Home Cerpen Lucu Kisah viral : 'Ring' di Hari Kekasih 14 Februari 2018
Kisah viral : 'Ring' di Hari Kekasih 14 Februari 2018
masterzaki
14/2/2018 13:31:30
5,426
Kategori: Cerpen
Genre: Lucu

Kisahviral : 'Ring' di Hari Kekasih 14 Februari 2018.

(Nukilan [email protected])

 

Hari ini 14 Februari 2018. Orang kata hari kekasih. So aku teringat hal yang terjadi semalam. Sewaktu aku sedang repair bike Blade 250 aku yang tak boleh start.Sebab dah 5 bulan berbungkus. Bateri jadi weak. So kena anta caj. 

 

Masa sedang aku leka godek bike tu, aku terpandang satu benda yang berkilau.Walaupun aku godek bike bawah bumbung garaj, namun silauan cahaya matahari dipantulkan kuat oleh benda tu. Aku datang dekat dan melihat. 


Wow! 'Ring!' Sapa pulak yang tertinggal 'ring' ni depan garaj rumah aku. Mengikut akta perumahandan kerajaan tempatan barang siapa tertinggal barang berharga seperti 'ring'ini di depan rumah orang, maka tuan rumah itu berhak mengaku milik barang itu menjadi haknya. Oleh itu tanpa segan silu, aku pun mengambil 'ring' itu dan menyimpan dalam poket kecik seluar jeans yang kupakai.

 

Itu kisah semalam. Pagi ini selepas bangun dari tidur. Aku melihat 'ring' itu yang kuletakkan di meja sebelah perfume dexandra. Masih kilat berkilau 'ring' tersebut. Lantas aku masuk ke bilik air untuk mandi. Dengan niat lepas mandi nanti baru best pakai 'ring' ni.

 

Selesai mandi aku terus memegang 'ring' itu. Tapi aku tak tau 'ring' ini sesuai untuk lelaki kah atau untuk wanita. Kalau untuk wanita maka aku kena lah bagi hadiah kepada insan teristimewa. 

 

Tapi kalau 'ring' ni sesuai untuk lelaki, elok aku pakai sendiri. 'Ring' ni macam ada batu walaupun tak berapa nak bulat macam leper je. Ah buntu gak aku memikirkan hal ni.

 

Terus aku sarungkan ke jari manis ku. Untuk melihat kesesuaian di jari yang kusarung ini. Tapi aku rasa bagai tak kena. Bagaikan ada suara berbisik bisik di telinga mengatakan 'ring' ini tak sesuai untuk aku.

 

Dek kerana buntu memikirkan, aku mengambil keputusan untuk bertanyakan pendapat rakyat malaysia semua. Sesuaikah 'ring' ini dijariku atau adakah insan lain yang lebih sesuai memakai 'ring'ini? Boleh hantarkan komen anda di bawah ini.

Menanti komen anda, yang menaip kisah ini [email protected].

 

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.