Home Novel Komedi/Romantik Komedi MUSAFIR CINTA
MUSAFIR CINTA
Cik Semmie
23/9/2018 23:00:32
7,177
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
Bab 2
DI LUAR, pekat malam kian melabuhkan tirai. Susuk mentari yang berwarna oren kekuningan timbul di sebalik bukit yang memukau anak mata sesiapa saja yang melihat. Cahaya itu menerobos masuk ke dalam ruang beradu milik Amira yang sudah lengkap berbaju kurung kuning dengan bunga-bunga kecil berwarna putih dan biru. Bibirnya disapu dengan pelembap bibir berjenama Nivea dengan haruman Lavender. Tidak lupa juga rambutnya yang panjang disikat dengan kemas dan perapi berbau vanilla menambahkan lagi haruman dirinya. Rambutnya kemudian diikat satu dengan cermat. Satu persatu barangan peribadinya diambil daripada atas meja dan dimasukkan ke dalam beg. Losyen, perapi rambut, pelembap bibir, telefon, jam tangan dan akhir sekali buku planner untuk Amira mencacat dan merekod aktiviti yang sudah dilakukan mahupun bakal dilakukan.

Itulah Amira yang sebenarnya. Sistematik!

"Amira... Siap cepat," suara lelaki dari luar kedengaran.

Kad matriks digantungkan ke leher dan kakinya dibawa menuju ke dapur yang berada di tingkat bawah. Haruman nasi lemak pada pagi itu menusuk rongga hidung. Seleranya bangkit apabila terlihat sambalnya. Tidak menunggu lama lagi, pinggan kosong dicapai. Nasi dicedok tiga sudu. Sambal di letak di atas nasi sebelum telur, kacang dan ikan bilis di bubuh di atasnya. Aroma nasi lemak begitu mengasyikkan. Ditambah pula dengan teh o kosong yang memang kaw!

"Thank you, Mira!" tuan empunya suara mengambil pinggan tadi. Tangan jejaka itu pantas mengambil sudu dan mula menjamah nasi lemak yang khusus untuk Amira sambil tersenyum sungging.

Amira tergamam, tidak terkata melihat kejadian itu.

"Hurmmm.. sedapnya!" lelaki itu menunjukkan thumbs up sambil tersenyum gembira. Sebenarnya lebih kepada memerli Amira. Dan misinya pada pagi itu berjaya.

"Abang Fahriz!! Itu Mira punyaa!" penumbuknya sudah dikepalkan. Air liur ditelan saja memandang Fahriz menjamah nasi lemak itu di depannya penuh berselera.

"Ambillah yang lain. Tuu.. Pinggan kosong tu kan ada," bibir Fahriz menjuih ke arah pinggan yang berdekatan dengan Amira.

"Abang, mari sini Mira punyalah!" masih lagi bertegas hendak pinggannya yang tadi.

"Mira ambil yang barulah. Tak elok memekak pagi-pagi. Nanti rezeki tak masuk ke rumah," nasihat Puan Tina yang sedang memberi kucing-kucing makan di belakang. Kepalanya saja dapat dilihat dari sebalik tingkap di dapur itu.

"Abang Fahriz ni teruklah. Orang yang ambil, dia pula makan. Tak aci betul."

Fahriz menjelirkan lidah apabila matanya bertembung dengan anak mata Amira. Geram dilayan begitu Amira menghadiahkan cubitan di lengan sasa milik Fahriz. Akibatnya, Fahriz menjerit kerana diserang begitu.

Pekikan serupa perempuan jadian pun ada.

"Huish. Suara pondan mana tu?" Fauzi yang baru saja habis mandi lengkap dengan tuala membalut bawah tubuhnya duduk di hadapan mereka berdua.

Amira sudah hanyut dalam ketawanya apabila wajah Fahriz merona merah, menahan malu. Sudah tentu orang dalam rumah ni dengar jeritannya. Argh.... Malunya! Ini semua angkara Amira!

Fahriz berdeham, "Makan cepat. Nanti abang jalan terus biar padan muka Mira."

"Lagilah Amira suka! Tak perlu pergi sekolah. Yahoooo!"

"Jangan nak suka sangat. Cepat makan. Fahriz lambat nanti," cantas Puan Tina yang baru saja masuk dari menguruskan si bulus mereka.

Selepas dia mencuci tangan di sinki, dia duduk di sebelah anak bongsunya, Fauzi. Pinggan berisi nasi lemak dihidangkan buat anak bongsunya itu.

"Makan. Jangan asyik main telefon saja," tegur Puan Tina kepada Fauzi.

Budak-budak sekarang memang tak lepas daripada gajet yang dipanggil tab atau telefon. Di meja makan, di tandas atau di mana-mana saja mereka akan bawa telefon. Payah betul generasi macam ni.

"Fauzi, cepatlah makan. Nanti nak siap lagi. Tak pergi sekolah ke. Jangan nak mengada, cuti dah habis," ujar Amira.

"Orang cutilah harini," jawab Fauzi dan nasi disuap ke dalam mulut demi untuk merasa kenikmatan masakan ibunya.

Amira ternganga, "Cuti apa ke bendanya. Hari ni hari Isnin. Sekolah woii. Cuti seminggu aje!"

Fauzi menayang muka 'are you kidding me?' kepada kakaknya itu.

"Budak menengah rendah macam kami ni cuti dua minggu. Lainlah kakak tu tingkatan enam yang cuti hanya seminggu aje. Kami ni tingkatan satu. Kan jauh beza tuu," jelas Fauzi menayangkan muka kepuasan apabila melihat reaksi wajah Amira tidak puas hati.

"Mana-manalah. Kau tu duduk rumah bukan main telefon aje atau keluar main. Kerja sekolah tu buat juga. Ni tahu main aje," Amira mengubah topik yang berbaur nasihat. Dia tak nak adiknya itu terlalu leka sehingga pelajarannya terabai.

"Yalah. Yalah," jawab Fauzi malas.

"Dah. Jom. Lambat tinggal."

Fahriz terlebih dahulu bersalam dengan Puan Tina sebelum keluar. Amira yang meneguk air teh o yang masih berbaki dengan sekali tenguk sebelum melakukan parkara yang sama seperti Fahriz tadi.

"Buat kerja sekolah tau! Pulang nanti akak check tak siap, habis!"

Fauzi sekadar mengangguk dan meneruskan sarapan paginya ditemani ibunya.

Fahriz sudah menghidupkan kereta miliknya apabila Amira baru saja menyarungkan sebelah kasutnya. Dan kereta dipandu keluar.

"Susah juga kalau berabangkan orang yang tak reti bersabar ni. Nasib baiklah kau abang dan aku adik. Tak ke durhaka aku kalau bersikap kurang ajar dekat dia."

Cermin di tingkap sebelah pemandu diturunkan.

"Apa lagi yang diomelkan tu. Cepatlah."

"Abang tunggulah!" Kaki diorak laju menuju ke arah kereta yang dipandu perlahan-lahan itu. Memang sengaja nak mengugut si gadis yang termengah.

"Abang Fahriz janganlah buat macam ni lagi. Orang baru saja habis makan. Kang tak pasal-pasal terkeluar balik nasi lemak tadi," ujar Amira yang kini sudah melabuh duduk di sebelah tempat duduk pemandu.

"Siapa suruh asyik membebel macam nenek-nenek."

Amira sudah bercekak pinggang, "Hey! Kalau Amira nenek-nenek, abang tu apa?"

"Atok-atoklah."

Amira menyepetkan mata.

"Kalau Amira jadi abang?" kening dijongketkan.

"Abang jadi Amira."

"kalau Amira jadi jam?"

"Abang jadi tangannya."

Masing-masing ketawa. Entah sampai bila permainan itu diteruskan. Sedar tidak sedar, kereta itu sudah pun berada di atas jalan raya menuju ke sekolah.

"Amira, besok abang tak ada tahu. Mungkin dalam 3-4 hari begitu sebab malam ni flight abang ke Sarawak. Ada seminar dekat sana. Amira ikut Rahim ya."

"Alah. Tak bestnya."

Belakang disandarkan sambil tangan dibawa memeluk tubuh. Bukan sebab sejuk daripada penghawa dingin tu tapi sebab terbayang benda yang bakal jadi.

"Apa pula yang tak best. Bukan dah biasa ke?" matanya sempat menangkap bibir muncung Amira.

"Memanglah tapi kalau dah banyak kali ikut dia, Amira rasa lainlah," Amira berhenti seketika dan dia memetik jari tatkala satu idea melintas di kepalanya. "Amira naik bas, boleh?"

Tangan disatukan seolah-olah merayu abangnya itu untuk mengizinkan dia.

"Tak boleh."

Mendengarkan jawapan Fahriz dia kemudian terus memaling wajah ke luar tingkap. Muka bosan ditayangkan.

"Bukan abang tak bagi kalau Amira nak naik bas. Bahaya tahu tak. Kalau ada kawan ke sekolah tak apalah juga."

"I am 18 years old, for your information."

"And you are a girl. Not yet 21, a woman."

"Sudahlah nak tidur."

Baru saja kelopak mata nak dipejamkan sebelum Fahriz mengejutnya.

"Cik. Cik. Cik, kita dah sampai sekolah. Cik, bangun," Fahriz bersuara seakan-akan seorang pemandu teksi. Bibirnya menguntum senyum bila Amira membuat muka cemberut.

"Tak nak kawan."

Amira menolak pintu kereta Fahriz dan keluar dari perut kereta itu sebelum kaki terus saja dibawa menuju ke pintu pagar sekolah itu.

Dari jauh, Amira sudah nampak pelajar sedang berpusu-pusu ke dewan utama di mana tempat untuk acara rasmi dijalankan dan salah satunya perhimpunan mingguan.

Dia turut sekali berjalan dalam kelompok pelajar itu. Seorang pun dia tidak kenal. Mungkin pelajar daripada tingkatan enam atas sedangkan dia tingkatan enam bawah.

"Hai, Amira!"

Amira menolah ke sebelah kiri dan seorang lelaki yang tinggi lampai dan berkulit hitam manis menyapanya. Segak dengan kasut kulit hitamnya, baju kemeja petak-petak yang di tuck in, dan of course rambut dia disikat belah tepi. Alahai, skemanya che' abang.

"Hai, Abang Rahim."

"Harini abang awak hantar eh?"

Angguk.

"Tapi kan besok kan..." Amira memicit-micit hidungnya yang tidak gatal. Memang tabiatnya sudah kalau dia malu nak minta sesuatu.

"Amira..."

Amira mendongak sedikit bila disahut sebab lelaki itu lebih kurang tinggi jugalah.

"Boleh tak kalau Amira nak tumpang 3-4 hari macam tu mulai besok? Hehehehe."

Rahim ketawa setelah mendengar Amira bersuara seakan-akan budak perempuan 3 tahun meminta gula-gula. Pipi Amira turut merona merah ketika itu.

"Kalau macam tu besok Amira siap-siap depan rumah Amira jam 6:45 pagi macam tu. Nasib baik rumah sebelah menyebelah aje. Tak payah tunggu depan rumah saya tahu macam haritu. Sebelah rumah tu ada anjing jadi kalau memang diri tu tak takut anjing, buatlah macam selalu, tunggu depan rumah saya."

Amira menggeleng, "Terima kasih sajalah. By the way, thank you."

Senyuman Amira sedikit sebanyak mempercepatkan detak jantungnya. Rahim mengalih pandangan ke depan dan berkata, "Sama-sama. Nanti kita jumpa lagi. Saya pergi dulu."

Rahim berlari masuk ke pintu belakang dewan. Amira mempercepatkan langkahnya kerana jam menunjukkan lima minit terakhir sebelum perhimpunan berlangsung.

Sepanjang perhimpunan Amira mendengar apa jua ucapan yang disampaikan bermula daripada pengerusi majlis di awal perhimpunan sehinggalah pengetua sekolah memberi ucapan.

Dia fokus bukan sebab apa tapi, dia duduk berseorangan, tempat duduk bahagian belakang dan di kawasan lelaki pula tu. Kerusi bahagian perempuan sudah penuh. Spesies lelaki ni saja yang makin pupus dek zaman tu pasal kerusi bahagian lelaki tak penuh.

Tepat jam 8:30 perhimpunan habis dan semua pelajar bersurai selepas saja kesemua para guru balik semul ke pejabat masing-masing.

Amira dapat menangkap kelompok rakan sekelasnya dan dia menuju ke arah mereka.

"Ingatkan kau ponteng ke apa ke," Amira membalas pelukanku dari tepi sebelum kami memulakan sesi membawang.

"Eh, Amira, kau dah siap tugasan En. Khairi ke? Lepas ni kelas dia," tanya Amanda risau. Pasti dia tak buat lagi kerja karangan En. Khairi itu.

"Ada sedik-" jawapanku tergantung tatkala matanya menangkap kelibat seorang lelaki yang sepertinya in rush menuju ke dewaan.

Lelaki itu sepertinya dia pernah nampak dan kenal tapi dia ingat-lupa-ingat. Mungkin kalau diorang duduk melapak minum kopi, membawang bersama dapat kembalikan ingatannya itu.

Amira menoleh ke belakang untuk mencari pemilik tubuh tadi tapi hampa. Terlalu ramai pelajar di belakangnya. Bahkan mereka tidak menyenangi perbuatan spontan itu yang sedang berhenti di tengah jalan.

"Amira, ada apa ni?Jom." panggil Amanda.

"Oh, jom!" jawabnya berpura-pura tiada apa yang terjadi.

Sekali lagi dia menoleh sekilas ke arah belakang tetapi tiada apa yang mencurigakan.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Cik Semmie