Home Novel Cinta JIKA DIA LELAKI ITU
JIKA DIA LELAKI ITU
aumie insyirah
25/8/2019 00:59:02
7,555
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 2

SEBAIK sahaja sampai di garaj rumah, Ameena terdiam seketika. Tangannya dari tadi menggigil dan sejuk. Sekarang dia sendiri tidak tahu nak buat apa. Nak papah lelaki ini masuk rumah? Ape ke setannye perangai bawak lelaki masuk rumah Ameena oiii? Ingat sikit Arwah Ayah pesan apa. Biar miskin harta, jangan miskin maruah! Allah murka tau tak! kau nak tamnah bala yang sedia ada ke? Dalam tak sedar gadis itu sudah menjatuhkan kepalanya diatas stereng kereta sambil menangis teresak-esak. 

 

"Arghhh, kau dah kenapa pulak menangis bagai ni. Cepatlah buka pintu!" Tengking lelaki yang duduk dibelakang itu.


Ameena tersentak, laju saja dia keluar dari kereta membuka pintu. sebaik saja pintu dibuka, tanpa pertolongan lelaki itu terhuyung-hayang masuk kerumah. buat macam rumah sendiri lagaknya. belum sempat Ameena mahu kembali ke kereta. menderu tiga orang lelaki yang tak tahu datang dari mana berlari masuk kedalam rumah. Lelaki yang ketiga tu sempat memberi amaran. 


"Jangan risau dia ketua kami. Dan kami bukan orang jahat. Jasa Cik sangat kami kenang. Ketua kami dalam bahaya, dia perlu disorok disini. Jangan risau, selensai saja semua misi ini Cik akan diberi ganjaran. Sekarang, Cik telah sah menjadi salah seorang ahli kumpulan kami. Tugas Cik hanya jaga Ketua kami sampai sembuh. Jangan risau, ada seorang mak cik akan temani Cik dan Ketua kami disini. Ini sangat darurat Cik. mohon sangat Cik dapat bantu kami." Terang lelaki bertutup muka dengan facemask itu.


"Kau sembang apa lagi Boi! Masuk cepat! Angkut perempuan tu sekali masuk! Nanti ada orang nampak pulak! Sempat pulak dia menyampaikan sepatah dua kata kat situ!"Jerit seorang lagi lelaki yang berada didalam.


Melihat wajah pucat perempuan dihadapannya itu membuatkan lelaki yang diberi nama Boi itu mula rasa kesian. Tak pasal-pasal dia pun kena dalam misi ni. Adoii! Bodoh betul Dato Hisyam! Haa, geram aku! "Jangan ternganga lagi Cik, kami bukan orang jahat! percayalah pada kami. Sudah tu, pergi tutup pagar dan kereta. Cepat-cepat masuk! Pasal kereta nanti kami selensaikan. Masuk cepat!"


Ameena terpaksa akur. Awas kalau mereka tipu aku. Malam ni jugak aku panggil polis! Arghhhhhh!!! Stresss! Sebaik saja masuk kerumah, Ameena terus mendaki tangga naik keatas rumah menuju ke biliknya tanpa mempedulikan langsung apa tiga orang lelaki itu lakukan.



Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.