Home Cerpen Umum AKU BUDAK PRA-UNIVERSITI
AKU BUDAK PRA-UNIVERSITI
Achik Writter
25/8/2015 01:49:54
2,884
Kategori: Cerpen
Genre: Umum
CERPEN BERSIRI PART 1 : AKU BUDAK PRA- UNIVERSITI
PENULIS: ACHIK WRITTER



Alhamdulilah, 2 hari yang lalu aku telah mendapat tawaran melanjutkan pengajian ke tingkatan 6. Memang tidak di sangka, pelbagai tomahan yang aku dengar mengenai tingkatan 6. Namun itu semua aku tidak peduli dengan kata-kata orang lain. Aku masuk tingkatan 6 ini, sebab aku mahu mengikut jejak langkah ayah aku sehinggakan dia berjaya menjadi seorang pendidik. Aku bangga dengan ayah, sebab itu aku sayangkan dia, dan mahu menjadi seperti dia nanti.

Hari pertama, aku melapor diri di sekolah untuk tingkatan 6. Hanya aku seorang sahaja memasuki ke tingkatan 6, tanpa menemani sahabat,kawan aku yang lain. Sudah puas aku memujuk mereka supaya masuki ke tingkatan 6. Aku tahu mereka juga dapat tawaran ke tingkatan 6, tp apakan daya pujukan aku tidak menjadi. Mereka ingin menunggu keputusan upu. Makna tidaknya, semasa aku berada di tingkatan 5, ke mana sahaja aku pergi, mesti mereka akan bersama sehinggakan Cikgu mengatakan kami ini pasangan kembar. 'Gelak suara kecil hati'ku' ketika aku mengingat kembali nostalgia sewaktu dahulu.

Aku tidak mematahkan semangat, walaupun tanpa diaorg disisi aku. Aku meneruskan pengajian di tingkatan 6. Hari pertama itu, cuma hanya melapor diri sahaja. Aku dengar dari cikgu-cikgu disitu, esok baru akan ada minggu suai kenai selama seminggu untuk memberi pendedahan mengenai sistem baharu stpm ini. Seminggu kot orientasi, bisik hati'ku.

Selepas sahaja aku melapor diri, pelajar dibenarkan pulang lebih awal lagi.

"Eeh, baru aku teringat hari kan keputusan penempatan upu.Agak-agak, aku dapat mana iya". Aku bergegas pulang ke rumah, untuk mengetahui keputusan tersebut.

5 minit kemudian, dengan menaiki motosikal kapcai'ku aku sampai ke rumah.

"Laju Ko bawak motor tue alang, Ko kelam kabut semacam Ini dah kenapa" jerit mak aku.

Aku tidak peduli, tidak mengendahkan kata-kata mak. Aku terus melulu masuk menuju ke bilik persalinan'ku. Dengan kasut, beg sekolah aku lempar ditepi almari kabinet makan.

Sampai sahaja dibiliki'ku, aku membuka Komputer riba dan terus memasuki laman sesawang upu.

Tahniah, Sukacitanya anda berjaya ditawarkan ke program Asasi Undang-undang di Universiti Teknologi Mara Kampus Puncak Alam, Selangor.....

Mak .... Mak ...... Mak , Alang dapat masuk universiti mak. Jerit aku, memanggil nama mak. Ini Kali kedua aku menangis dihadapan mak, aku gembira dengan kejayaan aku. Tangisan aku, tidak berhenti apabila aku melihat mak turut menangis sama.

"Urmmm, xpe larhh makkk..Alang tolak tawaran Ini, alang masuk tingkatan 6. Alangkan Sudah janji alang mahu mengikut jejak langkah ayah. Ujar'ku kepada mak.

5 minit kemudian, deringan telefon dari telefon bimbitku berbunyi. Kring .... Kring ... kring. Aku menjawab panggilan tersebut.

Hello, boleh bercakap dengan Sufi? iya, saya jawab'ku. Inilah kawan kau? Ouhh, din . Weyhhh hang dapat mana, Alhamdulilah aku dapat asasi undang-undang. Hang pula, aku erk...Suprisee, aku dapat asasi perubatan usim..Wehh tahniahhh, akhirnya selama Ini cita-cita hang nak jadi doktor sudah tercapai.

Hang pergi ke tidak asasi undang-undang, ujar rakanku. Aku, tolak kot. Aku masuk tingkatan 6 kot mybe, iye larhkan sebab aku dah berjanji nak ikut jejak langkah ayah aku. Kalau aku pergi nanti, aku tidak tunaikan janji aku lah.


Lama perbualan kami di telefon. Dulu sewaktu tingkatan 5, hampir 98 orang dalam kelas aku di calonkan sebagai pelajar cemerlang spm untuk mengatasi tahun sebelumnya. Tahun sebelum kami, 2 buah kelas seramai 70 orang mendapat straight A SPM.


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.