Home Novel Keluarga Air Mata Semalam
Air Mata Semalam
Cik Gladiolus
24/10/2013 19:04:22
19,907
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
Bab 11

Datin Paduka Sharifah Hasnah mengambil tempat di atas sofa Vintage berhadapan dengan seorang wanita yang kelihatan vogue dan seperti diva.Rambut wanita tersebut bergaya Bob berwarna keperang-perangan.Dia duduk menyilang kaki sambil tangannya sibuk membelek majalah Wanita yang diambil dari bawah meja kecil yang terletak di ruang tamu.

"Assalamualaikum,Datin Adilla."sapa Datin Hasnah dengan ramah dan secalit senyuman di bibir.

Wanita yang dipanggil Datin Adilla itu menoleh seraya membuat reaksi terkejut mesra."Waalaikummussalam.Haa...Datin Paduka Sharifah Hasnah.Apa khabar?"tangan kanannya dihulurkan tanda memberi salam.Datin Hasnah menyambut salam tersebut.

"Oh.Khabar baik.How about you and your family?"soal Datin Hasnah sekadar berbasa-basi.

"Hmm...baik.My family juga dalam keadaan baik.Don't worry.Ok straight to the point,beralih kepada tujuan kita yang sebenar;untuk menjodohkan Suzana dengan anak saya,Rayyan.Macammana?You dah tanya Suzana tentang hal ini?"

"Not yet,Datin.Tapi I yakin,dia akan setuju dengan penyatuan ini.Bila kita nak satukan mereka?"

"Kenapa tak bagitahu jer?Mana tahu Suzana tak dapat terima orang yang lebih tua 6 tahun dari dia.Hmm...I thinkseeloknya selepas resultSPM keluar kita adakan majlis ni supaya Suzana tu tak stresssangat.Kesiankan kalau terlalu awal kita buat.Dia pun baru jer nak enjoymasa cuti ni."

"Hmmm...Idea yang bagus.Lagipun saya nak fikirkan dulu tema untuk majlis perkahwinan mereka nanti.By the way,saya nak majlis pernikahan tu diadakan waktu malam di rumah saya dan majlis resepsinya kita adakan besar-besaran dekat Shah Alam.Can you?"

"Oh no problem.Asalkan saya nak mereka disatukan.Cakap pasal tema ni,saya rasa nak buat tema Weather Wedding.Di mana saya nak timbulkan empat musim utama di dunia dalam majlis tersebut."

"Wow...great idea!I like it so much.Tak sabar pula saya nak tengok mereka bersanding dan dirikan masjid.Biar Rayyan pimpin tangan Suzana,sebab Suzana tu teruk sangat budaknya.Dah banyak berubah sejak akhir-akhir ni.Jadi seeloknya jikalau dia berkahwin,ada juga orang yang nak pantau dan jaga dia."

Aku yang daripada tadi mendengar perbualan mereka dari tangga tersentak dengan kata-kata ibu.Sanggup seorang ibu menuduh anaknya yang bukan-bukan.Ini memang tak boleh jadi.Aku berjalan perlahan menuruni satu per satu anak tangga dan menuju ke ruang tamu sebelum berhenti melangkah.Aku berdiri betul-betul di sisi ibu yang sedang duduk.Dari raut wajah ibu,aku tahu dia tidak betah dengan kehadiran aku di situ.Tapi,keadaan yang memaksa aku untuk berada di situ.

"Mama,apa semua ni?Kenapa terlalu awal untuk mama jodohkan Zana?Dengan lelaki yang Zana belum tahu asal usul dia pulak tu?Zana masih muda,ma...Zana nak tumpukan pada pelajaran dulu."luah aku dengan nada yang agak serius.

"Zana,berkahwin sambil belajar tak jadi masalah.Dulu mama pun macam tu...Percayalah perkahwinan ini akan membuatkan Zana bahagia.Mama yakin."balas ibu dengan mesra.Di depan tetamu bolehlah bermesra,tetapi cuba kalau tiada tetamu...pasti bergegar rumah ni.Datin Adilla hanya terkebil-kebil melihat perbualan antara aku dan ibu.

"Ok...kalau mama rasa perkahwinan ni boleh buat Zana bahagia dan membahagiakan mama,Zana terima...tapi Zana nak kenal betul-betul dulu dengan lelaki tu.Takut nanti Zana tersalah pilih,mama pulak yang derita!"ujar aku lantas berlari menuju ke bilik meninggalkan ibu dan Datin Adilla.

Suasana lengang seketika sebelum Datin Hasnah memecah kesunyian.."Maafkan anak saya,Datin.Itulah sikap dia.Suka sangat memprotes.Degil budaknya..."

"Takpe..Biasalah tu.Kalau dah kahwin nanti hilanglah sikap degil dia tu..Hmm..kalau takde apa-apa lagi.Saya nak minta diri dululah ya."Datin Adilla mula mengangkat punggung.

"Oh ya silakan.Terima kasih sebab datang ya.Lain kali jemputlah datang rumah sebab kitapun nak berbesan kenalah pandai membiasakan diri..Haha!"Datin Hasnah berjabat tangan dengan Datin Adilla.Bibir masing-masing terus melakar senyuman.Tatkala Datin Adilla sudah memasuki perut kereta,Datin Hasnah sempat melambai-lambaikan tangannya.Datin Adilla juga begitu sebelum enjin keretanya mengaum dan bersedia untuk bergerak lalu meluncur laju membelah jalan.

******************************************************

Malam muncul lagi.Hujan lebat mencurah-curah turun ke bumi disertai kilat dan guruh.Angin kencang menerobos masuk melalui celah-celah jendela di kamarku.Aku menapak perlahan ke bilik air untuk mengambil wuduk dan menunaikan solat Isyak sekaligus solat sunat hajat dan istikharah.Aku ingin mencari jawapan daripada Tuhan,adakah tepat keputusan aku untuk mengahwini Rayyan,lelaki yang aku tidak kenal hati budinya.Aku takut aku tersalah pilih.Hati aku masih lagi menanti kehadiran Farid Iskandar,lelaki yang pernah memberikan kebahagiaan kepadaku walaupun ia hanya sementara.

Aku tiba-tiba teringat satu kata-kata yang pernah aku baca...Sejauh mana pun cinta,jika ada jodoh pasti akan bertemu.Ya,aku akan pegang kata-kata itu!Jodoh pertemuan ajal maut semuanya di tangan Allah SWT.Jikalau memang takdir aku bersama Rayyan,aku tetap harus terima dengan hati yang terbuka.Allah SWT tahu apa yang terbaik buat hamba-hamba-Nya.Ramai yang mampu membuat solat sunat istikharah tapi tak ramai yang boleh menerima jawapan daripadanya.Itulah hakikatnya.Kita selalu meminta agar Allah tunjukkan pilihan yang benar tapi bila Allah telah tunjukkan,kita pula yang menolak.

Seusai melaksanakan solat,aku berteleku di tikar sembahyang sambil mulutku terkumat-kamit berzikir kepada-Nya dan berselawat kepada Rasulullah SAW.Perjalanan hidup aku masih panjang lagi...aku tak pernah tahu sama ada benar jodoh aku dengan Rayyan atau Farid.Mungkin pada masa hadapan,aku akan berada di sisi lelaki lain.Siapa tahu?Hanya Allah yang tahu.Semuanya berlalu begitu pantas.Tiga bulan lagi keputusan SPM akan keluar dan keputusan itulah yang akan menentukan apa bidang yang boleh aku ceburi.Nasib kita lima tahun akan datang ditentukan melalui siapa kita yang sekarang.

Setelah doa dan ayat kursi dibaca,aku terus bangkit dari sejadah lalu melipat telekung,sejadah dan dimasukkan ke dalam almari.Lampu utama bilik dimatikan dan lampu tidur dihidupkan.Aku menghenyakkan tubuh di atas katil bersaiz Queen.Mindaku ligat memikirkan tentang siapa bakal suamiku itu nanti.Baikkah dia?Alimkah dia?Kacakkah dia?Tinggikah dia?Ah serabut betul bila fikirkan pasal bakal suami unknowntu!Tak kisahlah siapa pun asalkan lelaki yang bakal menjadi suami aku tu nanti mestilah seorang yang bertanggungjawab,baik budi pekerti dan yang paling penting mestilah soleh.Okay!kita tunggu dan lihat jer nanti...

Tanpa disedari,aku pun terlena dibuai sebuah mimpi yang indah...

**************************************************************

"APA?!Mama you nak jodohkan you dengan kakak I?What is this?Bukankah kita dah plan nak kahwin.Erghh!!Habis tu asal you tak bantah jer pilihan mama you tu?"Suraya sungguh sakit hati apabila Rayyan mengkhabarkan berita buruk itu melalui telefon.

"Nak buat macammana,dah tu pilihan mama I.Jadi,Ikenalah terima.Relaks you...I akan pastikan perempuan tu takkan bahagia tinggal dengan I...Trust me,Suraya.."balas Rayyan.

"Hmm...ok ok I percayakan you..Tapi,yang Itak puas hati tu kenapa mama you dan mama I nak jodohkan you dengan perempuan tu,apasal diorang tak jodohkan jer kita berdua?!"Rasa marah dan geram masih lagi bersisa di hati.

"Manalah Itahu...I tak sangka pula yang mama I tu akan jodohkan I dengan kakak you..Ni pun I baru tahu 3 hari lepas."Rayyan membidas.

"Bila majlis tu akan diadakan?"

"Katanya lepas result SPM keluar.Bulan 5 tahun depan,maybe."

"Haish...payahlah macam ni!Tapi takpe,walau macammana pun I akan pastikan yang perempuan tu takkan hidup bahagia dengan you dan youjangan gatal-gatal nak jatuh hati dengan perempuan tu.Faham?!"Suraya mengugut.

"Ya...ya..I faham..Minta simpanglah,I tak pernah teringin pun dengan perempuan tu.Dahlah tak cantik!"

"Hello...I dengan dia kembar seiras,okay?Kalau you kata dia tak cantik...That's mean you pun kata I ni tak cantik.So you nak kata I ni tak cantiklah?"

"Errr...Eh taklah,bukan macam tu..Youcantik cuma I tak berkenan dengan kakak you.Dahlah tak reti berfesyen,setiap hari asyik nak pakai baju kurung..jubah.. baju kurung.. jubah.Dia tak rimas ke hah?"

"Hmm..biarlah dia,tu hidup dia!Yang you sibuk ni apahal?Lagipun dia tu keluar rumah je pakai tutup aurat,bila kat rumah takdenya dia nak pakai labuh-labuh.Paling tak pun dia pakai T-shirt leher bulat duduk rumah.."

"Eh yang you nak bela kakak youtu apahal?Bukan ke you anti sangat dengan perempuan tu?Sejak bila berbaik ni?Haha.."Rayyan cuba mengusik.

Suraya tersentap.Betul kata Rayyan,bukankah dia begitu anti dengan Suzana?Kenapa tadi dia sibuk-sibuk nak membela perempuan tu? "Ish!!!Malaslah Inak cakap dengan you ni..Mengada-ngada!K bye!" Suraya menekan butang merah sebelum mencampakkan telefon pintar Samsung S3 itu ke atas katil sambil merengus kasar.Rengusannya itu bukan kerana dia memarahi Rayyan tetapi dia geram terhadap Suzana yang akan disatukan dengan kekasihnya sendiri.Macammana pula Datin Adilla tu boleh berkenan dengan perempuan yang tak ada gaya tu?Bukankah Datin Adilla meminati wanita yang berfesyen?Sejak bila dia tukar angin?

Lantas Suraya terus memanjat ke atas katil.Kemarahan masih lagi berbaki di hatinya.Kalau boleh nak je dia menjerit sepuas hatinya dan melampiaskan segala kemarahan di dalam bilik itu tapi takut pula mengejutkan semua penghuni rumah tersebut.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Cik Gladiolus