Home Novel Cinta Oh Tuhan, Aku Cinta Dia 3
Oh Tuhan, Aku Cinta Dia 3
Nufa Hanna
23/10/2018 17:13:01
2,869
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 3

BAB3


Sudah dua minggu lelaki itu berada diMalaysia. Dan selama dua minggu ini banyak aktiviti yang mereka berdua lakukanbersama. Terasa hari-harinya begitu indah dengan kehadiran lelaki itu. FiraszAkimi juga selalu luangkan masa untuk menolongnya dalam pelajaran.

“Dania!” Dia berpaling apabila namanyadilaung. Dia kenal suara itu. wajah Firasz Akimi yang tersengih di balkonibiliknya dipandang.

“Buat apa?” laung lelaki itu lagi.

“Tak ada buat apa-apa. Kenapa?” balasnya.

“Kejap.” Lelaki itu berlari masuk danmenghilang. Dania Aleya tersenyum. Bagus juga hidup berjiran begini. Nak tanyaapa-apa memekik sahajalah. Dia kembali membaca majalah.

“Busy ke?”

Dia mendongak apabila terdengar suaralelaki yang begitu hampir. Firasz Akimi termengah-mengah. Dia duduk di buaianyang sama dengan gadis itu.

“Kenapa?” soal Firasz Akimi kembali.

“Akimi bosan. Nak borak-borak denganDania. Tak study ke?” Firasz Akimi mengintai buku yang dibaca oleh Dania Aleya.

“Tak. Nak rehatkan otak kejap,” ujar DaniaAleya. Dia tersengih menunjukkan barisan giginya yang cantik tersusun.Kedua-dua belah lesung pipitnya jelas terlihat.

“Geramnya kat budak ni.”

Sekali lagi pipi Dania Aleya menjadimangsanya.

“Sengetlah.” Marah Dania Aleya. FiraszAkimi hanya ketawa mendengar kata-kata gadis itu.

“Tak bersopan langsung. Akimi ni lebih tuadaripada Dania. Sepatutnya Dania hormatkan Akimi tau. Cuba panggil abang. Ha haha.” Lelaki itu ketawa selepas berkata begitu. Dia tahu Dania Aleya tidak sukamemanggilnya abang selepas dia sendiri yang memberi amaran supaya gadis itutidak memanggilnya dengan panggilan tersebut. Dania Aleya menarik muka.

“Kacau betul,” 

Dania Aleya menjeling.

“Masa ni je Dania boleh tengok muka Akimi.Minggu depan Akimi nak balik u.s dah.” Kata-kata Firasz Akimi menyentaknya. Diapandang wajah lelaki itu. Lama.

Firasz Akimi mengangguk.

“Akimi kan cuti sebulan,” katanya.Wajahnya jelas menunjukkan rasa kecewa apabila mengetahui perkara tersebut.

“Ada keje sikit kena buat. Terpaksalahbalik awal sikit,” jelas Firasz Akimi. Entah mengapa dada Dania Aleya terasasebak. Moodnya tiba-tiba berubah. Dia menutup majalah yang dibacanya.

“Janganlah sedih. Nanti Akimi baliklahlagi. Okey si montel?” dia cuba menceriakan gadis itu. Firasz Akimi tahu DaniaAleya bersedih dengan berita yang disampaikannya ini. Dania Aleya diam lagi.Mahu sahaja dia menangis. Tetapi dia segan dengan lelaki itu. dia tidak mahuFirasz Akimi nampak sifatnya yang agak sensitif apabila berada dengan lelakiitu.

“Janganlah macam ni. Mana Dania yang nakaltu?” Firasz Akimi cuba mengusik. Dia tidak mahu Dania Aleya terus melayanperasaan sedihnya.

“Dania tak ada kawan kalau Akimi dah perginanti,” katanya perlahan. Dia tunduk. Dia gembira dapat menghabiskan masadengan lelaki itu. Ke mana-mana sahaja ditemani Firasz Akimi. Dia berasaselamat dengan kehadiran lelaki itu disisinya.

“Janganlah macam tu. Malam ni kita keluartengok wayang. Cerita Doraemon yang baru. Nak tak?” Dia tahu Dania Aleya amatmeminati cerita tersebut. Kartun yang agak kebudak-budakan baginya. Namun demimelayan buah hatinya dia sanggup juga menemani Dania Aleya. Asalkan gadis itumelupakan kesedihannya.

Makin sebak pula hatinya. Dia memandangwajah Firasz Akimi. lelaki itu sentiasa di sisinya dan tahu menggembirakanhatinya yang sedang sedih. Adakah dia menganggap Firasz Akimi seperti abangnya?

Firasz Akimi tersenyum. Dia juga senangdapat bersama Dania Aleya. Dia teramat sayangkan jirannya ini. Temansepermainannya sejak dari kecil lagi. Di mana sahaja ada dia di situ ada DaniaAleya. begitu juga sebaliknya. Sejak dahulu lagi mereka amat rapat.

 

 

“KENAPA ni?” soal Atikah dan duduk dihadapannya. Dia menutup buku geografi.

“Apa?” soal Dania Aleya kembali. Atikahmeletakkan kuih-muih yang dibawanya dari rumah di hadapan Dania Aleya.

“Kenapa kau tak rehat?”

Atikah memandang wajah sugul sahabatnya.

“Aku tak lapar,” selindungnya. Tetapisebetulnya memang dia tidak berasa lapar. Dia tidak ada selera untuk makan.Esok  Firasz Akimi akan kembali keAmerika Syarikat. Apabila teringatkan perkara itu dia jadi sedih.

“Makanlah kuih yang aku bawa ni. Umi akuyang buat.” Pelawa Atikah. Dania Aleya ambil juga untuk tidak menghampakansahabatnya. Atikah tersenyum.

“Kau tak sihat ke?” soal Atikah lagi. Diahanya menggelengkan kepalanya.

“Habis tu? Muka kau monyok je dua tigahari ni. Pelik aku tengok. Kau datang bulan?” gurau Atikah. Dania Aleyamenampar lengan sahabatnya.

“Habis tu?” Atikah masih tidak berpuashati.

“Akimi.”

“Kenapa dengan mamat tu?” soal Atikahcepat. Dania Aleya mengeluh.

“Dia dah nak balik U.S,” tambahnya.

“Patutlah. Sebab tu rupanya.”

“Mesti aku bosan dia tak ada,” ujar DaniaAleya perlahan. Atikah tersenyum. Dia mencapai kuih dan menyuap ke dalammulutnya.

“Nanti dia baliklah lagi,” ujar Atikahdengan sisi makanan yang masih berada di dalam mulutnya. Dania Aleya tergelakkecil dengan telatah Atikah itu. tak senonoh sungguh.

“Kan comel muka happy macam tu. Ni mukamacam buah nangka je,” gurau Atikah dan ketawa besar. Dia langsung tidakmenghiraukan orang yang lalu lalang di situ. Dania Aleya membuat muka. Gerammendengar kata-kata sahabatnya itu namun walaupun begitu dia terhibur dengantelatah Atikah yang agak masuk air.

“Boleh tak kau bersopan sikit, Ati? Kautahu tak orang tengok kau macam pelik je. Ketawa kalah pontianak tau,” kataDania Aleya bersama sisa tawanya. Atikah turut ketawa.

“Berapa tahun lagi Akimi kena stay kat U.Stu?”

“Aku tak pasti. Maybe dua tahun lagi.”

“Masa tu kau dah tujuh belas tahun.Bolehlah kau jadi dengan dia,” gurau Atikah.

“Gilalah kau ni. Dia tu lebih tua dari akutau. Macam abang je.” Sangkal Dania Aleya. macam-manalah Atikah bolehterfikirkan perkara tersebut.

“Yer ke macam abang? Dulu kau tak nakmengaku pun mamat tu abang kau. Kalau dia ada makwe mesti kau cemburukan.”

Dania Aleya terdiam seketika. Dia tidakpernah terfikirkan perkara tersebut. Lagipun Firasz Akimi tidak pernahbercerita tentang hal perempuan dengannya. Tiba-tiba dia jadi takut. Takut jikalelaki itu punya teman wanita. Apa akan jadi dengannya? Masih mahukah lelakiitu melayan sifatnya yang kebudak-budakan itu?

“Dania, kau sanggup ke tengok Akimi denganperempuan lain?” tanya Atikah lagi. Dia sebenarnya pelik dengan hubungan gadisitu dengan jirannya itu. Dania Aleya terlalu bergantung dengan lelaki itu.Mungkin kerana dia tidak punya adik-beradik lain maka Firasz Akimi sudahdianggap seperti abang.

“Dia takkan ada teman wanita. Diakanbelajar lagi.” Katanya sekadar untuk menenteramkan hatinya.

“Mana kau tahu?” soal Atikah lagi. Diadiam. Betul kata Atikah itu. Firasz Akimi juga seperti lelaki lain.Berkeinginan untuk mempunyai teman wanita. Lagipun lelaki itu mempunyai wajahyang kacak dan sempurna dari pelbagai segi. Dia anak orang berada. Mana-manaperempuan pastilah akan terpikat dengan pakejnya yang lengkap itu.

“Dania.” Panggil Atikah. Bayangan lelakiitu hilang dan diganti dengan wajah Atikah yang tersengih.

“Dah habis waktu rehat ni. Jomlah masukkelas.” Dania Aleya mencapai bukunya dan mengatur langkah meninggalkan Atikahyang masih tertanya-tanya. Dia tidak dapat memikirkan semua itu. Firasz Akimitidak boleh bersama lelaki lain. Dia tidak mahu Firasz Akimi melayan mana-manaperempuan lain seperti lelaki itu melayannya. Dia tidak suka jika Firasz Akimimendekati perempuan lain selain dirinya.

 

 

DANIA ALEYA hanya berkurung di dalambiliknya sejak tadi lagi. Telefonnya dari tadi lagi berdering namun dia tidakmelayannya. Dia tidak mahu menjawab panggilan daripada Firasz Akimi. Hari inilelaki itu akan bertolak ke USA. Dia tidak mahu Firasz Akimi mengucapkanselamat tinggal kepadanya. Dia juga tidak sanggup untuk berdepan dengan lelakiitu semata-mata untuk mengucapkan selamat tinggal. Sedih rasa hatinya untukmembiarkan lelaki itu pergi walaupun dia tahu lelaki itu akan kembali lagi.

Pintu biliknya diketuk. Dia pura-puramemejamkan matanya. Tiba-tiba dia merasakan seseorang duduk di birai katilnya.Dia masih diam tidak berkutik.

“Dania,”

Itu suara ibunya. Dia tidak menyahut. Matanyamasih terpejam.

“Mama tahu Dania tak tidur. Bangunlah.Akimi ada kat bawah tu.” Datin Amina cuba memujuk anak gadisnya. Dia tahuanaknya sedih dengan pemergian Firasz Akimi untuk kembali ke Amerika.

Selepas mendengar kata-kata Datin Aminamatanya terbuka luas. dia membetulkan duduknya.

“Akimi nak jumpa Dania,” beritahu DatinAmina. Mamanya mengusap kepalanya.

“Dania tak nak. Mama suruhlah dia balik.”Dia memeluk tubuh. Walaupun dia amat teringin untuk menemui Firasz Akimi tetapidia takut untuk melihat lelaki itu pergi.

“Tak baik buat macam tu. Pergilah jumpadia sebelum dia bertolak.” Pujuk mamanya. Dia sedih. Mana mungkin dia tersenyumberdepan dengan Firasz Akimi ketika ini.

“Anak mamakan baik,” kata mamanya lagi.Dia mengeluh. Perlahan-lahan dia turun dari katil.

“Jangan bertekak pulak,” pesan mamanyabersama senyuman. Dania Aleya mengangguk. Perlahan-lahan dia melangkah menujuke bawah. Ternampak Firasz Akimi yang sedang duduk di atas sofa. Dia melangkahmenghampiri lelaki itu. Dania Aleya berdehem untuk menyedarkan Firasz Akimiakan kedatangannya.

“Kenapa tak angkat Akimi telefon?” soalanpertama yang keluar dari bibir lelaki itu membuatkannya terkedu.

“Tak dengar.” Alasan yang paling bodohdiberikan. Firasz Akimi tersengih. Dania Aleya mengeluh. Tiada lagi senyumanlelaki ini untuknya selepas dia berangkat ke sana.

“Macamlah Akimi tak tahu. Sedih ya Akiminak pergi.” Serkap lelaki itu. Tepat sekali tekaannya itu. Dania Aleyamenggelengkan kepalanya. cuba membohongi lelaki itu.

“Pukul berapa flight?” Dania Aleyamenyoal. Dia cuba lari daripada menjawab pertanyaan Firasz Akimi itu.

“Pukul lima,” ujar lelaki itu. wajah DaniaAleya masih dipandangnya. Jelas tergambar riak wajahnya yang sedang bersedih.

Tiba-tiba dia menarik tangan Dania Aleya.gadis itu terkesima.

“Nak pergi mana?” soalnya.

“Ikut Akimi kejap.” Dia menarik tangangadis itu sehingga ke muka pintu. Firasz Akimi memberhentikan langkahnya. Diamengambil seseuatu yang diletakkan di balik pintu.

“Tadaa.” Sebiji patung beruang yangsetinggi pinggang lelaki itu berada di hadapannya. Terkebil-kebil matanyamemandang patung beruang yang besar itu.

“Ini untuk Dania. Kalau Dania rindukanAkimi, Dania bercakaplah dengan patung ni. Kalau Dania teramat rindukan Akimi,Dania peluklah patung ni. Macam peluk Akimilah tu.” Guraunya. Dania Aleyaketawa kecil. Dia menyambut pemberian lelaki itu. Dipeluknya patung beruangtersebut.

“Buat apa peluk patung tu. Peluklah Akimini. Ha ha ha.” Bahagianya mamat ni ketawa. Dania Aleya menarik muka. Dia melepaskanpelukannya.

“D, A.” Dia bersuara perlahan. Huruf itulagi. Dua huruf itu tertera di dada patung tersebut. Diukir dengan penuh kemasdan cantik. Dia tenung Firasz Akimi. Lelaki itu tersengih.

“Dania Aleya?” soalnya. Wajah Firasz Akimidiperhati.

“Adalah.” Dia tidak sempat mengelakapabila Firasz Akimi mencubit pipinya. Selalu menjadikan pipinya sebagaimangsa.

“Sakit tau.” Marahnya. Firasz Akimi ketawamelihat aksi gadis itu yang kelihatan comel. Dia menilik jam di tangannya.

“Erm, Akimi kena pergi dah ni. Takut jalansesak nanti,” ujarnya. Senyuman di bibir Dania Aleya mati.

“Janganlah sedih. DA kan ada. Peluklahdia.” Firasz Akimi cuba bergurau.

“Dania nak hantar Akimi ke lapanganterbang,” katanya dan mula menyarung selipar.

“Tak payahlah. Akimi tak nak tengok Daniamenangis kat sana nanti. Buat malu je nanti.” Tawa lelaki itu meletus. Sukabenar mengenakannya. Sekarang pun dadanya sudah sebak. Tanpa dipinta airmatanya gugur juga. Firasz Akimi terdiam melihat gadis itu menangis. Dia tidakmahu melihat air mata gadis itu. Dia membongkokkan sedikit badannya.

“Jangan macam ni. Akimi janji akan selaluemel Dania. Jangan nangis macam budak-budak. Dania dah besar. Dah datangbulankan.” Dia ketawa lagi. Dania Aleya menampar bahu Firasz Akimi. Wajahnyamerah menahan malu.

“Kan comel sayang Akimi ni senyum,”ujarnya apabila gadis itu mengukir senyuman walaupun hambar.

“Akimi kena pergi ni. Jaga diri. Jangannakal-nakal tau. Belajar elok-elok nanti dapat belajar kat tempat Akimi. TungguAkimi balik. Dua tahun je.” Firasz Akimi memeluk bahu Dania Aleya danmelepaskannya. Dania Aleya terpinga-pinga dengan kelakuan lelaki itu. Tiba-tibaterasa janggal pula apabila lelaki itu berbuat begitu.

Matanya menghantar pemergian Firasz Akimidengan perasaan yang sebak. Air matanya jatuh lagi. Dia sedih. Benar-benar rasakehilangan. Pada siapa dia harus mengadu jika mempunyai masalah? Pada siapa diaakan bersandar jika dalam kesedihan?

Lamanya dua tahun. Mengapa pula FiraszAkimi mengatakan mereka akan berjumpa kembali selepas tempoh masa itu? Adakahlelaki itu tidak akan pulang ke Malaysia dalam waktu itu? cepat-cepat diamenyarungkan seliparnya. Dan berlari untuk ke rumah lelaki itu. Dia melihatkereta Honda hitam yang menderum laju meninggalkan perkarangan rumah lelaki itu.

“Akimi.” Laungnya. Tetapi kereta itu makinlaju meninggalkannya. Dia terduduk. Air matanya mengalir laju. Dia memeluk eratpatung pemberian lelaki itu. Baru sahaja lelaki itu meninggalkannya dan diasudah mula merinduinya. Hari-harinya akan kembali sunyi dan bosan tanpa temansepermainannya itu.

 

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.