Home Cerpen Seram/Misteri Milik siapakah Instagram itu?
Milik siapakah Instagram itu?
TEN
31/3/2020 15:25:52
2,547
Kategori: Cerpen
Genre: Seram/Misteri

Satu cerita yang pernah diceritakan oleh abangku.


Kisah seorang wanita yang menuntut ilmu sesat satu ketika dahulu. Syaitan yang dipuja merasuk dan akhirnya si wanita itu membunuh keluarganya sendiri. Si suami dibunuh dengan kejam. Hanya kulitnya yang tinggal. Tulang beserta organ-organ lain tidak dapat ditemui sehingga ke hari ni. Memang seram. Teringatkan kisah itu saja boleh membuatkan aku tak berani nak ke dapur sorang-sorang. Meremang bulu roma.


"Come on Mazlee. Dah berapa hari kau asyik tidur lambat je ni" bentakku di dalam hati. 


Ini semua handphone ni punya pasal. Dari tadi aku asyik scroll je. Tiada pula gambar yang best-best. Semua orang dah tidur ke apa ni?


Beginilah kisah aku hampir setiap malam. Dari Instagram, TikTok, Facebook. Semua aku baca. Kadang-kala gossip artis pun aku baca. Walaupun tak minat sangat. Kalau bukan sebab handphone ni, mesti setiap malam aku tidur awal.


Jam menunjukkan pukul 1 pagi. Tiba-tiba aku mendapat satu notifikasi "marinaolivia started a live video. Watch it before it ends!". 


"Bila masa pulak aku follow minah ni?" Nama tak familiar langsung. Aku pun menekan notifikasi tersebut. Selepas beberapa saat, ternampak video seorang wanita sedang duduk. Latar belakangnya putih. Seperti di dalam sebuah bilik. Senyumannya manis berserta make-up yang simple. Sedikit maskara dan eye-liner. Bibirnya berwarna merah jambu. Rambutnya panjang melepasi bahu. Panjang sehingga tidak kelihatan dalam video itu kerana mukanya agak dekat dengan skrin. Setelah beberapa saat menonton. Masih tidak kedengaran sebarang suara.


Apa buat "live video" tapi tak cakap apa-apa ni, baik tak payah.


Macam ni pun bole dapat 2787 viewer. Aku terus merenung ke ruangan komen. Ramai yang memuji kecantikan wanita itu. Aku terus menekan butang tanda soal di bawah dan menaip "Kenapa buat live video malam-malam mcm ni? tak tido ke?". Aku cuba berjenaka. Mana la tau ada response. Mata wanita itu tertumpu pada ruangan hujung skrin video. Mungkin sedang membaca soalan aku. Raut wajahnya berubah. Dia yang tadi tersenyum tiba-tiba teresak-esak menangis tanpa air mata. Video tadi bergegar seketika sebelum hilang.


Aikk..takkan sebab soalan aku kot? Aku tanya main-main je. Entah-entah bapak dia marah main Instagram malam-malam.


Aku terus menyambung rutin harianku. Tanganku terus menarik-narik skrin Instagram walaupun semua post dari kawan-kawanku sudah habis aku lihat. Tiba-tiba satu notifikasi yang sama masuk. "marinaolivia started a live video. Watch it before it ends!".


Ohh..minah ni online balik la. Aku pun terus menekan butang "watch now" dan muncul video yang sama seperti tadi. Wanita yang sama duduk tersenyum. Ruang komen penuh dengan emoji dan logo hati berbagai warna kelihatan memenuhi ruangan tepi skrin. Aku sekali lagi menekan butang tanda soal dan menaip "Awak pakai perfume apa?" cuba berjenaka sekali lagi. Harap kali ini dia response. Wanita itu merenung ke arah hujung skrin untuk beberapa saat dan tersenyum lebar. Kali ini lebih lebar senyumannya. Seperti mendapat khabar berita gembira. 


Angin dingin tiba-tiba membias dipipiku sehingga ke tapak tangan terasa sejuknya. Dingin seperti ada aircond di dalam bilik. Serta-merta bau wangi menerusuk ke hidungku. Aku terus menghidu untuk memastikan. Baunya tajam menyengat ke hidung. Aku menarik nafas dalam-dalam dan menutup mata. Ahhhh..bestnya bau ni. Aku terus berdiri untuk mencari di mana asalnya bau wangi ini.


Dalam separa sedar, handphone tertinggal di atas katil dan aku berdiri di tengah-tengah bilik sambil menghidu-hidu ke ruang bilik. Aku terus keluar dari lamunan dan kembali menatap handphoneku. Apakahh? Bukan ke tadi aku tanya pasal perfume dia? Mana datang bau wangi tadi? Aneh. Serta-merta bau tadi hilang. Aku membuka beberapa laci almari untuk memastikan kalau ada perfume aku yang tertumpah. Aku ni dah mengantuk sangat agaknya. Masa untuk tidur. Bisik hati ku.


Aku menatap lagi sekali video yang masih bersiaran di handphone. Gadis itu masih tersenyum. Masih banyak komen-komen memuji kecantikan dia dan logo-logo hati masih bertebaran di tepi skrin. Hatiku berdebar. Seperti ada sesuatu yang tidak kena. Senyuman gadis tersebut ku tenung dan terasa bulu romaku meremang. Iskk.. takkan la hantu kot.


Satu notifikasi mesej masuk. Seorang yang tidak aku kenali menghantar satu pautan Facebook bertajuk "Wanita maut dilanggar kenderaan." Seorang gadis maut manakala rakannya parah selepas motosikal mereka naiki dilanggar van di kilometer.... aku berhenti membaca. Mataku tertarik pada sekeping gambar di bahagian bawah artikel tersebut. Ya, ini gambar wanita dalam instagram tu. Siapa yang menghantar artikel ini kat aku??


Aku terus membuka Instagram sekali lagi. Kelihatan live video itu masih berlangsung. Aku menekan butang tanda soal itu dengan tanpa berfikir panjang aku menaip "Awak ke Marina Ozlyn???". Nama dari artikel yang aku baca tadi. Nama yang agak senang aku ingat. Entah kenapa.


Wanita tadi berpaling ke ruang tepi skrin. Kali ini raut wajahnya berubah. Dia masih tersenyum. Perlahan-lahan senyumannya semakin melebar. Matanya membesar sedikit demi sedikit hingga ternampak penuh mata hitamnya. Bibir yang berwarna merah jambu bertukar hitam. Urat kehitaman mula timbul di bahagian pipi dan lehernya. Warna kulit menjadi putih cerah seperti kapas. Matanya mula mencair dan masuk ke dalam soket matanya perlahan-lahan. Aku merenung. Merenung ke dalam soket matanya yang hitam.  Merenung jauh ke dalam soket matanya yang gelap gelita seperti gua yang tidak berpenghujung. Mulutnya terngaga menampakkan giginya yang kekuningan. Kulit pipinya tersiat perlahan-lahan sehingga menampakkan rangka mulutnya yang keputihan. 


"Tolong aku Mazlee..." 


"Tolong aku.." rintihnya.


Tangan dan kakiku berasa lemah. Jantungku bergedup pantas. Darah mengalir ke kepala hingga membahangkan dahiku. Telingaku dapat mendengar degupan jantungku sendiri. Dengan tangan yang amat berat untuk digerakkan aku memaksa diriku menekan butang power di handphoneku berkali-kali. Aku mencampakkan handphone itu ke hujung bilik. Lampu bilik terpadam dengan serta-merta. Aku cuba melihat ke kiri dan kanan namun penglihatanku terhad. Kini hanya lampu skrin handphoneku yang menemani. Lampu malap dari skrin handphone itu tidak dapat menerangi sepenuh bilik.


"Kreeeekkkkk...."..Aku menoleh ke arah bunyi pintu bilikku yang terbuka perlahan-lahan..


"Mazleee.....tolong akuuu.."

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.