Home Cerpen Seram/Misteri HALUSINASI
HALUSINASI
OURO
3/2/2019 16:59:12
4,034
Kategori: Cerpen
Genre: Seram/Misteri

HALUSINASI

oleh MR OREO


Adam duduk dipenjuru rumahnya dalam keadaan menggeletar seluruh tubuh badannya. Tangannya dipenuhi dengan darah. Pisau yang menjadi senjatanya tergeletak di atas lantai bersebelahan dengan mangsanya yang sedang terbaring kaku. Darah banyak mengalir keluar dari pergelangan tangannya yang putus. Adam buntu. Dia sudah melakukan pembunuhan. Dia penjenayah !


" Apa aku dah buat ? Aku bukan nak bunuh dia. Dia yang paksa aku bunuh dia ! Ini semua salah dia !" jerit Adam sambil menuding jarinya ke arah mayat yang terbujur kaku di atas lantai.


Adam meraup wajahnya. Dia mati akal.


Dia kemudiannya bingkas bangun menuju ke arah dapur. Laci kabinet itu diselongkar dengan keadaan yang tergesa-gesa sehingga menyelerakkan isinya. Ya, itu dia, desis hatinya.


Adam mengambil beg plastik sampah berwarna hitam itu lalu menuju semula ke ruang tamu. DIa cuba memasukkan mayat lelaki itu ke dalam beg plastik , namun gagal. Dia kembali berfikir. Kemudian, dia menuju ke bilik dan tdatang semula dengan membawa sebuah bagasi besar.

Dia mengangkat mayat itu dan memasukkannya ke dalam beg. Berjaya ! Di kuncinya semula beg itu sebelum mencapai sweater berwarna hitam miliknya.


Dengan tergesa-gesa, dia membawa bagasi itu menuruni tangga apartmentnya. Dia cuba berlagak bersahaja supaya tiada yang curiga. Tanpa dia sedari, darah mangsa pembunuhannya itu menembusi bagasi yang dibawa. Darah mengalir di sepanjang anak tangga itu. Sampai sahaja di bawah, dia menuju ke kereta dengan kadar segera dan terus memasukkan beg itu ke dalam bonet kereta.


Dengan tangan yang menggigil, dia menghidupkan enjin dan terus memecut keluar dari kawasan apartment itu. Setengah jam kemudian, dia tiba di suatu kawasan pembuangan sampah yang terpencil. Diangkatnya keluar bagasi itu dan dibuangkan ke dalam tong sampah. Pada masa yang sama, dua orang pemuda melalui kawasan itu. Mereka terkejut melihat tompokan-tompokan darah yang mengalir keluar daripada bagasi yang dibuangnya.


" Hoi ! Kau buat apa di sini ? Siapa yang kau buang tadi  !?" jerkah salah seorang pemuda itu.

" Tiada sesiapa. Saya hanya buang sampah," Adam terketar-ketar. Dia menggenggam kedua-dua tangannya dengan erat.

" Habis, kenapa ada banyak darah ? Kau bunuh orang, kan" lelaki yang satu lagi bersuara, tidak puas hati.

Adam sudah berada pada tahap tekanan yang tinggi. Dia tidak tahu untuk berbuat apa.

" Itu darah ayam," balas Adam.

" Kau tipu !" balas pemuda itu. " Haikal, telefon polis sekarang. Ada pembunuh di sini!"


Pemuda yang dikenali sebagai Haikal mengeluarkan telefon bimbitnya dan mendail nombor telefon balai polis.


" Jangan! Aku bukan pembunuh !" jerit Adam. " Adam bukan pembunuh !"

"Ah ! Kau pembunuh !" balas lelaki itu. " Kau dah bunuh orrang !"

" Aku kata AKU BUKAN PEMBUNUH ! AKU BUKAN PEMBUNUH !" jerit Adam sekuat hati .

" Farid, line kat sini tak kuat lah," kata Haikal. Farid mengamil telefon Haikal dan mendai dengan segera.


Adam memegang kepalanya dengan kedua-dua tangannya. Dia sudah melutut di atas tanah.Kepalanya sakit.  Sementara itu, Haikal dan Farid masih mencuba untuk mendail pada papan kekunci teleofn mereka.


" Aku tak sengaja. Adam tak sengaja," Adam bersuara tiba-tiba." Dia yang ganggu aku. Dia yang cuba rosakkan hidup aku. Dia buat hidup Adam hancur !"


Adam tunduk memandang tanah. Air mata menitik jatuh.


" Helo! " Farid bersuara. Taliannya disambungkan. " Encik ! Saya nak melaporkan ada kes pembunuhan di sini ."


Adam masih menggumam sendirian. " Adam tak salah. Adam tak salah ! Dia yang salah. ! Dia yang salah !" Jeritan Adam semakin kuat.

Dia mengangkat wajahnya. Senyuman sinis terukir di bibirnya. Matanya merah menyala.


Dia kemudiannya berlari menuju ke arah Farid yang sedang bertelefon.


" AAAAARRRRGGGGHHH !!!" Farid menjerit. Dia kemudian rebah ke tanah. Telefon ditangannya jatuh dan pecah.


Pisau itu tepat mengenai dada Farid. Farid mati di tempat kejadian. Adam senyum puas. Dia memandang Haikal.


" Jangan bunuh aku. Aku janji takkan buat apa-apa" rayu Haikal. " Tolong lepaskan aku."

" Kan Adam dah kata tadi, Adam tak bunuh orang . Adam tak salah" kata Adam sambil berjalan ke arah Haikal. Pisau yang masih berlumuran darah itu diangkat di hadapan matanya. Dia senyum sinis.


"AAAAAARRRGGHHHH !!!" Haikal menjerit. Tusukan Adam tepat seperti apa yang dilakukannya kepada Farid.

 Haikal jatuh ke tanah dan mati.


" Adam dah kata tadi, ADAM TAK SALAH ! ADAM TAK BUNUH DIA !!" jerit Adam sambil ketawa.


Tiba-tiba, Adam jatuh melutut di atas tanah. Pisau di tangannya jatuh. Tangannya menggeletar.


" Apa aku dah buat ? Apa aku dah buat !!?" Adam menggenggam penumbuknya dan dihalakan ke atas tanah. Mayat Farid dan Haikal terbaring kaku di atas tanah itu. Darah mengalir ke semua arah seolah-olah sungai darah cuba terbentuk di kawasan itu. Adam kaku.


Tidak lama kemudian, kedengaran siren polis dan ambulans tiba. Dia dikepung. Orang ramai mula mengerumuni kawasan itu.


" Angkat tangan dan jangan bergerak!"

Adam mengangkat tangannya ke udara. Seorang pegawai polis mengikat tangannya ke belakang dan membawanya ke kereta polis.


" Encik, apa yang berlaku?" kedengaran salah seorang penduduk bertanya kepada anggota polis yang bertugas.

" Oh , tiada apa-apa" balas anggota polis itu. " Dia cuma terlepas dari hospital sahaja. Dia ada masalah mental dan mempunyai halusinasi yang berbahaya dan teruk. Sebab itu kami cari dia dan akan bawanya semula ke hospital."


" Ohhh.." penduduk tadi mula mengangguk.


" Lepaskan Adam ! Adam tak salah !Adam tak salah !" Adam meronta unntuk dilepaskan.

" Adam nanti kita bagi Adam hadiah bila kita dah balik 'rumah kita', ya" kata salah seorang pegawai perubatan di situ.

" Adam tak nak! Adam tak nak ! Adam tak bunnuh orang ! Adam tak salah !" Adam meronta-ronta untuk dilepaskan. Disebabkan kekuatannya yang luar biasa, dia berjaya melepaskan dirinya dan berlari ke arah anggota polis itu dan menikamnya tepat di dada !


" AAAAARRGGGHH !!!" ...


TAMAT .


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh OURO