Home Novel Cinta TAUBAT
TAUBAT
Encik Bintang
2/5/2020 17:24:40
249
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 2

Aku termangu di hadapan rumahku yang sudah hangus dijilat api itu. "Mana isteri dan anak-anak aku ni?" monolog aku sendirian. Setelah 15 minit berlalu muncul kereta polis peronda mendekati aku. Pemandu kereta tersebut membuka tingkap lalu menyapa aku. " Assalamu 'Alaikum encik" kata polis tersebut. Aku yang sedang termangu tadinya segera menjawab sapaan polis tersebut. " Wa'alaikumussalam". Polis tersebut terus memulakan bicaranya dengan bertanya, " Encik ni Muhammad Ammar Taqiuddin ke?", tanpa menunggu lama aku pun terus menjawab, " Ya sayalah orangnya". Polis tadi berkata lagi, " Kalau begitu mari ikut saya ke balai polis kerana isteri dan anak-anak encik ada di sana". Alhamdulillah leganya rasa hati aku mendengar berita bahawa isteri dan anak-anak aku selamat. Aku pun segera menghidupkan enjin kereta aku dan mengikuti kereta polis peronda tersebut dari belakang. 

Setibanya aku di balai polis tersebut, aku bergegas masuk ke dalamnya untuk berjumpa dengan insan-insan yang aku cintai. Setelah aku masuk, nampaklah akan aku kelibat isteri dan anak-anakku, tanpa berfikir panjang terus aku berlari lalu memeluk mereka seerat-eratnya. Aku bersyukur sangat-sangat kerana mereka selamat. Selepas beberapa minit, polis yang bertugas meminta aku untuk mengisi beberapa dokumen penting. Selepas selesai segala urusan di balai polis tersebut aku membawa isteri dan anak-anakku ke sebuah hotel untuk kami sekeluarga menginap di sana pada malam ini. Selepas selesai menemani isteri dan anak-anakku masuk ke bilik hotel tersebut, aku keluar untuk membeli pakaian dan makanan buat kami sekeluarga. Aku bernasib baik kerana kerana masih banyak lagi kedai-kedai yang beroperasi walaupun jam sudah menunjukkan jam 11.30 malam. Selesai membeli barang aku pun terus pulang ke hotel. 

Setelah aku dan isteriku selesai menidurkan anak-anak kami, kami pun duduk di atas sofa dan aku pun mula bertanya kepada isteriku tentang kejadian yang berlaku itu. Isteriku mula bercerita tentang kejadian yang berlaku itu satu persatu. Aku mendengar dengan teliti setiap bait perkataan yang keluar dari mulut isteriku supaya aku dapat memahami keadaan yang sebenar. Selepas selesai bercerita isteriku meminta izin untuk tidur kerana dia terlalu penat, aku pun mengangguk sahaja sebagai tanda okay. Malam itu, aku tidak dapat tidur kerana kejadian yang berlaku ini tidak pernah terjadi kepada aku sebelum ini. Apakah punca sebenar kejadian ini? Siapakah dalang dalam kejadian jenayah berat ini? Apakah motif dalang tersebut? Kesemua soalan-soalan itu berlegar-legar dalam ruang fikiran aku hingga membuatkan aku sakit kepala. Aku menjadi takut untuk menghadapi hari-hari yang mendatang namun dalam ketakutan aku itu aku bangun dan mengambil wuduk untuk menunaikan solat berdoa pada yang Maha Kuasa atas segala sesuatu. Sepanjang malam aku berteleku di atas sejadah berzikir dan bermunajat kepada Allah meminta pertolongan dan petunjuk mengenai apa yang telah berlaku ini.

.........................................................................

" Papa! Papa! Papa! adik nak ayam goreng McD" anak aku yang berusia empat tahun meminta aku membelikan ayam goreng McD untuknya. Suka benar anak aku yang sulong ini dengan makanan yang bernama ayam goreng McD ni. Aku hanya menurut apa kehendaknya itu dan dalam masa aku beratur untuk membeli ayam goreng tersebut aku terimbau kembali peristiwa yang berlaku sebulan yang lalu. Polis masih tidak menjumpai dalang yang melakukan perbuatan khianat tersebut. Aku ada mengupah penyiasat persendirian untuk menyiasat kes tersebut tetapi mereka jugak buntu dalam mencari dalang tersebut. Dalam rasa marah aku dengan orang yang membakar rumah aku itu terselit jugak perasaan kagum aku dengan kehebatan dia dalam mengaburi pihak polis dan penyiasat persendirian aku. Rumit betul kejadian ini. " Selamat datang encik, makan sini atau bungkus" aku terjaga dari lamunan aku, " Bungkus". Selesai membeli makanan aku dan anak sulongku ini pun pulang ke rumah baru kami. Rumah ini adalah rumah sewa yang kami sewa selepas kejadian kebakaran tersebut.

Setibanya aku di rumah, anak sulongku itu terus meluru masuk bersama kotak ayam goreng McD yang dimahukannya itu. "Along jangan lari-lari nanti jatuh" tegur isteriku terhadapa perbuatan comel anak sulongku itu. Aku membuka bonet belakang kereta untuk mengeluarkan barang keperluan yang aku beli di pasaraya tadi sebelum aku dan anakku singgah di McD. Belum selesai membawa barang-barang tersebut masuk ke rumah aku mendapat satu panggilan telefon dari penyiasat persendirian aku tersebut. Aku segera menjawab panggilan tersebut tetapi suara yang bercakap tersebut kedengaran lain daripada suara orang yang aku upah tersebut. Suara yang aku tidak kenali itu mula bersuara dan berkata "Aku dah bunuh semua penyiasat yang kau upah tu" aku terkejut dan aku menengking dengan berkata "Woiii, apa yang kau nak sebenarnya ni? kalau kau betul nak bunuh aku jumpa aku depan-depan". Suara asing itu mengakhiri panggilan tersebut dengan berkata "Jangan pikir kau pandai and see you soon". Panggilan dimatikan. Aku dengan tangan yang mengigil segera mencari nombor inspektor polis yang menyiasat kes kebakaran rumah aku itu dan menceritakan tentang panggilan telefon yang aku terima sebentar tadi. Selepas tamat panggilan aku dengan pihak polis tersebut tangan aku yang menggeletar tadi bertambah getarannya sehingga aku terjatuhkan smartphone yang aku pegang. Bermacam-macam perasaan dan soalan yang muncul dalam minda aku. Adakah ini balasan atas kejahatan yang dulunya aku lakukan?... .

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Encik Bintang