Home Novel Komedi/Romantik Komedi cinta mood 'SILENT'
cinta mood 'SILENT'
Azalea Eshal
13/11/2014 22:52:38
23,526
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
CMS-BAB 4

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT MALAM...SEMALAM TAK SEMPAT BAK UPDATE SEBAB KURSUS. BALIK PUN DAN MALAM. BILA DAH MALAM, SEMESTINYA TAK LARAT DAH. KATILLAH JATI TEMPAT UTAMA UNTUK DISINGGAH. HIHIH OKLAH BAB 4...SEMOGA TERHIBUR MEMBACANYA... JANGAN LUPA KOMEN...

BAB 4

Orang kata, kalau itu jodoh kita, lancar sahaja perjalanan untuk disatukan. Begitu juga aku. Tidak sangka aku danAliff Amsyar bakal berkahwin. Hari ini adalah hari paling bermakna bagi aku. Aku akan berjumpa ahli keluarganya. Berdebarnya… bisik hati Nia.

“Okey tak ni?” soal Aliff Amsyar.

“Tak okey! Elok ke saya pakai baju kurung ni?” soal Nia pula. Teringat peristiwa ketika di rumahnya tadi.

“Sakit jiwalah cakap dengan awak ni!” geram Nia.

“Sakit jiwa ke sakit hati?” soal Aliff Amsyar. Suka benar dia mengusik Nia. Gadis yang sudah mencuri hatinya.

“Oh, main-main apa yang saya cakap ye!” Nia bangun dari kerusinya lalu menyepak kaki Aliff Amsyar.

“Aduh! Aduh!” Aliff Amsyar mengaduh sambil ketawa. Apabila Nia bersikap begitu, wajah gadis itu begitu comel. Dia suka benar melihat wajah Nia begitu.

“Kata pakai baju kurung. Bila kita pakai baju kurung, awak gelakkan kita. Menyampah!” marah Nia masih bersisa.

“Ala, kan AA adik tu tak pernah tengok adik pakai baju kurung.” Tiba-tiba Ahmad Firdaus muncul. Dia duduk di sofa.

Nia rasa makin geram. Kaki Ahmad Firdaus juga menjadi mangsa sepakkannya.

“Aduh! Gila dah adik aku ni!” geram Ahmad Firdaus.

“Abanglah gila!” wajah Nia seakan mahu menangis. Hari ini dia akan berjumpa dengan bakal mertuanya. Pastilah dia bimbang, gelisah, gelabah dan sebagainya. Lagipun Aliff Amsyar sudah menjadi sebahagian hidupnya.

Ahmad Firdaus menghampiri adiknya itu. Dia mencengkam kedua bahu Nia.

“Abang tahu adik abang ni kuat semangat. Walaupun degil, nakal dan selalu buat abang marah dan risau, abang tahu adik abang boleh melakukannya.” Ahmad Firdaus memujuk adiknya itu.

Nia tersenyum. Lega hatinya mendengar kata-kata Ahmad Firdaus.

“Sempat kutuk Nia ya?” Lagi sekali kaki yang sama jadi mangsa sepakan Nia. Dia bertindak begitu demi menutup rasa leganya.

“Sakitlah budak!” geram Ahmad Firdaus.

“Kami pergi dulu.” Nia tersenyum. Kata-kata Ahmad Firdaus utuh dalam fikirannya. Amat melegakan hatinya.

“Abang akan menyusul nanti!” Ahmad Firdaus menjerit dari depan pintu.

“Nia!” panggil Aliff Amsyar.

Nia tersedar daripada ingatan pagi tadi.

“Awak okey tak? Tenang sahaja. Ibu dan abah saya tu, baik. Saya dah tunjuk gambar awak. Perangai awak macam mana. Sikap awak pun saya dah cerita. Ibu dan abah saya tak kisah pun. Jangan risau!” pujuk Aliff Amsyar.

“Awak ni! Kenapa bagitau perangai saya macam mana! Malulah!” Bukan makin terpujuk hati tapi makin berdebar pula Nia rasakan.

Mereka tiba di rumah Aliff Amsyar. Sebuah bangle yang besar dan nampak mewah.

Aku tak tahu pula dia anak orang kaya? Setahu aku dia kerja sebagai pegawai pemasaran. Tak kan kaya pula? Bisik hati Nia.

Puan Zakiah dan Encik Akil sudah lama menanti di rumah. Begitu juga adik-adik Aliff Amsyar iaitu Aniq Zaqwan dan Soleha.

“Jemput masuk Nia. Mana abang-abang Nia?” soal Puan Zakiah sebaik sahaja Nia bersalaman dengannya.

“Abang-abang datang lambat sikit.” Balas Nia. Kekoh rasanya.

“Jemput duduk Nia.” Encik Akil berkata.

“Okey Nia, ini abah saya, Encik Akil. Ini pula ibu saya, Puan Zakiah dan ni adik perempuan dan lelaki saya. Adik perempuan saya, namanya soleha. Dan yang paling kacak ni, tapi kacak saya lagi, namanya Aniq Zaqwan.” Sempat Aliff Amsyar membuat lawak.

Aniq Zaqwan dan solehah tersenyum.

Ini ke kekasih abang? Taklah cantik sangat tapi satu aku tertarik ingin melihat wajahnya. Sinar matanya yang dahagakan kasih sayang. Yang mahukan kasih sayang seseorang apabila dia tersenyum… Asyik sekali Aniq Zaqwan merenung Nia.

Tiba-tiba perut Aniq Zaqwan di siku oleh Aliff Amsyar.

“Hey, jangan tengok isteri abang macam nak makan pula. Cemburu abang. Abang dah pilih yang tak cantik dan kasar. Langsung tak memenuhi citarasa adik tau.” Aliff Amsyar sangat tahu akan citarasa Aniq Zaqwan.

“Mana ada nak makan bakal isteri abang tu, cuma nak makan nasi kejap lagi.” Gurau Aniq Zaqwan. Seronok pula dapat mengusik Aliff Amsyar.

“Yalah tu.” Malas pula Aliff Amsyar mahu melayannya.

“Terima kasih mak cik dan pak cik melayan Nia dengan baik. Dialah satu-satunya wanita dalam keluarga kami. Dialah racun. Dialah penawar. Jadi, kalau dia ada buat salah, tegurlah dia dengan baik. Insya-Allah, Nia ni seorang yang dengar kata. Kami tahu tu.” Kata Ahmad Firdaus sebelum mereka berangkat pulang.

“Insya-Allah. Kami cuba sedaya upaya.” Balas Encik Akil.

Nia yang mendengar kata-kata abangnya, mulalah rasa terharu tetapi untuk dia pamerkan rasa terharu itu, tidak mungkin. Ahmad Firdaus tidak akan berpeluang melhatnya.

Aniq Zaqwan dapat mendengar dengan jelas kata-kata Ahmad Firdaus. Hatinya tertarik untuk mengenali Nia.

“Adik…” Panggil Aliff Amsyar.

“Ye abang.”

“Jangan tengok kakak ipar adik macam tu. Takut kan dia.”

“Kata cari yang ganas. Takkan tengok panahan mata adik yang tidak seberapa nak takut.” Cabar Aniq Zaqwan.

“Please, adik. Abang sayang gila dengan Nia. Abang tak pernah sayang seseorang macam abang sayang Nia selain ahli keluarga abang. Abang sayang sangat. Senyuman Nia amat mahal, adik. Sangat tinggi bayarannya untuk melihat senyumannya.” Pantas pandangan Aliff Amsyar ke arah Nia yang sedang rancak berbual dengan ibu dan abahnya.

Ya. Hari ini aku bertuah sebab dapat melihat senyuman yang sentiasa diukir di bibirnya tetapi hari lain, terlalu payah untuk melihat dia tersenyum. Hanya bebelan dan amukkan sahaja tetapi bagi aku itu menunjukkan dia sangat mendambakan perhatian aku. Aku tahu dia seorang yang manja. Manja sangat tapi manjanya pada orang selayaknya. Bisik hati Aliff Amsyar.

“Abang… Apa yang abang mengarut ni? Tak kanlah saya tergamak nak rampas kekasih abang sendiri. Abang ni pun.” Hati Aniq berdebar-debar mendengar kata-kata Aliff Amsyar.

Betul ke mahal sangat senyumannya? Memang dia nampak manis bila tersenyum. Entahlah! Rajin pula aku fikirkan soal orang lain. Hatinya berkata.

“Manalah tahu adik kan kasanova. Kasar pun adik sapu juga.” Sangka Aliff Amsyar.

“Abang, adik rasa nak insaf jadi kasanova. Apa pendapat abang?” soal Aniq Zaqwan tiba-tiba.

“Tengok tu. Tiba-tiba nak jadi baik ni?” Aliff Amsyar mula rasa tidak sedap.

“Termakbul doa abang adik nak berubah kan?” Aniq Zaqwan berkata lagi.

“Betul ke ni?” Aliff Amsyar masih tidak percaya.

“Acah aje!” Aniq Zaqwan ketawa kecil.

“Aku rasa nak hempuk aje budak ni!” geram Aliff Amsyar. Dia menarik telinga Aniq Zaqwan. Geram punya pasal.

“Apa yang dua beradik ni gaduhkan. Nia dan keluarganya dah nak balik tu.” Puan Zakiah menegur Aniq Zaqwan dan Aliff Amsyar.

“Tak ada apa-apa ibu…” Aliff Amsyar tersengih. Mereka berdua pun menghampiri Nia dan keluarga.

“Tarikh perkahwinan nanti kita bincang memandangkan Aliff tak nak bertunang. Dia nak kahwin terus. Jadi kita bertemu lagi lepas ni.”

“Baiklah pak cik. Kami tiada ayah. Sayalah yang akan menjaga dan menjadi walinya apabila dia berkahwin nanti. Kalau boleh saya nak yang terbaik untuk adik saya.”

“Insya-Allah. Aliff akan jaga Nia dengan baik-baik. Kita doakan sahaja untuk mereka.” Encil Aki tersenyum.

Begitu juga dengan Ahmad Firdaus.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.