BAB 17
“UWEEEKKK...!”
Rita berlari pantas ke bilik air. Dia segera membuka paip
air di sinki. Lalu membasuh mulutnya. Berkumur berkali-kali. Kemudian, terasa
tekaknya meloya lagi. Berkali-kali dia memuntahkan isi perutnya. Berkali-kali
dia berlari ke bilik air. Dia benar-benar tidak tahan. Malah tidak dapat menahan tekaknya daripada muntah.
“Ya Allah, aku nak buat apa ni?” soal hati Rita. “Aku
memang benar-benar tak tahan dah...”
Uweeekkk....
Rita muntah lagi. Terasa lembik sudah seluruh anggota
badannya kini. Dia memang benar-benar tidak dapat menahan dirinya daripada
termuntah. Makin ditahan, makin itulah dia termuntah. Sudah acap kali dia berlari keluar masuk ke dalam bilik air. Dia
sudah tidak larat lagi.
“Kenapa dengan kamu ni, Rita?” tiba-tiba suara Datuk Nik Rasyid menegur Rita yang baru saja keluar
dari bilik air. Wajahnya nampak basah oleh air basuhan muka. Bila melihat wajah
datuk, cepat-cepat Rita mengesat muka dengan sehelai tuala kecil di tangannya.
Dia nampak terkejut dengan kemunculan datuk itu.
“Err, tak ada apa-apa, datuk....” Rita cuba
menyembunyikan sesuatu.
“Mesti ada sesuatu. Cuba kamu cakap terus terang. Apa
sebenarnya yang dah berlaku kepada kamu ni?” soal datuk mendesak Rita.
Ketika yang sama, Faheem muncul dengan tiba-tiba. Hajat
hati mahu menjenguk pujaan hati yang
sedang bertugas di rumahnya kini. Tapi, bila dilihat papanya sedang menyoal
Rita, Faheem terhenti. Langkahnya mati di situ. Dia cuba untuk berundur pergi
dari situ. Malas untuk berhadapan dengan papanya.
“Ha, kenapa diam Rita? Jawablah...” desak datuk lagi.
“Faheem , tunggu...”
Langkah Faheem tidak jadi diteruskan. Dia berhenti dan
menanti bicara seterus daripada papanya. Apa agaknya yang bakal diperkatakan
oleh orang tuanya itu? Berdebar juga dada Faheem. Papanya memang tegas dalam
semua perkara. Faheem merenung wajah Rita. Sambil itu dia mengangkat kening.
“Ha, Rita, cuba kamu cakap, apa dah jadi dengan kamu ni?
Sejak tadi, asyik kunjung dan terkam bilik air ni, kenapa?” soal Datuk Nik Rasyid
dengan wajah curiga.
“Err, tak ada apa-apa, datuk...” Rita tetap menjawab
dengan perkataan yang sama. Perkataan yang berunsur penyembunyian sesuatu.
“Kalau tak ada apa-apa, kenapa sampai dah nampak letih
keadaan kamu tu.” Soal datuk lagi. “Faheem, cuba kamu tanyakan pada buah hati
kamu ni. Kenapa dia sampai jadi macam tu.”
Faheem buat muka. Tapi tersentak bila papanya menyebut
‘buah hati kamu’. Maknanya papanya tidak membantah? Jadi, Rita turut disukai
oleh papanya? Faheem sempat mengerling ke arah Rita. Gadis itu turut berbunga ria
di hatinya bila terdengarkan ucapan Datuk Nik Rasyid itu.
“Rita, kenapa dengan you
ni?” soal Faheem turut ingin tahu. Dia mendekati Rita sambil merenung wajah
buah hati kesayangannya itu.
Rita menggeleng. “Tak ada apa. Cuma Rita kurang sihat
aje.”
Datuk mengerutkan dahi. “Kalau kurang sihat, bawalah Rita ke klinik,
Faheem. Nanti kalau makin melarat
sakitnya, susah pulak.”
Faheem sekali lagi menoleh ke arah papanya. Kenapa baik benar bunyi ucapan
papanya kali ini? Apakah muslihat di sebaliknya? Faheem jadi curiga.
“Kalau kamu tak nak bawa Rita ke klinik, biar papa minta Pak Udin bawakan.
Papa tak nak Rita jatuh sakit. Kalau tidak susah pula dia nak jaga mama.
Lagipun, minggu depan, papa tak ada kat KL ni. Nak kena terbang ke luar negara
pula.”
“Rita, kita ke klinik sekarang, jom...” ajak Faheem lalu menarik tangan
Rita.
“Tak larat ke kamu nak jalan sendiri tu, Rita?” soal Datuk Nik Rashid
seolah kurang senang melihat tindakan Faheem.
“Err, masih larat datuk.” Rita menarik tangannya daripada pegangan Faheem.
“Belum kahwin, dah berani nak pegang-pegang tangan. Papa tak nak terlibat
dengan dosa. Harap kamu berdua fikirkan perkara tu. Jangan tak tahu hukum hakam
Tuhan pula, Fahem...Rita...” perli datuk.
“Dosa tetap dosa. Jangan nak ringan-ringankan hukum Allah. Papa tak suka.”
Tambah datuk lagi. Faheem terdiam. Rita juga.
“Baik, papa...” sambil bersuara, Faheem melangkah pergi.
Rita membuntuti Faheem. Tuala kecil terus diletakkan di bibirnya.
Datuk Nik Rasyid menggeleng. Entah apa yang sedang berlegar di fikirannya
hanya Tuhan saja yang tahu. Tapi, kelihatannya, datuk agak kurang senang dengan
keadaan Rita.
KERETA Faheem menderu bunyi enjinnya sebaik sahaja melepasi ruang laman
banglo milik papanya itu. Rita membetulkan pakaian sambil mengipas-ngipas lengan
bajunya. Wajahnya kelihatan amat tidak puas hati.
“Sayang, Rita tak nak ke klinik...”
tiba-tiba Rita bersuara.
“Tak nak ke klinik? Tapi, you kan
kurang sihat...”
“ltak sakit...”
“Tak sakit? Habis...?” Faheem mulai berasa pelik.
Rita mengangguk. “Rita tak sakit, sayang.”
“Kenapa dengan youni, Rita?”
soal Faheem sambil melempar pandang ke arah wajah kekasih pujaan. Dia sendiri
tidak mampu untuk menduga apa yang sedang berlaku terhadap Rita.
Sudah lebih seminggu, Rita bertugas di rumahnya. Menjaga mamanya yang
sedang sakit. Sudah lebih seminggu juga hati Faheem rasa bahagia melambung.
Rianya bukan main. Setiap hari pulang, pasti Rita ada dalam rumahnya. Walaupun
bertugas sebagai ‘maid’ namun Faheem tidak peduli. Apa yang penting, Rita ada
di dalam rumahnya sendiri. Dia tidak gusar untuk sering bertemu dengan gadis
kesayangan.
“Rita tak tahanlah...” manja suara Rita sambil tangannya memaut lengan
Faheem. “Bukannya Rita biasa dengan tugas macam tu.”
Faheem mengerling sambil dahinya berkerut.
“Maksud you?”
“Sayang, Rita tak pernahpun buat kerja-kerja macam tu. Mana ada tugas l jaga orang sakit....” manja lagi suara
Rita. Lengan Faheem terus dipaut dan diusap sayang.
“Eh, apa maksud you, Rita?”
“Setiap hari Rita kena basuh punggung mama you.Masa dia tak buang air kecil, tak apa. Tapi masa dia buang air
besar tu, Rita mana tahan, sayang?” protes Rita kurang senang dengan tugas
barunya itu.
“Rita?” Faheem tersentak dan terkejut dengan ungkapan Rita.
“Ya sayang. Tulah pasal, tiap kali bersihkan mama, Rita akan termuntah.
Pedih perutnya bila termuntah. Loya lagi tekak ni. Mengalahkan orang mengandung
anak sulung. Memang Rita tak boleh nak tahanlah, sayang...”
Faheem makin tersentak. “You
ni...”
“Maafkan Rita, sayang...” suara Rita semakin manja. Semakin menggoda Faheem.
“Rita dah cuba, tapi tetap tak boleh. Asyik termuntah setiap kali bersihkan
najis mama you...”
“Habis, kalau nanti l yang jatuh
sakit, youtak sanggup nak bersihkan punggung lbila lbuang air besar...?” soal Faheem agak kecewa.
“Sayang, you tu lain. Masa tu, you dah jadi suami Rita. So, Rita yakin, Rita boleh jaga you dengan sempurna nanti.” Rita
merenung wajah Faheem yang kelihatan agak kurang senang. “Masa sekarang ni,
Rita belum biasa. So, maafkanlah Rita
buat masa ni, sayang...”
Faheem masih diam.
“Sayang...” panggil Rita. Lengan Faheem digoncangnya. “You jangan risau. I
takkan biarkan kalau you yang sakit nanti. I akan bersama you samada susah
ataupun senang. Percayalah...”
“Tapi, kenapa you tak jaga hati
mama? Nanti apa kata mama bila dia tengok
you asyik muntah setiap kali
bersihkan najisnya.” Protes Faheem.
“Sayang, walaupun termuntah, Rita dah cuba berkali-kali. Walaupun sukar,
Rita tetap buat, kan? Rita tetap jaga dan bersihkan mama you setiap hari selama Rita bertugas kat rumah you tu...” Rita membela diri.
“I tau. Tapi, you macam tak
berapa sesuai je nak jaga mama...”
“Memanglah. Tapi, l tetap
cuba...”
Faheem mengeluh.
“Kenapa youmengeluh ni? You tak perasan ke yang ldah cuba sedaya upaya. Selama ni, ltak pernahpun ditugaskan dengan tugas
yang berat macam tu. Tapi, l tetap
berusaha sedayanya.”
“I tau tu. Tapi, l takut mama
yang tak faham...”
“Alaa, sayang...kan Rita dah cuba buat sehabis baik. Tu yang Rita terdaya.
Tapi, Rita tak pernahpun mintak berhenti, kan? Rita tetap harungi kesukaran tu
dengan sabar dan tabah, kan?”
Faheem mengangguk. “Terima kasih, sayang. At least, you dah cuba buat yang terbaik. Mudah-mudahan mama fahami
you nanti. Papa jugak...”
Rita tersenyum senang. Gembira hatinya
mendengarkan ucapan Faheem.
“l memang nak buat yang terbaik
untuk perhubungan kita sayang. Sebab hati l
ni memang ikhlas untuk hidup bersama you.
Susah atau senang, l akan tetap
harunginya tanpa keraguan. Asalkan l
tetap bersama you...”
Faheem mengangguk senang.
“ltau papa faham keadaan you. Itau papa mesti dapat duga apa
sebab youtermuntah-muntah setiap
kali bersihkan najis mama.”
Rita mengangguk. “Ritapun faham. Tapi, nak buat macamana? Rita dah cuba
tahankan jangan termuntah. Tak boleh. Tetap je nak muntah.”
Faheem menggeleng.
“Maafkan Rita, sayang. Kalau Rita telah mengecewakan sayang...” mohon Rita
sambil terus memaut erat lengan Faheem. Kemudian, dikucupnya jari jemari
Faheem.
“Rita dah cuba buat yang terbaik. Itu je yang Rita mampu, sayang. So,
maafkanlah Rita.”
“It’s okay, dear...” Faheem cuba
membujuk hati.
Namun, di pojok jiwanya ada sedikit rasa kesal. Dia tidak mahu ada
pandangan serong daripada kedua orang tuanya terhadap Rita. Apa yang diharapkan
semoga keduanya melihat Rita itu gadis sempurna dalam segala hal. Semuanya demi
harapan dan impiannya. Faheem mengharapkan Rita menjadi bakal menantu kebanggaan kedua orang tuanya sebelum
mereka melangkah ke alam rumahtangga.
Itulah sebabnya dia sanggup meminta Rita menjaga mamanya yang sedang sakit
itu. Apatah lagi pada waktu itu papa nammpak bersungguh benar mahukan Rita
menjaga mamanya. Seolah papanya sudah pecayakan Rita untuk tugas yang berat
lagi mencabar itu.
Sayangnya, Rita tidak sehebat mana dalam tugasnya di rumah Faheem. Maklum, Rita
anak manja dari keluarga berada juga. Tidak pernah buat kerja yang berat dan
menyusahkan. Apatah lagi untuk bermain dengan najis dan menjaga orang sakit
yang dhaif seperti datin. Datuk memang sudah dapat menduga sedari awal. Namun,
Faheem teringin sangat untuk melihat Rita menjadi pengasuh mamanya buat
seketika. Manalah tahu, kalau-kalau Rita boleh dikategorikan sebagai calon
menantu yang hebat...
Mana tahu, kalau Rita mampu...?
Mampu melayani kerenah orang sakit.
Mampu melayani kesukaran menguruskan orang yang sudah hilang upaya.
Mampu jua bersabar dengan pelbagai sikap Datin Fuzia.
Tapi...
Faheem akhirnya terpaksa mengakui, Rita tidak mampu untuk menjadi pengasuh
kepada mamanya yang sedang terlantar itu. Namun, apa daya, hati Faheem sudahpun
melekat erat kepada Rita.