4,338
Kategori:
Genre:
Senarai Bab
Bab Lima Belas
 

   BAB 15

KECOH satu syarikat. Tiba-tiba sahaja Datin Wan Fuzia dikejarkan ke hospital. Khabarnya datin terjatuh ketika bangun pagi untuk solat Subuh. Belumpun sempat untuk bersolat, semua anggota kanan beliau tidak boleh digerakkan. Datin kehairanan dan meminta pertolongan daripada datuk yang masih belum bangun daripada tidurnya. Berkali-kali datin cuba membangunkan datuk, namun gagal. Akhirnya datin membaling sebuah bantal ke arah datuk. Bila datuk terbangun, dilihat datin sudahpun berada di bawah bukannya di atas katil. Bantal yang kebetulan jatuh bersama beliau itulah dibaling ke arah datuk yang masih dengan mimpinya.

“Masya Allah, Zia, kenapa ni?” soal Datuk Nik Rasyid segera terjun dari katil. Isterinya segera diterpa. Ternyata, datin sudah tidak boleh menggerakkan badannya dengan sempurna lagi. Sudah kejang kaki dan tangan di sebelah kanannya.

Datuk menyempurnakan solat Subuh dengan segera lalu membawa datin ke hospital untuk mendapatkan rawatan segera. Doktor mengesahkan Datin Wan Fuzia telah diserang angin ahmar. Syukurlah dia segera dibawa ke hospital untuk diberikan rawatan semerta.

Bila dalam keadaan sakit begitu, ternyata, seorang ibu memerlukan anak di sisi selain daripada suami sendiri.

“Kalaulah kita ada anak perempuan, kan senang jaga mama...” ucap datin sambil merenung wajah datuk. Dia sedang terbaring di wad dengan wajah hiba.

Datuk Nik Rasyid terdiam. Ucapan isterinya memang benar. Kalaulah ada anak gadis, alangkah senangnya dia menguruskan ibu sendiri dalam keadaan kritikal begitu. Tapi, malang bagi mereka berdua. Allah tidak menghadiahkan walaupun seorang anak perempuan untuk mereka walaupun sudah berkongsi hidup selama puluhan tahun. Hanya memiliki tiga orang anak lelaki sahaja. Itupun sudah berangkat jauh menuntut ilmu di rantau orang. Hanya Faheem seorang sahaja yang sudah menamatkan pengajiannya. Kini menetap bersama kedua orang tuanya.

“Faheem kan ada, mama.” Ujar Faheem sambil mengusap rambut mama tersayang. ‘Faheempun boleh jaga mama.”

“Anak perempuan lagi senang jaga mama.” Kendur suara datin bila terbayangkan nasib diri yang tidak mempunyai anak perempuan itu.

Walaupun sebelah kanan anggota badan Datin Wan Fuziah diserang angin ahmar namun datin masih bernasib baik. Dia masih lagi dapat bercakap dengan sempurna dan lancar. Serangan angin ahmar tidak dapat diduga. Terkadang, seseorang itu akan diserang seluruh badannya hingga tidak mampu menggerakkan semua anggota. Terkadang, hanya bahagian mulut sahaja yang diserang. Malahan, ada juga pesakit yang sekadar mendapat serangan pada bahagian kaki sahaja. Syukurlah Datin Wan Fuzia mendapat serangan angin ahmar bermula daripada bahagian leher hingga ke bawah. Ini bermakna datin masih mampu bercakap seperti biasa. Hanya tidak boleh menggerakkan anggota badan sebelah kanan sahaja. Anggota kirinya tidak mengalami masalah teruk.

“Mama jangan bimbang, papa akan carikan seorang pembantu untuk menjaga mama.” Faheem menyedapkan hati mamanya.

“Ya, mama. Jangan risau. Papa akan carikan seorang bibik untuk membantu mama semasa sakit ni.”

“Papa, mama tak nak bibik! Mama nakkan orang Melayu yang jaga mama. Mama takut banyak masalahnya nanti.” Protes datin. “Tak nak macam dulu dah, pa.”

Ternyata dia sudah serik dengan pengalaman lepas. Dulu, sewaktu anak-anak masih kecil, mereka pernah ada pembantu rumah lndonesia. Tapi, tak lama, bibik lari dari rumah dan tinggalkan anak-anak mereka yang masih kecil begitu saja. Serik dengan kejadian itu, datin sudah tidak mahu menggaji pembantu rumah lndonesia lagi buat selamanya. Dia cuba dapatkan orang Melayu sebagai pembantu rumah.

Tapi masalahnya sekarang...? Adakah sesiapa yang suka bekerja sebagai pembantu rumah sekarang? Anak tempatan sudah tidak berminat menjadi orang gaji. Mereka lebih suka makan gaji di pejabat ataupun di tempat lain. Tidak suka dengan suasana tertutup di dalam rumah. Suasana di luar lebih menyeronokkan.

Datuk terdiam. Faheem juga. Pesakit yang terkena serangan angin ahmar memang sukar untuk dijaga. Banyak masalah yang harus dikendalikan. Mahu ke anak Melayu yang bersedia? Menjaga orang sakit yang sudah kehilangan tenaga dan kuasa diri sendiri?

FAHEEM merenung wajah papanya dengan rasa aneh. Datuk pula hanya menantikan jawapan jelas daripada puteranya itu. Faheem masih diam tanpa sebarang jawapan. Persoalan daripada papanya agak sukar untuk diberikan jawapan. Bukan senang untuk mengatakan ‘ya’ tapi untuk mengatakan ‘tidak’ juga bibirnya sukar.

“Bukannya lama Faheem. Mungkin seketika je. Sebelum papa dapatkan seseorang untuk menjaga mama tu.” Ujar Datuk Nik Rasyid memancing simpati daripada Faheem.

“Susahlah, pa...” keluh Faheem. Dia tidak berapa sudi untuk merenung balik pandangan papanya yang sedang mengharap itu.

Datuk mengangkat wajah. Merenung ke arah Faheem yang kelihatan serba salah. Pengharapan seorang papa. Permintaan yang juga sukar untuk ditolak mahupun diterima. Faheem sedang menghitung dan mencongak sendiri.

“Kamu dah tanyakan pada tuan punya badan, tak?”

Faheem menggeleng.

“Habis, kenapa kamu cakap sukar kalau masih belum tanyakan hal tu?”

“Seganlah pa.”

“Aikkk, untuk ajak dia buat kebaikan, kamu segan. Ha, berkepit ke sana ke mari setiap hari, tak segan?” perli papanya, geram.

“Tapi pa...”

“Kalau kamu tak sanggup, papa sendiri akan tanyakan pada dia. Setuju atau tidak, soal kedua.” Datuk Nik Rasyid nekad dengan keputusannya itu.

“Tapi pa...”

“Kamu jangan risau pasal gaji. Papa akan bayarkan gaji lebih lumayan daripada apa yang dia terima sekarang ni. Asalkan dia sanggup aje...”

“Nantilah, Faheem cuba tanyakan dulu sebelum papa tawarkan kepadanya.” Akhirnya Faheem terpaksa mengalah.

MESKIPUN sukar untuk meluahkan bicara, namun Faheem tetap cuba untuk menyatakan hasrat papanya kepada Rita.

Sebaik sahaja selesai mereka menikmati makan tengahari, Faheem cuba meluahkan apa yang ingin dinyatakan kepada Rita. Rasanya peluang sudah terbuka baik untuk dia nyatakannya.

What?” membulat mata Rita saat dia mendapat tawaran istimewa itu. “Sayang, biar betul ni?”

Faheem mengangguk. Senyum tidak. Masam tidak. Wajahnya bersahaja. Menantikan jawapan seterusnya daripada Rita, buah hati tersayang.

“Papa younak minta ljaga mama you?” suara terkejut Rita masih belum hilang. Wajah Faheem direnung mendalam.

“Hmmm, mama tak nak carikan bibik lndonesia. Dia nak orang tempatan yang jaga dia.” Jawab Faheem.

“Tapi, sayang...” wajah Rita acuh tak acuh. “lkan kerja kat ofis papa you sekarang ni. So,takkanlah...”

“Sayang, bukannya lama. Sementara papa dapatkan orang gaji untuk mama. Jadi, papa offertawaran ni untuk you sayang. Sebab, papa rasakan hanya youaje yang layak jaga mama dalam keadaan kritikal macam tu. Lagipun, doktor cakap, peluang untuk mama sembuh agak cepat. Sebab mama dah dapat rawatan pantas daripada pakar. Jadi, segala urat saraf mama tidak ada yang mati. Dia akan cepat sembuh.”

“Sayang...” Rita buat muka.

“Sayang, l rasa, papa memang sukakan you nak jadikan menantu sebab dia dah tahu hubungan kita yang akan berakhir dengan perkahwinan. Jadi, papa sengaja nak rapatkan hubungan kita berdua. Juga untuk merapatkan antara youdengan keluarga l. So, why not...?” wajah Faheem jadi ceria. “Youterima ajelah, sayang.”

“Sayang, lbukan tahu pun nak jaga orang sakit. Youpun tahu kan, lanak bongsu dalam keluarga.Mama dan papa memang manjakan l...”

“Alaah, susah apa? You kan nak kawin jugak nanti? Kalau sekarang youdah ada pengalaman jaga orang sakit, tak susahlah kalau you nak jaga lnanti bila dah tua...”

Rita buat muka lagi. “Tapi, tu lambat lagi. Sekarang ni, lmana tau nak jaga orang sakit. Selalunya mama papa dan kakak-kakak yang jaga l yang sakit.”

“Sayang,dengar sini. I nak youambil peluang ni untuk tunjukkan diri youdekat papa dan mama tu. Biar mereka tahu yang pilihan lni memang terbaik.” Ujar Faheem. “Lagipun, papa tetap akan bayarkan gaji yang sama dengan youterima sekarang. Malah, papa mungkin akan tambahkan lagi.”

Rita mengeluh.

“Sayang, please do it for me, ok!?”rayu Faheem dengan sejuta pengharapan.

Jari-jari lembut runcing Rita dikait mesra. Kemudian, dipegang kemas. Wajah buah hatinya direnung penuh sayang. Perlahan-lahan, jari jemari yang cantik lembut itu dirapatkan ke bibir. Dikucup penuh kasih.

“Demi cinta kita...” bisik Faheem. “Sayang takkan hampakan l,ok?!”

Terdengar keluhan berat dari bibir Rita.

“Sayang, youtak nak, kita lebih rapat dan mesra?”

Rita mengangguk. “Memanglah lnak rapat dengan you and your parents. But l’m not sure if will take care of your mom...”

“Sayang, you can try for that....”

Rita mengeluh lagi.

“Hati ltentu lebih bahagia nanti bila pulang dari ofis, buah hati lada kat rumah. Tentu kita akan dapat lebih masa untuk saling bersama.” Ujar Faheem. “Youtak suka ke, kalau berada di rumah l?”

“Memanglah l suka nak berada kat sana. Tapi, ltak suka jadi ‘maid’. Inak jadi puteri di hati youdan keluarga you.”suara manja Rita menusuk ke hati Faheem.

“ltu ltau. Papa bukan nak youjadi maid. Tapi nak minta tolong you jaga mama buat sementara waktu. Mungkin selepas dapatkan pembantu lain, youtak perlu lagi jaga mama.”

“Sayang, daripada l jadi penjaga mama macam tu, lagi baik kita kawin cepat. Taklah orang kata lni orang gaji. Taklah nanti orang pandang l ni tak ada kelas!”

“Memanglah lcadang nak kawin cepat dengan you, sayang. Tapi, tiba-tiba aje mama kena macam ni, takkan papa nak bincangkan soal kahwin dalam masa yang kritikal ni. Ha,tulaa pasal, l nak you pandai-pandai ambil hati papa dan mama. Berikan khidmat yang terbaik agar hati papa cepat nak kahwinkan kita berdua.”

Rita mulai tersenyum.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh