Home Cerpen Umum I Love You and I Miss You, Bukan Bererti Dia Jodoh Kau.
I Love You and I Miss You, Bukan Bererti Dia Jodoh Kau.
HAAFIQAH IRUAN
24/7/2018 16:52:18
2,141
Kategori: Cerpen
Genre: Umum

"Ibu... nak dengar cerita tak ?"


Apa dia ?


"Tapi Ibu janji jangan gelak taw?"


Insya'Allah kita janji tak gelak ^^


"Ibuuuuuuu ..."


Aikk ??? Dah kenapa pulak tiba-tiba menangis ni? 

*aku tengah blur sebenarnya, waktu mula-mula borak dia gelak-gelak je tapi tetiba terus nangis. Nangis siap berhingus lagi... hahaha ! 


"Ibuuuuuu... setiap malam kita on call dengan dia. Sebelum tidur 'I love you' and 'I miss you' tak pernah tak sebut. Tetiba je harini bila kita WhatsApp dia, dia tak balas... lepastu dia kata, kita dengan dia kawan je???"


"Pastu an Ibu... pastu an... dia cakap dia dah jumpa someone special dari kita,"


"Apa semua ni Ibuuu ??? Ibuuuu... mana salah kita??? Apa salah kita Ibu ??? Ibuuuu bagi tahulah kita, apa salah kitaaaa ???"


Hahahaha

*terhambur gelakku tanpa sengaja


"Jahat dowh Ibu ni...perangai macam anak h***m ! Kita nak luah boleh pulak dia gelak !"


Amboiii... mulut !


"Hehehe... Ibu la ni. Kita nak luah boleh pulak Ibu..."


Tut tut tut...

(tak tahan kena makilah aku terus off call


Pedas !!! 


======================================================================


Aku gelak sebenarnya bukan sebab dia putus atau dia di friendzonekan tapi... sebab dulu dialah yang selalu gelakkan aku sebab aku tak ada "boypreng" macam dia so to be fair, aku gelakkanlah dia bila dengar luahannya. Hahaha ! Kejam !

(Gurau je. Tak baik gelakkan orang sebenarnya. Maaf Liya)


P/s : 


Setiap malam on call ✔ 

Setiap hari chatting ✔ 

Setiap hari video call ✔

Morning wishes tak pernah lupa ✔


Semua itu TIDAK MENJANJIKAN yang dia akan menjadi jodohmu. Boleh jadi, jodoh sebenar kau adalah orang yang kau jumpa dalam masa sejam sahaja. Boleh jadi juga jodohmu sebenarnya jiran sebelah rumah, cumanya... kita tak tahu. 


Tak semestinya kalau kita sudah berjaya tawan hatinya, kebahagiaan akan menjadi milik kita.


Bercouple berpuluh tahun pun, kalau sudah tertulis dia bukan jodoh sebenar kita... dia tetap bukan milik kita. Hakikatnya, dia memang bukan milik kita. Dia milik Allah.


"...dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya." Al-Baqarah : Ayat 216.


Kalau kau persoalkan KENAPA berulang kali pun, tiada siapa tahu jawapannya melainkan Allah.


Percayalah, untuk setiap yang terjadi dalam hidup kita pasti ada hikmah yang akan membuatkan kita tersenyum dikemudian hari.

Yakinlah, walaupun dia tinggalkan kau sekarang satu hari nanti atau mungkin sebentar sahaja lagi Allah pasti akan hadirkan seseorang yang jauh lebih baik dari dirinya buat dirimu untuk mengubat luka yang perit itu.


Jangan menangis lagi ya. Jangan bersedih juga. Kerana Allah sedang mengaturkan sesuatu yang jaug lebih baik buat dirimu.

^_<

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.