Home Novel Cinta Anugerah Terindah
Anugerah Terindah
Neno Amanina
20/10/2018 22:04:14
2,316
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
001

Diana Zhafirah tersedar daripada lenanya apabila sinaran mentari menorobos masuk melalui langsir sliding door biliknya.Matanya dipejam rapat, cuba menghalang sinaran matahari tadi daripada membuat sebarang sentuhan dengan iris matanya. Dia menggeliat, masih tidak bangun daripada tempat kegemarannya. Melihat jam sudah menunjukkan angka 7:16 minit pagi, Diana gagahkan diri untuk bangun daripada perbaringan lalu mengheret badan ke bilik air. Ikutkan hati nak aje dia tidur sampai tengah hari, tapi apakan daya, kelas Profesor Zawawi seakan-seakan sedang menyeru jasadnya.

Usai membersihkan badan tiba tiba terdengar ketukan di pintu biliknya.

Tok ! Tok ! Tok !

"Diana kamu dah bangun ke belum? Matahari dah tegak atas kepala ni sayang! Cepat bangun nanti lambat pula kamu ke kelas!" Kejut Datin Athirah. Dia masih mengetuk pintu kayu bilik puteri kesayangannya. Bila tak ada sahutan, tangan Datin Athirah sudah berada di tombol pintu, sedia nak masuk piat telinga anaknya.

"Ye mummy. Adik dah bangun. Adik tengah siap ni mummy," balas Diana dari dalam bilik. Setelah berpuas hati dengan penampilannya, dia segera mencapai iPhone 6s diatas meja solek. Ini barang keperluan, kalau tertinggal boleh menyebabkan kemurungan dan otak boleh jadi mereng.

"Morning mummy daddy! Morning Along Angah!" Sapa Diana mesra sambil menggariskan senyuman lebar ketika kakinya menghampiri meja makan. Bau nasi lemak dan sambal sotong hasil air tangan mummynya amat menggoda.

"Morning sayang." Serentak Datuk Dzakirin dan Datin Athirah menjawab. Mereka memandang gelagat Diana yang sudah mula mahu bergaduh dengan Danial dan Danish.

"Awal pulak budak kecik kita ni bangun. Biasanya matahari tegak atas kepala baru nampak batang hidung," usik abang sulung Diana, Danial Zhafran.

"Kan along. Sebelah malam orang tengah syok tidur dia layan drama Korea. Mana tak bangun bila matahari tegak atas kepala? Itu sebab kita panggil adik manis ni burung hantu. Jadi macam Do Kyungsoo mata bulat tu baru tahu." Balas abang kedua Diana, Danish Zhafran. Makin giat dia dan abang sulungnya menyakat adik kesayangan mereka tatkala muka Diana bertukar cemberut.

"Ewah ewah. Mulut tu assalamualaikum sikit nak mengata orang. Bila masa adik layan drama Korea? Adik tengok music video je kut. Sesedap french toast ni saja nak mengutuk orang. Dasar orang berperangai terkutuk!" Bidas Diana tak puas hati. Kureng punya abang!

Danish buat muka, "eh eh terkutuk pun, muka ini jugaklah yang awak cari bila nak ajak travel. Tolong sedar diri sikit ya cik Diana. Lain kali jangan ajak angah travel dah. Ajak kasih sayang adik yang melambak dekat dinding bilik tu. Terkutuk kan?" Dia menjelirkan lidah kearah Diana.

"Hekeleh yang angah nak emosial sangat ni kenapa? Period eh? Ke kena reject? Eh lupa pulak! Angah mana pernah ada awek! Ha!" Diana ketawa mengejek. Danial turut sama tergelak selepas perutnya dah tak mampu nak tahan lawak adik-adiknya.

"Ya Allah budak-budak ni sempat lagi nak bergaduh kat meja makan! Danial, Danish sudah-sudahlah membahan adik kamu tu." Diana menjelir lidah kearah Danish dan Danial. "Kamu pun sama Diana. Tak baik gaduh di meja makan. Nanti rezeki lari anak-anak." Tegur Datuk Dzakirin yang hanya diam sedari tadi melihat gelagat putera dan puterinya. Sudah faham benar dengan perangai menyakat putera sulung dan putera keduanya.

"Hah Diana, makan tu cepat sikit. Kamu tu ada kelas lepas ini. Karang lambat susah pulak. Orang suruh tidur awal tak nak. Itulah, lain kali degil lagi," bebel Datin Athirah.

"Ai ai mummy. Saya yang menurut perintah." Diana meletakkan tangannya di hujung kening sebagai tanda tabik hormat. Seisi ruang makan itu tergelak dengan telatahnya yang selalu membuatkan mereka terhibur.

₩₩₩₩

Diana selamat sampai di universitinya tepat jam 8.15 pagi selepas dihantar oleh Danish. Ya, perang saudara hanya sah pada masa-masa tertentu sahaja. Selain daripada masa itu, Diana ialah permaisuri kepada abang-abangnya. Eceh acah padahal mummy dan daddy tak bagi dia bawak kereta sendiri.

Turun daripada kereta, dia segera mencari kelibat sahabat baiknya. Tapi tak ada.

'Kemana pulak minah kepoh ni pergi?'

"Bah!! Wei asal lambat? Dah berjanggut aku menunggu kau tahu. Kau dah breakfast ke belum ni?" Sergah Jannah atau nama mesranya June. Jangan tanya apa kaitan Jannah dan June sebab Diana pun tak tahu.

"Kau ni kan kalau sehari tak buat aku K.O memang tak sah kan? Nasib baik aku tak ada penyakit lemah jantung atau heart attack. Kalau tak dah lama aku kena simpan kau tau tak?! Tapi tulah fikir ada member macam kau ni, aku syak orang dah mati pun boleh hidup balik sebab perangai kepoh kau tu. Silap-silap dia bangun balik cakap, "Woi perempuan kau diam sikit boleh tak? Aku nak mati pun tak senang." Hah apa kau nak buat June? Aku rasa lepas tu kau pulak yang ambil alih tempat dia." Sempat Diana membebel. Siap merepek lagi. Jannah disebelah buat muka. Pikir comellah tu?

"Hehehehe. Bebel pulak kau ya? Dah dah, cair tahi telinga aku nanti. Jomlah nanti lambat pulak ke kelas Prof Zawawi girin.Kalau dia kunci pintu tak apa, aku tak kesah. Buatnya datang gila dia nak mendenda, kita jugak yang susah. Kau nak kena? Aku tak nak." Kata Husna sambil matanya melihat sekilas jarum jam Luminor Marina di lengan kirinya.

"Hah yelah June oi. Salah siapa aku membebel sekarang ni? Salah kau kan? So kalau lambat, aku cakaplah dekat Prof yang aku terleka bagi kau ceramah supaya jangan benci subjek dia sangat. Memang sah lagi semestinya dia akan percaya cakap aku sebab aku kan pelajar kesayangan dia. Kau ada? Takde kan..."

Jannah buat muka menyampah. Macam mana diaorang boleh sangkut, lepastu jadi kawan baik pun dia tidak tahulah. Perangai copy paste woi!

Habis kelas Prof Zawawi dimana orang tua tiba-tiba rajin nak buat spontaneous quiz, Diana dan Jannah laju mengatur langkah ke kafeteria universiti mereka. Dahaga meh lepas sejam perah otak nak ingat balik apa yang dia ajar masa awal-awal semester dulu.

"Betullah orang kata Prof Zawawi ni kejam. Dahlah tak ada angin,tak ada ribut, dia boleh pulak kuiz spontan. Sekurang-kurangnya, bagilah notis awal. Sempatlah aku buat ulangkaji sikit. Ini tidak, laju semacam! Laju laju nak pergi mana?" Jus oren disedut rakus. Sakit hati sangat sampai dahaga dibuatnya.

"Dah nama pun spontaneous quiz, takkanlah dia nak bagi notis dulu? Apa daa..."

"Kau cakap senanglah sebab kau master subjek ni. Aku yang amatur ni? Ha, mereput kat situ,"

"Eh mana ada master. Kau ingat aku tak murung tengok soalan kuiz tadi? Cam haram aku selak balik lembaran dalam otak aku pasal tajuk kuiz tadi. Tup-tup, lembaran tu tak pernah wujud pun. Baru aku teringat aku banyak main-main dulu. Prof Zawawi ni licik, pandai dia pilih tajuk masa awal-awal semester. Aku tengok Syaqir pun mereput tadi." Balas Diana lemah. Syaqir merupakan top scorer subjek yang diambil. Kalau top scorer pun boleh murung, yang bottom scorer ni?

"Aku tak tahulah nak kata apa pasal orang tua tu. Dahlah tugasan yang dia bagi tadi pun senak jugak. Ada ke patut assignment yang dia passkan tadi nak kena hantar jumaat minggu ni? Mana sempat nak buat? Harini dah rabu," bebel Jannah lagi tak puas hati.

"Haah, yang itu pun satu. Sumpah aku cakap manusia bernama Zawawi Hassan ini memang susah nak dibaca dan dijangka. Aku ingatkan alang-alang dia dah buat kuiz tadi, tarikh untuk hantar tugasan pun dia push back jugaklah. Ini tidak, sesuci dihening subuh suri Prof awalkan. Bahagia teruk ini hari,"

Diana teringat peringatan 'kasih sayang lagi mesra' daripada Encik Zawawi, "Okay semua, jangan lupa tajuk assignment yang saya sudah passkan dekat awak semua tadi ya. Deadlinenya hari jumaat minggu ni bersamaan 14 Februari 2017. Kalau lambat saya akan potong markah awak sebab assignment ini akan dijadikan carry mark untuk final exam awak semua nanti. Faham?" Tegas suara Profesor Zawawi memberi arahan. Lalu, 20 hati bersama satu jiwa hanya mampu mengangguk faham dengan penuh ketidakrelaan

Memang Diana akui, modul yang diajar pensyarah kereknya agak senang nak score berbanding modul lain yang diambilnya. Sebab itulah dia jarang tak perform walaupun ada orang kata soalan susah tahap nak tarik rambut sampai botak. Mungkin faktor pengalaman luas Profesor Zawawi dalam bidang kerjayanya sebelum ni sedikit-sebanyak membantu beliau dalam major yang diambil. Tapi itulah, senang pun, ada jugak orang yang tak score. Jannahlah orangnya.

Jannah tenung Diana yang tengah berangan. Pelik, kekasih hati tak ada tapi kalau dia dah berangan tu boleh mengalahkan orang tengah dilamun cinta. "By the way, kau pergi ke konsert The EXO Luxion dekat Stadium Merdeka nanti? Aku dah tak sabar nak jumpa dengan D.O! Bertahun aku tunggu EXO datang Malaysia, and they finally did!" Soal Jannah teruja.

Diana kembali ke alam realiti. Hilang sudah muka Profesor Zawawi sebaliknya digantikan dengan muka tak berapa lawa sahabat baiknya. Dia tanya apa tadi?

"Aloha?? Requesting the space cadet Diana Zhafirah to return to the Earth. Haluuu?" Bahu Jannah ditampar, tak kuat sangat sampai boleh lebam tapi cukup kuat untuk buat Jannah rasa pedih.

"Ulang balik apa kau cakap tadi? Dah tahu aku termenung, kau tanyalah soalan bebanyak lagi. Itulah makan dia."

Bibir dicebik sedikit, "Eh kau, apasal pulak tiba-tiba jadi salah aku ni? Salah kaulah, siapa suruh berangan? Aku ada suruh? Ada? Ada? Tak ada kan? So kenapa kau berangan?"

"Kau tanya pasal apa eh tadi? Aku dengar macam bunyi konsert EXO. Kau cakap pasal konsert EXO The LuXion ke?" Cepat-cepat Diana mengubah topik. Karang kalau dibiarkan kawannya membebel, semua benda daripada keturunan mak nenek dia, dia nak cerita.

"Kau nikan, asal aku cerita aje kau tukar topik. Sialan lo," pinggang Diana dicubit sedikit, "Haah, aku tanya pasal konsert EXO tadi. Kau pergi ke?"

Dia mengambil masa untuk menjawab. Masih samar lagi dengan perancangan keluarganya setakat ni. "Tengoklah macam mana nanti. Kalau aku rajin aku pergilah. Kau bukan tak tahu abang abang aku. Susah nak kasi aku pergi mana-mana,"

"Habistu, kau nak buat apa cuti semester 10 minggu nanti? Mereput? Habiskan beras dekat rumah? Ternak lemak?"

"Nampaknya mereputlah aku kali ini. Entahlah nak... Aku ada dengar mak ayah aku cakap nak tour Europe. Tapi, by the time aku dengar tu, diaorang pun macam tak pasti lagi. So, aku tak boleh nak bagi kau hitam atau putih." Tak bersemangat Diana membalas. Asal cuti saja ke luar negara. Asal luar negara saja cuti. Tak ada tempat lain kah?

"Tapi kalau kau nak, aku boleh bagi kau kelabu," Diana sengih comel. Jannah buat muka lagi. Tak boleh proses perangai orang sebelah.

"Jadinya kau tak pergilah konsert EXO nanti? Beli tiket mahal-mahal tapi tak jadi pergi. Bapak membazirnya kau ni. Tahulah kayo. Kau beli tiket VIP kan? Daripada kau membazir, ada baiknya kau bagi aku,"

Selama dia berkawan dengan Diana, nak kata tak pernah rasa apa-apa, memang nampak sangatlah menipunya. Contohnya macam keadaan sekaranglah, mintak saja tiket konsert yang agak terhad, terus ada tangan yang menghulur. Malangnya Jannah tak pernah merasa hidup seperti Diana. Mereka berdua hidup dalam dua dunia berbeza, ibarat bimasakti dengan mantel bumi.

"Ada betulnya jugak apa yang kau cakap ek? Aku tak tahu pulak kau boleh berfikir secara rasional June,"

"Sebelum aku jirus kau dengan jus oren yang menggoncang iman ni, baik kau tutup mulut kau. Lo ingat otak gue biul macam lo sepanjang masa ke? Kayaknya lo silap deh,"

"Weh roh mat Indon mana pulak sampuk kau tengah hari buta macam ni? Kau jangan merepek boleh tak June? Aku dah lupa apa aku nak cakap tadi. Salah kaulah ni!"

"Mana kau tahu salah aku? Aku tak bersalah. Kalau aku bersalah, dah lama polis tahan aku dalam lokap. Tidur atas lantai sejuk macam lahanat. Tapi seingat aku, pagi tadi aku bangun atas katil yang tak sejuk macam ais ketul. So no, I'm not guilty."

Diana ternganga macam ikan kena sauk dalam jaring. Mulutnya terbuka dan tertutup, tapi tak ada benda yang keluar pun sebenarnya. Sesungguhnya Diana speechless dengan kerandoman Jannah yang abadi tahap Jedi baru habis menuntut. Sedar ada orang pandang pelik kearahnya, Diana membetulkan duduk.

"Oh ya, aku dah ingat balik apa aku nak cakap tadi. So, daripada aku peram dalam sampul surat tu, baik aku bagi kau. In shaa Allah, esok aku bawa. Kalau aku ingatlah la yek?" Selamba Diana tukar topik macam tak ada perasaan bersalah. "Oh ya, sebelum aku lupa lagi, along aku belikan dua keping tiket jadi satu untuk kau dan satu lagi kau ajaklah sesiapa. Pakwe ke adik kau ke. Even jiran sebelah rumah sekalipun, aku tak kisah,"

Jannah angguk faham. Akhirnya, selepas bertahun tunggu nak pergi konsert idola pujaanya, hasrat Jannah tercapai. Dapat pergi konsert satu, dapat pula tiket VVIP yang melayakkannya untuk berdiri di barisan hadapan sekali berdekatan dengan pentas. Riang sungguh hati ini ~~

Seronok sangat bersembang, masa masih berbaki lagi setengah jam sebelum kuliah seterusnya bermula. Mereka berdua berbual seketika sebelum bergerak untuk membayar minuman. Selesai, Diana dan Jannah beriringan menuju ke kelas berikutnya.

₩₩₩₩₩

Tepat jam 4.30 petang, Diana melangkah keluar daripada bilik kuliah dan juga kelas terakhir pada hari itu. Penatnya hanya Tuhan saja yang tahu.

"June, aku rasa aku balik dululah. Angah aku text, katanya dah sampai dekat luar. Kang aku lambat, satu kerja pulak aku nak dengar dia membebel macam murai." Beritahu Diana. June senyum faham.

"Untunglah datang berjemput pulang berhantar,"

"Banyaklah kau June. Kau pun dua kali lapan saja dengan aku," mereka bersalaman dan berpelukan sebelum Diana mula mengatur langkah menuju ke pintu gerbang utama universitinya

Kelihatan BMW angahnya diparkir tak jauh dari gerbang utama. Danish sedang bersandar dibadan kereta dan melambai ke arahnya.

Tanpa berlengah dia terus meloloskan diri kedalam perut kereta abangnya. Danish memecut kereta keluar daripada perkarangan universiti. Lebih cepat dia dia sampai rumah, lebih cepat dia dapat rehat.

₩₩₩₩

Lemme know whatcha think !! 

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Neno Amanina