Home Cerpen Travelog Lelaki bermata biru
Lelaki bermata biru
17/8/2014 12:40:50
3,828
Kategori: Cerpen
Genre: Travelog
                 

Seperti kebiasaan, stesen KTMB Kepong sesak dengan orang ramai di waktu petang. Suasana harian untuk orang yang bekerja balik ke rumah masing-masing. Kembali pulang ke sarangnya. Sambil memegang tali beg belakang, aku berlari menuruni tanggga demi mengejar kereta api yang baru sahaja berhenti. Menambah kelajuan, akhirnya aku berjaya sampai masuk sebelum pintu ditutup. Nafasku kencang akibat kepenatan. Mataku mula meliar di dalam kotak putih itu. Melihat sekeliling untuk mencari kerusi kosong, tetapi hampa kerana semuanya sudah diduduki. Namun mataku tertacap pada suatu ruangan yang lebih lenggang berdekatan dengan bahagian lelaki. Dengan cepat, aku berjalan ke arah itu dan meletakkan beg belakangku disudut atas lantai. Aku mengeluh perlahan, lega kerana sempat sampai tepat pada masanya, walaupun hampir-hampir ketinggalan.

Bila kereta api mulai bergerak ke hadapan, aku mememegang tiang besi yang tersedia. Dan sejenak, terasa sesak selepas menarik nafas yang menusuk oleh kepelbagaian bau peluh dan aroma minyak wangi yang bercampur-aduk. Kepalaku pening. Badanku lemah. Sedikit perlahan, aku menarik keluar gula-gula Hacks hitam daripada poket seluar jeansku, membuka balutan plastik tersebut dan memasukkannya ke dalam mulut. Mp3 kecil pemberian kakak aku mainkan lagunya.

Daripada stesen ke stesen telah berlalu. Aku cepat membuat analisa. Kedudukan kerusi tepi sekali adalah diduduki seorang lelaki yang terhalang dengan bukaan surat khabar The New Strait Timesnya. Tampak selesa dengan dunia pembacaannya sendiri. Dua tempat duduk selepas itu, kelihatan seorang budak lelaki lingkungan lima tahun duduk di atas ribaan ibunya serta budak perempuan yang melutut menghadap pemandangan luar. Tangannya terlekap di kaca jernih itu sambil mengeluarkan kata-kata yang sedikit pelat. Berdiri bersamanya pula adalah wanita cina lewat tiga puluh. Turut serta, mungkin kawannya, sibuk berkongsi cerita atau masalah dalam bahasa mereka.

Apabila Kuala Lumpur menjadi pilihan seterusnya. Pintu dibuka dan orang ramai berebut-rebut menyerbu masuk dan mula memenuhi ruang tempatku berdiri. Aku kerut dahi dengan suasana yang menyebabkan terasa lemas dan tersepit dalam lautan manusia. Aku juga terpaksa menarik beg belakangku dan menyandarkannya di kaki kiri. Gula-gula Hacks hitam aku buka untuk kali ke dua. Tanpa sedar, aku terlihat kelibat seorang ibu muda menggendong anaknya yang sedang tidur. Wajah kepenatan menampung berat anaknya jelas tergambar. Hatiku dihinggap rasa kasihan. Aku mengharapkan agar ada orang yang berhati baik dan sudi memberikannya tempat duduk. Dan kereta api bergerak lagi.

Melepasi dua stesen, tiada siapa mempedulikan atau buat-buat tidak menyedari kewujudan kesusahan wanita itu. Aku tidak rasa bersalah tetapi memegang sikap bertanggungjawab. Seminit menarik perhatian, aku bertanya kepadanya dengan nada yang sesuai.

“Jauh lagi ke puan?”

Dia menggangguk sambil menyebut perlahan perkataan ‘Seremban’. Seremban? Lagi jauh daripada destinasi utamanya. Aku senyum segaris. Peta perjalanan yang terpapang di atas pintu kereta api aku pandang sayu. Tindakan aku pantas mencari seseorang, melihat siapa yang mungkin boleh meringankan bebannya. Dia! Ya, dia. Hanya dia calon terbaik. Lelaki di balik surat khabar berbahasa Inggerisnya itu. Otakku mula berdolak dalih akan mengapa harus dia. Rasanya aku betul. Dan aku tidak salah untuk menyuruhnya berdiri dan memberikan keselesaan pada wanita tersebut yang sangat memerlukan. Ini kerana, bukankah ini ruangan untuk bahagian perempuan? Dan dia adalah lelaki.

Caranya? Aku tidak tahu. Sesaat bertukar minit, aku redha. Menarik sekali nafas, kaki kanan pun mencari mangsa. Bila kaki bertemu kaki. Lelaki itu sedikit terkejut dan menurunkan surat khabarnya. Mungkin marah akan gangguan yang diterima. Keningnya sedikit terangkat sambil memandangku. Aku terpana! Lelaki bermata biru. Tanpa sedar, aku merenungnya. Mindaku menjadi kosong. Aku kaku tanpa kata. Dia kelihatan dalam lingkungan 20-an dan mempunyai rambut coklat kehitaman, pipinya bersih dan bibirnya terbentuk seindah ciptaan Tuhan. Dia sempurna.

Sepantas kilat, mukaku mula terasa membahang. Aku digumpali rasa malu kerana menelek anak teruna orang sedalam itu. Cepat-cepat aku berpaling ke arah lain dan berdehem sedikit. Cuba menggembalikan kegugupan yang mendatang. Beberapa ketika, aku kembali memandangnya. Menarik nafas panjang sebelum berkata.

Excuse me. Can you please give that lady a seat?”

Penggunaan bahasa antarabangsa aku gunakan. Peka akan keperibadiannya. Mata biru itu memandang tanpa balas, dan jari telunjuk aku arahkan pada wanita tadi. Fakta yang aku bukan bercakap atas angin tapi atas dasar kemanusiaan. Manusia tetap manusia, kami bukan robot. Kami tahu penat dan letih. Dia aku lihat masih terdiam. Menampakkan peluang yang begitu tipis. Tapi, bila dia melipat surat khabar dan diselit dalam bag sandangnya. Dan berdiri di sebelahnya. Aku terpana.

Oh, sure. My pleasure.”

Aku menjerit senang di dalam hati. Usahku membuahkan hasil! Kemudian, aku menegur ibu muda tadi dan menyuruhnya untuk duduk. Dia sungguh gembira dan mengucapkan terima kasih kepadaku. Aku hanya tersenyum lebar. Moga-moga dia dapat berehat dan anaknya tidak meragam. Stesen berlalu lagi.

Sepanjang perjalanan, aku berdiri. dia pun berdiri. Terasa mata biru itu memerhatikanku daripada tepi. Bahunya yang besar kadang-kadang tersentuh denganku. Aku berkalih sedikit. Jantungku bergedup laju. Keadaan yang sesak menjadikan ianya lagi sesak bagiku.

Thank you.”

Dia mengucapkan ayat itu kepadaku. Aku kerut dahi. Kenapa harus berterima kasih padanya? Aku sepatutnya yang berkata begitu kepadanya. Dan memandangnya pelik. Dia memberikan aku senyuman ikhlasnya. Aku tiba-tiba terasa diawangan. Sangat sempurna! Jarinya menunjukkan bekas tempat duduknya, aku mula memahami maksud ucapannya. Aku menggangguk dan kami berbalas senyuman.

You’re welcome.”

Bila stesen KTMB Terminal Bersepadu Selatan diumumkan oleh pembesar suara. Aku menjijit beg belakang dan menyandangnya ke bahu. Destinasi aku sudah sampai. Untuk kali terakhir, aku merenung ke dalam mata bitu itu. Tidak tahu kenapa. Dan dia juga tidak berkata apa. Bila pintu dibuka, aku pun berjalan ke luar kereta api. Orang ramai yang keluar masuk aku turuti alirannya. Dan bila pintu tertutup, kami saling berpandangan dan lelaki bermata biru itu melambai perlahan. Aku tidak tahu harus membalas apa, dan bila keretapi bergerak perlahan, laju dan menghilang daripada mata. Barulah aku mengganggkat tangan kanan sebelum menggenggam erat. Senyuman aku sembunyikan. Dia adalah lelaki bermata biru.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.