Home Cerpen Seram/Misteri Kan dah kena!
Kan dah kena!
Zhar Aruzi Hairi
22/8/2016 13:59:08
4,574
Kategori: Cerpen
Genre: Seram/Misteri

Kan Dah Kena!


Oleh : Zhar Aruzi Hairi


Bulan yang mengambang penuh betul-betul diatas kepala. Cahayanya menerangi hampir segenap ceruk. Bayang pokok-pokok di sekeliling kelihatan berbalam-balam dan menakutkan. Malam bulan penuh juga dikatakan masa yang paling banyak makhluk di alam lain bersantai.

Kelihatan tiga kelibat di halaman istana lama itu. Zulkarnain duduk bersila diatas tanah. Jari jarinya sibuk menekan kekunci handphonenya. Dua orang kawannya yang datang sekali pun sama. Asyik dengan telefon masing-masing.

“Yes!!! Dapat jugak!” Jerit Ah Keong. Zulkarnain dan Redha memendang serentak.Tertarik untuk mengetahui apa yang dijeritkan.

“Aku dapat Clefairy!”

“Dasyat juga lu, Keong. Kejap lagi kita try battle nak?” Umpan Redha.

“Tak boleh la bro. Wa pun tak boleh lama-lama kat sini. Wa budget dalam setengah jam lagi bateri habis. Powerbank pun dua-dua dah guna.” Rungut Ah Keong.

“Apa susah. Lu pinjam sekejap dengan Zul. Dia bawak tiga powerbank”

“Ceh, jangan nak mengada. Aku menapak sampai ke sini pun sebab nak cari spesis yang rare punya. Powerbank tu memang aku prepare untuk main kat sini. Selagi tak dapat aku tak nak balik” Balas Zulkarnain.

Mereka tidak menyedari ada kelibat lain yang sedang memerhati dari tadi. Setiap gerak langkah mereka diperhatikan dengan teliti.

“Dasar budak degil. Aku dah pesan jangan datang, Korang datang jugak” bebel empunya badan. Cepat-cepat dia menyorokkan kepala sebaik perasan Zulkarnain berpaling kearahnya.

“Kejap lagi, aku pulak yang akan main-mainkan korang”

“Lu rasa sini ada hantu tak?” Ah Keong bertanya sambil mengunyah coklat.

“Mulut lu jaga sikit Keong. Ni dah tengah-tengah malam. Kalau dia keluar, pokeball kau tu pun tak boleh nak tangkap tau.” Pesan Zulkarnain.

“Lu berdua berani apa. Kalau benda tu datang, lu baca-baca, lari la dia kan?” hujah Ah Keong sambil tersenyum mengejek.

“Jangan nak memandai-mandai la Keong. Bukan masa ni nak diskus hal macam ni. Kita datang sini nak main kan?” Redha cuba meredakan suasana. Ah Keong kembali menumpu kepada handsetnya. Ada sesuatu yang menarik perhatiannya.



“Tang!”

Seketul batu mengenai atap istana lama di belakang mereka. Bertingkah bunyi batu sederhana besar itu jatuh dari birai atap.

“Siapa ?”

Zulkarnain mengurut dada kerana terkejut. Dia saling berpandangan dengan Redha.

Keadaan kembali sunyi.

“Jom blah oii. Aku rasa tak sedap la” Cadang Zulkarnain.

“Bukan senang nak datang sini loh. Port baik apa. Banyak Pokemon kat sini. Kalau Lu takut, duduk dalam kereta je la. Pasang radio kuat-kuat” Ujar Ah Keong. Redha mengangguk seolah mengiyakan. Dia masih asyik dengan pokemon gonya.

“Memang kerja gila ni!” getus Zulkarnain sambil meneruskan permainan.


Beberapa hari sebelumnya.


Hezry berlari laju sebelum melompat melepasi bangku. Lagak hebatnya itu menarik perhatian beberapa orang yang ada di situ. Namun tak seorang pun yang nampak kagum.

“Kau ni budak parkour tahap berapa? Jatuh tadi pun kaki tak balance” Komen Redha. Hezry tersengih-sengih sambil menarik nafas.

“Kau demo lagi sekali Keong” Arah Redha.

Ah Keong merewang tangan tanda tak mahu. “ Aku nak tangkap pokemon dulu”

“Aku nak buat sekali lagi” Rayu Hezry.

Dia berlari semula beberapa meter ke belakang. Redha bersedia dengan handphone untuk merakam.

“Start!” Jerit Redha. Kamera handphone ditala mengikut gerak langkah Hezry.

Kali ini langkahnya jauh dari yang pertama tadi. Lompatanya pula dicantikkan dengan gerakan balik kuang. Cuma jatuhannya tersasar kerana imbangan yang tidak tepat. Hezry melanggar bangku yang berada dihadapannya. Kakinya terseliuh.

“Kurang practice la tu” Zulkarnain yang hanya memerhati tadi mengulas.

Hezry memegang buku lalinya sambil mengurut-ngurut. Dia mengetap bibir menahan rasa sakit.

“Dari kau buat macam tadi, lagi bagus kalau kau main Pokemon Go ni je” Ah Keong memerli. Hezry terasa sangat.

“Kalau nak parkour lagi, parah aku nanti. Baik aku cari Pokemon yang paling power dan cabar diaorang semua!” Janji Hezry di dalam hati.


“Kita nak ke mana ni?” Tanya Zulkarnain yang tak tahu hujung pangkal. Dia hanya datang setelah Ah Kong menjemput di Whatapps tadi.

“Kita pergi tangkap Pokemon la. Apa lagi?” Redha menjawab sambil menghidupkan enjin kereta.

“Dah malam sangat ni. Kita nak ke mana?”

“Kita ke Istana Lama di lereng Bukit Larut.” Jawab Ah Keong bersahaja.

“Jauh tu. Ade ke Pokemon kat situ?”

“Itu aku tak pasti. Tapi ada Whatapps dari Hezry yang cabar kita lawan dia kat sana”

“Kalau mangkuk tu yang ajak, aku tak tolak. Dah la putus sahabat, berani pulak cabar kita."


Sekarang.


“Yes!! Dapat lagi” Jerit Zulkarnain kegembiraan. Sasarannya dapat ditangkap lagi. Storan di dalam Pokeballnya kini berjumlah 28. Matanya sempat menjeling Ah Keong yang masih berusaha untuk menangkap Jinglypuff.

“Tang!”sekali lagi bumbung istana lama itu dibaling.

Kali ini Redha sudah bersedia. Sepantas kilat dia berlari kearah belakang. Ada kelibat hitam di belakang semak samun di situ.

“Jangan lari!” Jeritnya. Ah Keong dan Zulkarnain turut berlari kearahnya.

Redha mencengkam belakang kolar baju Hezry.

“Bro, apa lu buat kat sini?” Soal Ah Keong. “ Kata dah tak join kitaorang?”

“Lu semua yang sengaja datang kat port aku ni kan?” soal Hezry balik. Satu persatu muka-muka yang ada disitu ditenungnya.

“Kau yang cabar kami datang sini. Dah tu apa yang kau buat apa kat sini?” Redha pula menyoal.

“Bila masa pulak aku cabar. Whatapps pun aku tak bukak. Aku dah setting gym kat sini. Yang korang datang menyibuk apa pasal”

“Releks la bro. Kita sama-sama nak main game ni. Kongsi yang mana patut. Main aje, la tak payah nak gaduh-gaduh!” Zulkarnain cuba menenangkan keadaan.

“Apasal kau-baling-baling macam tadi? Nak takutkan kami ke?” Redha masih belum puas hati.

“Memang pun aku nak takutkan korang. Bagi korang cabut balik. Tapi korang semua boleh tahan jugak beraninya” Akui Hezry. Ah Keong tersenyum kerana merasa dipuji.

“Dah..dah aku nak sambung game. Kalau korang nak gaduh..gaduhlah kat sini” Ah Keong balik semula ke tempat dia bermain tadi.

“Kita Battle!” Hezry mencabar.

“ Ok, aku setuju” Sahut Redza. Masing-masing mencapai handset.

“Aku nak ubah sedikit syarat pertandingan” Hezry memberikan saranan. Yang lainnya hanya menunggu apa yang bakal dicadangkannya.

“Kalau siapa kalah, semua pokemonnya hendaklah diserahkan kepada yang menang. Dan pokemon trainernya juga kena menyerah kepada yang menang.

“Syarat gila apa yang kau buat ni. Memandai pulak tambah!. Mana boleh libatkan trainer” Redza meluahkan rasa tidak puas hati.

“Aku cadangkan apa yang aku rasa patut je. Korang bertiga yang akan lawan aku. Hebat-hebat pulak tu. Ah Keong pun dah capai sampai level berapa, dan pokemon dia pun semuanya power-power. Takkan takut kot” Cabar Hezry.

“Aku tak takut. Cuma rasanya macam idea tu gila sikit.” Ah Keong memberikan pendapat. “Kau yakin ke yang kau boleh menang”

“Ha..ha.. yang tu bergantung pada nasib aku. Dan pokemon special aku”

“Aku dah tak sabar nak telan Pokemon dia ni. Apa dia mintak tadi, aku ikutkan jer” Redza sudah tidak sabar untuk beraksi.


Pertandingan antara Redza dan Hezry mengikut format tiga lawan tiga. Tiga Pokemon bagi setiap orang akan berlawan. Kemenangan akan berpihak kepada siapa yang mempunyai Pokemon yang dapat bertahan paling lama.

Redza mengeluarkan Pokemon bernama Mankey sebagai taruhan awal. Pokemon yang bertubuh dan berwajah seakan monyet. Dia tahu yang Hezry akan mengeluarkan lebih kuat untuk berlawan. Tektik Redza adalah untuk kalah dahulu bagi membaca gerakan lawan yang seterusnya.

Hezry yang duduk bertentangan hanya tersenyum sebaik memandang lawannya.Peluang sekarang berpihak kepadanya kerana dia berpeluang mengeluarkan pokeman yang lebih hebat. Pokeball yang dipilihnya mengeluarkan pokemon yang bernama sandshrew. Pokemon seakan tenggiling itu dipilih kerana sistem pertahanannya. Lawannya lebih kepada kekuatan fizikal.

“Mampus Mankey tu kalau kena Rock slide Sandshrew tu nanti” Bisik Ah Keong pada Zulkarnain.

“Belum tau bro. Redza tu kan bijak” Balas Zulkarnain.


Taktik Redha menggunakan Mankey untuk bertahan dan menyerang memang menjadi. Dia menunggu sehingga Bar special movenya penuh sebelum melancarkan serangan. Pokemon Sandshrew yang gagah didalam tanah itu dipermainkan dengan gerak lincah Mankey.

Hezry yang menyerang dari tadi agak kecewa kerana lawannya belum tewas lagi. Dia tidak mahu gymnya dirampas macam tu sahaja.

“Kejap lagi. Gym ni akan jadi hakmilik kami pulak” Redza menyuarakan keyakinan. Hezry sedang terkial-kial menekan kekunci pada handphonenya.

“Kalau dah tak terer, memang tak terer sampai bila-bila” Gumam Redza sebagai serangan psikologi kepada Hezry. Suara Hezry mendengus menahan marah membuatkan mereka bertiga tersenyum.

“Game ni bukan ke haram” Ah Keong bertanya di sebalik keasyikan mereka bermain. Zulkarnain yang tadinya asyik melihat skrin Redza beralih pandangan.

“ Kau ni dah kenapa? Dari tadi asyik tanya yang bukan-bukan…. Benda ni macam rokok jugak la. Dah fatwa haram pun, ada yang hisap jugak.”

“Hmmm… Kamu semua memang degil kan.”

“Kau pun sama jer.”


Pusingan pertama memberikan kemenangan kepada Redza. Hezry agak gelisah untuk mengeluarkan Pokemon yang kedua.

“Kenapa bro, baru satu round kalah dah gabra?” Ah Keong menyoal.

“Kau tengok la nanti” Balas Hezry.

Ada kepulan asap nipis sebaik dia melemparkan pokeballnya. Seekor makhluk berambut panjang panjang dan berbaju putih terapung-apung di udara.

“Ah..Pokemon apa pulak ni?” Redza mencari-cari maklumat mengenai pokemon yang baru dilihatnya tadi dalam pokedex. Namun tiada maklumat diperolehi.

Ah Keong dan Zulkarnain juga terkejut.

“ Aku kenalkan pada korang, PontiMax. Tak payah cari dalam pokedex tu. Memang tak jumpa.”

“ Mana boleh guna pokemon yang tak ada dalam list” Bantah Zulkarnain.”Kau main cheatmode ni”

“ Takkan aku pakai pokemon lain sikit kau dah goyang” Perli Hezry.

“Jangan buang masa. Jom sambung” Redha pula tidak sabar-sabar untuk meneruskan permainan.

Dia pantas menekan pada skrin membuatkan Pokemonnya Mankey menyerang PontimaxHezry. Sebaik mahu membuat pukulan, Pontimax tiba-tiba menghilang. Kemudian kedengaran bunyi mengilai sebelum skrin handphone Redha tiba-tiba terpadam.

Semua yang ada mulai meremang bulu roma!

“Ish, Jangan la buat hal masa ni” Redza memeriksa powerbanknya. Risau kalau-kalau itulah punca handsetnya mati. Tapi masih banyak kuasa bateri yang ada.

Tiba-tiba sahaja dia merasa angin sejuk dihadapan mukanya. Kemudian satu cakaran mengenai mukanya hingga terkeluar biji mata.

“Arrrghhhh !!!!” jeritan Redza kesakitan disambut dengan hilaian yang menakutkan. Dia menekup mata dan cuba bergerak namun tetap terpaku di situ.

“Ni bukan pokemon dah… ni syaitan yang berlawan ni”


Ah Keong dan Zulkarnain mengambil langkah mahu melarikan diri sebelum kaki mereka tiba-tiba terpaku di tanah.

“Apa ni Hezry?” Jerit mereka berdua serentak. “ Kau main kasar ni”

“Memang aku sengaja umpan korang. Whatapps suruh korang semua ikut jejak aku sampai ke sini. Main apa yang aku main. Seronok macammana aku seronok. Sekarang…rasakan pulak sengsara, macam yang aku rasa.” Jawab Hezry dengan mukanya yang semakin berubah menjadi pucat kebiruan.

Redha, Ah Keong dan Zulkarnain turut merasai pengalaman yang sama. Kaki mereka mulai sejuk dan seterusnya bertukar menjadi pucat kebiruaan. Tubuh mereka kesejukan hingga mengeletar.



“Kami dah jumpa kereta tu, tuan.” Lapor anggota polis sambil melihat bonet kereta berwarna merah di sebalik kiambang.

“Mangsa macam mana?” Tanya pegawai yang bertugas di hujung talian.

“Rasanya semuanya terperangkap di dalam kereta tuan. Nampak macam ada tiga mayat kat dalam kereta tu”

“Baiklah. Nanti saya ke sana”

Anggota polis tadi memandang kearah rakan sekerjanya di sebelah. “ Kau tahu macammana kita boleh kesan kereta ni”

“Mana la aku tahu. Aku kan ikut arahan jer”

“Ikut GPS Pokemon Go. HQ check last location diaorang main”

“Boleh pulak macam tu. Jadi, Diorang ni datang sini nak main pokemon la”

“aku rasa macam tu la. Dan bukan satu kereta je dalam parit tu. Ada satu lagi.”

“ Biar betul. Mana kau tahu?”

“ Kan nampak dari sini” katanya sambil menunjuk ke satu arah. Polis yang satu lagi mengalih pandangan ke situ.

“Kau rasa pemandu yang satu lagi tu main pokemon jugak.”

Anggota polis yang pertama tadi menganggukkan kepala. Itu telahan awalnya.

“Apa kita nak buat sekarang?”

“Kita tunggu semua sampai dulu. Nanti Bomba dan Ambulan pun akan datang jugak. Kemudian tunggu arahan seterusnya dari tuan Shafie”

“Kalau macam tu. Kita rehat sekejap.”


“Apa teori kau yang diorang masuk ke dalam parit tu?” Anggota Polis dengan tag nama Hamdan itu menyoal.

“Senang je. Dua-duanya pemandu kereta tu ikut arahan pemanduan GPS la tu. Kawasan yang boleh lalu dengan kawasan berparit sudah bertukar. Kalau malam lagi la susah nak nampak. Bila jalan ikut situ je,terus ke dalam parit” Balas kawannya yang bernama Kamarul.

“Takkan diaorang tak cuba lepaskan diri”

“Bukan senang nak lepaskan diri kalau panik. Tambahan pulak kalau dan tertidur. Takkan tiba-tiba nak bangun kot”

“Apa yang kau buat?” Kamarul apabila melihat rakannya menghidupkan handset.

“Main pokemon”

“Mana boleh? Kita kan dalam tugas ni.”

“aku tahu la. Ini pun hal kerja jugak. Aku nak siasat Pokemon apa yang ada di sini” Katanya sambil menekan kekunci pada handphonenya.

“Biar betul!” jerit Hamdan terkejut.

Skrinnya menunjukkan ada empat kelibat sedang bermain Pokemon go di situ. Betul-betul berhadapan dengan tempat dia meletakkan kereta.

Cuma yang bermain tu bukannya manusia lagi!!!!!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.