Home Novel Cinta Jagakan dia untukku
Jagakan dia untukku
Fern Khan
8/11/2018 15:12:04
23,078
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
95-98

BAB 95

Hari yang ditunggu-tunggu oleh Qristin Dhiarana sudah tiba. Sudah seminggu dia mencuba nasib untuk membunuh Ilham namun cubaannya asyik gagal sahaja kerana ketika itu lelaki sedang menghadapi peperiksaan dan selepas habis menjawab peperiksaan, pemandunya terus menjemputnya jadi agak sukar untuk dia menyuruh orang suruhan teman lelaki melakukan kerja mereka. Semalam juga sama dimana Ilham keluar bersama Fahril dan teman mereka yang lain. Qristin sudah tidak dapat menahan sabar lagi kerana lelaki itu kelihatan gembira dengan hidupnya sekarang jadi Qrsitin memutuskan walau dengan siapa pun dia bersama, orang suruhannya tetap harus membunuh lelaki itu juga. Tidak kira apa yang akan jadinanti. Lagipun sekarang dia sudah membeli tiket flight ke Kanada untuk melarikan diri ke sana bersama teman lelakinya nanti. Jika polis tahu dia penyebab disebalik kematian Ilham nanti, sekurang-kurangnya polis sudah tidak dapat mencarinya kerana dia sudah tiada di Malaysia.

Syafik Aiman masih lagi sabar menunggu sepupunya di kedai makan tempat dimana mereke berdua selalu lepak-lepak dulu. Walau sudah hampir satu jam di sana, dia tetap mahu menunggu kerana dia yakin Ilham pasti akan datang juga. Minuman yang dipesannya jugak sudah hampir separuh diteguk kerana kehausan. Sambil menunggu Ilham datang kemari, dia sempat membuka chat yang dihantar oleh isterinya di whatsapp. Dia tergelak-gelak kecil melihat video yang dihantar Nur kepadanya.Sedang dia ralik, Ilham muncul tanpa dia sedar

“ Haa ada apa kau nak jumpa aku ni ? ! “

Kerusi dihadapan Syafik ditarik laju oleh lelaki itu lalu dilabuhkan punggungnya

“ Eh IL, datang juga kau. Order lah dulu IL “

“ Hmm tak payah, kejap je kan. Haa apa benda penting yang kau kata nak cakap tu ?kata urgent kan ? apa dia ?! “

“ Kalau iya pun, kau order lah dulu. Kita lepak-lepak kejap “

“Tak masalah sekarang kau nak cakap or tak ni ?! aku tak ada masa nak chill chill dengan kau ni “

Ilham masih lagi dengan egonya walau hakikat sebenar dia juga merindui persahabatan mereka berdua dimana tempat ini salah satu saksi keakraban mereka berdua.

“ Hmm okay. Sebenarnya aku saja-saja je nak ajak kau lepak. Lagipun aku rasa sudah tiba saatnya untuk kita betulkan apa yang dah jadi. “

Ilham senyum sinis ketawa kecil mendengar omongan si Syafik itu.

“ Kau nak betulkan apa lagi Fik ? kau pun dah dapat everything yang kau nak so apa lagi yang kau nak haa ? if kau ajak aku jumpa sebab ni baik tak payah lah. Membazir masa aku je ! “

Mahu je Ilham bingkas bangun, Syafik pantas menghalangnya

“ IL, if aku lepaskan Nur untuk kau, kau terima dia balik tak ? “

Ilham seseolah tergamam dengan apa yang dikatakan oleh sepupunya itu. Dia masih tidak percaya apa yang didengarnya sebentar tadi. Baginya, dia cukup mengenali Syafik Aiman. Lelaki itu bukan seorang yang mudah mengalah lagi-lagi dia sangat menyayangi Nur. Takkan disebabkan dirinya, Syafik sanggup melepaskan Nuruntuknya. Tapi kenapa mesti sekarang? Kenapa tidak dari dahulu lagi.

“ Apa yang kau cuba merepek ni ? “

“ Yee IL , Aku serius ni IL . If aku lepaskan dia untuk kau, kau still terima dia kan ? “

“Hahaha, apa kau ingat Nur tu mainan, puas-puas main then mudah-mudah je kau kasi kat orang lain. Lagipun if aku nak dia balik pun, kau rasa dia nak aku lagi ke haa ?! Dahlah ! bazir masa aku je layan kau ! “

Ilham terus berlalu pergi dan Syafik cuba mengejarnya.

“ IL ! Kalau jadi apa-apa kat aku ! satu je aku pesan. Tolong jagakan dia untukaku. Jaga dia macam mana kau jaga dia dulu “

Ilham memberhentikan langkahnya cuba memahami apa yang cuba disampaikan oleh lelaki itu. Dia menoleh ke belakang menghadap Syafik yang sedang menanti respon daripadanya.

“ Apa masalah kau sebenarnya ni? Kenapa mesti sekarang kau nak lepaskan dia untukaku ! Asal dulu aku minta kau ceraikan dia, kau taknak buat haa ! kau tahu tak macam-macam aku buat untuk dapatkan dia balik tapi aku tetap tak dapat dia ! asal time aku dah move on, baru kau nak lepaskan dia untuk aku ! apa masalah kau haa !? If Nur tahu apa yang kau sedang buat ni, aku yakin Nur menyesal sebab jatuh cinta dengan kau ! kau tahu tak ?!“

Sedang Ilham tengah meluah perasaan marahnya kepada sepupunya, orang suruh Qristin mula menghampirinya sambil memegang sebilah pisau. Ilham tidak menyedari ada seseorang sedang menuju dibelakangya kerana ketika itu dia sedang berhadapan dengan Syafik. Dan ketika itu, pada awalnya Syafik tidak menyedari kehadiran orang suruhan Qristin namun dia mula perasan orang tersebut laju menuju ke arah Ilham sambil membawa sebilah pisau.

Sewaktu orang suruhan Qristin mahu menikam Ilham, Syafik pantas menolaknya ke tepi ketika lelaki itu sedang ralik memarahinya. Ilham rebah di atas lantai keliru dengan apa yang telah dilakukan oleh sepupunya itu.

“ IL !! Tepi !! AHHHH !! AHHHH !! “

Dua tikaman tepat diperut Syafik sehingga darah laju mengalir membasahi bajunya.Orang suruhan Qristin yang menyedari dia tersilap menikam orang lain pantas melarikan diri. Ilham yang sedang rebah cuba menoleh kearah Syafik dan terkejut apabila lelaki itu sedang bermandikan darah di atas jalan lalu dengan pantas dia cuba mendapatkan lelaki itu. Ilham juga sempat melihat orang suruhan Qristin melarikan dengan sebuah kereta.

“ Fik ! Fik ! kau okay tak ni ! Fik bangun ! Bangun Fik ! tolong ! tolong !! Fik! kau tahan okay ! aku call ambulans ! tolong !! “

Syafik Aiman ketika itu merasakan dunianya sudah mula gelap gelita. Walaupun suara Ilham masih lagi didengarinya namun matanya mula kabur dan tertutup rapat. Dia sudah tidak mampu lagi menahan sakit.

 

BAB 96

Keadaan di hospital hanya didengari bunyi tangisan daripada Nur, Aisya Nadiha, Datin Arina dan yang lain. Mereka semua mendoakan agar Syafik Aiman dalam keadaan baik-baik sahaja. Kini Syafik sedang dirawat di ICU dan mereka semua masih menanti keputusan kerana sewaktu Syafik dibawa ke hospital, dia sudah tidak sedarkan diri dan nadinya ketika itu sudah terlalu lemah. Keluarga Syafik di London malam nanti baru sampai ke Malaysia. Datuk Zainal risau jika mereka tidak sempat berjumpa dengan Syafik kerana dia tidak seberapa yakin anak buahnya itu mampu bertahan sehingga malam nanti.

Ilham disebelah Nur asyik memohon maaf atas kecuaiannya.

“ Im sorry Nur, I really don’t know what had happened. He saved me from someone and ..”

Nur hanya menangis, dia rasa bersalah pada dirinya kerana dia tidak terus menghalang suaminya walaupun apa awalnya dia sudah menghalang. Dia marah pada dirinya kerana sepatutnya dia boleh terus menghalang kerana dia berfikir jika dia terusan menghalang, suaminya takkan jadi macam ini. Dia juga tidak mahu salahkan Ilham dan dia tidak mahu salahkan sesiapa kecuali dirinya.

3jam menanti akhirnya doctor keluar dari unit ICU. Masing-masing mereka berkejaran menuju kea rah doctor cuba mengetahui keputusan.

“ Doktor ? macam mana keadaan suami saya ? dia okay tak ? “

Tanya Nur dengan harapan doctor membawa berita gembira kepadanya

“ Maafkan kami cik, kami dah cuba yang terbaik untuk selamatkan suami cik tapi kedua-dua tikaman dia perutnya sangat dalam sehingga menjejaskan organ dalamannya dan keadaannya sekarang memang sangat tenat jadi kami tak pasti selama mana dia boleh bertahan. Banyakkan berdoa okay. Saya pergi dulu “

Nur merasakan seperti jiwa kosong apabila dibilang sebegitu oleh doctor. Dia tidak tahu macam mana nak berdoa jika keadaan suaminya begitu tenat. Dia tak sanggup kehilangan Syafik buat masa sekarang. Dan ini bukan masannya untuk dia dan Syafik berpisah. Dia tertanya-tanya pada dirinya kenapa tuhan mengujinya sebegini. Kenapa dugaan macam ini.

“ Ya Allah, kenapa ! kenapa ! “



BAB 97

Nur memandang lama wajah tidur suaminya sambil tangan kanannya mengusap kepala lelaki itu. Sekejap dia tersenyum kerana walaupun wajahnya suami pucat macam mayat hidup, rupanya dia masih lagi kelihatan menawan dimatanya.

“ Sayangg.. bangunlah. I miss you, really miss you. Please… kan kita dah janji malam nanti kita nak celebrate sama-sama. Kenapa tidur lagi . Mana janji you ? bangunlah, kita kena bersiap-siap dah ni, Kan nanti Erika Fahril and yang lain marah kita pula. Bangunlah sayanggg … “

Ilham, Erika, Fahril dan yang lain ketika itu hanya mengalirkan airmata sahaja. Mereka tidak tahu adakah Syafik akan sedarkan diri kerana keadaannya sungguh tenat.

Sedang Nur memandang wajah suaminya, Ilham perasan tangan sepupunya bergerak

“ Eh Nur, tangan Fik bergerak ! “

Mereka semua pantas mendekati dan Nur juga cepat-cepat memegang tangan suaminya dengan harapan tangannya juga digengam balik oleh lelaki itu dan yaa ! Syafik membalas. Dia mengengam kembali tangan Nur sambil perlahan-lahan matanya dibuka

“ Sayangg !!  “ Nur semakin teruja tapi Syafik tidakmemberi banyak maklum balas

“ B… babee “

Syafik tersenyum riang kerana dia masih diberikan peluang untuk melihat isterinya dan yang lain.

“ Unc… uncle, mama papa mana ? “

Tanya Syafik yang perasan keluarganya masih tiada disini. Dia mengalir airmata kerana dia merasakan dia betul-betul tidak sempat berjumpa dengan mereka. Dia cuba bertahan tapi sakit di tubuhnya terlalu menyakitkan.

Datuk Zainal mendekatinya

“ Malam nanti mereka akan sampai, kamu bertahan yee. Tolong bertahan untuk mereka. Please “

Datuk Zainal cuba merayu

“ Fik cuba tapi ….Sakit uncle… sakit “

“ Yee uncle tahu. “

Syafik kemudian memandang kea rah Datin Arina dan Aisya Nadiha. Dia tersenyum sambil berkata

“ Aunty, Syaa, janji dengan Fik, if Fik takde nanti, jangan pernah lupakan Fik, jan janjii ? “

Datin Arina dan Aisya hanya mengangguk-angguk kepala mereka tanda yaa sambil air mata masih laju mengalir.

Syafik kemudian memandang Erika dan Fahril.

“ Guys, than thanks for everything. For all memor.. ries here. Really appreciate that and I, I m sorry“

“ never mind Fik, kau sahabat dunia akhirat aku ! aku nak kau tau tu ! “

Jawab Fahril yang dipersetujuioleh Erika sekali yang berada disebelahnya

“ Yee Fik. We love youu“

Dan last sekali, Syafik memandang ke arah isterinya Nur dan Ilham. Syafik perlahan-lahan menyentuh wajah isterinya sambil mengesap airmata Nur yang tidak henti-henti mengalir.

“ Babe, hmm …. “

Syafik merasakan dirinya semakin susah untuk bernafas. Dia menarik nafas laju, menghembus laju

“ Sayanggg bertahan okay .. Pleaseee… “

“ Ba babe… im so sorryyy. I sayang you tapiii “

Syafik menarik tangan Ilham dan satukan dengan Nur

“ Fik, apa kau buat ni? “

“ Tapii jodoh I denganyou setakat ni saja. Thanks for everything what you did for me. Honestly I, I cakap  I so happy with you. Very happy. Im sorry sebab I terpaksa tinggalkan you. Im sorry sebab I tak kuat nak fight untuk……untuk you. Im sorry for everything. Please take care yourself. I dah tak ada nanti nak jaga you. IL ? “

“ Yee Fik ? “

“ Ingat … pe  pesan ak akuu tadi. Ja jagakan dia untuk aku okay. Aku minta maaf sebab aku pernah rampas kebahagiaan kau du duluuu, if dulu aku yang jaga dia untuk kau then now ak.. aku kuu.. nak kau jaga dia untuk aku balik “

“ Fik, aku pun nak minta maaf atas layanan aku kat kau. Aku betul-betul menyesal. Fik, kau kena kuat. Kau tak boleh tinggalkan Nur. Please !! “

Syafik semakin tenat, nafas dihirupnya semakin pendek

“ Un unc cleee.. Tolong bagi tau tau kat fam fami ly Fik, Fik betul-betul sayang dorang. Fi Fik minta maaf sebab Fik tak mam mampu bertahan lagi. Fikk sayang semua orang. Bababe, I lovee youuuuu ….”

“ Sayang ? Sayang ? Noo !! why you tinggalkan I . Sayang wake up please ! sayang ! “

Itulah ayat terakhir Syafik Aiman sebelum dia menghembus nafas terakhirnya. Semua orang merasakan ini seseakan mimpi kerana Syafik pergi sebegitu saja lagi-lagi bagi Nur, Ilhamdan Erika yang baru saja berjumpa dengannya


BAB 98

Tiga bulan selepas pemergian Syafik Aiman dari dunia ini, Nur cuba bangkit dari kehilangan.Baginya, bukan mudah untuk dia menerima dan redha tapi dia tahu ALLAH takkanuji hambanya jika hambanya tidak mampu dan sekarang dia sudah boleh menjalani kehidupannya seperti biasa walaupun rindunya terhadap arwah Syafik Aiman masih tidak dapat dikawalnya tapi akhir-akhir ini semenjak dia disahkan mengandung,kehidupannya semakin ceria kerana baginya anak didalam perutnya boleh melepaskan rindunya terhadap arwah suaminya. Nur berdiri dihadapan kubur suaminya.

“ Sayang, seriously I cakap pada awal pemergian you, I tak dapat nak terima you pergi terlalu awal.Tapi I bersyukur sebab sebelum you pergi, you bagi hadiah yang terlalu istimewa untuk i. Alhamdulillah anak kita selamat dalam ni. Thanks sayang . Sayang, you jaga diri you elok-elok di atas sana. Suatu hari nanti, kita akan berjumpa lagi.I sayang you. I rindu you. Walau apa akan jadi nanti, I juga nak you tahu, hati I hanya untuk you. Hanya untuk you. I akan belajar untuk terima IL dalam hidupI balik tapi I takkan pernah lupakan you. Take care yourself Sayangg “

Nur memandang Ilham disebelahnya. Tidak diakui sejak pemergian Syafik Aiman, Ilham banyak berubah kerana pemergian lelaki itu juga disebabkannya. Untuk menebus silapnya terhadap Syafik, Ilham bertungkus lumus untuk menjaga Nur seperti yang dipesan oleh sepupunya itu.

“ Fik, aku minta maaf dengan apa yang dah jadi. Sejak kau tiada, everything was changed. Aku bersalah Fik, aku rosakkan hubungan kita. Aku layan kau macam kau bukan saudara maraaku. Aku buat macam-macam untuk pisahkan kau dengan Nur. Aku menyesal Fik. Sepatutnya aku yang patut mati hari itu tapi kenapa kau selamatkan aku Fik ? why kau selamatkan aku  ? why kau yang pergi dulu Fik, Why ? sampai sekarang aku tak boleh nak lupa apa yang dah jadi. Fik, aku janji aku akan jaga Nur sepenuh hati aku. Aku takkan buat dia menangis lagi. Aku takkan sakitkan hati dia. Thanks sebab kau pernah jaga dia untuk aku. And now aku akan jaga dia betul-betul macam mana kau jaga dia.Thanks for everything “

Ilham dan Nur saling berpandangan sambil masing-masing mereka mengukirkan senyuman.

“ Nur, I know it is really hard for you tapi I harap suatu hari nanti u bagi I satu lagi peluang terakhir untuk I jaga you hingga ke akhirnya. Bagi I satu lagi peluang terakhir untuk I tebus kesemua silap I terhadap you and Fik dan bagi I satu lagi peluang terakhir untuk I bahagiakan you supaya I dapat buktikan kepada Fik nanti yang dia tak buat pilihan yang salah “

Nur hanya tersenyum terharu dengan kata-kata dari Ilham. Dia juga bersyukur kerana Ilham masih lagi sayangkan dia walaupun buat masa ini dirinya tiada perasaan lagi terhadap lelaki itu tapi dia juga berharap agar suatu hari nanti, dia dapat menyayangi Ilham kembali seperti dulu.

“ Insha ALLAH. Give me some time and we gonna be happy together “

“ Thank you Nur. I love you “

 

-         THE END  -

 

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Fern Khan