Home Novel Cinta Kisah Cinta di Apartment
Kisah Cinta di Apartment
fatinnaz
12/4/2019 14:18:56
2,522
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 21

“Pejam celik, pejam celik, 5 tahun sudah berlalu. Alhamdulillah Allah masih mengizinkan kita untuk bertemu walaupun banyak kali pertemuan ini dibatalkan sebelum ni,” senyum Airina memandang wajah kedua-dua sahabatnya itu.


“Itulah. Bila janji nak jumpa, ada yang bersalin, ada yang pantang masih belum habis. Macam-macam halangan untuk kita bertemu walaupun kita di dalam negara yang sama,” geli hati Izwani mengingati perjanjian yang pernah dilakukan mereka sebelum itu.


“Betul tu, Wani. Payah benar kita nak berjumpa walaupun kita senegara, kan?” sokong Sofea sambil menyuakan Cheezy Wedges ke dalam mulutnya.


“Perut Sofea macam berisi je tu. Masih ada lagi ke?” soal Airina apabila melihat perut Sofea yang agak buncit itu.


“Ha’ah. Anak ketiga. Baru masuk empat bulan,” tersipu-sipu Sofea menjawab.


“Empat bulan? Lajunya kamu, Sofea. Wani baru nak masuk tiga bulan ni,” celah Izwani sambil mengusap perutnya.


“Jadi, Rin lah yang paling cepat ni? Minggu depan, kandungan Rin sudah masuk lima bulan,” sengih Airina sambil mengusap perutnya.


Mata Sofea dan Izwani terus tertumpu pada perut Airina.


“Kenapa nampak kempis je perut kamu tu, Rin? Tak macam lima bulan pun?” pelik Izwani yang agak terkejut itu.


“Hehe. Tapi, Rin makan banyak tau. Kali ni, anak dalam kandungan ni kuat makan sikit,” sengih Airina.


“Ini anak yang makan atau ibunya ni?” usik Sofea.


Geli hati mereka bertiga mendengar usikan Sofea.


“Dua-dua makan. Hehe,” balas Airina.


“Mummy!”


“Ibu!”


“Mama!”


Sofea, Airina dan Izwani serentak menoleh ke arah beberapa kanak-kanak lelaki yang sedang berlari ke arah mereka.


“Hafiz dari mana ni, nak? Kenapa kotor sangat ni?” soal Sofea sambil mencangkung di depan anak lelakinya untuk mengesat kotoran pada wajah anaknya itu.


“Hafiz main dengan Rizal dan Khizwan di luar tadi. Ada gelongsor dan jongkang-jongket, mummy,” besemangat Hafiz bercerita kepada ibunya.


“Mana ayah, Rizal? Kenapa Rizal masuk dalam sini tanpa ayah?” soal Airina sambil meriba anaknya di atas pahanya.


“Ayah ada dengan adik di luar,” jawab Rizal.


“Jadi, papa tinggalkan Khizwan ke?” risau Izwani.


“Taklah, mama. Papa suruh beritahu mama dan kawan-kawan mama, kalau sudah selesai makan, papa nak bawa ke suatu tempat,” ujar Khizwan sambil kepalanya digeleng beberapa kali.


Sofea, Airina dan Izwani serentak berpandangan antara satu sama lain.


“Kita bungkuslah untuk yang lain sekali,” cadang Sofea.


“Bagus juga cadangan tu,” setuju Airina dan Izwani.





Ketika mereka menunggu pesanan mereka, Airina menyoal sahabat-sahabatnya.


“Ni anak Sofea dan Izwani yang sulung ke?”


“Ha’ah,” serentak Sofea dan Izwani menjawab.


“Hafiz, perkenalkan diri pada makcik Rin dan makcik Wani,” arah Sofea pada anaknya yang berdiri di sebelahnya.


“Nama saya Abdul Hafiz bin Abdul Hakim, berumur 4 tahun,” lantang suara Hakim.


“Semangatnya anak kamu, Sofea. Khizwan, perkenalkan diri kamu pula pada makcik Sofea dan makcik Rin,” kata Izwani pada anaknya yang sedang erat mengenggam tangannya.


“Nama saya Muhammad Khizwan bin Muhammad Khairul. Umur saya 4 tahun,” sopan suara Khizwan sambil menundukkan badannya ke arah Sofea dan Airina.


“Comelnya anak korang. Rizal, kamu pula perkenalkan diri pada makcik Sofea dan makcik Wani,” arah Airina pada anaknya yang sedang memegang kain Airina dengan erat.


“Nama saya Ahmad Rizal bin Ahmad Rahimi, 4 tahun,” malu-malu suara Rizal.


“Puan, pesanan puan sudah siap,” tegur pelayan yang berada di kaunter itu.


Airina menoleh memandang pelayan perempuan tersebut sebelum mengambil dua beg plastik yang besar.


“Terima kasih, cik,” ucap Airina.





Di luar restoran KFC, Sofea, Airina dan Izwani serta anak sulung mereka mendekati suami masing-masing yang berada di taman permainan kanak-kanak.


“Sudah siap ke, sayang?” tegur Rahimi apabila menyedari kehadiran mereka.


Beg plastik pada Airina diambilnya manakala anak kedua mereka didukung oleh Airina.


“Dah, abang. Maaf kami lambat,” balas Airina.


“Lama kita tak berkumpul macam ni,” tersenyum semua apabila mendengar kata-kata Sofea.


“Sofea, Wani, ini anak kedua Rin, namanya Nur Airisa, berumur dua tahun,” ujar Airina sambil memandang ke arah Sofea dan Izwani yang turut mendukung anak kecil.


“Hai Airisa. Yang ni pula Nurul Hazwani, berumur dua tahun,” kata Izwani.


“Hai Airisa, Hazwani. Yang ni Nor Shafiya, berumur dua tahun juga,” senyum Sofea sambil mengucup pipi anaknya itu.


“Kita ni memang merancang ke? Anak pertama lelaki manakala anak kedua perempuan. Anak ketiga pula?” geli hati mereka mendengar seloroh Izwani.


“Kuasa Allah yang menentukan semua ni, sayang,” ujar Khairul sambil merangkul pinggang isterinya.


“Baiklah. Jom kita gerak sekarang,” ajak Hakim yang sudah memegang tangan Khizwan.


“Nak pergi mana?” soal Sofea.


“Nanti sayang tahu juga,” berahsia Hakim sambil tersenyum senget.




Sofea, Airina dan Izwani yang masih terpinga-pinga itu hanya mengekori suami masing-masing menuju ke kereta mereka.


Tidak sampai 30 minit perjalanan, mereka tiba di sebuah pangsapuri. Selepas meletakkan kereta di kawasan letak kenderaan, mereka keluar dari kereta masing-masing.


“Abang, betul ke apa yang sayang nampak ni?” soal Izwani yang sudah teruja itu.


“Betullah, sayang. Jom kita naik lif sekarang,” ajak Khairul yang sedang mendukung anak lelakinya.





Di dalam lif, Sofea, Airina dan Izwani kelihatan sangat teruja. Geli hati sang suami melihatnya. Apabila lif terbuka, pantas sahaja sang isteri ke arah rumah yang bernombor 2-10-3.


“Abang, cepatlah buka pintu ni,” arah Airina apabila melihat suaminya masih berjalan ke arahnya.


“Sabarlah, sayang. Tak lari rumah ni,” geli hati Rahimi sambil mengeluarkan kunci dari koceknya.



Pintu rumah dibuka luas oleh Airina. Sang isteri sudah melangkah masuk ke dalam rumah tersebut. Air mata mereka mula menitis mengenangkan kenangan yang ada di dalam rumah tersebut.


“Ya Allah. Rindunya rumah ni,” bersuara Sofea sambil melangkah ke dapur.


Airina dan Izwani turut meronda rumah tersebut.


Geli hati sang suami melihat isteri mereka yang masih mendukung anak perempuannya sambil mengeledah rumah tersebut.


“Tak apa ke abang kita masuk rumah ni? Rumah ni tiada tuan ke?” soal Izwani yang muncul dari bilik tidur yang ketiga.


“Penghuni baru rumah ini akan datang esok. Jadi, malam ni kita tidur di dalam rumah ni,” jawab Khairul.


“Betul ke?” serentak pertanyaan Sofea, Izwani dan Airina.


“Betul sayang,” serentak jawapan sang suami.


“Yeayy!” bersorak sang isteri.




Pada malam itu, mereka makan bersama-sama. Makanan malam disediakan oleh Sofea, Izwani dan Airina memandangkan ayam KFC yang dibeli mereka pagi tadi telah habis dimakan oleh suami dan anak-anak mereka pada petang itu. Seronok mereka apabila mereka dapat berkumpul bersama-sama walaupun hanya semalaman sahaja.


Selepas anak-anak mereka tidur, sang isteri duduk di meja makan sambil berbual-bual.


“Tak sangka kita akan menjejakkan kaki di rumah ni,” gembira Sofea.


“Kejutan dari suami kita berjaya nampaknya,” Sofea dan Airina menganggukkan kepala mereka tanda setuju dengan kata-kata Izwani.


“Di sinilah kita berjumpa, di sinilah kita meluahkan masalah kita, di sinilah hubungan kita dengan suami kita menjadi erat. Semuanya bermula di rumah ni,” ujar Airina.


“Betul tu, Rin. Sofea sangat bersyukur kerana dipertemukan dengan Wani dan Rin. Walaupun kita diuji dengan pelbagai ujian dan cabaran, alhamdulillah semuanya dapat kita harungi dengan izinNya,” sokong Sofea.


“Malah, sekarang kita sedang bahagia bersama-sama dengan keluarga tercinta selepas dugaan yang menimpa kita sebelum ini. Benar apa yang dijanjikan Allah itu. Setiap yang berlaku, pasti ada hikmah disebaliknya,” sambung Izwani.


“Betul tu, sayang,” terkejut sang isteri apabila bahu mereka dipegang.


“Eh, abang? Belum tidur lagi ke?” soal Izwani.


“Macam mana kami nak tidur tanpa isteri di sisi?” balas Khairul sambil mencuit hidung isterinya.


“Ibu mengandung mana boleh tidur lewat. Kesian anak dalam kandungan tu menunggu ibunya untuk tidur,” kata Rahimi.


“Betul tu. Nanti esok penat pula sebab tidur lewat,” sokong Hakim.


Sang isteri hanya tergelak kecil mendengar kata-kata sang suami itu. Sofea, Airina dan Izwani bingkas bangun sebelum memeluk pinggang suami masing-masing.


“Jomlah kita tidur,” lembut suara sang isteri.


Mereka berjalan menuju ke bilik masing-masing.


“Selamat malam,” serentak mereka sebelum pintu bilik dibuka dan ditutup semula.





Selepas merebahkan tubuh di atas katil, mereka berenam melelapkan mata sambil senyuman terukir pada bibir mereka.


Keesokkan harinya, seusai solat Subuh berjemaah, mereka bersarapan dengan nasi lemak hasil tangan sang ibu. Pada pukul 7 pagi, kedengaran pintu rumah diketuk lalu Khairul membuka pintu tersebut.


“Assalamualaikum. Kami merupakan penghuni baru rumah ini,” kata salah seorang lelaki yang sedang berdiri di luar rumah itu.


“Waalaikummussalam. Masuklah. Kami baru saja selesai mengemas barang-barang kami. Rumah pun kami sudah kemas,” pelawa Khairul.


Penghuni lelaki yang baru bersalaman dengan Hakim, Khairul, Rahimi dan kanak-kanak lelaki manakala yang penghuni perempuan yang baru bersalaman dengan Sofea, Airina dan Izwani yang sedang mendukung anak perempuan mereka.


“Siapa nama kalian?” soal Airina dengan mesra.


“Nama saya Nik Akhil Mokhtar,”


“Saya Tengku Ehsan,”


“Saya pula Ismail Razak,”


Pandangan mereka mula dialihkan pada penghuni perempuan yang baru pula.


“Nama saya Siti Syazanah,”


“Nama saya Shasya Edrina,”


“Dan saya pula Nur Halimah,”


Kemudian, giliran penghuni asal pula yang memperkenalkan diri masing-masing.


“Kami harap kalian akan mendapat sesuatu daripada rumah ini,” kata Sofea.


“Maksud Kak Sofea?” pelik Siti Syazanah.


Penghuni asal hanya mengukir senyuman pada bibir mereka, membiarkan soalan Siti Syazanah tidak dijawab.



- TAMAT -


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh fatinnaz