Home Novel Cinta DIA UNTUK AKU
DIA UNTUK AKU
Cik_Mairah
22/9/2018 12:02:04
3,806
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 1

Semilir angin menerpa wajah Ameera yang mengumbar senyuman yang tidak lekang daripada ulas bibirnya. Matanya tidak jemu menjamah wajah suaminya, Adam Hayqal yang terlena di sofa itu. Dia bagaikan tidak percaya dengan suratan takdir yang telah menyatukan mereka. Serasa seperti mimpi di siang hari, meskipun Dato' Marzuki dan Datin Marina bertegas tidak mahu merestui hubungan mereka tetapi Adam tetap bertekad mahu memperisterikan Ameera. Entah mengapa hatinya serasa hiba sebaik sahaja terkenangkan pengorbanan suaminya itu. Buang keluarga tatkala terlarang, buang kasih yang dia sayang... jauh melepaskan jiwa raga walaupun perih di hati demi cintanya pada Ameera. Ya Allah... setitis demi setitis air jernih jatuh dari kolam mata, merayap di ruang pipinya. Sesekali benak hatinya tertanya-tanya. Adakah cinta mereka bermakna menempa tiket neraka? 

      

Ameera menghela nafas. 

      

Perlahan-lahan dia bangun dari sofa sambil menyapu air mata pada pipi. Langkahnya dihalakan ke sisi rumah. Ameera terus duduk menyandar di kerusi rotan menghadap kolam, berpeluk lutut sambil menghirup kedamaian bayu malam tanpa gangguan. Entah mengapa fikirannya boleh melayang tidak menentu. Masih mengingati kata-kata Datin Marina yang bagaikan ditusuk dengan sembilu yang bisa itu. Punah hatinya. Sungguh seumur hidupnya tidak pernah dia berhadapan dengan keadaan seperti ini. 

       

Ya Allah... bahagiakah kami melayari bahtera rumahtangga ini sedangkan syurga seorang anak itu berada di bawah reda ibunya? Sesungguhnya aku tak nak mengheret suami aku ke neraka dengan menjadikan cinta itu sebagai tiketnya. Ya Allah... berikanlah aku kekuatan untuk menempuhi dugaan ini. Tolonglah Ya Allah! Rintihnya di dalam hati. Diraup muka dengan tapak tangan. 

       

"Sayang..." suara garau lelaki itu terus menyentaknya, menyedarkan dia semula ke alam nyata. Dia segera menoleh, kemudiannya tersenyum. 

       

Adam! Suami dia yang menegurnya. 

       

"Sayang, are you ok? Abang tengok sayang dari tadi asyik termenung aje. Ada apa-apa masalah ke? Mama ada serang sayang ke?" lembut Adam mengajukan soalan pada isterinya. 

       

Perlahan-lahan Adam duduk di sebelah Ameera dan memandang isterinya. Kelihatan sugul, susah hati dan dalam masa yang sama sedih terpancar di raut wajah isterinya. Tangannya terus mendongakkan wajah isterinya agar memandang tepat ke arahnya. 


"Lah... mana ada apa-apa. Sayang teringatkan arwah mak dengan abah tadi. Rindu nak peluk mak dengan abah. Ya Allah... rindu sangat." Ameera menafikan. Memang dia tidak suka memburukkan orang apatah lagi orang itu adalah mak mertuanya sendiri. Baginya mak mertua itu bagaikan maknya sendiri, walaupun sering dihina dan dicerca tanpa pengetahuan Adam tetapi dia tetap akan menghormatinya. 


Tak! Aku tak boleh beritahu abang. Aku tak nak burukkan lagi keadaan. Selagi aku boleh bertahan, aku akan bertahan. InsyaAllah! Bisik hati Ameera.


"Tipu! Sayang memang tak pandai menipu. Obvious sangat sayang tipu abang. Tapi tak apalah. Abang tak paksa pun kalau sayang tak nak cerita. Siapalah abang ni, kan? Abang kan tak penting untuk sayang." ujar Adam berbaur merajuk. Mulutnya dimuncungkan. 


Ameera tergelak kecil sebaik melihat gelagat Adam itu. Buruk betul bila lelaki merajuk. Hilang 'macho'nya! 


"Alah abang, janganlah merajuk. Abang ni cepat sangat sentap mengalahkan perempuan. Nak kata lembut tak lembut! Keras mengalahkan tembok konkrit. Tapi hati abang lembut macam tisu." pujuk Ameera. 


"Wah... sambil menyelam minum air nampak. Sempat lagi perli abang. Tarik mulut sayang nanti, biar panjang sedepa." gurau Adam. Mereka berdua tergelak.


"Betullah abang. Sayang rindukan arwah mak dengan abah tadi. Abang janganlah cepat buruk sangka. Tak baik. Mama tak ada serang sayang pun." ujar Ameera. 


Ternaik sebelah kening mata Adam apabila Ameera berkata begitu. Dia ragu, ragu dengan semua yang isterinya katakan. Tetapi hatinya pula berbisik supaya mempercayainya.


"Okey, abang percaya. Tapi kalau mama ada serang sayang, sayang kena beritahu abang. Abang tak nak mama apa-apakan isteri abang ni. Abang tak nak sayang terluka walau sikit pun. Kalau sayang sakit, abang pun sakit. Kalau sayang sedih, abang pun sedih." ucap Adam, mengusap lembut pipi isterinya sambil tersenyum. 


Ameera sedikit tersentuh. Dia tahu Adam sangat menyayanginya tetapi dalam masa yang sama dia tidak mahu mengeruhkan lagi hubungan Adam dengan mama. 


"Abang...." Adam meletakkan jari telunjuknya dibibir Ameera. Adam terus menarik badan Ameera dekat kepadanya. Pelukan erat Adam itu buatkan masa seakan terhenti seketika. Angin bagaikan beku. Sekeliling mereka bagaikan kosong. 


"Sayang... abang tahu sayang berada dalam keadaan yang sukar sekarang. Tapi walau apa jua yang berlaku, abang nak sayang bersabar dan sentiasa ingatkan Allah. Kita sebagai manusia dan hamba-Nya kena berdoa agar Allah dapat menggerakkan pintu hati mama dengan papa untuk menerima sayang, abang." bisik Adam di telinga Ameera. 


Sayu rasa hati tatkala terdengar bait kata Adam itu. Benarlah senjata orang mukmin adalah doa. Doa dan terus berdoa serta percayalah selalu akan ada pelangi setelah hujan badai yang lebat. 


Ameera hanya mampu melihat mereka yang bersatu di dalam pelukan. Pelukan bersalut penuh dengan kasih sayang yang tulus. Ditatap wajah suaminya dengan pandangan yang lembut. Dia membendung sebak.


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Cik_Mairah