambil keputusan untuk tidak memikirkan masalah pesakitnya diluar waktu bekerja, tetapi tidak dengan Dian. Bahkan dia sendiri terkejut sewaktu menyampaikan pesan kepada Nurse Salmiah siang tadi. " Arghh..gila apa aku nih? aku off duty esok, buatnya Dian tuh sedar esok? terpaksa pulak aku ke Hospital..." menyesal pula aku pesan macam tuh kat Nurse Salmiah tadi..aiiihhhh"..keluhan kecil terlepas daripada bibir Dr Raykal.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.