Home Novel Cinta A LOVE TO KILL
A LOVE TO KILL
Farhah Aiddin
27/7/2021 11:07:15
31,608
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BLURB
CAPTION: Setulus mana cinta menyapa hati, sedalam itu tertanamnya kebencian saat kau khianati aku!


BLURB: NOVEL  A LOVE TO KILL 


You're not twinkle twinkle little star but emit emit gigantic ball of gas!


Kau pernah rasa bagaimana lalinya disakiti dan dibenci? Kau pernah rasa dunia ini langsung tidak adil untuk kau?


Tiada yang indah dalam hidup Syifaa Qaireen. Semuanya malap, gelap dan suram. Jiwanya memberontak dek kepalsuan dan kebencian manusia.


“Syifaa Qaireen yang itu dah tak ada. Dah lama mati. Tunggulah sampai bumi terbalik sekali pun, dia tak akan pernah kembali!" – SYIFAA QAIREEN


Dunia yang menyakitkan seakan disinari mentari saat munculnya Haqqi Syauqi yang sudi mewarnai jiwa yang hampir mati.


Pada mulanya Syifaa Qaireen terlihat seperti twinkle twinkle little star di mata Haqqi. Jauh, berkelipan dan sering tenggelam dalam dunia malapnya sendirian. Segalanya berubah sama seperti hakikat sebenar bintang. Dari berkelipan, ia sebenarnya memancarkan tenaga gas hidrogen yang sangat kuat.


Jangan kasihkan aku. Walaupun nama aku Syifaa Qaireen tapi aku bukan penawar

kebaikan kau. –SYIFAA QAIREEN


Ya, betullah tu. Kau bukan penawar kebaikan tapi peracun yang amat berbisa! –HAQQI SYAUQI


Namun, sayap yang ingin diberi dibalas dengan racun yang amat berbisa! Silap Haqqi cuma satu. Mencintai gadis yang salah.


Pengkhianatan demi pengkhianatan buatkan seorang Haqqi berubah. Nekadnya cuma satu. Hapuskan gadis yang dia cintai dengan tangannya sendiri!


Pengkhianatan apa yang telah Syifaa Qaireen lakukan sehingga jejaka sebaik Haqqi nekad mahukan nyawanya?


Mampukah kisah cinta ini berakhir dengan happy ending jikalau sang hero tetap nekad mahu menghapuskan heroin yang dicintainya?


Hapuskan aku seperti mana mahumu kerana aku adalah cinta untuk kau bunuh!

.

.

.

Alhamdulillah A Love To Kill telah pun menjadi senaskhah novel di bawah penerbitan Fajar Pakeer. Novel ini boleh dibeli di shopee Fajar Pakeer atau mana-mana kedai buku yang terpilih. Untuk teaser yang lebih lagi, boleh follow IG, FB, Tiktok Farhah Aiddin.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.