“Ibu!”
Marini terpekik “Ibu dah berapa lama berdiri di situ?!” muka Marini berubah
menjadi pucat ketakutan. Terperanjat Puan Fatimah mendengar soalan lantang
Marini itu dan mula berleter “Kenapa kau ni Marini? Tengok ibu macam nampak
hantu! Apa kau buat dalam bilik kau? Kenapa kau tak bersama adik kau?”
Belum
sempat Marini menjawab, Puan Fatimah menolak Marini perlahan-lahan masuk ke dalam
biliknya dan menutup pintu. Dia merenung ke muka Marini dan berbisik. “Marini,
kau dengar sini betul betul. Tok Zamri dan separuh orang kampung dah pulang.
Mereka membawa jenazah Dollah...”
Dengan
nada yang terperanjat, Marini menyampuk “Hah? Ya Allah. Apa dah jadi dengan
kampung ni?...”
Dengan
cepat Puan Fatimah memotong percakapan Marini “Shhhh! Cakap perlahan-lahan,
jangan sampai adik kamu dengar. Biar adik kamu berehat, bila demam dia dah
berkurangan sikit, baru kita beritahu dia. Tok Zamri tak mahu demamnya melarat.
Kamu faham apa ibu cakap ni?” tanya Puan Fatimah
Setelah
Marini mengangguk, Puan Fatimah menyambung lagi. “Kamu dan Saleha duduk di
dalam bilik Rahayu. Jaga dia dan kalau boleh jangan biarkan dia keluar dari
bilik tu sampai Tok Zamri bawa jenazah Dollah ke kubur. Ibu dan Hawa nak pergi
masak.“
Puan
Fatimah menatap muka anaknya itu yang kelihatan ketakutan dan keresahan
“Marini, kenapa dengan kau ni? Apa dah jadi?” Marini menoleh kebelakang dan
melihat seluruh biliknya seperti mencari-cari sesuatu. Dia tak pasti sama ada
nak memberitahu ibunya apa yang dia ternampak tadi.
“Tak...tak ada apa-apa ibu” dia
menjawab ibunya dengan nada ketakutan dan mengharap ibunya tak bertanya lagi.
Puan Fatimah mengeluh. “Baiklah, cepat pergi tengok adikmu sekarang, jangan
biarkan dia keluar tau” dan Puan Fatimah kelam kabut keluar dari bilik itu dan
pergi ke arah dapur.
Dengan
cepat, Marini menjenguk keluar dari biliknya dan melihat ibunya sedang berjalan
dengan laju masuk ke dapur. Kelihatan juga di ruang tamu sangat kecoh. Tok
Zamri, Nadim dan orang kampung sedang sebok menyiapkan barang barang untuk
memandikan dan mengkafankan jenazah Dollah. Dia masih tak pasti yang itu adalah
“ibunya”. Dengan cepat dia meluru ke dapur dan memanggil ibunya.
“Eh
apa lagi kau buat disini Marini, tadikan ibu suruh kau pergi tengok adik kau!”
Lega rasa hati Marini. Setelah mendengar suara lantang Ibunya itu, baru
sekarang dia pasti yang itu adalah ibu “betul” nya. Kemudian terpikir di kepala
Marini, dengan siapa dia berbual tadi, atau apa? Berdiri bulu roma
memikirkannya. Tetapi bila Marini mendengar bacaan Yassin dan Fateha, jiwanya
menjadi tenang.
Kerana
takutkan adiknya terbangun, Marini berjalan perlahan-lahan ke arah bilik Rahayu
dan membuka pintu perlahan-lahan. Dia menjenguk ke dalam dan ternampak adiknya
masih tidur di atas katil dan Saleha pula sedang menjenguk ke luar tingkap. Dia
memanggil Saleha keluar dari bilik tu.
Marini
berbisik kepada Saleha “Leha, kau tahu apa yang terjadi?” Saleha mengangguk.
“Ingat tau Leha , kita tak boleh beritahu Ayu dan....” Saleha dengan cepat
menyampuk “Sudahlah. Aku nak balik kampung aku sekarang Rini. Aku dah tak
sanggup lagi tengok benda–benda ni semua. Aku dah tak tahu apa jadi dengan
kampung ni. Aku tak nak apa-apa jadi dengan diri aku dengan anak aku nanti.
Lepas Dollah, siapa pula? Kau? Aku? Kau jangan halang aku, maafkan aku Rini dan
halalkan makan minum aku”
Tergamam
Marini mendengar kata kata Saleha. Dia hanya boleh melihat Saleha berjalan
pergi ke bilik Hawa dan mengemaskan pakainnya. Hatinya berbelah bagi, dia
teringin memberitahu ibunya tentang Saleha, tetapi kalau boleh dia tak nak lagi
menanbahkan tekanan jiwa kawannya itu
“Kak,
oh kak” terperanjat Marini apabila terdengar suara Rahayu memanggilnya. Dengan
cepat dia masuk ke bilik Rahayu dan menutupi pintu. “Kak, apa yang kecoh-kecoh
kat luar tu? Abang Dollah dah balik ye kak?” Rahayu bertanya dan cuba untuk
bangun dari katilnya.
Dengan
cepat Marini menggeleng dan mengahalang adiknya dari berdiri. “Be..belum dik.
Kakak rasa dia dengan Tok Zamri sekarang. Kat luar tu cuma bunyi orang-orang
kampung nak berjumpa ayah”
“Ha?
Kenapa nak jumpa ayah?” Rahayu bertanya lagi “En..entahlah dik. Mana lah kakak
nak ambil tahu tentang perkara ni semua.” Tersenyum sumbing Marini menjawab soalan
adiknya tu. Tetapi bila Marini merasa kepala adiknya dan mendapati kepanasan
dah berkurangan, Marini tersenyum ceria.
“Rehatlah
lagi Ayu, kau tu masih demam. Ibu tengah masakkan kurma ayam. Makanan kegemaran
kamu. Nanti kita makan sama sama ye” Marini cuba menenangkan adiknya. Dengan
suara mengantuk, Ayu membalas. “Kalau abang Dollah balik, kejut Ayu tau”
Marini
hanya berdiam diri. Runsing kepala dia memikirkan perkara ni semua. Baru
semalam dia menikahi Ishak, kini dia merasaai yang Masjid yang dibina tu tak
kukuh. Marini teringat pertanyaan Saleha. ‘Hari ni Dollah. Besok siapa? Ishak?
Ibu? Rahayu? Siapa yang bertanggungjawab ni? Siapa?’
Lamunan
Marini terhenti apabila pintu bilik diketuk. ‘Apa lagi? Siapa pula yang di
sebalik pintu tu’ soalnya di hati. Pintu bilik itu di ketuk lagi, ni kali lebih
kuat. Terdengar suara ayahnya dan Ishak memanggil-manggil namanya. Marini pun
bangun dan membuka pintu dan melihat ayahnya dan Ishak berdiri di depan pintu.
Ayahnya
memasuki bilik itu dengan keadaan cemas. Kemudian dia menoleh kerah Rini dan
bertanya “Rini, kau tak apa-apa?” Marini menggeleng kepala. Kemudia Ishak
menarik tangannya dan menunjukkan bungkusan yang di jumpainya. Puan Fatimah
memasuki bilik tu dan berbisik dengan keadaan marah. “Eh, apa yang kamu semua
buat ni? Shhhh. Jangan kejut Ayu. Keluar. Keluar”
Puan
Fatimah memanggil Hawa untuk duduk di dalam bilik itu dan menjaga Rahayu.
Kemudian dia menarik Marini keluar. Ishak dan Penghulu Shah pun megikut mereka
keluar dan mereka berempat beridiri di luar bilik Rahayu. Ishak membuka
bungkusan di tangannya. Marini tergamam apabila melihat kandungngannya. Kini
Marini bertambah gelisah dan takut. Bunyi riuh orang kampung yang makin ramai
berkumpul di hadapan rumahnya merunsingkan lagi kepalanya.
Isyak
memegang tangan Marini yang menggelatar dan kesejukan. Serta-merta Marini
menangis dan menceritakan tentang “pertemuannya” dengan wanita yang serupa
ibunya di bilik dia. Tok Zamri, yang cara kebetulan terdengar perbualan mereka
tiba-tiba berbisik “Pontianak. Kampung kita sudah dihantui pontianak. Tok
Penghulu, jangan buang masa, kita kena memberi amaran kepada semua penduduk
Kampung Dangi. Nyawa mereka semua dalam bahaya”
Mereka
semua terdiam seketika apabila mendengar kata-kata Tok Zamri itu. Susah bagi
mereka untuk menerima “berita buruk” begitu. Bagaikan cerita mengarut, tak
mustahil. Tetapi setelah apa yang telah terjadi tiga hari lepas ni, apa pilihan
yang mereka ada. “Baik...baiklah Tok Zamri, saya....saya beritahu orang kampung
sekarang” ujar Penghulu Shah sebelum nerjalan ke dewan menunduk kepala.
“Rini, mana Saleha?” Puan Fatimah menoleh ke
arah Marini dan bertanya. Dengan cepat Marini menunjuk ke arah bilik Hawa,
“Tadi dia ada di dalam sana mengemas bajunya. Dia cakap dengan Rini yang dia
nak balik sekarang juga” jawab Marini
“Ya Allah Ya Rabbi Ya Tuhanku, habis
kamu biarkan dia pergi? Kenapa tak cepat beritahu ibu?” Puan Fatimah menepuk
dahinya dan menoleh kearah Ishak. “Ishak! Cepat! Kita kena cari dia sekarang.
Wanita mengandung seperti dia senang diganggu pontianak!”
Dengan tak membuang masa, mereka
berpecah mancari Saleha, dari bilik tidur utama sehingga ke dapur. Tiba-tiba
terdengar pangilan Marini yang kuat dari dewan utama. “Ibu, tu dia Saleha! Saya
nampak dia berjalan di lorong sana.” Dengan cepat Puan Fatimah berjalan ke
tingkap dan melihat ke arah telunjuk Marini.
“Alhamdulillah Syukur, pergi! Pergi
panggil dia cepat!” Tiba-tiba Marini memegang tangan ibunya dan berkata
“Bu! Yang memakai baju serba putih, mengikut Saleha di
belakang tu siapa bu?”