BAB 1
TELEFON berdering di atas meja. Ada panggilan masuk. Ira
Izaiqa yang baru habis mandi keluar dari bilik mandi. Tangannya ligat menggosok
rambutnya yang berparas dada menggunakan tuala. Tangannya terus mencapai
telefon Oppo miliknya. Aik, tadi dengar macam ada orang call. Gumamnya. Sekali
lagi telefon yang bernada dering lagu Demi Cinta daripada Ezad Lazim berdering.
Nombor yang tidak dikenali terpapar di screen
telefon.Ira Izaiqa teragak-agak
untuk mengangkat call,namun akhirnya
punat hijau ditekan juga. “ Helo? Siapa ni?” tanya Ira Izaiqa dengan suara
manisnya. “ Ni Cik Ira Izaiqa, kan?” tanya si pemanggil. Kedengaran suara
seorang lelaki di hujung talian. Kenapa suara ni seems familiar? Bisiknya dalam hati. “ Yes, I am.Siapa ni?” tanyanya lagi. “ Sahabat kepada seseorang
yang Cik Ira kenal, sangat kenal. Kalau nak tau siapa saya, jumpa saya kat
Cyber Café dalam pukul 9 pagi,” kata lelaki itu lalu mematikan talian. Ira
Izaiqa melihat jam tangannya yang berwarna putih. Baru pukul 8.30 pagi. Sebaik
talian dimatikan, Ira Izaiqa pantas memeriksa log callyang baru menelefonnya tadi. Serius, dia langsung tak
kenal nombor ni. Perasaan ingin tahu semakin membuak-buak. Kemudiannya, dia
terus mencapai kemeja putih dan seluar
jeansberwarna hitam yang sudah siap digosok. Siapa dia? Hatinya
terus-menerus menanya soalan yang sama, soalan di mana dia akan mendapat
jawapan tersebut saat berjumpa dengan lelaki tersebut. Rambut yang basah pantas
dikeringkan menggunakan hair-dryer.
Setelah beberapa minit rambut dikeringkan, Ira Izaiqa mengenakan shawl berwarna merah gelap. Entah kenapa
dia suka dengan warna tersebut. Serta-merta dia tersenyum. Teringat kepada
seseorang yang sangat dicintainya dahulu. Dadanya tiba-tiba sahaja terasa sakit
mengenangkan peristiwa 2 tahun lepas.
2 TAHUN LEPAS, CYBER CAFE
“ Ira nak
makan apa? Ira makanlah apa yang Ira nak. Don’t
worry, it’s on me,” tanya Zul Akmal sambil tersenyum manis ke arah gadis
yang sangat dicintainya itu. “ Betul Zul belanja? Tak menyesal ke belanja Ira
ni. Kang pokai, sian pulak,” usik Ira Izaiqa sambil tersengih-sengih. “ Kali ni
Zul tak menyesal. Makanlah apa yang Ira nak eh. Zul bayar,” ujarnya lagi.
Hatinya tercuit dengan gurauan Ira Izaiqa. “ Okey, kalau macam tu Ira nak makan
nasi ayam jelah,” beritahu Ira Izaiqa. Kesian pulak kalau aku minta
macam-macam. Ni mesti baru dapat gaji. Bisiknya dalam hati. “ Lah, tu je?
Sikitnye. Kalau sebelum ni, macam-macam makanan Ira nak. La ni sikit ja?” ujar
Zul Akmal. “ Aii, tu perli ke ape tu? Takdelah,Ira tak nak menyusahkan Zul. Kali ni Ira baik.
Ira tau Zul baru dapat gaji andnak
guna duit tu untuk mak Zul buat rawatan kan? Zul dah penat-penat kumpul, Ira
senang-senang je nak guna. So, takpe, okey?” kata Ira Izaiqa sambil tersenyum
manis. “ Macam mana Ira tau Zul baru dapat gaji?” tanya Zul Akmal separuh
terkejut. Setahu aku, takde pulak aku bagitau Ira. Gumamnya. “ Ira taulah. Lady’s instinct. Eleh, Zul apa tau? Hati Ira sentiasa tau apa
yang patut Ira tau,” jawabnya, lalu memanggil pelayan. “ Saya nak nasi ayam
yang special, jus carrot andais
lemon tea. That’s all,” pesan Ira
Izaiqa dengan senyuman yang tidak lekang dari wajah mulusnya. Salah satu kenapa
Zul Akmal menyukainya kerana dia seorang gadis yang periang, memahami dan
selalu membahagiakan dirinya. Pelayan tadi terus berlalu selesai sahaja menulis
pesanan. “ And for this time, it’s on me.
Zul tak boleh kata “tak”. Biar Ira pulak yang belanja Zul,” ujarnya. “ Thanks for understand me,Ira. So much. Kalau Ira nak tau, tengah duk
sibuk kumpul duit untuk mak Zul, Zul pun simpan duit sikit untuk melamar Ira
nanti. Zul baru je beli, so..Zul teringin nak propose Ira kat tempat kegemaran Ira,” kata Zul sambil mengeluarkan
kotak merah kemudian membukanya. Zul Akmal mengeluarkan cincin yang bermata
berlian. “ Sudi tak Ira jadi separuh dari hidup Zul untuk selamanya?” Zul Akmal
akhirnya mengeluarkan soalan yang ditunggu-tunggunya. Hanya menunggu masa yang
sesuai. Ira Izaiqa yang terkejut bukan kepalang rasa kaku ingin menjawab.
Lelaki yang dicintainya baru sahaja melamarnya. Lambat sikit, barulah Ira
Izaiqa mengangguk. Kemudian setitis demi setitis air matanya jatuh ke atas
meja. Zul Akmal mengesat tangisannya. “ Hey, kenapa nangis ni? Tak mau
nangis-nangis, okey?” ujar Zul Akmal dengan nada memujuk. “ Ira nangis sebab
Ira happy, tau tak?” katanya, enggan
mengalah. Zul Akmal senyum lalu menyarungkan cincin tersebut ke jari manis Ira
Izaiqa. “ Ingat tak Zul ada cakap sambil pegang tangan Ira 12 tahun lalu?”
tanya Zul Akmal sambil merenung wajah Ira Izaiqa. Ira Izaiqa hanya diam dan
tersenyum. Zul Akmal memegang tangannya lalu merenungnya. “ Zul cakap, bilalah
ada cincin kat jari Ira ni? Zul tanya macam tu. Dan akhirnya, cincin ni
tersarung jugak kat jari manis Ira. Zul kan dah janji, lepas Zul dapat kerja
baru fikir pasal kita,” katanya sambil mengusap tangan Ira Izaiqa. Matanya
langsung tidak lari dari wajah Ira Izaiqa. Ira Izaiqa hanya mampu tersenyum
melihat keikhlasan yang ada pada lelaki yang dicintainya itu. Setelah sejam
lebih berada di Cyber Café itu, mereka merancang hendak pulang ke rumah. Namun,
ketika Ira Izaiqa terlalu leka melihat kecantikan cincin dari bakal tunangnya,
sebuah kereta cuba untuk melanggarnya. Zul Akmal yang melihatnya, terus menolak
Ira Izaiqa ke tepi. Ira Izaiqa yang terkejut dilakukan seperti itu terus menoleh.
Air mata mulai bergenang. Darah milik Zul Akmal mengalir di atas jalan. Kereta
yang cuba untuk melanggar Ira Izaiqa, berlaku pula sebaliknya. Ira Izaiqa terus
berlari ke arah Zul Akmal yang sedang terbaring dilumuri darah di atas jalan.
Setitis demi setitis air matanya jatuh ke muka Zul Akmal. Orang ramai mula
mengerumuni tempat kejadian. “ Tolong……Tolong!!!,” jerit Ira Izaiqa. Suara
tangisnya semakin kedengaran. “ Z…Zul, tolong bangun..Tolong bangun,” rayu Ira
Izaiqa sambil menepuk lembut pipi Zul Akmal. Rayuan Ira Izaiqa hanya disambut
dengan seribu kebisuan. Bunyi ambulans kedengaran dari jauh. Seorang wanita
yang berumur dalam 30-an cuba menenangkan Ira Izaiqa. Dia jugalah yang telah
menelefon ambulans. Selepas beberapa minit, Zul Akmal diusung ke dalam ambulans
menggunakan katil beroda. Ira Izaiqa juga turut berada dalam ambulans itu.
Dalam 30 minit, ambulans tiba di hadapan Hospital Besar Cheras. Beberapa
jururawat keluar membantu untuk menolak katil bakal tunangnya. Kemudian, dibawa
ke dalam wad Kecemasan.
IRAIzaiqa terus menelefon kawannya, Norfa. Dia
menceritakan segala-segalanya kepada kawan yang sangat dipercayainya. “ Takpe,
kau tunggu kat situ aku datang sekarang. Dahlah, jangan nangis. Kau kan kuat.
Tunggu aku datang tau,” ujar Norfa lalu Ira Izaiqa mematikan telefon. Dia
terduduk lemah di atas kerusi ruang menunggu. Sudah hampir 2 jam lebih doktor
belum keluar dari wad. Dalam beberapa minit, Norfa sampai. Sebaik sahaja
melihat Norfa, dia terus berlari ke arahnya dan memeluknya. Semua tangisan yang
bersisa dilepaskan kepada sahabatnya itu. “ Norfa……,” ujar Ira Izaiqa dengan
suaranya yang serak. Norfa menjadi sayu mendengar rintihan kawan baiknya itu.
Norfa menepuk lembut berulang kali belakang Ira Izaiqa. “ Dah, dah. Aku ada kat
sini. I know you’re strong girl.
Semua yang berlaku ada hikmah, Ira..,” pujuk Norfa lalu mengajaknya untuk
duduk. Ira Izaiqa hanya menurut langkah sahabatnya itu. Selepas beberapa jam
yang amat menyeksakan Ira Izaiqa, doktor yang bertugas pada petang itu keluar
dari wad kecemasan tersebut. Sebaik sahaja melihat doktor itu keluar,
serta-merta Ira Izaiqa berdiri dan berjalan pantas ke arah doktor tersebut.
Norfa hanya membuntuti langkah Ira Izaiqa dari belakang. Doktor yang bernama
Daniel itu berusaha untuk tidak menunjukkan mukanya yang resah. “ Doktor, macam
mana dengan Zul? Dia tak apa-apakan?” tanya Ira Izaiqa. Tangisannya tidak
henti-henti mengalir. Norfa hanya menyapu-yapu lembut belakangnya. Dia sebagai
sahabat juga turut merasakan apa yang sahabatnya sedang rasa sekarang ini. “
Maaf, Cik Ira. Kami telah mencuba yang terbaik untuk menyelamatkan Encik Zul.
Terlalu banyak pendarahan berlaku di bahagian kepala sehingga menjejaskan
bahagian otak. Harap Cik Ira bersabar. Semua yang berlaku ada hikmahnya,”
terang Doktor Daniel dengan sepenuhnya. Dia tahu mereka berdua mempunyai
hubungan istimewa hanya melihat dari tingkah laku Ira Izaiqa. Kemudiannya, dia
berlalu dengan perasaan penuh simpati. Jantung Ira Izaiqa bagai terhenti
mendengar berita tersebut. Seperti dia hidup tetapi tidak bernafas. Lututnya
terlalu lemah membuatkan dia terduduk di atas lantai. “ N…Norfa…Z..Zul..,”
rintih Ira Izaiqa sambil memandang sayu ke arah Norfa. “ Shh…dah, dah. Jom kita
balik. Okey?” pujuk Norfa. Norfa terus membantunya untuk berdiri dan terus
pulang ke rumah sewa mereka.
DOKTOR Daniel berasa simpati terhadap apa yang sedang
berlaku ketika itu. Kakinya ligat berjalan menuju ke pejabatnya. Namun, sebaik
sahaja melintasi di hadapan wad Zul Akmal, dia berhenti dan masuk ke dalam. Dia
terus merenung bekas pesakitnya yang dikatakan sudah meninggal dunia. “ Kau
beruntung Zul, dapat seorang wanita yang betul-betul sayangkan kau. Kalau kau
nak tahu, dia betul-betul sedih atas pemergian kau tau. Dia menangis, merintih
dan sedih. Dia tak boleh terima yang kau dah takde,” ujarnya, walaupun dia
sedar, hanya dia sahaja yang bersuara di situ. Tiba-tiba, dia perasan air mata
di ekor mata Zul Akmal mengalir. Doktor Daniel terkejut bukan kepalang.
Serta-merta dia memeriksa nadi pesakitnya itu. Berdenyut laju. Doktor Daniel
terus memandang muka pucat Zul Akmal. “ Kau masih hidup ?” tanyanya, separuh
bisik. Namun tiada apa-apa respons. Selepas beberapa minit menunggu, Zul Akmal
terbatuk lalu membuka matanya. “ A…Air,” pintanya dengan suara yang serak.
Doktor Daniel yang masih terkejut tetap juga memenuhi permintaan pesakitnya
itu. Dia menghulurkan segelas air kepada Zul Akmal, kemudiannya memberikan
semula kepada Doktor Daniel. Dia tidak berhenti merenung pelik ke arah Zul
Akmal. “ Kau masih hidup?” tanya Doktor Daniel, pelik. Zul Akmal pula memandang
pelik ke arah Doktor Daniel. “ Mestilah aku masih hidup. Tak nampak ke?” tanya
Zul Akmal. “ Tapi, rasanya tadi aku dah periksa keadaan kau yang kau
dah…..meninggal,” ujarnya, tergagap-gagap. “ Apa bende yang kau cakap ni? Bila
masa pulak aku meninggal? Kalau aku dah mati, takdenye aku bercakap dengan kau
sekarang ni,” katanya sambil menggeleng kepala. “ Tapi, memang betul aku dah
sahkan kematian kau. Nadi dan jantung kau langsung tak berdegup beberapa jam
lalu andkau stillingat tak nama kau?,” soalnya. Ya Allah, adakah ini tanda
kekuasaan-Mu? Bisik Doktor Daniel dalam hati. “ Mestilah aku ingat. Zul Akmal
bin Zulkifli. Tu nama aku,” jawab Zul Akmal. Doktor Daniel hanya mengangguk
kemudian diam. “ Asal kau tanya aku ingat ke tak nama aku?” tanyanya lagi. “
Yelah, selalunya orang yang banyak berlaku pendarahan bahagian kepala akan
mengalami amnesia orhilang ingatan,”
terangnya lagi. Zul Akmal mengangguk, kemudian, kedua-duanya kembali senyap. “ Kejap,
kau nak cakap yang aku ni hidup balik ?” tanya Zul Akmal pula. “ Maybe? Mungkin, Allah nak tunjukkan
kekuasaan-Nya dengan menghidupkan kau,” ujar Doktor Daniel sambil mengangkat
bahu. Gelas kosong yang sudah berada lama dalam genggamannya diletakkan di atas
meja. “ Jadi maksudnya, aku mati sekejap? Semua orang dah tau kematian aku
termasuk….Ira?” tanyanya sambil meraup mukanya. Doktor Daniel mengangguk.
Allahuakbar, sungguh besar kekuasaan-Mu. Bisik hati Zul Akmal. “ Diorang mesti happy giler dapat tau kau masih ada. Aku
pergi bagitau diorang semua,” ujar Doktor Daniel teruja. Baru sahaja dia mahu
berdiri, tangannya digenggam kemas oleh Zul Akmal. “ Jangan bagitau dulu, please,” pinta Zul Akmal, memandang
wajah Doktor Daniel. Dia kembali duduk di atas kerusi. Lama kemudian, barulah
dia mengangguk. Dia rasa dia faham mengapa Zul Akmal melakukan seperti itu.
Sejak dari itu, mereka berdua menjadi semakin rapat hanya kerana Doktor Daniel
menolongnya untuk merahsiakan tentang dia ‘ hidup ‘ semula.
HARI INI…
IRA IZAIQAterus
terbangun dari lamunan yang lama mengingati peristiwa tersebut. Dia terus
mengesat air matanya lalu terus mengambil kunci kereta dari dalam laci meja
soleknya. Kemudian, turun ke bawah untuk berjumpa dengan ibunya di dapur. “
Ibu, Iqa keluar kejap eh? Nak jumpa kawan,” ujarnya sambil menyalam tangan
ibunya. “ Hm, iyelah. Hati-hati bawa kereta tu. Hujan ni, jalan tu licin,”
nasihat ibunya. “ Okey, ibu. Thanks for
the advice. Iqa akan berhati-hati memandu. Nanti Iqa balik, nak makan
masakan ibu tau,” ujar Ira Izaiqa sambil tersengih. Kemudiannya, dia mencium
kedua-dua pipi ibunya. “ Assalamualaikum, ibu. Sayang ibu,” katanya lagi lalu
keluar dari rumah banglo bertingkat dua itu.
“ Waalaikumsalam,” jawab ibunya, separuh berbisik lalu menyambung
kerjanya memasak untuk makan tengah hari. Ira Izaiqa terus masuk ke dalam
kereta Myvi berwarna biru gelap miliknya. Sebaik sahaja kereta itu keluar dari
perkarangan rumah, tayar terus meluncur ke destinasi yang dituju.
PETANG INI, CYBERCAFE
NABIL meletakkan telefon Samsung miliknya di atas
meja. “ Akmal, Ira on the way datang
sini. Maybe dalam pukul 9.50 kut dia baru sampai,” ujar Nabil sambil memandang
kawan baiknya itu. Wajah nervous Zul Akmal jelas terlihat. “ Relaks lah, bro.
Asal kau nervous sangat ni? Patutnya kau rasa happy tau dapat jumpa buah hati
kau lepas 2 tahun kau langsung tak jumpa dia. Chill lah wei,” ujar. “ Kau ni
kan, mestilah aku nervous. Dahlah
selama 2 tahun tu Ira langsung tak tau yang aku sebenarnya hidup lagi. Kau expect apa Ira akan buat kat aku?” ujar
Akmal. 2 tahun lepas, hanya tiga orang sahaja yang tahu Zul Akmal sebenarnya
masih hidup, iaitu, ibunya, kawan baiknya, Nabil dan Doktor Daniel. Permintaan
yang sama agar perkara itu dirahsiakan daripada pengetahuan buah hatinya,
merangkap tunangnya itu. Sejak sekolah menengah mereka berkawan dan Nabil biasa
memanggilnya Akmal dan bagi Ira memanggilnya Zul. Nabil mengangkat bahu. “ Maybe she’s just accept the fact?” ujar Nabil dengan selambanya sambil
bermain telefonnya. “ Banyaklah kau punya accept.
Confirm-confirmlah Ira mengamuk kat
aku. 2 tahun kut dia hidup tanpa aku. Kau fikir dia senang-senang nak terima?
Pikirlah sikit. Haish kau ni,” keluh Akmal sambil menggeleng kepala beberapa
kali. “ Okey, okey. Aku salah. Tak payahlah emo
sangat. Kesian kawan kau ni,” manja Nabil. Akmal hanya tersenyum melihat
perangai kebudakan kawannya yang seorang itu. Tiba-tiba, Akmal ternampak sebuah
kereta yang sangat dikenalinya. Kereta Ira! Jeritnya dalam hati. Akmal terus
memukul-mukul tangan Nabil. “ Wei, wei. Aku rasa Ira dah sampai lah,” ujarnya,
separuh cemas. Nabil serta-merta menoleh
ke belakang. Akmal terus berpindah meja ke meja yang berdekatan dengan tingkap
kafe itu sambil memakai hoodiejaketnya
yang berwarna hitam bertali merah, mengikut plan yang dirancang oleh Nabil.
SEUSAI parkingdi
tempat meletakkan kereta, Ira Izaiqa terus mematikan enjin dan terus keluar
dari keretanya.Dia melihat jamnya. Sudah pukul 9.50. Kakinya pantas berjalan
menuju ke arah kafe kegemarannya itu, namun sebaik sahaja sampai di hadapan
pintu kafe itu, kakinya terhenti. Ingatan saat Zul Akmal melamarnya di kafe
kegemarannya ini terus menerjah ke layaran minda. Ira Izaiqa menarik nafas
dalam kemudian menghembusnya, namun sebenarnya ianya hanya satu keluhan yang
berat. Tangan kanannya terus menolak ke dalam pintu kafe itu, lalu masuk ke
dalam. Dia melihat sekeliling, kemudiannya dia terlihat seseorang sedang
melambai-lambai ke arahnya. Tu bukan Nabil ke? Tanya hati kecilnya. Namun,
apabila dia berjalan mendekati orang itu, betullah sangkaannya. Nabil Ehsan! “
Nabil? Kau buat apa kat sini?” tanya Ira Izaiqa, teruja. Terlalu lama tidak
bersua muka dengan sahabat Zul Akmal itu. “ Saja, minum-minum kat sini.
Duduklah,” pelawa Nabil sambil tersenyum. Ira Izaiqa terus melabuhkan punggungnya
di hadapan Nabil. Beg tangannya diletakkan di sebelah kanannya. “ Wei, dah lama
kut kita tak jumpa. Last aku jumpa
kau pun, masa birthdayZul.”
Tiba-tiba, Ira Izaiqa terdiam. Sebut sahaja nama Zul Akmal, dia terasa rindu yang
amat ingin bersua muka dengannya. Ira Izaiqa hanya mampu menahan tangisnya. “
Ira, kau okey tak?” tanya Nabil. Zul Akmal hanya memerhatikan mereka berdua.
Melihat sahaja raut wajah Ira Izaiqa, dia berasa terlalu rindu untuk menatap
wajah itu. Kejap je lagi, Zul. Kejap je lagi. Lepas ni, kau takkan keseorangan
lagi. Zul Akmal memujuk hatinya. “ Excuse
me, please,” ujar Ira Izaiqa lalu terus berlari anak ke tandas. Di situ,
dia menghamburkan tangisannya. Berhelai-helai tisu menjadi mangsa untuk
mengelap tangisan air matanya. Dia menatap mukanya di cermin tandas. Kau boleh
buat Ira! Kau boleh buat. Bisik hatinya. Kemudian, dia mengeluarkan bedak
kompaknya untuk menutup mukanya yang sembap.
ZUL AKMAL terus menoleh ke arah Nabil. Dia menggunakan
bahasa isyarat untuk menanyakan apa yang sedang terjadi. Nabil hanya memberikan
isyarat ‘ tunggu ‘. Ira Izaiqa terus keluar dari tandas. Zul Akmal yang perasan
Ira Izaiqa telah keluar dari tandas terus menyembunyikan wajahnya. Ira Izaiqa
berjalan melintasi meja yang diduduki oleh Zul Akmal. “ Kau pergi mana tadi?”
tanya Nabil sebaik sahaja Ira Izaiqa duduk di tempatnya. “ Oh, aku pergi tandas
tadi. Cuci tangan,” ujarnya. “ Haish kau ni. Buat aku risau je,” ujar Nabil
lagi. Ira Izaiqa tertawa kecil. “ Sorrylah,
buat kau risau,” kata Ira Izaiqa. “ So,
macam mana kau dengan Akmal?” tanya Nabil, memulai topik utama berdasarkan plan antara dia dan Zul Akmal. Zul Akmal
hanya dapat melihat Ira Izaiqa dari jauh. Belum masanya lagi. Bisik hatinya.
Ira Izaiqa menhembuskan keluhan yang berat. “ Uh, kau apa khabar?” tanya Ira
Izaiqa, menukar topik. “ Sebenarnya, aku lah yang callkau tadi,” kata Nabil. “ Kau yang callaku tadi? Asal kau callaku?
Dan cakap somethingyang aku tak
faham. Pasal orang yang aku kenal sangat. What’s
it exactly mean?” tanya Ira Izaiqa dengan wajah berkerut. Tudung shawlnya
dibetulkan. “ Kejap,” ujar Nabil, lalu terus mengambil telefonnya di atas meja.
“ NOW!”
Pesanan itu
dihantar ke telefon Zul Akmal. Kemudian, Nabil dan Zul Akmal berdua saling
memandang satu sama lain. Nabil mengangguk untuk isyarat yang kedua. “ Nabil! I asking you!” kata Ira Izaiqa. Suaranya
agak keras. “ Kejap, kejap. Sabar. Kau akan tau jugak apa yang berlaku
sebenarnya,” pujuk Nabil. Zul Akmal berdiri dari tempat duduknya kemudian
berjalan perlahan-lahan ke arah belakang Ira Izaiqa. Ira Izaiqa yang tidak
tahu-menahu apa yang sedang berlaku hanya diam dalam geram sambil menyilangkan
tangannya. Nabil hanya tersenyum melihat apa yang akan dilakukan oleh kawan
baiknya itu. Untuk saat ini, Zul Akmal sudah berdiri betul-betul di belakang
Ira Izaiqa. Selepas beberapa saat, tangannya mulai menutupi mata Ira Izaiqa.
Ira Izaiqa mulai perasan yang penglihatannya semakin gelap. Minyak wangi yang
digunakan oleh Zul Akmal menusuk ke dalam hidungnya. Dia begitu kenal bau
minyak wangi tersebut. Dia merasakan seseorang sedang menutupi matanya. “ Siapa
ni?!” tanya Ira Izaiqa, separuh menjerit. Disebabkan terkejut, Ira Izaiqa
tersentuh kulit tangan Zul Akmal. “ Cuba teka…,” ujar Zul Akmal, berbisik di
telinga kanannya. Suara ni…..macam suara Zul. Tapi, tak mungkin! Z..Zul dah
takde! Gumamnya dalam hati. “ S…Siapa ni?” tanya Ira Izaiqa, untuk kali
keduanya dengan suara seraknya. “ Melepaskanmu, bukan mudah bagiku untuk
melalui semua ini…” nyanyi Zul Akmal. “ Ingat lagu ni?” tanyanya kepada Ira
Izaiqa. Kedua tangannya masih kemas menutupi kedua mata Ira Izaiqa.
“ INGAT lagu ni? Lagu yang selalu saya nyanyikan untuk
awak?” tanyanya kepada Ira Izaiqa. Kedua tangannya masih kemas menutupi kedua
mata Ira Izaiqa. “ Tapi, t..tak mungkin,” ujarnya. Suaranya agak menggeletar di
hujung tekak. “ Lagi satu, 24 bulan 4 tarikh start kita sama suka,” ujarnya, masih berbisik. “ Z…Zul?” tanya Ira
Izaiqa. Akhirnya, tangan yang menutupi matanya teralih. “ Bro, aku keluar jap.
Korang dua borak dulu, okey?” ujar Nabil sambil tersenyum ke arah Zul Akmal.
Kemudian, dia keluar dari kafe itu. Zul Akmal pula mengambil tempat duduk Nabil,
berhadapan dengan orang sangat disayanginya. Akhirnya, planaku berjaya! Alhamdulillah. Jeritnya dalam hati. Ira Izaiqa
pula terdiam kaku dengan apa yang terjadi pada saat ini. Air matanya mulai
bergenang dan perlahan-lahan meluncur laju melalui pipinya yang mulus. Setitis
demi setitis air matanya jatuh ke atas riba. Matanya hanya mampu memandang ke
bawah. Tidak terdaya melihat sesuatu yang mustahil untuk berlaku.