Home Cerpen Thriller/Aksi DUA
DUA
MRF
20/9/2018 17:22:05
1,756
Kategori: Cerpen
Genre: Thriller/Aksi


Azlan tahu dia benci perkara yang berulang, lagi-lagi hal yang tidak dijangkakan.


“Opsss...,” Dan hari itu terkesima wajah Azlan, membulat matanya balik gogal hitam. Dia merasakan satu petanda bila mendongak ke arah bangunan lapan tiang itu. Berukiran halus, laksana berada depan Dolnoslezský vojvodský úřad era Nazi. Buram dan nampak lesu meskipun tersergam megah. Azlan berdiri keseorangan, melihat kanvas berjalur merah-putih tergantung pada bangunan itu yang entah berapa banyak jaluran seakan panji-panji yang  ditiup angin, berkibar luas. Dan binaan sepi tidak berlampu tersebut merupakan sebuah dewan bandar terbesar di kota ini, suasananya tercemar dengan bauan asap karbon dioksida dan Azlan malas ambil tahu...


Azlan Hibri sedar dia terlalu lama berdiri di bawah langit malam. Dia kehulu-kehilir sejauh lapan pilar yang membiaskan silau-silau pancaran guruh balik awan hujan sepanjang berada depan bangunan itu.


Hujan malam yang sepi makin lama bertambah lebat, terasa masin, membasahi dari muka ke tekak Azlan.


“Aehhh... Orang mati pun boleh perli,” Kata Azlan perlahan bagai membisikkan diri, laksana mengenangkan seseorang, dan sekali gus kepalanya berpaling ke belakang, melihat jauh ke arah jalan kecil yang dihembus angin menderu seram. Bagaikan siap siaga diburu maut yang menanti di hadapannya atau di belakangnya. Dan Azlan berhati-hati. Selangkah itu kakinya terasa berat dan perjalannya terhenti...


“Sepantas aku di sini, sepantas itu aku kena balik,” Azlan bersuara dalam kesunyian, seorang diri depan bangunan dewan itu. Kepalanya ditutup semula dengan hud, pandangannya melilau bila tidak ramai kelibat manusia kelihatan ada sepanjang malam yang basah itu. Mungkin sedang lena diulit mimpi agaknya.


“Dan bagaimana mimpi mereka?,” Kata Azlan, malam tidak berbintang, lenjun dengan tangisan awan itu dia mula berjalan tenang hingga melangkau keluar dari pagar batu yang menjadi tembok panjang mengelilingi dewan bandar tadi.


Demikian persoalan itu belum reda mengasak benaknya yang kaget, mula kecut perut sebaik tubuh yang tinggi sama seperti Azlan, berjalan dengan dua kaki yang tidak terlalu mengangkang seperti Azlan, bertubuh bidang dengan seragam kemas membuatkan Azlan terasa kagum dan perasan melihat pelanduk dua serupanya.


Tidak jauh dan semakin dekat.


Lelaki itu berwajah Azlan. Kalau benar sebab itu nampak tampan.

Maka Azlan sempat lagi perasantan...


Pemuda itu bergaya dengan seragam hitam. Semakin berjalan dekat ke arahnya, jelas dipakai pemuda itu adalah jaket kulit, hitam pudar satu warna dengan khaki panjang yang dikenakan, tidak begitu kemas namun sesuai buat seorang pemuda yang berkarisma. Dan Azlan sudah pun mengacu pistol ke arah hadirnya pemuda misteri itu. 


Azlan bertegas.


Dia lepaskan tembakan pada malam itu. 


Namun pemuda yang sungguh berwajahnya itu mengelak bila peluru pertama yang dilepaskan Azlan tanpa dentum-dentum bunyi. Kerana pistolnya menggunakan pendakap bunyi, namun hasil pelurunya menusuk dinding berbata-bata merah yang menjadi tembok dewan besar — saksi yang tidak bernyawa untuk kemunculan Azlan dan “Azlan” yang sekelip mata terus bercakaran tiba-tiba.


“Apakah kau Menteri Alam di dunia kau? Azlan?,” Tanya Azlan buat diri keduanya. Terkenang perkataan Doppleganger seketika. Namun menggelar diri keduanya yang kedua itu sebagai “Dungu” kerana entah kenapa terbit dari hati.


“Dungu! Aku bukan bernama Azlan, dan aku bukan kau. Dungu,” Pemuda yang hadir itu terlebih dahulu merasmikan ungkapan dungu kepada Azlan secara sinis, bersuara tinggi namun tenang. Lalu mengacukan laras pistolnya ke hadapan Azlan pula yang terdiam seperti baru pipinya birat ditampar. Dia terasa sungguh Deja Vu, maka Azlan terfikir apakah perasaan itu wujud bila dua makhluk multimesta berinteraksi?.


Arghhh!!!


Dan Azlan bukan ke dunia ini untuk bertemu “kembarnya”, bukan untuk ke bumi pertama, kedua, ketiga, keempat, bumi dikuasai Nazi, bumi yang ke-infiniti kerana Azlan tidak percayakan teori itu.


Namun bila melihat sahaja picu pistol dari Azlan-Yang-Kedua ditekan kegawatan dipuncak mula menari. Azlan terus terjun masuk ke dalam pagar yang terbuka untuk mengelak serangan. Berdas-das tembakan dilepaskan namun hanya desingan bunyinya yang menembak anak telinga Azlan kerana dia cekap melarikan diri.


Air hujan bertambah lebat meruntun sayu. Azlan berjalan dalam hujan dengan bersusah payah, dinding bata yang licin dibasahi hujan itu dipanjat biarpun dia hampir terjatuh.


Adapun biarlah buat masa ini tembok itu yang memisahkan mereka sementara.


“Aku rasa teori multiverse betul, namun samada seorang manusia itu ada satu, dua atau sejuta, tetap membuktikan kelemahan sesuatu ciptaan berakal. Demikian ALLAH hanya Tuhan itu — tiada dua dan tiga, malah tiada setaranya,” Kata Azlan, sebaik memanjangkan tengkuknya sambil melihat Zeda di balik tembok sebelum dia gedebuk terjatuh. Azlan bangkit semula, dan sedaya upaya memanjat dinding itu sekali lagi..., untuk menutup malu lepas terjatuh dengan menimbulkan kepalanya ke arah Zeda. Zeda memandang Azlan dengan wajah bengis. Dia merasakan Azlan bermain-main.


Tembakan kedua dilepaskan si bengis itu.


Malangnya Azlan juga sepantas peluru hilang dari pandangan.


“Namaku Zeda Hanre, kau ke sini untuk mencari pakar alam di sini yang ada teknologi untuk kegunaan satu perang besar bukan?, Tidak, kau tidak akan berjaya, aku hadir dipesan Ultra-Tanlak untuk membunuhmu,” Kata Zeda, si Azlan-Yang-Kedua lalu perlahan-lahan berjalan masuk ke dalam pagar. Tenang memburu mangsanya. Dia tidak mahu berjalan di belakang buruannya, kerana terkenal sebagai pembunuh yang terus berhadapan ketika di alamnya. Demikian keberanian itu yang dikenangkan Zeda. Kepalanya lurus ke satu arah mencari doppleganggernya di hadapan muka dewan itu.


“Namaku Azlan Hibri, kau ke sini untuk mencari aku yang tengah menyorok dan tengah sibuk bukan?, jangan nyebok, aku ada kerja, lepas tu nak balik...,” Ujar Azlan agak sinis, namun susuk tubuhnya tidak kelihatan dalam hujan lebat itu, entah mana agaknya dia bersembunyi, manakala Zeda yang sudah tercegat bila masuk dalam pagar berkerut mencari-cari Azlan yang tadinya berani sangat berceramah di belakang tembok itu.


“Keluarlah celaka, kau tidak dapat lari, naluri sentiasa benar kerana kita sama, aku mampu mencari kau, akan memburu kau selagi kau di alam ini,” Kata Zeda.


“Jadi dia bukan pakar alam,” Kata seorang pemuda ketiga yang termengah-mengah kepenatan. Hadir tiba-tiba dengan merah darah yang mengalir dari sepucuk pistol ditangannya.


Pemuda itu tidak perasan Zeda tercegat dalam pagar tersebut dari arah belakangnya.


Senjata itu ditadah ke depan agar hujan yang makin lebat membasahi si pembunuh kecil itu yang beberapa minit tadi pelurunya menjadi kambing hitam untuk meragut nyawa seorang lelaki bernama Azlan Hibri.


Seorang Azlan Hibri berjaya dibunuh. 


“Hahaha macam manalah si gila tu kata aku adalah dia dan dia adalah aku, lembut semacam dan membahayakan,” Katanya dengan nada skeptik, kemengahan, namun geli hati kerana teringat lelaki itu yang berwajahnya dengan busana putih laksana lelaki-lelaki pada era Nero yang menyaksikan kebakaran Rom. Demikian penampilan lelaki Rom yang serba kusut masai itu bertembung dengannya dengan cara menjengkelkan, malah belum sempat lelaki itu menjelaskan dirinya tembakan dilepaskan.


“Tapi selamat aku, negara ni benarkan warganya guna senjata dengan meluas. Dan banyak kilang senjata. Mungkin sebab itu ada pencemaran. Biarpun sedikit, membuktikan negara ini kaya hasil keuntungan pembuatan senjata dan penghasilan jentera robotik yang menghasilkan senjata itu sendiri,” Fikir pemuda itu dalam menung yang lama. Tangannya diperiksa untuk melihat kalau-kalau ada kesan darah lagi. Kemudian meneliti uniform polisnya yang moden berwarna kelabu dengan sulaman tanda nama dirinya “WOLFESCHLEGELSTEINHAUSENBERGERDORFF” yang panjang dan epolet “KRIMINALPOLIZEI” disamping logo Orpo — logo polis Nazi.


Zeda yang perasan kehadiran lelaki Nazi itu langsung kepelikan. Melihat Azlan yang ketiga itu tidak tentu arah seorang diri sebagai polis depan pagar lalu beredar dari situ.


“Jadi dia bukan pakar alam,” Kata seorang lagi pemuda keempat bergogal hitam yang kepalanya ditutup hud berjaket hijau gelap.


“Zeda tu, siapakah dia yang macam aku, tapi buru aku?,” Termenung pemuda itu lalu meneliti satu cahaya ditangannya laksana kuasa-kuasa adiwira. “Aku berjaya membunuhnya sebelum dia bunuh aku,”.


Seorang Zeda Hanre berjaya dibunuh.


“Eh,  bukan ke aku dah ke sini tadi???,” Soal pemuda itu yang juga berwajah Azlan lalu terserempak Zeda. Sekali gus Zeda melepaskan tembakan ke arahnya. Pemuda itu jatuh tersungkur dan hilang.


“Azlan... kenapa ada tiga Azlan?!, Dan mereka semua sepertiku!!!,” Menggigil tangan Zeda. Dia betul-betul keliru. Jika tadi dia bertemu pelanduk dua serupa, kali ini dia terkenang kata-kata Azlan tentang teori multimesta. Laksana raksasa Hydra yang dipotong kepalanya namun tumbuh berganti. Zeda melihat Azlan ketiga yang tidak langsung mengendahkan bunyi tembakan darinya. Sedari tadi menggumam sesuatu, bercakap-cakap tak menentu:


“Tapi aku lupa, siapa yang bagi tau aku tentang negara tercemar kerana industri ini?, Aku lupa..., bahasa apa yang aku cakapkan ini?, bila aku ke sini?,” Wolfeschlegelsteinhausenbergerdoff berjalan ke lorong yang penuh dengan orang ramai, melalui deretan kedai-kedai bernion pancawarna yang terang mencucuk langit malam. Dia masuk secara rawak salah satu warung bercermin yang meriah dengan pengunjung, berseronok di dalamnya dan Wolfes berasak-asak mencari tempat duduk yang ada di situ.


Tiada sebarang meja. Hanya kerusi.


Dia duduk dengan penuh wajah pelik, kerana disebelahnya begitu santun seorang gadis bert-shirt hijau daun pisang, kepalanya tertutup selendang yang bukan dari benang dan seluarnya hitam besar yang pernah dilihat Wolfes di negaranya sejak perang berhadapan pemberontak ideologi sebelum ini. Seluar besar itu selalunya murah, berasal dari Pasifik, dijual semata-mata untuk kerja berladang, dan bukannya fesyen berlibur seperti gadis itu. Di negara Wolfes memang begitu. Namun selendang gadis itu bentuknya sangat berbeza. Laksana ada titik-titik cahaya malah kelihatan dari vektran. Adapun Wolfes malas ambil tahu, mungkin negara ini benarkannya tidak seperti negara Wolfes yang penuh “Prudism”, yang menegaskan polisi pemakaian setiap warga negaranya.


Wolfes terus dikunjungi seorang pelayan wanita berambut hitam yang kelihatan rimas dengan orang ramai. Lalu wanita itu memberi satu jenis kertas seperti menu di hadapannya yang tidak bermeja. Demikian tempat minum itu penuh dengan kerusi kayu yang diduduki orang saja.


“Air,” Jemari telunjuk Wolfes mencucuk-cucuk gambar segelas air putih. Wanita itu merampas menu itu lalu meninggalkan Wolfes. Secepat dia beredar secepat itu dia kembali lalu menyediakan segelas air putih kepada Wolfes dengan wajah masam mencuka.


“Jangan ketuk menu di sini, kurang ajar namanya,” Kata gadis disebelah Wolfes. Tersentak pemuda itu yang sedang kesegaran, rakus meneguk air bila sudahnya haus gila.


“Kamu pandai berbahasa Melayu, fasih,” Kata Wolfes. Tersentak kali kedua bila dia sendiri cakap begitu. Gadis itu berpaling, menjelaskan wajah putih bersihnya, tidak berperasaan dengan mata cantik dan kecil, bibir mungil menawan — melihat Wolfes dari lantai ke atas.


“Kamu bukan asal titik Kem Andromeda sini kah?,” Tanya gadis itu dengan tenang.


“Saya asal German,”


“Apa tu?,”


“Negara,”


“Sejak bila peta ada negara?,” Gadis itu bertanya, membuatkan masa seperti terhenti untuk dua mata Wolfes terkejut dengan lamanya. Justeru mulalah kepalanya terngiang-ngiang tentang setiap ceruk kota di sini yang direntangi bendera dengan berjalur merah putihnya. “Gadis... Kau buatkan aku tertanya... SEJAK BERAPA LAMAKAH AKU DI SINI”. Mula Wolfes gelabah memeriksa uniform polisnya yang tiada kesan darah. Mengeluarkan pistolnya yang bersih, cuba mengingati semula detik awalnya ke sini.


Apa aku buat dengan pistol ini?


Namun dia gagal. Hilang ingatan. Gelas dipegangnya jatuh ke lantai dan pecah.


“Uh... Saya keluar dahulu. Saya tidak tahu kenapa ada di sini,” Entah kenapa Wolfes jawab penuh skema, namun sejujurnya kerana dia benar-benar lupa, sedangkan baru berada dalam warung itu. Membuatkan gadis disebelahnya itu yang telus dua matanya aneh mengekori derap-derap kaki berat Wolfes yang melangkah ke arah pintu keluar.


“Jangan sedih, kita buka buku baru,” Dan seorang pemuda tersenyum di luar warung, yang berdiri dengan tangan menyeluk ke poket jaket hijau, kepalanya bergogal hitam terpasang menutup mata, suaranya bersemangat menyapa Wolfes.


“Azlan,” Kata pemuda itu yang tidak asing lagi, perkenalkan diri sebagai Azlan Hibri pertama, yang lari dari Zeda tadi dan muncul kembali melihat kembarnya yang ketiga dari dimensi lain itu dengan ceria.


“Kenapa kau macam aku muda-muda dulu?,” Tanya Wolfes si polis, dan Azlan jaket hijau mengangkat bahu.


“Sebab aku hensem dari kau,” Malas jawaban Azlan Hibri. Namun cepat-cepat mencelah Wolfes di depannya yang mula ternganga mahu sebut sesuatu. “Kau sepatutnya tak wujud berdasarkan kefahaman aku, hanya aku di dunia ini saja, lebih-lebih lagi kewujudan multimesta tidak seharusnya ada di dunia yang bukan dunia asal kita,” Kata Azlan Hibri.


Wolfes si polis berdiri di rangka pintu dengan muka toya tak faham.


“Aku panggil kau Hibri saja,” Kata Azlan bila terpandang nama Susah-Nak-Baca Wolfes. Dia ingin berjabat tangan dengan si polis itu namun Hibri berundur terkejut.


“Multiverse!!!,” Dan terkejut Wolfes sekali lagi bila melihat atas bumbung warung yang rata ada Azlan yang berbusana putih era Rom bertenggek santai bertegukkan air kafein. “Bayangkan dua alam berbeza berdagang air yang sedap diminum Azlantus ini,”


Jadi namanya Azlantus. Azlan ketawa menggeleng kepala mendengarnya.


“Bukan ke sudah aku tembak kau?,” Azlan si polis terkezut. “Oh, lupakan, aku memang gila,”


“Apa tembak itu?,” Azlantus tertanya penuh wajah santai.


“Tidak gila, persoalannya siapa bawa kita ke sini?, Setiap orang dari kita semua nampaknya ada matlamat berlawanan, menyamai diriku, baiklah aku faham,” Kata Zeda yang muncul dari kejauhan. Manakala Azlan Hibri menyorok belakang Wolfes. Zeda melepaskan tembakan di udara bertalu-talu yang menyaksikan semua orang awam yang sesak lari bertempiaran, masuk ke dalam warung-warung berdekatan. Manakala Azlantus terjatuh berdebuk ke tanah kerana terkejut.


Namun di antara mereka masih ada yang berani, demikian dia adalah si gadis berselendang vektran tadi yang berdiri di rangka pintu untuk melihat suasana malam itu.


Dia berdiri belakang Wolfes.


“Zeda Hanre, saudara-saudara sekalian, mungkin yang paling jahat berbanding kita,” Kata Azlan yang menarik gogalnya ke atas dahi bila hujan mula surut dan tangannya sudah siap siaga dengan pistolnya.


“Aku tak dibenarkan bunuh kau Azlan Hibri, aku tak jadi bunuh kau sebab tadi diri kau dari masa depan hadir bagi amaran padaku, makhluk dimensi, Ultra-Tanlak akan memusnahkan alam... aku pembunuh, bukan pemusnah..,” Kata Zeda sebelum terlentang ke tanah bila tiga peluru menembusi jantungnya. Tiba-tiba. Dan tiga versi Azlan serentak terkejut dan berpandangan.


Di belakang Zeda muncul Zeda Hanre yang kedua.


Ada perentas masa silam katakan padaku yang aku di masa depan akan lakukan perkara bodoh (Azlan Hibri melepaskan tembakan, diikuti Wolfes yang membantunya dan Azlantus yang mengeluarkan pedangnya sambil mereka terus melarikan diri) dengan tidak membunuhmu. Ultra-Tanlak wajib berkuasa dengan sahabat Kraf Memori mereka yang menggugat memori manusia, kejahatan adalah kebebasan sebenar saudara-saudaraku,” Kata Zeda seorang diri bila tiga Azlan di hadapannya pecut melarikan diri dahulu. Dia membiarkan. Zeda melihat dirinya di masa depan yang mati di tanah itu tanpa perasaan.


Manakala si gadis berselendang aneh mula mencari pintu belakang warung lalu melihat tiga Azlan yang sudah jauh berlari di lereng bukit yang dipenuhi warung-warung kaca itu. Dia ikut berlari mengekori mereka sebelum Zeda mendapatkan sasarannya itu.


Rentetan itu Azlan, Wolfes dan Azlantus masuk ke satu kilang persenjataan yang sederhana besar, di dalamnya gelap tidak beroperasi, ada sedikit cahaya lampu untuk perlindungan yang lemah sementara.


“Kita perlu cari Kementerian Alam di dunia ini, cepat dan cepat,” Kata Azlan yang membuka hudnya. Azlantus mencari tempat sesuai untuk baring manakala Wolfes yang terpinga-pinga jauh berfikir ke lantai. Mendengar saja Azlan yang bercakap macam-macam. “Kemudian semua kembali pada asal,”


“Bagaimana kau ada di sini?,” Kata Wolfes, konsentrasinya mula halus, berwajah penyiasat yang hadir tajam untuk membuka ruang siasatan.


“Di alam aku, alam sahabat-sahabat aku, alam kesatuan-kesatuan kami bersedia untuk sebuah perang saudara Hibri, maka berjalan-jalan dari satu alam ke alam lain tu biasalah,” Tenang Azlan mengeluarkan sesuatu dari jaketnya. Sebentuk logam gangsa yang bulat berukir pelbagai manusia. Nampak berat bila dipegang, menarik perhatian Wolfes dan Azlantus — Azlantus paling berminat sambil berteriak “Sivil Kepahlawanan, Kebanggaan, Kemegahan!!!”.


Sedangkan itu bukan pun—


“...tapi kalian tak bersalah, ini terjadi gara-gara junior aku si Uai yang mengawal mimpinya, dia masuk ke dalam alam ghaib dalam mimpi itu sendiri lalu tersilap membuka ruang untuk kewujudan multisemesta dengan izin-Nya,” Azlan membentang peta di atas generator kilang yang disuluh dengan telefon bimbitnya. 


“Sepatutnya aku dah balik lama kalau Zeda dan kalian tak wujud,” Ultra-Tanlak gunakan manfaat dari kuasa dan kesilapan Uai untuk hantar diri aku versi jahat bila benda ini berlaku,”


“Jadi?,” Wolfes memproses pertanyaan. “Apakah ia sementara?,”


Lalu melihat tangannya yang hilang tiba-tiba dan muncul semula. Wolfes tersentak kali keempat.


“Tutupnya semula. Kalian tak akan rasa apa-apa, macam teori dimensi yang dimensinya tiada multidimensi,” Kata Azlan bersusah payah, kerana dia pun tidak faham selok-belok alam ini. 


“Tak bolehlah aku sembang kencang, aku hanya penghantar dan pemegang kunci untuk ke sesuatu alam,” Katanya sambil mereka mengacu pistol ke luar kilang bila terdengar derapan kaki manusia berlari.


“Perkenalkan Xt, pakar alam ini, yang kalian carikan,” Seorang gadis mengelak tembakan dari dua Azlan itu bila masuk dengan seorang lelaki. Seakan mereka sudah meramal serangan itu.


Wolfes memberi isyarat kepada Azlan untuk hentikan serangan, dan Azlantus terlebih dahulu memeriksa sebelum membulat matanya, terkejut.


“Lelaki tua hodoh ini ditembak kalian, kasihan lelaki hodoh ini yang terbaring kesakitan!!!,” Azlantus mengundurkan diri dengan wajah sedih bila Azlan dan Wolfes terkejar-kejar ke tempat yang sama. Azlantus berteriak “Kasihan, kasihan, kasihan,”


Kelihatan gadis cantik yang dikenali Wolfes sudah pun memangku lelaki yang bernama Xt tersebut. Suasana terasa pantas dan memalukan. Dada lelaki itu berdarah dengan dua lubang yang dalam.


“Maafkan kami orang tua,”Kata Wolfes.


“...yang hodoh,” Tambah Azlantus dan Azlan menyepak kaki lelaki Rom yang bermulut puaka dan berselipar itu dari depan.


“Tak mengapa. Kalian dalam kesusahan. Bapa, bukankah bapa mengenali siapa Azlan?,” Kata gadis itu bersuara pantas kepada lelaki tua dipangkuannya yang berwajah amat kepedihan. 


“Maafkan mereka, inilah gara-gara makhluk jahat yang mahukan peperangan,”


Xt mengangguk faham.


“Azlan... Kau pengawal relung-relung dimensi alam itu... apa... hajat... kau... ke mari...,” Xt bertanya dengan marah, bukan kerana Azlan namun kerana penderitaan yang tidak sengaja dibawa Azlan.


Azlan melutut, tangannya kuat memegang jemari Xt yang baru dikenali tidak sampai seminit itu. “Saya mahukan senjata pembalikan zarah itu, tuan sudah tentu tidak lupa perjanjian tuan dengan alam Holo yang menempah teknologi itu,”


Xt mengangguk-angguk dan sudah faham bila Azlan menunjukkan peta yang harus dilaluinya.


“Naik cepat roket automatik yang ada di sana, roket itu sebenarnya peluru yang akan terhempas ke titik Kem Ceti, di sana ada perang, cari palang bendera berjalur biru putih yang paling tinggi dan di dalamnya ada tertanam senjata itu, sengaja kami letak ditempat musuh ketika aman, agar musuh tidak perasan kewujudannya ketika bergentingan, demikian rahsia kemenangan kami,” Kata Xt buat kali terakhir sebelum dia mati ditembak Zeda Hanre dari kejauhan. Manakala Azlantus membaling pedangnya ke arah lelaki itu sepenuh kekuatan. Zeda mengelak namun dadanya tertusuk senjata tajam itu. Namun tidak menembusi jantungnya. Dikeluarkan, dan dibaling ke arah Azlantus yang cekap mengelak kerana balingan yang sangat lemah. Zeda masih gagah berdiri untuk mengejar sasarannya. Berhadapan mangsanya.


“Hibri, lindungi anak Xt, bawanya lari bersama kita. Azlantus, kau harapan terakhir kami bila peluru kami mati tuannya,” Desak Azlan yang berlari ke arah kenderaan seperti roket yang tersusun di tengah mesin-mesin kilang itu. “Aku dapat rasakan pertindihan zarah multimesta semakin lemah, kita berjanji, kita akan sama-sama PULANG!,”


Dan tembakan berbalas tembakan melatari detik pelarian mereka. Azlantus yang makin jauh ketinggalan dipanggil-panggil Azlan manakala Wolfes terlebih dahulu ke depan bersama gadis itu.


“Apa nama kamu, anak Xt?,” Kata Wolfes yang separa hilang dan legap kembali. Dia melihat kepantasan gadis itu mengendalikan kenderaan besar yang sebenarnya sebuah peluru raksasa.


“Xyenae IV,”Katanya lalu masuk dalam kenderaan itu. Dan Wolfes ditendang masuk oleh Azlan Hibri. Mereka melihat Azlantus dan Zeda yang bertumbukan. Azlantus dihentakkan kepalanya ke tiang manakala Zeda kelangkangnya pula diterajang Azlantus.


Azlantus terus melarikan diri, bila melihat lambaian Azlan dan kenderaan yang sudah panas menyala, sekelip mata akan dilancarkan. Wolfes pula membidik Zeda yang terlalu cepat berada di depan mereka sekarang kerana...


Ada dua Zeda di situ...


“Tak adil!,” Bengang Azlan bila melihat Zeda ketiga kegirangan. “Dia genius dengan menghantar pesanan kepada masa silamnya pula!,”


Namun mereka tidak mahu berhenti di situ, mempertaruhkan kepercayaan buat Azlantus yang seperti pahlawan sepanjang detik yang terasa lama untuk dihabiskan. Mereka terpaksa menjerit dalam itu agar tiada sesiapa tertinggal.


Azlantus!. Jerit Wolfes.


Pemuda Rom itu mengelak tembakan Zeda, dirinya yang jahat itu. Untuk mengejar penerbangan percuma yang sedang bermula. Roket itu mula naik 120° darjah ke atas dan bila-bila masa secara automatik terus dilancarkan.


Azlantus melompat, namun terasa berat sebelum terjatuh. Azlan dan Wolfes cuba membantu dengan menyuakan tangan namun tujahan peledak yang sedang meletup hanyasanya membuang masa mereka selamatkan pemuda itu.


“Pergi sahaja, ketampananku yang lebih dari kalian itu biar terkubur di sini!!!,” Kata Azlantus yang makin gagal di luar itu. Zeda pula menjadi puaka bila memijak dada pemuda itu. Azlantus semakin tertekan bagaimanapun melawan dengan tenang Zeda dengan kecekapan sebagai pahlawan. Tangannya yang kekar menjatuhkan Zeda lalu melarikan diri.


Namun ditembak dari belakang, Zeda pertama tidak memberi peluang.


Dan Azlan dan Wolfes bersedia menyambut Azlantus yang mengah kesakitan..........


Tangan pemuda itu cuba ditarik masuk, roket sekelip mata meluncur ke udara, membawa sekali Azlantus yang melayang tergantung di luar, Azlan dan Wolfes tidak lagi berdaya menarik pemuda itu kerana kuasa inersia yang gila dayanya, namun mereka terasa ada satu tangan lut cahaya yang membantu. Azlantus terus tercampak ke dalam manakala Xyenae IV menutup terus dinding roket itu dari dunia luar.


Azlan dan Wolfes tercari-cari tangan misteri tadi yang hadir dengan niskala, buatkan mereka tergamam berwajah kedu.


“Kalian bagaikan dewa yang kuat, sungguh,” Kata Azlantus termengah sebelum mukanya tersembam ke dinding bila roket itu terhempas.


“Mari dapatkan senjata itu Xyenae IV,” Rentetan hempasan tadi membuatkan mereka lupa misteri yang berlaku, Azlan mendorong Xyenae bila dinding roket sudah terbuka. Sebaik mereka keluar tanah bergegar. Dilatari bedilan-bedilan roket lain yang menghempas seperti mereka dan letupan-letupan pada malam itu yang menandakan perang sedang bergempita.


“Tepat tempat pendaratan, di sini senjatanya, tembak mana-mana orang yang menganggu,” Kata Xyenae kepada Azlan. Mendengar arahan menembak itu, Azlan pelik. Namun berjaga-jaga dengan  persekitarannya. Dia melihat Wolfes yang baru turun tanpa Azlantus. Wolfes mara ke arahnya sambil melihat Xyenae IV mencangkul sesuatu di bawah palang bendera jalur biru putih sejak tadi.


Dan Azlan sibuk menembak puluhan orang ramai yang bersenjata tangan mara menyerang mereka tanpa amaran. Keadaan sudah gila. Namun Azlan sempat lagi bertanya... “Mana Azlantus?,” 


“Pengsan,” Kata Wolfes. “Bagaimana kita mahu pulang?,”


Azlan menunjukkan satu rod hitam ditangannya. 


“Pergi ke titik asal aku semula. Alat ini teleportasi, hanya menyimpan titik mula seseorang itu atau berkumpulan,” Kata Azlan lalu melihat Xyenae IV dengan selaras senapang menembak rambang ke serata arah mereka yang mula dikerumuni manusia. Demikian menambah pelik Azlan dengan cara hidup manusia alam ini.


“Saya dah jumpa!, Kita perlu lari ke Kem Bima,” Ujar Xyenae IV. Dan Azlan lantas menarik nafas lega. “Cepat!,”


“Tidak perlu,” Azlan menunjukkan Xyenae IV sebatang rod hitam kecil. “Teleportasi,”


Gadis itu terasa absurd sambil melihat roket tadi yang membawa mereka dengan pandangan sia-sia.


“Nanti Azlan jelaskan,” Kata Wolfes menenangkan Xyenane IV yang terkesima. “Cepat ke sini!,”


Manakala Azlantus tiba-tiba melompat ke tanah sekali gus dengan dua tangan yang memegang pedangnya dilayam serata arah untuk menghalang serangan-serangan yang sampai ke sempadan untuk membiarkan sahabat-sahabatnya bertahan.


Lalu segalanya lenyap dari pandangan. Hilang malam itu yang membuatkan puluhan para penyerang terpinga-pinga.


Dan berpuluh kilometer dari situ, di lorong sepi yang padat dengan bangunan-bangunan sepi Kem Andromeda, kelihatan Azlan rancak bercerita kepada Xyenane IV, Wolfes dan Azlantus. Di depan mereka ada kelibat-kelibat berselubung hitam dengan logo emas, tersulam aksara kerinchi di bahu memenuhi lorong itu.


“Uai akan sedar dari mimpi tidak lama lagi. Kalian tidak akan wujud sesudah itu...,”Kata Azlan menyembunyikan nada kesedihan. Azlantus di hadapannya teruja melihat satu relung alam yang terbuka bebas digunakan beberapa golongan serba hitam yang begitu mistik itu. Ada yang lari sepantas cahaya, ada yang mengusung pedang berlut yang sinonim dengan alam Melayu.


Manakala Wolfes tidak beralih langsung pandangannya melihat satu tubuh berperisai serba besi dengan kepalanya yang turut berperisai besi dengan bentuknya yang mirip tanjak melayu. Kelihatan gagah bila diapit dua golongan serba hitam yang sibuk melihat kertas seperti bersedia untuk sesuatu.


“Badang,” Kata Azlan kepada Wolfes merujuk apa yang pemuda itu lihatkan. Wolfes semakin lut cahaya, semakin hilang dari pandangnnya. “Itu adiwira pertama kesatuan kami. Bila multimesta terwujud, Ultra-Tanlak membawa keluar sebanyak-banyaknya kejahatan ke alam Xyenae ini,”


“Adiwira,”Wolfes teruja. Tersenyum lama memerhatikan tubuh berperisai besi itu. Mahu tahu siapakah disebalik armor yang menggerunkan itu.


Namun Azlantus yang hadir di sisinya, sama-sama bertambah ringan, halus seperti hantu, dan bila disentuh Xyenae IV yang bergurau, tangan gadis itu menembusi Wolfes...


Seketika ruang menjadi cerah laksana pagi, dan kembali malam dengan guruh di langitnya tanpa tangisan awan.


Berjuta-juta Azlan kelihatan memenuhi ruang... sebelum lesap dari pandangan...


“Saudaraku, aku tidak tahu ketentuan Tuhan... Ilmu-Nya tidak terhingga untuk manusia habiskan... Untuk manusia fahamkan... Wolfes, saudaraku, kalau Tuhan mengatakan kau wujud di sana, bolehkah kau berjanji padaku?,” Kata Azlan, dengan menghadiahkan sebentuk logam gangsa berukir manusia kepada Wolfes.


“Itu sebenarnya, lambang kesatuan kami di sini yang berbeza dimensi, bersatu melawan kuasa kejahatan,” Kata Azlan, tersenyum melihat logam itu yang berubah kepada lut cahaya. 


“Wolfes, saudaraku... masuklah pihak pemberontak, hapuskan sistem Nazi yang menjadi sebahagian hidupmu itu...,”


Azlan merenung Wolfes.


“Bebaskan manusia dari Nazi, jadilah adiwira di sana,” Kata Azlan kepada Wolfes. Manakala Azlantus tangannya disua untuk menuntut logam gangsa juga.


“Sekadar kenang-kenangan andai benar katamu,” Kata Azlantus sebelum mencebik geram. Kerana Azlan menggelengkan kepalanya tanda tiada yang tinggal. Telus dia melihat kedua-dua versinya itu semakin hilang dari pandangan. Disamping hadir berbondong-bondong golongan serba hitam yang merafak sembah tanda penghormatan selamat tinggal kepada dua kewujudan itu lalu mereka serentak mengucapkan: 


“WISESA BUAT KESATUAN ALTAMIS DAN KASIH SAYANG KEPADA MAKHLUK ALLAH YANG DIBERIKAN KESATUAN,”


Wolfes tersenyum hiba. Membiarkan pipinya diusap Xyenae yang tidak merasakannya.


Tembus.


Azlantus hanyasanya angguk, mengesat pelupuk matanya yang basah.


“Dengan izin-Nya Azlan, andai aku wujud, akan aku perjuangkan konservatif yang sebenarnya...,” Kata Wolfes.


—TAMAT—


© https://m.facebook.com/megatraksa.fatani

© Azlan H & Maisarah | Bumi 1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.