4,324
Kategori:
Genre:
Senarai Bab
Bab Tujuh Belas
 

BAB  17

“UWEEEKKK...!”

Rita berlari pantas ke bilik air. Dia segera membuka paip air di sinki. Lalu membasuh mulutnya. Berkumur berkali-kali. Kemudian, terasa tekaknya meloya lagi. Berkali-kali dia memuntahkan isi perutnya. Berkali-kali dia berlari ke bilik air. Dia benar-benar tidak tahan. Malah tidak dapat menahan tekaknya daripada muntah.

“Ya Allah, aku nak buat apa ni?” soal hati Rita. “Aku memang benar-benar tak tahan dah...”

Uweeekkk....

Rita muntah lagi. Terasa lembik sudah seluruh anggota badannya kini. Dia memang benar-benar tidak dapat menahan dirinya daripada termuntah. Makin ditahan, makin itulah dia termuntah. Sudah acap kali dia berlari keluar masuk ke dalam bilik air. Dia sudah tidak larat lagi.

“Kenapa dengan kamu ni, Rita?” tiba-tiba suara Datuk Nik Rasyid menegur Rita yang baru saja keluar dari bilik air. Wajahnya nampak basah oleh air basuhan muka. Bila melihat wajah datuk, cepat-cepat Rita mengesat muka dengan sehelai tuala kecil di tangannya. Dia nampak terkejut dengan kemunculan datuk itu.

“Err, tak ada apa-apa, datuk....” Rita cuba menyembunyikan sesuatu.

“Mesti ada sesuatu. Cuba kamu cakap terus terang. Apa sebenarnya yang dah berlaku kepada kamu ni?” soal datuk mendesak Rita.

Ketika yang sama, Faheem muncul dengan tiba-tiba. Hajat hati mahu menjenguk pujaan hati yang sedang bertugas di rumahnya kini. Tapi, bila dilihat papanya sedang menyoal Rita, Faheem terhenti. Langkahnya mati di situ. Dia cuba untuk berundur pergi dari situ. Malas untuk berhadapan dengan papanya.

“Ha, kenapa diam Rita? Jawablah...” desak datuk lagi. “Faheem , tunggu...”

Langkah Faheem tidak jadi diteruskan. Dia berhenti dan menanti bicara seterus daripada papanya. Apa agaknya yang bakal diperkatakan oleh orang tuanya itu? Berdebar juga dada Faheem. Papanya memang tegas dalam semua perkara. Faheem merenung wajah Rita. Sambil itu dia mengangkat kening.

“Ha, Rita, cuba kamu cakap, apa dah jadi dengan kamu ni? Sejak tadi, asyik kunjung dan terkam bilik air ni, kenapa?” soal Datuk Nik Rasyid dengan wajah curiga.

“Err, tak ada apa-apa, datuk...” Rita tetap menjawab dengan perkataan yang sama. Perkataan yang berunsur penyembunyian sesuatu.

“Kalau tak ada apa-apa, kenapa sampai dah nampak letih keadaan kamu tu.” Soal datuk lagi. “Faheem, cuba kamu tanyakan pada buah hati kamu ni. Kenapa dia sampai jadi macam tu.”

Faheem buat muka. Tapi tersentak bila papanya menyebut ‘buah hati kamu’. Maknanya papanya tidak membantah? Jadi, Rita turut disukai oleh papanya? Faheem sempat mengerling ke arah Rita. Gadis itu turut berbunga ria di hatinya bila terdengarkan ucapan Datuk Nik Rasyid itu.

“Rita, kenapa dengan you ni?” soal Faheem turut ingin tahu. Dia mendekati Rita sambil merenung wajah buah hati kesayangannya itu.

Rita menggeleng. “Tak ada apa. Cuma Rita kurang sihat aje.”

Datuk mengerutkan dahi. “Kalau kurang sihat, bawalah Rita ke klinik, Faheem. Nanti kalau makin melarat sakitnya, susah pulak.”

Faheem sekali lagi menoleh ke arah papanya. Kenapa baik benar bunyi ucapan papanya kali ini? Apakah muslihat di sebaliknya? Faheem jadi curiga.

“Kalau kamu tak nak bawa Rita ke klinik, biar papa minta Pak Udin bawakan. Papa tak nak Rita jatuh sakit. Kalau tidak susah pula dia nak jaga mama. Lagipun, minggu depan, papa tak ada kat KL ni. Nak kena terbang ke luar negara pula.”

“Rita, kita ke klinik sekarang, jom...” ajak Faheem lalu menarik tangan Rita.

“Tak larat ke kamu nak jalan sendiri tu, Rita?” soal Datuk Nik Rashid seolah kurang senang melihat tindakan Faheem.

“Err, masih larat datuk.” Rita menarik tangannya daripada pegangan Faheem.

“Belum kahwin, dah berani nak pegang-pegang tangan. Papa tak nak terlibat dengan dosa. Harap kamu berdua fikirkan perkara tu. Jangan tak tahu hukum hakam Tuhan pula, Fahem...Rita...” perli datuk.

“Dosa tetap dosa. Jangan nak ringan-ringankan hukum Allah. Papa tak suka.” Tambah datuk lagi. Faheem terdiam. Rita juga.

“Baik, papa...” sambil bersuara, Faheem melangkah pergi.

Rita membuntuti Faheem. Tuala kecil terus diletakkan di bibirnya.

Datuk Nik Rasyid menggeleng. Entah apa yang sedang berlegar di fikirannya hanya Tuhan saja yang tahu. Tapi, kelihatannya, datuk agak kurang senang dengan keadaan Rita.

KERETA Faheem menderu bunyi enjinnya sebaik sahaja melepasi ruang laman banglo milik papanya itu. Rita membetulkan pakaian sambil mengipas-ngipas lengan bajunya. Wajahnya kelihatan amat tidak puas hati.

“Sayang, Rita tak nak ke klinik...” tiba-tiba Rita bersuara.

“Tak nak ke klinik? Tapi, you kan kurang sihat...”

ltak sakit...”

“Tak sakit? Habis...?” Faheem mulai berasa pelik.

Rita mengangguk. “Rita tak sakit, sayang.”

“Kenapa dengan youni, Rita?” soal Faheem sambil melempar pandang ke arah wajah kekasih pujaan. Dia sendiri tidak mampu untuk menduga apa yang sedang berlaku terhadap Rita.

Sudah lebih seminggu, Rita bertugas di rumahnya. Menjaga mamanya yang sedang sakit. Sudah lebih seminggu juga hati Faheem rasa bahagia melambung. Rianya bukan main. Setiap hari pulang, pasti Rita ada dalam rumahnya. Walaupun bertugas sebagai ‘maid’ namun Faheem tidak peduli. Apa yang penting, Rita ada di dalam rumahnya sendiri. Dia tidak gusar untuk sering bertemu dengan gadis kesayangan.

“Rita tak tahanlah...” manja suara Rita sambil tangannya memaut lengan Faheem. “Bukannya Rita biasa dengan tugas macam tu.”

Faheem mengerling sambil dahinya berkerut.

“Maksud you?”

“Sayang, Rita tak pernahpun buat kerja-kerja macam tu. Mana ada tugas l jaga orang sakit....” manja lagi suara Rita. Lengan Faheem terus dipaut dan diusap sayang.

“Eh, apa maksud you, Rita?”

“Setiap hari Rita kena basuh punggung mama you.Masa dia tak buang air kecil, tak apa. Tapi masa dia buang air besar tu, Rita mana tahan, sayang?” protes Rita kurang senang dengan tugas barunya itu.

“Rita?” Faheem tersentak dan terkejut dengan ungkapan Rita.

“Ya sayang. Tulah pasal, tiap kali bersihkan mama, Rita akan termuntah. Pedih perutnya bila termuntah. Loya lagi tekak ni. Mengalahkan orang mengandung anak sulung. Memang Rita tak boleh nak tahanlah, sayang...”

Faheem makin tersentak. “You ni...”

“Maafkan Rita, sayang...” suara Rita semakin manja. Semakin menggoda Faheem. “Rita dah cuba, tapi tetap tak boleh. Asyik termuntah setiap kali bersihkan najis mama you...”

“Habis, kalau nanti l yang jatuh sakit, youtak sanggup nak bersihkan punggung lbila lbuang air besar...?” soal Faheem agak kecewa.

“Sayang, you tu lain. Masa tu, you dah jadi suami Rita. So, Rita yakin, Rita boleh jaga you dengan sempurna nanti.” Rita merenung wajah Faheem yang kelihatan agak kurang senang. “Masa sekarang ni, Rita belum biasa. So, maafkanlah Rita buat masa ni, sayang...”

Faheem masih diam.

“Sayang...” panggil Rita. Lengan Faheem digoncangnya. “You jangan risau. I takkan biarkan kalau you yang sakit nanti. I akan bersama you samada susah ataupun senang. Percayalah...”

“Tapi, kenapa you tak jaga hati mama? Nanti apa kata mama bila dia tengok you asyik muntah setiap kali bersihkan najisnya.” Protes Faheem.

“Sayang, walaupun termuntah, Rita dah cuba berkali-kali. Walaupun sukar, Rita tetap buat, kan? Rita tetap jaga dan bersihkan mama you setiap hari selama Rita bertugas kat rumah you tu...” Rita membela diri.

“I tau. Tapi, you macam tak berapa sesuai je nak jaga mama...”

“Memanglah. Tapi, l tetap cuba...”

Faheem mengeluh.

“Kenapa youmengeluh ni? You tak perasan ke yang ldah cuba sedaya upaya. Selama ni, ltak pernahpun ditugaskan dengan tugas yang berat macam tu. Tapi, l tetap berusaha sedayanya.”

I tau tu. Tapi, l takut mama yang tak faham...”

“Alaa, sayang...kan Rita dah cuba buat sehabis baik. Tu yang Rita terdaya. Tapi, Rita tak pernahpun mintak berhenti, kan? Rita tetap harungi kesukaran tu dengan sabar dan tabah, kan?”

Faheem mengangguk. “Terima kasih, sayang. At least, you dah cuba buat yang terbaik. Mudah-mudahan mama fahami you nanti. Papa jugak...”

Rita tersenyum senang. Gembira hatinya mendengarkan ucapan Faheem.

l memang nak buat yang terbaik untuk perhubungan kita sayang. Sebab hati l ni memang ikhlas untuk hidup bersama you. Susah atau senang, l akan tetap harunginya tanpa keraguan. Asalkan l tetap bersama you...”

Faheem mengangguk senang.

ltau papa faham keadaan you. Itau papa mesti dapat duga apa sebab youtermuntah-muntah setiap kali bersihkan najis mama.”

Rita mengangguk. “Ritapun faham. Tapi, nak buat macamana? Rita dah cuba tahankan jangan termuntah. Tak boleh. Tetap je nak muntah.”

Faheem menggeleng.

“Maafkan Rita, sayang. Kalau Rita telah mengecewakan sayang...” mohon Rita sambil terus memaut erat lengan Faheem. Kemudian, dikucupnya jari jemari Faheem.

“Rita dah cuba buat yang terbaik. Itu je yang Rita mampu, sayang. So, maafkanlah Rita.”

It’s okay, dear...” Faheem cuba membujuk hati.

Namun, di pojok jiwanya ada sedikit rasa kesal. Dia tidak mahu ada pandangan serong daripada kedua orang tuanya terhadap Rita. Apa yang diharapkan semoga keduanya melihat Rita itu gadis sempurna dalam segala hal. Semuanya demi harapan dan impiannya. Faheem mengharapkan Rita menjadi bakal menantu kebanggaan kedua orang tuanya sebelum mereka melangkah ke alam rumahtangga.

Itulah sebabnya dia sanggup meminta Rita menjaga mamanya yang sedang sakit itu. Apatah lagi pada waktu itu papa nammpak bersungguh benar mahukan Rita menjaga mamanya. Seolah papanya sudah pecayakan Rita untuk tugas yang berat lagi mencabar itu.

Sayangnya, Rita tidak sehebat mana dalam tugasnya di rumah Faheem. Maklum, Rita anak manja dari keluarga berada juga. Tidak pernah buat kerja yang berat dan menyusahkan. Apatah lagi untuk bermain dengan najis dan menjaga orang sakit yang dhaif seperti datin. Datuk memang sudah dapat menduga sedari awal. Namun, Faheem teringin sangat untuk melihat Rita menjadi pengasuh mamanya buat seketika. Manalah tahu, kalau-kalau Rita boleh dikategorikan sebagai calon menantu yang hebat...

Mana tahu, kalau Rita mampu...?

Mampu melayani kerenah orang sakit.

Mampu melayani kesukaran menguruskan orang yang sudah hilang upaya.

Mampu jua bersabar dengan pelbagai sikap Datin Fuzia.

Tapi...

Faheem akhirnya terpaksa mengakui, Rita tidak mampu untuk menjadi pengasuh kepada mamanya yang sedang terlantar itu. Namun, apa daya, hati Faheem sudahpun melekat erat kepada Rita.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh