Home Cerpen Seram/Misteri MISTERI RASUKAN SENJA KALA
MISTERI RASUKAN SENJA KALA
Diansutera
29/9/2020 19:01:54
310
Kategori: Cerpen
Genre: Seram/Misteri

MISTERI RASUKAN SENJA KALA


Sahar mengheretlembu-lembunya yang tiga ekor ke kandang. Dia menutup pintu kandang setelahmenambat lembu-lembu berkenaan. Sementara isterinya, Zainab pula menambatkambing-kambing mereka di bawah rumah sahaja.

     “Arrrggghhhhhh!”tiba-tiba kedengaran suara Zainab menjerit nyaring dari bawah rumah.

     Sahar yangmendengar jeritan Zainab tadi, berkejaran mendapatkan Zainab. Perasaan Saharberkecamuk. Dia diburu perasaan bimbang kalau-kalau kambing jantannya mengamukdan menanduk Zainab. Selalunya kambing jantannya itu tidak pernah mengamuk.

     “Naaabbb! Apa dahjadi ni?” mata Sahar terbeliak. Sahar terkejut besar melihat isterinyaterbaring tidak sedarkan diri di bawah rumah. Mata Zainab terbelalak, mulutnyaberbuih-buih seumpama orang terkena sawan.

     Sahar cubamengheret Zainab keluar dari bawah rumah tetapi tidak berdaya. Badan Zainabyang agak berisi ditambah dengan keadaannya yang tergeletak tidak sedarkan dirimembuatkan dia sukar untuk dipapah keluar. Sahar memanggil dua anakperempuannya lalu mereka membawa Zainab ke atas rumah.

     “Macam mana ni,Ayah?” tanya Emiliya, anak kedua Sahar, cemas. Syakirah, adik Emiliyamemicit-micit kepala emaknya.

     “Entahlah...,”fikiran Sahar bercelaru, buntu. “Abang kamu ni ke mana pula agaknya?” mataSahar melingas ke kanan dan ke kiri, mencari-cari kelibat Ayman, anaksulungnya. 

     “Abang kata dianak ke bandar tadi,” jelas Emiliya.

     “Ke bandar? Dahmaghrib begini tak balik-balik lagi,” fikiran Sahar tambah bercelaru.  “Kita bawa mak kamu ke hospital,” putusSahar.

     Sebaik Saharselesai sembahyang maghrib, Ayman terjengul di muka pintu. Zainab masihterbaring di ruang tamu, tak sedarkan diri. Ayman segera menerpa ke arahemaknya.

     “Kenapa denganemak ni, ayah?” tanya Ayman, kebingungan.

     “Hah, kamu Ayman!Cepat sembahyang maghrib. Ayah nak pergi cari kereta sewa nak bawa mak kamu kehospital,” sergah Sahar sambil mengarahkan Ayman sembahyang. Saharterkocoh-kocoh turun dari rumah lalu menghilang di dalam remang-remang malam.

     Lebih kurangsetengah jam kemudian, Sahar balik bersama dengan sebuah kereta prebet Pak Din.Ketika tiba di hospital, Zainab telah sedarkan diri. Tubuh badannya lemahlonglai dan tidak bermaya. Setelah sejam diperiksa oleh doktor, Zainab didapatisihat dan tidak menghidap apa-apa penyakit. Malam itu juga Zainab dibenarkankeluar hospital.

     Benak Sahar mulaidiganggu oleh bermacam-macam syak wasangka. Mungkinkah Zainab dipergunakan olehHasmah lagi? Sahar mengetap-ngetap bibirnya, geram.

     Sahar terusmembawa isterinya balik ke rumah. Namun, sewaktu melangkah naik ke atasrumahnya sekali lagi Zainab pengsan. Sahar yakin, Zainab ‘terkena’ lagi. Saharcuba membaca ayat-ayat Al Quran tetapi tidak berkesan. Sahar akur dengankelemahannya.

     Setelahberbincang dengan sanak saudaranya yang terdekat, Sahar setuju memanggil bomohyang berdekatan. Pak Uda Alim yang berumur enam puluhan datang lebih kurangpukul 11:00 malam. Pak Uda Alim sudah jadi bomoh tradisional lebih kurang duapuluh tahun. Semua orang kenal Pak Uda Alim !

     “Tolong sediakanberas kunyit semangkuk dan air sebekas,” pinta Pak Uda Alim sebaik  melabuhkan punggung di ruang tamu.

     Sahar menyuruhdua anaknya menumbuk kunyit dan menggaulnya dengan beras. Beras kunyit bersamasebekas air yang diminta tadi segera dihulurkan kepada Pak Uda Alim. KemudianPak Uda Alim mengeluarkan beberapa biji buah limau nipis daripada kantung  kain yang dibawanya dari rumah.  Bersama-samanya juga ada sebilah keris kecil.

     Beberapa ketikakemudian, sambil membakar kemenyan Pak Uda Alim mulai membaca ayat-ayat suci AlQuran bercampur dengan doa dan jampi mentera. Sekali sekala Pak Uda Alimmelontarkan beras kunyit ke beberapa penjuru rumah.

     Tiba-tiba Zainabyang tidak sedarkan diri tadi bingkas bangun. Tanpa diduga dia menerkam ke arahPak Uda Alim. Malangnya, Pak Uda Alim tidak sempat nak mengelak. Beras kunyitdan peralatan bomoh Pak Uda Alim berselerak di atas lantai. Pak Uda Alim rebahterlentang.

     “Hish! Siapa kamuini?” soal Pak Uda Alim sambil bangkit dengan payah.

    “Ha! Ha! Ha!Ha!..., Ha! Ha! Ha! Ha! Ha!” Zainab ketawa semakin panjang. “Kau ingat akubodoh? Aku lebih bijak daripada engkaulah. Aku tak akan beritahu siapa aku. Ha,ha, ha, ha...!” sambung Zainab dengan nada memperlekehkan Pak Uda Alim sambilketawa mengejek.

     “Beritahu aku,siapa engkau ini?” desak Pak Uda Alim, dia mulai tidak keruan.

     “Heh, engkau kanbomoh, buat apa nak tanya aku? Engkau tengoklah sendiri,” bentak Zainab,suaranya parau persis suara lelaki. Pak Uda Alim tersentak. Kali ini lawannyabukan sembarangan. Kecut perut Pak Uda Alim dibuatnya.

     Pak Uda Alimmulai terasa sesuatu yang tak kena dengan bomohnya. Daripada jelingan mata danhilaian tawa Zainab, Pak Uda Alim sedar dia berhadapan dengan musuh yang lebihkental daripadanya. Perlahan-lahan Pak Uda Alim mengemaskan barang-barangnya.

     “Sahar..., akumintak maaf. Orang yang guna-gunakan isteri engkau ni lebih kuat daripada aku.Aku minta diri dulu,” Pak Uda Alim bergegas meninggalkan Sahar dalam keadaanterpinga-pinga.

     “Ha, ha, ha, ha,ha!” Zainab ketawa melihatkan telatah Pak Uda Alim. Tiba-tiba Zainab kembaliterbaring tak sedarkan diri. Dia diam tidak terkutik. Sahar kebingungan. Saharteringatkan Ustaz Mokhtar yang pernah merawat isterinya itu tetapi masalahnyarumah Ustaz Mokhtar jauh.

     Untuk ke rumahUstaz Mokhtar tentu sukar. Sahar Cuma ada sebuah motosikal buruk. Wangsimpanannya pun sudah berkurangan. Dia tidak mampu lagi untuk menyewa kereta.Sahar meramas-ramas kepalanya.

     “Ayah, nanti sayacuba telefon ustaz, manalah tahu dia boleh datang,” cadang Ayman sambilmenghidupkan enjin motosikal. Dia membelah kegelapan malam dengan harapanmenggunung.

     Malang sekali,setelah berbincang, Ustaz Mokhtar memang tidak boleh datang. Pesakit-pesakityang menanti giliran rawatan di rumahnya sentiasa ramai. Namun, untuk tidakmenghampakan keluarga Sahar, Ustaz Mokhtar menghantar anak-anak muridnya.

     Lebih kurangsejam kemudian, anak murid Ustaz Mokhtar tiba bersama-sama dengan dua rakannya.

     “SayaJalaluddin...,” anak murid Ustaz Mokhtar yang berumur dalam lingkungan tigapuluhan itu memperkenalkan diri. “Ini rakan saya, Ibrahim dan Azmi. Kami akancuba tolong rawat kak Zainab,” jelas Jalaluddin. Sahar mempelawa ketiga-tigaanak muda itu naik ke atas rumahnya.

     “Boleh abangSahar sediakan sedikit lada hitam tumbuk, sedikit beras dan satu jag airkosong,” pinta Jalaluddin.

     Sebaik sahajaketiga-tiga benda yang diminta tadi disuakan ke hadapan Jalalluddin, dia terusmembaca wirid-wirid dan doa. Air yang dibacakan doa tadi cuba disugukan kemulut Zainab. Tiba-tiba Zainab menepis gelas berisi air penawar itu sehinggaterpelanting ke lantai. Mujur tidak pecah. Zainab bangun dan cuba menerkamJalalluddin. Mujur Ibrahim dan Azmi cepat menangkap Zainab.

     Jalalludin segeramelekapkan tapak tangannya ke atas kepala Zainab sambil membaca ayat-ayat AlQuran, iaitu ayat dua puluh tujuh, surah ar Rahman dan ayat-ayat daripada surah Yaasiiin. Jalalluddin menepuk keras bahu Zainab disertai helaan nafasyang tajam diiringi zikir, Allah hu!

    Serentak denganitu juga Zainab tersedar. Dia beristighfar beberapa kali diselangi dengan ucapandua kalimah syahadah.

    “Assalaamu’alaikum!” sapa Jalalluddin.

    “Wa’alaikumussalam..,” balas Zainab dalam nada lemah. Dia nampak amatkeletihan.

     Jalalluddinmembacakan doa pada air lalu diberikan kepada Zainab. Walau agak keletihan,Zainab meneguk air penawar itu dengan perlahan sehingga habis. Saharmengurut-urut belakang Zainab  sambilmembetul-betulkan pakaian isterinya.

     “Kenapa denganKak Nab, ni, dik?” tanya Zainab.

     “Entahlah, kak,saya tak tahu macam mana nak bagitahu kakak dan abang. Cuma yang saya pastisyaitan yang merasuk kakak tu dah kembali kepada tuannya,” terang Jalalluddin.

     “Mungkinkahkarenah orang, dik?” tanya Sahar pula, tetapi Jalalluddin menggeleng-gelengkankepala. Jalalluddin tidak berani membuat sebarang sangkaan dan tohmahan.

     “Nanti abang dankakak bolehlah jumpa dengan Ustaz Mokhtar untuk dapatkan penjelasan lebihlanjut,” sambung Jalalluddin.

     SewaktuJalalluddin melangkah turun, Sahar menghulurkan dua keping duit kertas limapuluh ringgit tetapi ditolak sopan oleh Jalalluddin. Sekadar menolong, katanya.

SEKIAN

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.