BAB 6
Balik je dari hospital, aku terus masuk ke bilik.Tok ma pun
aku tak tegur. Bukan nak jadi kurang ajar, tapi aku penat. Penat sangat-sangat.
Penat melayan orang yang perangai tak semenggah. Menyesal pulak aku ikut Tok ma
pergi hospital tadi. Atleast kalau duduk rumah seorang pun, hati aku ni tak sakit
dengar sindiran pedas.
Huhh! Sakit-sakit pun sempat lagi nak
sinidir-sindir orang. Ada yang aku doa sakit kau tu melaratkan. Ishhh apa yang
aku merepek ni? Astaghfirullah, tak baiklah aku ni. Aku mengeluh lagi. Yang aku
nak angin ni dah kenapa? Bukan salah sapa-sapa pun, salah sendiri. Sendiri yang
gatal nak ikut.
Tok ma dah offer tak payah pergi,
kau gatal kan. Kan dah kenangan budak tak semenggah tu. Konon, nak jaga hati Tok
ma la sangat kononnya, sekarang sendiri yang tanggung sakit hati.Haihhhh..
Bila ingat balik kejadian dekat
hospital tadi buat aku angin je. Nasib ko sakit Aina, kalau tak dah lama aku ganyang
kau. Ceh, macam lah kau berani nak ganyang orang El. Korang nak tahu tak apa
yang jadi dekat hospital tadi? Meh kita flashback balik kejadian pagi tadi.
“ Betul ke El nak ikut pergi hospital
ni?”
Dahi aku dah berkerut seribu, silap hari
bulan ada yang tua sebelum umur ni. Tok ma ni kenapa? Semalam dia yang suruh ikut.Aku
dah siap pakai tudung kut. Budak Ekal tu pun dah sampai dah. Kotya pun nak
tanya aku jadi pergi ke tak kenapa tak tanya lepas solat subuh tadi. Kan aku
solat berjemaah dengan Tok ma subuh tadi.
“ Eh, apa pulak tak betulnya Tok ma?
El dah siap bertudung dah ni. So, betullah nak ikut ni. Ekal pun dah sampai dah
tu Tok ma. Jomlah kita pergi dekat kereta dia tu. Kesian pulak nanti dia tunggu
lama kat situ Tok ma.”
Aku baru je nak melangkah setapak, Tok
ma dah pegang lengan aku. Menahan aku dari terus melangkah. Aku hanya memandang
wajah Tok ma yang kelihatan serba salah tu sambil menanti bicara darinya.
“ Betul ke ni?”
Haihh Tok ma ni, tak sudah-sudah lagi
rupanya pasal tadi. Ingatkan dah habis dah.
“ Betullah. El sungguh-sungguh nak teman
Tok ma ni. Tok ma tak payah fikir lagi ok? Dah –dah, jomlah kita pergi. Ekal tu
dah keluar dah pon dari kereta, mungkin sebab lama sangat kot dia tunggu kita.”
Aku hanya memandang Tok ma yang
melangkah ke kereta Ekal tu dengan keluhan yang perlahan. Kalau bukan sebab Tok
ma, tak ada maknanya aku nak ikut.
Suasana di dalam kereta hanya di temani
dengan suara dari corong radio sahaja.Sesekali terdengar juga perbualan dariTok
ma dengan Ekal. Tidak ada keinginan pun untuk menyampuk perbualan mereka. Bukan
tak nak menyampuk, tapi aku malas. Buat masa sekarang aku lebih selesa mendiamkan
diri sambil mendengar lagu yang di putarkan oleh DJ dari stesen radio THR
GEGAR. Perkara tersebut berlarutan sehingga sampai di Hospital Kota Bahru.
Sampai je dekat hospital, aku hanya
menjadi pengikut setia Tok ma yang ralit bertanya kan keadaan Aina. Aku juga
perasan yang sekali sekala Ekal ada menjeling aku yang diam membisu sejak naik
ke keretanya. Saja aku buat tak tahu, malas nak layan dia.
Aku terus duduk di kerusi menunggu apabila
sampai di depan biliknya itu. Huh tiada keinginan untuk aku masuk menjenguk nya
di dalam. Lagipun aku dengan dia mana boleh bertemu, nanti ada je yang nak di
gaduhkan. Macam anjing dengan kucing yang pantang bersua pasti bercakar antara
satu sama lain. Nasib Tok ma faham kenapa aku tak nak masuk. Hihihi
“ El tak nak masuk ke tengok Aina ?”
soal Ekal apabila aku tidak melangkah mengekori langkah Tok ma ke dalam bilik
yang menempatkan sepupunya itu. Eleh nak masuk pergilah masuk. Sibuk nak ajak
orang masuk pula.
“ Memang tak nak masuk pun. Dan sapa
cakap El dating sini nak tengok dia? El dating sini nak temankan Tok ma je, bukan
nak jenguk dia.”
“ Kenapa pula dating tapi tak nak masuk?
Masuklah El, tengok dia sekejap. Mak bapak dia pun ada kat dalam tau. Tak elok
kalau dah datang tapi tak tunjuk muka tau. Lagipun, El tak kesian dekat dia ke?”
“ Kesiandekat sapa pulak ?”
“ Aina lah. Sapa lagi. Kan dia yang
masuk hospital sekarang ni.”
Huh dia nak aku kesian dekat sepupu dia yang
perangai tak semenggah tu? Oh tolong lah…. Memang taklah. Tak nampak mana
faedahnya aku nak kesian dekat dia. Aku ni bukannya baik sangat dengan orang
lain. Prinsip aku senang, orang buat baik dengan aku, aku baik lah dengan orang
tu. Tapi kalau sebaliknya , maaflah ye aku akan layan kau sebaliknya juga.
Tapi tak akan aku nak cakap kat dia kan.Tak
pasal-pasal aku dengan Ekal gaduh pulak di sebabkan sepupu kesayangan dia tu. Tapi bila fikir balik, takkan aku tak
nak jumpa mak bapak Aina pulak kan. Nanti kata tak sopan pulak kalau tak tunjuk
muka kat diaorang. Lagi pun mak bapak dia baik je dengan aku selama ni, so aku
kena balas baik juga. Ingat prinsip kau El.
Jenguk sekejap tak pe kot. Lepas tu
aku keluar lah, buat alas an nak pergi sembahyang ke nak pergi toilet ke. Yess
dah ada idea. Hihihi . Aku bangun dan hanya berjalan masuk ke bilik yang menempatkan
Aina tanpa mempedulikan Ekal yang dah pandang aku pelik semacam. Yelah tadi
kata tak nak masuk. Alih-alih masuk juga.
“ Assalamualaikum” aku membei salam dan
mengukirkan senyuman yang manis. Ni bukan senyuman yang di buat-buat nye. Ni ikhlas
punya senyuman. Dekat parent Aina je lah. Dekat Aina, jangan kan senyum tengok
pun kalau boleh aku tak nak. Aku sempat
menangkap senyuman dari Tok ma, mungkin dia tak sangka yang aku boleh
juga menjejakkan kaki aku ke dalam wad first class ni.
“
Baguslah El dah masuk. Boleh tolong mak cik tengok – tengokkan Aina ni. Makcik dengan
Tok ma El ni nak pergi solat Zohor sekejap. Risau juga tadi ingat tak ada orang
yang boleh tengok-tengok kan anak mak cik ni. Bolehkan El tolong? Haikal ada
tapi El tahu kan yang Haikal tu lelaki, payah nanti kalau Aina nak mintak
tolong pergi toilet ke.”
Aduhhhhh potong jalan betul lah, aku
baru ingat nak bagi alasan nak pergi solat zohor tadi. Alaaaaa macam mana ni, tak
kan aku nak cakap tak boleh pulak. Serba salah pulak aku dibuatnya. Aku hanya menganggukkan
kepalaku beberapa kali tanda persetujuan untuk menemani anaknya sementara dia dengan
Tok ma pergi menunaikan kewajipan sebagai seorang muslim. Tak pe kot, lagi pun Ekal
ada. Dia tak kan buat perangai pelik-pelik kalau ada Ekal.
Tersenyum panjang mak cik Hasnah
apabila aku bersetuju untuk menjaga anak tunggalnya itu. Harap-harap kau tak
cari pasal lah ye.
“ Nanti lepas mak cik dengan Tok ma
habis solat, tukar pula ye. El dengan Haikal pulak yang pergi solat. Boleh?”
“ Boleh Mak su.” Jawab Ekal.
Aku hanya memandang mereka berdua yang
berjalan kea rah pintu wad itu. Tiba-tiba rasa sedih pulak, bukannya diaorang
nak pergi mana pun, tapi nak ke ruang solat je pun. Aku hanya mampu mengeluh
perlahan.
“ Haikal…. BolehbelikanAinamakanan.
Ainalaparlah.”
Eh-eh perempuan ni. Makanan atas meja tu punyalah banyak tak
terusik. Makan je lah yang ada tu. Menyampah betul dengan suara yang
konon-kononnya dia tu lemah sangat lah.
“ kan ni banyak lagi makanan yang ada ni.
Makan yang ni je lah ye. Membazir kalau tak makan. Tak elok tau, nanti Allah
marah.”
See …. Ekal pun setuju dengan aku. Cuma kenapa
dia pujuk Aina dah macam pujuk budak 7 tahun ni. Padahal umur dah nak masuk 18
tahun. Ye lah kan kami bertiga ni sebaya je. Masing-masing baru lepas ambil
result SPM minggu lepas.
“ Tak nak… makanan tu tak sedap. Belilah
yang lain untuk Aina. Please..”
Aku hanya melihat Ekal yang mengeluh dengar
rengekan Aina yang seperti budak 7 tahun yang mengamuk nak tak dapat beli
gula-gula. Tak baik tau dia ni mengeluh. Cehhh kau cakap orang El, kau apa
kurangnya. Tertiba sentap dengan diri sendiri. Haihhhh....
“ Ok fine. El tolong tengok-tengokkan Aina
ye ? Dia belum sihat lagi ni. El tolonglah kalau dia perlukan apa-apa.”
“ ermmmmmmm” aku hanya menjawab tanpa memandang kea rah
nya. Kenapa aku? Ishhhhh bencilah macam ni. Kalau aku tahu, aku tak masuk dalam
tadi. Aku hanya menghantar Ekal dengan pandangan mata sehinggalah dia hilang di
sebalik pintu. Aku tahu yang dia pun serba salah nak tinggal kan sendiri dengan
sepupu dia tu. Macam lah dia tak tahu yang kitaorang ni mana boleh berjumpa.
Ada je yang tak kena nanti.
Aku hanya melayan phone aku tanpa mempedulikan
orang yang tengah sakit depan aku ni. Dia pun bukannya suka aku datang sini. Buat
seketika, aku menjadi leka dengan telefon membalas pesanan dari kawan-kawanku
di aplikasi whatsaap.
“ Haikal suruh kau tengok-tengokkan aku,
yang kau sibuk sangat dengan handphone kau tu kenapa ?!! “
See , aku dah cakap dah yang dia ni
bukan boleh tengok aku duduk senang. Ada je yang dia tak puas hati nanti. Haishh
benci betul aku dengan perempuan ni la. Tak padan dengan diri tu sakit.
“ Dia suruh aku tengok-tengokkan kalau
kau perlukan something or bila kau sakit. Aku tengok kau ok je, boleh tak jangan
kacau aku.” Aku menjawab tanpa memandang ke arahnya. Focus aku tetap pada
handphone di tangan.
Tiba-tiba aku terdengar bunyi
sesuatu seperti bunyi katil.Aku hanya melihat Aina yang berusaha untuk turun dari
katil. Dia ni tak boleh ke nak mintak tolong dengan aku. Ego betul. Menyusahkan
diri sendiri.
“ Aina.. kau ni kalau nak pergi
mana-mana boleh tak cakap. Buatnya si Haikal tu tahu aku biarkan kau
sorang-sorang ni ada yang dimarahnya aku ni.”
Dia tidak menjawab pertanyaan dari
aku dan terus berusaha untuk turun dari katil. Akhirnya , aku bangun dan
menghampirinya.
“ kau nak pergi mana? Sinilah aku tolong.
Jatuh kau nanti susah pulak. Kau tu dah lah belum sembuh.”
Aina tidak membantah sewaktu aku memapahnya
perlahan –lahan turun dari katil.
“ kau nak pergi mana ni ?”
“ toilet.”
Aku terus memapahnya perlahan-lahan
untuk ke tandas. Lagipun tandas tu bukannya jauh sangat pun. Dekat je. Ni kan
bilikwad first class. Mestilah bilik air disediakan. Masa aku tengah papah dia tu,
entah macam mana tiba-tiba tangan aku yang memaut tangannya itu terlepas dan
mengakibatkan dia jatuh ke lantai.
“ aduhhhhhhh kau ni kenapa? Kalau
rasa tolong tu tak ikhlas baik kau tak payah tolong.”
“ Ya Allah Aina, sorry. Aku tak
sengaja. Aku mintak maaf.”
Aku cuba mendekatinya untuk
membantunya bangun namun dia enggan malah di tolaknya aku sekuat hatinya agar
tidak mendekatinya. Serius aku memang tak sengaja. Aku ni bukan nya jahat
sangat nak bagi dia tambah sakit. Sedang aku ingin bangun dan mendekati nya
semula, pintu masuk wad yang tertutup di kuak dari luar.
“ Ya Allah Aina, apa dah jadi ni?”
Ekal masuk lantas berlari mendekati
Aina. Nampak dari riak wajahnya yang dia begitu risau akan keadaan Aina. Dia
memandang aku untuk meminta penjelasan. Aku hanya mampu menggeleng kepala ku
tanpa bersuara sedikit pun. Dia terus focus kea rah Aina semula yang masih
menangis.
“ Kenapa ni Aina? Macam mana boleh
jatuh ni?”
“ El dia yang tolak. Tadi Aina mintak
tolong dia papahkan Aina untuk ke tandas, tapi dia tak nak tolong. So, Aina
bangun lah sendiri. Tapi bila Aina nak jalan tu, El datang dan dia tolak Aina.
Sakit Haikal.” Adunya dengan esakan yang sengaja dibuat-buat.
Terkejut aku mendengar kan aduan dari
nya. Aku akui yang memang aku penyebab dia jatuh, tapi bukan kerana aku yang
tolak dia. Dia ni memang sengaja tau. Baik aku bagitahu Ekal cepat. Takut dia
salah faham pula nanti.
“ Tak Ekal. Bukan macam tu El nak..”
belum sempat aku ingin menerangkan perkara yang sebenar nya. Percakapan aku dah
dipotong dahulu olehnya.
“ El dah tak payah nak explain apa-apa
lagi. Macam ni ke El jaga orang yang sakit. Kalau tak suka sekalipun jangan lah
sampai nak tolak Aina macam ni. Dia kan tengah sakit sekarang ni. Kalau rasa
tak ikhlas jaga tu, kenapa tak cakap dari awal?”
“ Bukan macam tu..”
“ Habistu macam mana? Jangan bagi alasan
lah. Ekal tahu yang El tak pernah suka kan Aina and that why you tolak dia
sampai jatuh kan? Betul kan? Kenapa diam? Betul lah kan?”
Semua pertanyaan dari nya aku tak jawab.
Aku perhati je dia yang memapah Aina ke katil. Aku tak sangka yang dia lagi
percayakan Aina dari aku. Aku hanya memandang mereka sebelum berjalan mendekati
pintu. Aku rasa aku dah tak tahan untuk terus di situ. Lebih baik aku pergi
keluar dan ambil angin. Tak nak aku tengok muka yang hipokrik tu. Buat sakit
hati je.