Home Novel Cinta Bougainvillea! Kerana Kau Bunga Larangan
Bougainvillea! Kerana Kau Bunga Larangan
ainRAZAK
21/11/2020 14:23:26
2,205
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 32

"Baru kali pertama jumpa, dah berani nak menguratkan. Kuat sungguh aura Cik Qaseh Mawaddah kita ni” ujar Baizura sebaik saja wajah lelaki yang bernama Zufri tadi hilang dari pandangan mereka. 


"Direct sungguh minta nombor telefon. Langsung takde kona-kona dah. Entah-entah peminat misteri tak? Peminat yang dah lama perhatikan Waddah?" teka Baizura lagi.


Sesekali kepala dia dijenguk keluar, mana tahu tiba-tiba lelaki tadi muncul semula. Tak sempat pula dia nak bergosip panjang. 


Qaseh Mawaddah sekadar mengangkat bahu. Dia hanya melemparkan senyuman pada Baizura yang sudah tersengeh-sengeh. Malas dia mahu melayan teori konspirasi si Baizura tu. Ada saja perkara yang hendak dijadikan bahan.


“Eh … kita cakap dia senyum pula. Awak tu murah sangat dengan senyuman, Sebab itu ramai jejaka yang terpikat” komen Baizura lagi. Dia duduk di kerusi kaunter hadapan.


”Mana ada Bai. Waddah ni cuma orang biasa je jika nak dibandingkan dengan wanita-wanita diluar sana yang lagi menarik dan cantik. Tak ada maknanya, kalau ada yang nak berkenan dengan Waddah” ujar Qaseh Mawaddah merendah diri.


Skrin komputer di hadapan, dipandang sekilas sebelum jari jemarinya ligat menaip dipapan kekunci. Berketak-ketuk bunyinya.


“Biasa apanya Waddah? Bukan setakat lelaki ja yang terpikat tau, perempuan pun ada yang terpikat” ujar Baizura sambil ketawa.


Kata-kata Baizura menghentikan taipan Qaseh Mawaddah. 


'Perempuan pun ada yang minat pada dia?' Biar betul statement berani mati si Baizura ni. Pantas dia menoleh. Wajah Baizura ditenung sebentar sebelum dia bersuara.


“Pandailah Bai cakap macam tu. Takkanlah ada perempuan minat Waddah. Kalau nak dibandingkan Waddah dengan Bai, Bai lagi ramai peminat dari Waddah. Buktinya tuu …” mulutnya dijuihkan kearah sekumpulan pelajar yang sedang kusyuk mengadap komputer. “Hari-hari datang nak jumpa Kak Bai” sambung Qaseh Mawaddah sambil tersengeh.


Sengaja dia mahu mengenakan Baizura. Padahal budak-budak yang datang tu, terdiri daripada mereka yang mahu mengambil lesen L motosikal dan kereta. Sememangnya mereka sudah diminta membuat latihan setiap hari di premis sebelum melakukan ujian sebenar nanti. 


Baizura mencebik bibir.


“Itu fans club namanya. Hari-hari datang nak tengok akak Bai yang cantik lagi menawan ni” ujar Baizura. 


Dia membetulkan tudung dan baju yang dipakainya. Kemudian berdiri pula sambil pusing ke kiri dan kanan sambil tersengeh.


“Untunglah ada funs club” mendatar suara Qaseh Mawaddah. Saja mahu mengusik.


“Haa … tahu tak pe. Untung tau. Banyak pilihan”


Qaseh Mawaddah melepaskan tawa. Ada saja si Baizura ni. Tidak kering gusi dibuatnya. Hari-hari tersenyum dengan gelagat dia. Ada saja modal nak buat orang ketawa.


Qaseh Mawaddah mengerling sekilas jam di dinding. Waktu sudah menunjukan jam 5.30 petang. Sembang punya sembang sampai tak sedar masa berlalu dengan pantas. 


Dia mematikan komputer dihadapan. Kemudian tangannya ligat mengemas barang-barang peribadi milik dia lalu dimasukan ke dalam beg galas. Dirapikan pula meja yang agak berselerak dengan segala fail surat menyurat.


Baizura pula masih dengan sisa tawa. Saja dia  mahu bergurau dengan rakan sekerjanya itu. Pilihan banyak? Dia sendiri sudahpun ada seseorang dalam hati. 


Cinta sejak dari zaman sekolah lagi. Bertemu, bercinta, kemudian berpisah. Dan kembali bertemu semula. Masing-masing terus mengikat janji setia. Dia rasa beruntung sangat. Cinta pertama akhirnya bakal membawa dia ke gerbang kebahagiaan. 


Bibir Baizura masih tidak lekang dengan senyuman.


“Ha … berangan” sergah Qaseh Mawaddah. Dia menampar bahu Baizura.


Terangkat bahu gadis itu.


“Bukan beranganlah. Memasang angan-angan saja” dalih Baizura.


“Bukan sama je ke memasang angan-angan dan berangan?” Qaseh Mawaddah sudah buat muka pelik.


”Eh … sama ke?”


“Sama tapi tak serupa” ujar Qaseh Mawaddah sambil ketawa. Sengaja dia mahu mengenakan Baizura pula.


Dari tadi lagi dia perhatikan si Baizura tu asyik tersengeh seorang-seorang. Sampaikan budak-budak tadi hendak balikpun, dia tak sedar. Jadi Qaseh yang membantu remaja tadi mengisi borang maklumat latihan komputer.


Tunggu Baizura? Alamatnya sampai ke esoklah tak balik budak tu. Kuat berangan juga rakan dia tu. Mesti tengah teringatkan buah hati. Sampai orang panggil pun tak sedar.


Untung jadi Baizura. Kisah cinta idaman setiap gadis. Bakal bersatu dengan cinta pertama. Dengan pilihan hati sendiri. Di tambah pula dengan restu keluarga, bahagianya rasa. Dia rasa sedikit cemburu. Tapi apa boleh buat. Itu rezeki Baizura. Mungkin rezeki dia akan datang kemudian.


Lagipun, siapalah yang nakkan dia bila tahu tentang kisah silam dia bagaimana. Satu kampung tahu, satu kampung di canang kisah dia. Malu itu jangan dikata. Macam nak melarikan saja diri ini dari tempat kelahiran dia.


Tapi bila mengenangkan janji yang telah dia buat pada arwah Encik Rizqi, niat untuk melarikan diri itu terpaksa diletak tepi. Dia perlu ada dengan ibunya walaupun wanita itu membenci dia.


Kerana Puan Hanim adalah kunci syurga dia. Kerana Puan Hanim adalah wanita yang melahirkan dia. Matlamat dia masih belum tercapai. Jadi dia tidak boleh berganjak sebelum berjuang.


Mujur juga dia telah diterima baik dalam keluarga Umar. Terutamanya Mak Ngah dan Pak Ngah, yang menerima dan sayangkan dia seperti anak mereka sendiri. Jadi dia dapat menumpang kasih seorang ibu.


“Jom … Waddah nak balik dah. Abang Umar dah sampai” ujar Qaseh Mawaddah kemudian. Dia sudah menggalas beg sandangnya.


Tadi tengahari, Umar sudah pesan pada dia supaya tunggu. Umar akan datang jemput dia memandangkan motosikal yang digunakan Qaseh Mawaddah untuk berulang alik ke tempat kerja, pancit. Jadi Umar menawarkan diri untuk menghantar dan menjemput dia.


Dia memerhati Baizura yang sibuk mengemas meja. Di capai plastik yang berisi polestrin diatas meja Baizura.


"Yang ni Waddah ambil tau" ujar Qaseh Mawaddah.


“Okey … jumpa esok Waddah” ujar Baizura tanpa memandang dia. 


Dia tengok Baizura lincah bergerak ke kiri dan ke kanan menutup komputer yang digunakan pelajar-pelajar tadi.


Qaseh Mawaddah menggamit Baizura sebelum dia menghilangkan diri di sebalik pintu kaca. Sudah menjadi tanggungjawab Baizura untuk memastikan premis lesen memandu ini dalam keadaan baik sebelum pulang. 


Dia menuruni anak tangga satu persatu. Matanya liar mencari kelibat Umar. Baru sebentar tadi Umar sudah maklumkan pada dia yang Umar sudah sampai sini.


Kemudian matanya terpaku pada susuk tubuh yang dia kenali sedang berbual-bual dengan seseorang. Wajah lelaki itu tidak dapat dilihat dengan jelas kerana berdiri membelakangi dia. 


Qaseh Mawaddah menghampiri Umar dan lelaki tersebut.


“Ha … dah keluar pun” tegur Umar sebaik saja melihat kelibat Qaseh Mawaddah. Serentak itu lelaki yang sedang berbual dengan sepupunya segera menoleh.


“Hai Cik Waddah. Bertemu lagi kita” ujar lelaki tadi. 


Qaseh Mawaddah membulatkan mata. Macam mana lelaki itu tahu nama dia?


“Encik Zufri Arsyad!”  ujar Qaseh Mawaddah terkejut. Dia menekup mulut.


Itu lelaki yang minta nombor telefon dia tadi. Apa yang lelaki tu buat dengan Umar? Dia orang saling mengenali ke?


“Hai….” Zufri hanya tersengeh seperti kerang busuk.


"Ehemmm .... " Umar sudah berdehem. Wajah keduanya dipandang silih berganti.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh ainRAZAK