Home Cerpen Thriller/Aksi PROJEK K-K
PROJEK K-K
profhsa
20/9/2019 21:35:40
2,279
Kategori: Cerpen
Genre: Thriller/Aksi

                 Tinggal 20 minitterakhir buat diriku berada di sini dan jikalau aku tidak dapat mencari jalankeluar,aku akan terperangkap di sini buat selamanya.Jikalau itu yangditakdirkan segala impian aku,segala harapan aku punah dikaburi mimpi.Aku perlukeluar dari sini secepat mungkin.Walaupun aku dapat rasakan sepasang mata itumasih terlekat di belakang aku,aku perlu lari dan cari sempadanitu.Tolong!Tolong!aku menjerit dalam ketakutan namun aku tahu dalam kesunyianitu pasti ada sesuatu.Aku cuba dan aku cuba namun seringkali kegagalan jua yangaku temukan,aku perlu keluar sekarang demi dia.

       *                     *                     *        

Segulung tuala akucapai dan aku mengelap mukaku yg dibasahi peluh angkara kehangatan tengah hariyang menusuk segala pelosok  badanku.Akutahu hari ini ialah hari yang istimewa buat aku kerana setelah beberapa lamanyaaku dapat lihat wajah ibu bapaku.Kekadang air mata ini mengalir jua apabiladiri ini terlalu rindukan pemergian ibu kandungku namun aku bersyukurpemergiannya digantikan dengan sepasang ibu bapa yang baharu.Aku bersyukurnamun aku tetap sedih akannya.Walaupun ianya tetap misteri untuk aku terimapelawaan mereka yang ingin  menjadikanaku sebagai anak angkat kerana atas alasan aku ini hanyalah anak kepada seorangpembantu rumah yang telah bekerja dengan mereka selama 10 tahun.Mereka yangtidak dikurniakan cahaya mata amat bergembira apabila aku setuju.Taraf hidupaku sebagai anak kepada seorang pembantu rumah berbeza sekali dengan kehidupanmereka masing-masing sebagai  seorangsaintis terkemuka dalam Jabatan Nanoteknologi Biologi Malaysia(JANABIM).Akuhanyalah seorang insan yang memenuhi kekosongan mereka dengan alat-alat sainsdan pengiraan algebra.Aku menjadi nilai tambah dan diberikan perhatian sepertiseorang anak raja oleh mereka.Itulah gambaran hidup aku selama 3 tahun lepas.

*                      *                         *

 

 

Sejak semenjakbermulanya gagasan Malaysia First in Nanotechnology (MAFIN),aku tidak dapatlagi melihat muka ibu bapaku yang ceria malah mereka siang malam terkurungdalam makmal ujikaji mereka di tingkat bawah.Aku yang dulu ditatang bagaiminyak yang penuh kian ditinggalkan atas kesibukan mereka.Akupun sudah mencapaiumur 17 dan telahpun menghabiskan perang SPM aku dan aku tahu yang aku bolehberdikari dan itu yang diharapkan mereka.Aku sudahpun biasa tinggal,makan,tidurberseorangan.Sejak tiga tahun lepas,sejak gagasan itu dilancarkan,ibu bapakuseperti sibuk mengalahkan lebah untuk menghasilkan penemuan baharu mereka.Akuhormati mereka dan tetap sayangkan mereka walau apa yang berlaku.

                                *                         *                      *

Inilah saatnya,bermuladetik fajar menyinsing,bermula hari yang istimewa buat aku .Aku nantikan saatdi mana ibu bapaku berjanji akan menamatkan kajian mereka dan yang bersifatmajor ialah mereka tidak akan terkurung lagi dalam makmal usang itu.Akumenunggu di depan pintu makmal yang diperbuat kepingan asbestos yang tebal bagimengelakkan kebakaran

merebak.Aku menunggu kedatanganmereka setelah aku tunaikan solat subuh tadi.Aku tunggu mereka dengan sedulangyang diletakkan dua mangkuk bijirin dan dua gelas susu. Krikkkkkkkkkkk……. bunyipintu makmal usang itu berbunyi.Aku dapat lihat muka seorang lelaki yangtersenyum,berjanggut panjang dan wajah yang penuh dengan belarang minyak grisdan di sebelahnya wajah seorang wanita yang cantik tersenyum manis,berlesungpipit dan memakai kot berwarna putih.Akhirnya buat seketika,aku dapat lihatwajah ini yang aku tak dapat tatapi buat 6 bulan lepas.Sejak 6 bulanlepas,mereka menggiatkan usaha mereka tanpa mengira penat lelah mahupun siangatau malam kerana mungkin disebabkan janji mereka kepada pihak atasan ataukegigihan untuk menamatkan masalah hidup yang berleluasa.Aku memeluk merekaseraya berkata , “Adam rindukan ibu dan ayah,ibu dan ayah sihat tak”.Jawablelaki itu sepintas lalu, “Sihat macam dulu ja,kalau sakit taklah ayah dan ibuterkurung dalam tu”.Jawapan yang didengari itu sedikit sebanyak dapat mengubatirinduku kepada mereka walaupun aku risau melihat tubuh badan mereka yang makinkurus namun aku kuatkan hati dan berkata,

 “Alhamdullilah,jadi ibu dan ayah nak pergi kemana hari ini”.Lantas wanita itu pula menjawab dengan suara yang merdu, “Hariini,ibu dengan ayah nak ke JANABIM seketika kerana ada urusan dan nanti ibubalik dalam pukul 3.00 petang dan masak sedap sedap untuk Adam”.Itulahkata-kata terakhir aku dengar pada pagi tersebut

                    *                      *                           *

Melihat pemergianmereka dengan menaiki Honda CRV hitam itu membuatkan aku kembalikeseorangan.Aku menyimpan sejuta impian untuk bermain,berborak dan bergembiradengan mereka apabila petang menjelma.Aku menunggu dan menunggu dengan penuhkegembiraan namun penantian aku tiba-tiba diganggu dengan deringan telefon yang

kuat.Kringgggg…….Kringgggg.Akumempunyai firasat bahawa panggilan itu mungkin mendatangkan keburukan keranarakan-rakan aku tidak akan menelefon aku akan sikap aku yang antisocial.Aku melihat paparan skrin dannombor yang kelihatan jelas tidak dikenali.Aku mengumpul segala kekuatan danjuga segala keberanian serta beberapa kemungkinan yang

Bahawa ianya panggilanoleh scammers.Namun……namun,semua kemungkinan itu hilang bagaikan debu danrealiti kelihatan bahawa panggilan itu dari pihak hospital yang menyatakan ibubapa aku ditimpa kemalangan dan dalam keadaan yang kritikal di hospital.Pelbagaipersoalan mula berlari-lari di fikiran bercampur dengan perasaan panic dantakut.Adakah ini semua betul?

                                *                   *                   *

Setibanya aku dihadapan wad bernombor 777-0,aku sekali lagi kumpulkan segala kekuatan dankeberanian untuk menghadapnya.Plakkkkk….pintu wad ditolak dengan sentuhan yangagresif.Aku terlihat sesusuk tubuh terbaring di atas katil.Segala kekuatan yangterkumpul tersia-sia apabila aku tidak menahan air mata mencucuri wajah aku.Akumenangis kerana

ibu aku yang akusayangi sekarang berada dalam keadaan koma manakala ayahku yang aku rinduitelah awal meninggalkan aku dan ibu bertemu ilahi.Akibat dari hentaman yangkuat dari sebelah pemandu oleh sebuah lori,kereta Honda CRV hitam itu terbalikdan berpusing-pusing

akibatnya ayah akumengalami hentaman yang kuat dan pendarahan yang kritikal manakala ibu aku jugakehilangan kaki sebelah kanannya.Namun aku hairan kerana ibu telah didiagnosispenghidap kanser pankreas tahap 4 yang kritikal sedangkan ibuku sentiasa sihatsahaja.Mungkin ibuku sembunyikan untuk mengelakkan aku risau namun air mata akubercucuran lagi dan lagi, berterusan dan berterusan tanpa menemui penamatkerana ibu aku didiagnosis oleh doktor hanya boleh hidup sebulan lagi.Aku buntudan aku takut kehilangannya namun di hati aku tetap suluhkan harapan baharu.

                               *                  *                    *

“Adam,ingat kalau apa-apaterjadi kepada ibu dan ayah,pergi periksa makmal usang itu,buka laci meja ayahdi sebelah kanan itu,ingat”,ujar ibu kepada aku.Aku lantas menjawab ya sepertitidak mengendahkannya namun jawapan daripada ibu aku selepas itu membuatkan akuterfikir.Dia berkata, “Adam, kamu perlu teruskannya”.Aku tertanya apa yangperlu aku teruskan namun persoalan itu dikaburi dengan kemungkinan bahawa aku

perlu teruskan kajianibu bapa yang tidak ketahuan itu.Namun,segala persoalan itu terjawab apabilaaku hadir ke makmal itu malam semalam selepas majlis tahlil ayahku.Ketikakakiku melangkah masuk,mata aku terpacak pada pelbagai pelan-pelan biru yangterlekat pada dinding dan segala bentuk contengan pada dinding seperti X1+X2+F4 =X9.Pelbagai contengan berbentuk pengiraan dan juga kod algebra terhias.Akumembuka laci itu dan membaca nota ringkas itu yang terpapar tulisan

BUKAKOMPUTER LAMA ITU DAN BUKA FILE W.

Akupun membukanya danmembaca fail itu yang merupakan wasiat ibu bapaku yang menyuruh aku

BUKALACI KEEMPAT MEJA AYAH DAN BACA FAIL FAIL ITU.KAMU PERLU TERUSKANNYA.INGATSAINS MEMAJUKAN

NEGARA,NANOTEKNOLOGIMAMPU MEMBAWA PERUBAHAN KEPADA PERADABAN DAN PEMBANGUNAN DUNIA KELAK.KAMU PERLUTERUSKANNYA.

 

                                      *                   *                   *

Aku sedar tanggungjawabyang ibu bapaku tinggalkan.Aku mengikuti arahan mereka dan membuka laci ituseraya mengeluarkan fail yang bersih,tebal dan berwarna biru. Frasa PROJEK K-Ktertera pada muka hadapan fail itu. “Mungkin itu tajuk fail”,kata aku untukmenyedapkan hatiku yang dipenuhi rasa misteri.Malam itu aku habiskan denganmenelaah fail itu dan aku dapati maksud K-K ialah KRISTAL KEHIDUPAN.Kristal itumerupakan suatu alat yang mampu menyembuhkan segala penyakit keranakandungannya yang bersifat universal,namun satu kelemahan ialah Kristal itutidak didapati di bumi sekarang.Aku pelik dan terfikir jikalau tiada di bumi dimana Kristal itu?Kristal itu dibina melalui pengaplikasian nanoteknologi iaitudi mana gen-gen dalam tubuh pesakit akan dibalut dengan partikel nano Kristal  yang bersifat mikroskopik yang akan menyerangsel-sel yang rosak atau bermasalah . Apabila gen-gen ini masuk ke dalam sel ini,gen ini akan merangsang pengeluaran sejenis protein yang akan memusnahkansel-sel kanser tersebut dan sekaligus membina sel dan tisu baharu yang mampumewujudkan sistem imuniti

yang kuat.Tetibafikiran aku melayang dan aku mendapat idea,kenapa aku tidak gunakan Kristal inikepada ibu aku”,tertanya aku.Jawab kembali diriku dengan suara yang agresif,“Ya!ya!ya!Aku patut gunakannya untuk ibuku.Aku perlu cari jalan”.

            *                *                *

Aku kembali keseorangandan berteman dengan semangat waja yang kuat.Aku perlu mencari Kristal itu.Akutersedar terdapat satu DVD di muka terakhir fail yang tertulis di atasnya‘PENYELESAIAN’.Aku bingung namun aku rasa ia mungkin ada kaitan dengan K-Kini.Aku tanpa berfikir panjang membukanya dan memainkannya.

 “Assalamualaikum,ini saya Prof.Naqiuddin telahberjaya menemukan suatu jalan penyelesaian bagi menemukan Kristal danmembuktikan kewujudannya.Krsital ini tidak boleh dibina oleh kemudahanteknologi nano

sekarangkerana bahagian inner-core yang diperbuat dari batu angkasa zamrud tidak ada dibumi sekarang.Namun,berita gembira,saya telah mendapat isyarat dari sebuahkawasan di magnitud 59 darjah barat

bersamaan345 ke timur di tengah tengah garisan Greenwich di London tetapi kawasan ituberada jauh di bawah tanah.Bagi mengatasi masalah tersebut,saya telah membuatalat XXXXXXXXX untuk ke sana ………”

Apakah alat itu?Kenapabunyi DVD tiba tiba terganggu di bahagian itu?Aku biarkan persoalan itubermain-main di fikiran dan cuba mengendahkannya. Aku fokus untuk pencarianalat itu di setiap sudut makmal usang itu namun aku tidak jumpa apa-apa dan akuteringat terdapat sebuah stor di belakang makmal.Aku teruskan pencarian aku disana dan aku terlihat,di sebalik langsir putih yang berdebu,terdapat sebuahobjek yang lebih besar daripada aku dan terdapat sebuah bulatan yang besar ditengah-tengah.Mungkin inikah PENYELESAIAN?

                        *                  *                   *

Aku lihat lingkaranbulat di tengahnya dan daripada pemahaman aku mungkin inilah alat yangdisebutkan itu yang mampu sampaikan diriku di bawah tanah di London.Jikalaudikenangkan semula,alat yang mampu mengubah tempat sesorang ke tempat yang laindisebut alat teleportasi, maka akupun namakan alat itu alat teleportasi.Akujuga terlihat buku panduan menggunakannya yang tertulis tangan oleh ayahaku.Aku juga terkilan dengan sebuah sut yang lengkap seperti angkasawan.Adakahaku  perlu memakainya untuk kesana?Sebenarnya fungsi sut itu untuk mengelakkan perubahan fizikal berlaku padatubuh badan ketika diteleportasi.Aku tertanya “Adakah aku perlu melakukannya”. Akuperlu lakukannya demi ibu aku.

                                           *                 *                *

Setelah selesai menciumwajah ibu aku di hospital,aku mendirikan solat untuk mendapatkan restutuhan.Tepat jam 3.00 petang,waktu yang paling sesuai untuk diteleportasiseperti yang dikatakan dalam buku panduan itu,aku memakai sut itu yang menutupkepala dan seluruh anggota badan aku.Aku melihat pergelangan tangan sut itu danterdapat jam yang

besar,bulat danterpapar di skrin kadar denyutan jantung aku dan juga ada frasa yangberkelip-kelip iaitu AUTOMATICALLY ON.Dengankecekalan mencari penawar untuk  ibuaku,aku menghidupkan mesin itu.BERMMM…MMMM….VROOOOOOOMMMMMMMMM……. Bunyi itumembuat aku terkejut seketika dan bertambah lagi kejutan aku apabila lingkaranbulat itu dipenuhi cahaya berwarna kuning keemasan berpusar pada titik tengah.Pelbagaipersoalan menghiasi pemikiranku kini dan aku sendiri tidak mampu menenangkandiri aku.Namun,dengan semangat kecekalan demi ibu tersayang,aku melangkah masukke dalam lingkaran itu.WISHHHHH……….Bunyi misteri menghinggap telinga akumenyebabkan mata aku tertutup buat seketika.Ketika aku buka semula kelopak mataaku,imej yang aku lihat sekarang tidak mampu ditafsir oleh otakkusendiri.Adakah aku sedang bermimpi?

                                         *                     *                  *

Kelihatan meja-mejatersusun,kertas-kertas berterbangan dan darah di mana-mana.Ianya kelihatanseperti sebuah makmal ujikaji yang luas di bangunan yang tinggi.Bukankah akupatut berada di bawah tanah?

Bukankah aku perlumencari Kristal di bawah tanah di London,namun di manakah aku sekarang?Akutampar diri aku sendiri untuk menyatakan adakah aku sedang bermimpi namun tak.Akumelihat ke luar tingkap,aku menjerit ALLAHU,apakah ini?apakah Bandar ini?kenapaianya kosong?Persoalan aku terjawab apabila membaca papan tanda yang kecil diatas bangunan yang di sebelah iaitu tertera NANOTECHNOLOGY CITY.Kenapa aku disini?kenapa portal itu membawa aku ke sini?Dalam mencari jawapan aku melihatjam tadi dan tetiba jam itu mula berdetik menunjukkan aku masih ada 30minit.Aku gusar,aku takut,apa yang perlu aku lakukan.Aku perlu cari K-K itusebelum terlambat!Aku mula bergegas mencari K-K itu.Adakah aku akan sempat menemuinyasebelum masa aku tamat?

                               *                 *                *

Tinggal 25 minit lagiuntuk aku mencarinya,aku kian mencari di setiap pelosok bilik itu dan ketikaitu aku menemui sebuah peti kecil di dalam rak besi itu.Aku membukanya tanpaberfikir panjang dan seperti mimpi ,aku terjumpa sebuah kapsul kecil yang didalamnya terdapat sebuah Kristal

berwarna hijaukemerahan.Pada permukaan luar kapsul itu tertulis K-K 2067( SAMPEL099).Apakah?2067?Adakah aku di masa hadapan?adakah aku mengembara masa?apakahsemua ini?soalan demi soalan bertalu-talu menyerang minda aku memintapenjelasan namun semua terang –menerang menunjukkan aku di masahadapan.Maksudnya itu bukan alat teleportasi namun ianya ialah alat mengembaramasa!!!!Apakah ini semua?Jadi,di mana semua manusia,di manakahkehidupan?dan,kenapa darah-darah manusia menghiasi lantai makmal ini?Tanpaberfikir panjang dan dikerumuni dengan perasaan takut,aku terus mengambil K-Kdan terus berlari ke arah portal tadi namun ianya telah hilang.

             *                  *                   *

Tinggal 20 minitterakhir buat diriku untuk keluar dari sini.Namun dalam dilemma mencaripenyelesaian,aku terlihat pelbagai teknologi yang berasaskan nanoteknologi inibersaiz kecil seperti jam tangan dan payung yang dilengkapkan dengan pengawalansuhu persekitaran.semuanya tertera satu demi satu di papan maklumat makmalitu.Alangkah indahnya kalau aku mampu bawakan teknologi nano ini untuk mencapaisebuah

pembangunan ideal darisegi kemajuan prasarana dan sosialiti mahupun ekonomi kepada negara pada masahadapan.Namun,bukan itu yang perlu aku hiraukan sekarang,namun keadaan aku yangtersempit dalam waktu.Aku perlu keluar dari sini sekarang.Tetiba suatu pusaranmisteri berpusar pada sebuah rak yang berwarna sama seperti portal tadi.Akuyakin itulah portalnya untuk kembali.Aku berlari secepat mungkin namunkehadiran sesuatu yang di belakang aku menganggu perhatian aku.Akuterlihat………..aku terlihat sebuah robot berlengkapkan sebuah senapang M-16menghala kepada aku.Aku terkejut dan terus berlari ke arah portal tanpamemikirkan apa-apa.Aku lari dan sempat masuk namun portal itu ditembak secaraberterusan.Aku melangkah keluar dari portal dan kembali ke stor itu namun akutetap dengar bunyi tembakan itu.Adakah ia kejar aku?

          *                 *                  *

Aku dengan kelam kabutmenekan punat OFF dan portal itu  terusmati. Portal itu seterusnya hancur binasa mungkin angkara ditembak secara

berterusan.Apakah itu?Apakahitu?Namun otak yang bersifat kompleks inipun tidak mampu menjawabnya.

Aku lantas ke hospitalmembawa K-K itu.Aku menghidrolisiskannya dengan baik dan masukkan ke dalamtubuh badan ibu aku melalui salur .Tetiba larutan Kristal itu mula bertindak keatas tubuh badan ibu aku dan aku dapat lihat ibu aku sedang menerima bantuandaripadanya.

Selepas beberapaminggu,ibu aku pulih sepenuhnya dan terkejut dengan keadaannya itu. “Adakahkamu menemuinya?”,tanya ibu aku dan aku lantas menggangguk. “Terima kasihkepada kamu,kamu telah merealisasikan harapan ayah kamu”,ibu berkata.Namun,akutahu pengembaraan aku takkan terhenti dengan pengakhiran ini,sedar atautidak,aku telah mengambil pelan biru untuk membina Kristal ini lagi untukkegunaan pesakit-pesakit.Adakah aku perlu lakukannya?

 

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh profhsa