BAB 15
KECOH satu syarikat. Tiba-tiba sahaja Datin Wan Fuzia
dikejarkan ke hospital. Khabarnya datin terjatuh ketika bangun pagi untuk solat
Subuh. Belumpun sempat untuk bersolat, semua anggota kanan beliau tidak boleh
digerakkan. Datin kehairanan dan meminta pertolongan daripada datuk yang masih
belum bangun daripada tidurnya. Berkali-kali datin cuba membangunkan datuk,
namun gagal. Akhirnya datin membaling sebuah bantal ke arah datuk. Bila datuk
terbangun, dilihat datin sudahpun berada di bawah bukannya di atas katil.
Bantal yang kebetulan jatuh bersama beliau itulah dibaling ke arah datuk yang
masih dengan mimpinya.
“Masya Allah, Zia, kenapa ni?” soal Datuk Nik Rasyid
segera terjun dari katil. Isterinya segera diterpa. Ternyata, datin sudah tidak
boleh menggerakkan badannya dengan sempurna lagi. Sudah kejang kaki dan tangan
di sebelah kanannya.
Datuk
menyempurnakan solat Subuh dengan segera lalu membawa datin ke hospital
untuk mendapatkan rawatan segera. Doktor mengesahkan Datin Wan Fuzia telah
diserang angin ahmar. Syukurlah dia segera dibawa ke hospital untuk diberikan
rawatan semerta.
Bila dalam keadaan sakit begitu, ternyata, seorang ibu
memerlukan anak di sisi selain daripada suami sendiri.
“Kalaulah kita ada anak perempuan, kan senang jaga mama...”
ucap datin sambil merenung wajah datuk. Dia sedang terbaring di wad dengan
wajah hiba.
Datuk Nik Rasyid terdiam. Ucapan isterinya memang benar.
Kalaulah ada anak gadis, alangkah senangnya dia menguruskan ibu sendiri dalam
keadaan kritikal begitu. Tapi, malang bagi mereka berdua. Allah tidak
menghadiahkan walaupun seorang anak perempuan untuk mereka walaupun sudah
berkongsi hidup selama puluhan tahun. Hanya memiliki tiga orang anak lelaki
sahaja. Itupun sudah berangkat jauh menuntut ilmu di rantau orang. Hanya Faheem
seorang sahaja yang sudah menamatkan pengajiannya. Kini menetap bersama kedua
orang tuanya.
“Faheem kan ada, mama.” Ujar Faheem sambil mengusap
rambut mama tersayang. ‘Faheempun boleh jaga mama.”
“Anak perempuan lagi senang jaga mama.” Kendur suara
datin bila terbayangkan nasib diri yang tidak mempunyai anak perempuan itu.
Walaupun sebelah kanan anggota badan Datin Wan Fuziah
diserang angin ahmar namun datin masih bernasib baik. Dia masih lagi dapat
bercakap dengan sempurna dan lancar. Serangan angin ahmar tidak dapat diduga.
Terkadang, seseorang itu akan diserang seluruh badannya hingga tidak mampu
menggerakkan semua anggota. Terkadang, hanya bahagian mulut sahaja yang
diserang. Malahan, ada juga pesakit yang sekadar mendapat serangan pada bahagian
kaki sahaja. Syukurlah Datin Wan Fuzia mendapat serangan angin ahmar bermula
daripada bahagian leher hingga ke bawah. Ini bermakna datin masih mampu
bercakap seperti biasa. Hanya tidak boleh menggerakkan anggota badan sebelah
kanan sahaja. Anggota kirinya tidak mengalami masalah teruk.
“Mama jangan bimbang, papa akan carikan seorang pembantu
untuk menjaga mama.” Faheem menyedapkan hati mamanya.
“Ya, mama. Jangan risau. Papa akan carikan seorang bibik
untuk membantu mama semasa sakit ni.”
“Papa, mama tak
nak bibik! Mama nakkan orang Melayu yang jaga mama. Mama takut banyak
masalahnya nanti.” Protes datin. “Tak
nak macam dulu dah, pa.”
Ternyata dia sudah serik dengan pengalaman lepas. Dulu,
sewaktu anak-anak masih kecil, mereka pernah ada pembantu rumah lndonesia.
Tapi, tak lama, bibik lari dari rumah dan tinggalkan anak-anak mereka yang
masih kecil begitu saja. Serik dengan kejadian itu, datin sudah tidak mahu menggaji pembantu rumah lndonesia lagi
buat selamanya. Dia cuba dapatkan orang Melayu sebagai pembantu rumah.
Tapi masalahnya sekarang...? Adakah sesiapa yang suka
bekerja sebagai pembantu rumah sekarang? Anak tempatan sudah tidak berminat
menjadi orang gaji. Mereka lebih suka makan gaji di pejabat ataupun di tempat
lain. Tidak suka dengan suasana tertutup di dalam rumah. Suasana di luar lebih
menyeronokkan.
Datuk terdiam. Faheem juga. Pesakit yang terkena serangan
angin ahmar memang sukar untuk dijaga. Banyak masalah yang harus dikendalikan.
Mahu ke anak Melayu yang bersedia? Menjaga orang sakit yang sudah kehilangan tenaga dan kuasa diri sendiri?
FAHEEM merenung wajah papanya dengan rasa aneh. Datuk
pula hanya menantikan jawapan jelas daripada puteranya itu. Faheem masih diam
tanpa sebarang jawapan. Persoalan daripada papanya agak sukar untuk diberikan
jawapan. Bukan senang untuk mengatakan ‘ya’ tapi untuk mengatakan ‘tidak’
juga bibirnya sukar.
“Bukannya lama Faheem. Mungkin seketika je. Sebelum papa
dapatkan seseorang untuk menjaga mama tu.” Ujar Datuk Nik Rasyid memancing
simpati daripada Faheem.
“Susahlah, pa...” keluh Faheem. Dia tidak berapa sudi
untuk merenung balik pandangan papanya yang sedang mengharap itu.
Datuk mengangkat wajah. Merenung ke arah Faheem yang
kelihatan serba salah. Pengharapan seorang papa. Permintaan yang juga sukar
untuk ditolak mahupun diterima. Faheem sedang menghitung dan mencongak sendiri.
“Kamu dah tanyakan pada tuan punya badan, tak?”
Faheem menggeleng.
“Habis, kenapa kamu cakap sukar kalau masih belum
tanyakan hal tu?”
“Seganlah pa.”
“Aikkk, untuk ajak dia buat kebaikan, kamu segan. Ha,
berkepit ke sana ke mari setiap hari, tak segan?” perli papanya, geram.
“Tapi pa...”
“Kalau kamu tak sanggup, papa sendiri akan tanyakan pada
dia. Setuju atau tidak, soal kedua.” Datuk Nik Rasyid nekad dengan keputusannya
itu.
“Tapi pa...”
“Kamu jangan risau pasal gaji. Papa akan bayarkan gaji
lebih lumayan daripada apa yang dia terima sekarang ni. Asalkan dia sanggup
aje...”
“Nantilah, Faheem cuba tanyakan dulu sebelum papa
tawarkan kepadanya.” Akhirnya Faheem terpaksa mengalah.
MESKIPUN sukar untuk
meluahkan bicara, namun Faheem tetap cuba untuk menyatakan hasrat
papanya kepada Rita.
Sebaik sahaja selesai mereka menikmati makan tengahari,
Faheem cuba meluahkan apa yang ingin dinyatakan kepada Rita. Rasanya peluang
sudah terbuka baik untuk dia nyatakannya.
“What?”
membulat mata Rita saat dia mendapat tawaran istimewa itu. “Sayang, biar
betul ni?”
Faheem mengangguk. Senyum tidak. Masam tidak. Wajahnya
bersahaja. Menantikan jawapan seterusnya daripada Rita, buah hati tersayang.
“Papa younak
minta ljaga mama you?” suara terkejut Rita masih belum
hilang. Wajah Faheem direnung mendalam.
“Hmmm, mama tak
nak carikan bibik lndonesia. Dia nak orang tempatan yang jaga dia.”
Jawab Faheem.
“Tapi, sayang...” wajah Rita acuh tak acuh. “lkan kerja kat ofis papa you sekarang ni. So,takkanlah...”
“Sayang, bukannya lama. Sementara papa dapatkan orang
gaji untuk mama. Jadi, papa offertawaran ni untuk you sayang. Sebab, papa rasakan hanya youaje yang layak jaga mama dalam
keadaan kritikal macam tu. Lagipun, doktor cakap, peluang untuk mama sembuh
agak cepat. Sebab mama dah dapat rawatan pantas daripada pakar. Jadi, segala
urat saraf mama tidak ada yang mati. Dia
akan cepat sembuh.”
“Sayang...” Rita buat muka.
“Sayang, l
rasa, papa memang sukakan you nak
jadikan menantu sebab dia dah tahu hubungan kita yang akan berakhir dengan
perkahwinan. Jadi, papa sengaja nak rapatkan hubungan kita berdua. Juga untuk
merapatkan antara youdengan keluarga
l. So, why not...?” wajah Faheem jadi
ceria. “Youterima ajelah, sayang.”
“Sayang, lbukan
tahu pun nak jaga orang sakit. Youpun
tahu kan, lanak bongsu dalam
keluarga.Mama dan papa memang
manjakan l...”
“Alaah, susah apa? You
kan nak kawin jugak nanti? Kalau
sekarang youdah ada pengalaman jaga
orang sakit, tak susahlah kalau you
nak jaga lnanti bila dah tua...”
Rita buat muka lagi. “Tapi, tu lambat lagi. Sekarang ni, lmana tau nak jaga orang sakit.
Selalunya mama papa dan kakak-kakak yang jaga l yang sakit.”
“Sayang,dengar sini. I
nak youambil peluang ni untuk
tunjukkan diri youdekat papa dan
mama tu. Biar mereka tahu yang pilihan lni
memang terbaik.” Ujar Faheem. “Lagipun, papa tetap akan bayarkan gaji yang sama
dengan youterima sekarang. Malah,
papa mungkin akan tambahkan lagi.”
Rita mengeluh.
“Sayang, please do
it for me, ok!?”rayu Faheem dengan sejuta pengharapan.
Jari-jari lembut runcing Rita dikait mesra. Kemudian,
dipegang kemas. Wajah buah hatinya direnung penuh sayang. Perlahan-lahan, jari
jemari yang cantik lembut itu dirapatkan ke bibir. Dikucup penuh kasih.
“Demi cinta kita...” bisik Faheem. “Sayang takkan
hampakan l,ok?!”
Terdengar keluhan berat dari bibir Rita.
“Sayang, youtak nak, kita lebih rapat dan mesra?”
Rita mengangguk. “Memanglah lnak rapat dengan you and
your parents. But l’m not sure if will take care of your mom...”
“Sayang, you can try for that....”
Rita mengeluh lagi.
“Hati ltentu
lebih bahagia nanti bila pulang dari ofis, buah hati lada kat rumah. Tentu kita akan dapat lebih masa untuk saling
bersama.” Ujar Faheem. “Youtak suka
ke, kalau berada di rumah l?”
“Memanglah l
suka nak berada kat sana. Tapi, ltak
suka jadi ‘maid’. Inak jadi puteri
di hati youdan keluarga you.”suara manja Rita menusuk ke hati Faheem.
“ltu ltau.
Papa bukan nak youjadi maid. Tapi
nak minta tolong you jaga mama buat
sementara waktu. Mungkin selepas dapatkan pembantu lain, youtak perlu lagi jaga mama.”
“Sayang, daripada l
jadi penjaga mama macam tu, lagi baik kita kawin cepat. Taklah orang kata lni orang gaji. Taklah nanti orang
pandang l ni tak ada kelas!”
“Memanglah lcadang
nak kawin cepat dengan you, sayang.
Tapi, tiba-tiba aje mama kena macam ni, takkan papa nak bincangkan soal kahwin
dalam masa yang kritikal ni. Ha,tulaa
pasal, l nak you pandai-pandai ambil hati papa dan mama. Berikan khidmat yang
terbaik agar hati papa cepat nak kahwinkan kita berdua.”
Rita mulai tersenyum.