Planet anymous merupakan sebuah planet pemujaan ciptaan syaitan, sebuah planet kegelapan. Matlamat nya hanya satu, menyesatkan manusia melalui pemujaan syaitan dengan perantaraan symbol kegelapan. Mereka berusaha memperdayakan manusia sehingga manusia bergantung kepada mereka dan membina satu dunia baru di bawah pemerintahannya. Mereka tak pernah jemu menyeru roh dari alam kegelapan untuk menyertai mereka memenuhi sebuah impian yang akan mengejutkan dunia.
Persembahan mereka bermula dan sentiasa berjalan di sekitar kita. Mencari kelemahan setiap manusia dan merasuki jiwa yang kosong dan menghancurkan setiap kebahagiaan. Kemarahan adalah satu senjata mereka kehancuran adalah matlamat mereka. Selagi manusia tidak mengikut jalan mereka, selagi itu penyesatan untuk manusia giat dijalankan. 6 simbol pemujaan syaitan disusun dalam satu bulatan, apabila lengkap satu putaran ,darah dijatuhkan sebagai umpanRohnya diseru bersama simbol kegelapan!
Menjadikn dunia sebuah permainan kehidupan! Sejak itu terciptalah produk minuman ,makanan, pakaian , dan hiburan. Produk minuman dimanipulasi sebagai minuman yang berkhasiat tetapi sebaliknya memudaratkan. Produk makanan di komersil kan dengan kod makanan yang dapat mengaburkan pandangan manusia kini menjadi rebutan. Produk pakaian dijual dengan terselit symbol pemujaan tanpa pengetahuan . Malah hiburan kini diwar-warkan dan aturan larangan telah terlerai kerana nafsu mereka menguasai iman. Perancangan mereka kini semakin jelas dimata dunia, tetapi mereka terlalu cepat bergerak dan menguasai system ekonomi dunia.
Tiada siapa jangka apa yang bakal mereka rancangkan, tiada siapa yang tahu siapa dalang disebalik sebuah perancangan yang sangat teratur ini. Kini alasan perlu diwujudkan untuk menghapuskan setiap penghalang mereka, Rancangan mereka tidak terbatas , kematian merupakan perkara biasa dalan sebuah perancangan mereka. Kanak-kanak adalah sasaran mereka kerana kanak-kanak merupakan generasi yang bakal menentang mereka. Satu demi satu kekacauwan muncul kadang-kadang kekacauwan yang mereka wujudkan serentak untuk menutup satu kesalahan besar mereka dan menghebohkan satu kesalahan kecil mereka. Menjalinkan kerjasama dan berperanan sebagai hero dalam setiap konflik.
Itulah mereka Anymous yang bergerak selangkah kehadapan sebelum anda bertindak. Menghapuskan setiap bukti sebelum andai menjumpai bukti. Menghapuskan setiap jejak sebelum anda menghidu jejak mereka. Rahsia mereka kini telah diketahui tetapi kita terlalu lemah untuk melawan mereka, pasukan hitam mereka ramai seperti butiran pasir di pantai, kekuatan mereka kuat sekuat ombak yang menghakis batu di pantai. Kita takkan boleh bertahan, kini kita terpisah dari bersatu kerana peraturan yang mereka ciptakan. Ritual pengorbanan perlu dilakukan untuk santapan tentera hitam mereka.
Malam keliwon bukan lah malam pilihan, malam itu tercatat sejarah menakutkan. Upacara perngorbanan dilakukan didalam hutan. Diatas batu dikelilingi 6 buah symbol pemujaan syaitan. Mentera kini dibacakan diakhiri dengan 3 kali nyalakkan seringala sebagai tanda pengorbanan diterima. Setelah selesai upacara pemujaan tempat itu dibersihkan, batu yang tadi dijadikan tempat pengorbanan kini tiba-tiba diselaputi akar rumput yang menjalar menutupi batu itu.
Amalan sihir merupakan perkara biasa bagi mereka. Bagi menutupi rahsia ini, terdapat pelbagai puak dari mereka yang bersembunyi di hutan dengan pelbagai kuasa misteri malah ada yang berada dicelah orang ramai di pusat Bandar menjalani kehidupan seperti orang biasa.Rahsia keturunan ahli sihir disembunyikan dari pihak luar, jika pihak luar mengetahui rahsia sihir salah seorang ahli mereka, mereka cuba menutupi dengan pelbagai alasan.
Kini hanya tinggal satu lagi proses untuk menjadikan dunia ini sebagai pusat pemerintahan mereka.Menguasai system kewangan dunia dan menghapuskan semua puak penentang mereka dengan pelbagai konspirasi. Jika Ini Berjaya Planet Anymous bakal menjadi planet kegelapan!