Home Cerpen Komedi/Romantik Komedi Bikers Tak Kental-Kembali (Return of ‘Bikers Tak Kental’)Episod:Tangan yang melambai…menyeramkan!
Bikers Tak Kental-Kembali (Return of ‘Bikers Tak Kental’)Episod:Tangan yang melambai…menyeramkan!
masterzaki
2/11/2016 12:58:22
8,401
Kategori: Cerpen
Genre: Komedi/Romantik Komedi

Bikers Tak Kental Kembali

(Return of ‘Bikers Tak Kental’)

Episod : Tangan yang melambai…menyeramkan!

     Jam di handphone menunjukkan 10 minit lagi masuk jam 6.00pagi. Aku menolak motor yang baru 2 minggu dibeli ke luar pagar rumah. Supaya bunyi dan asap enjin yang berkarbon monoksida ini tidak menggangu manusia lain dalam rumah. Choke ditarik dan enjin motor dihidupkan. Sambil menunggu enjin motor panas, aku menyarung jaket Alpinestars yang kudapat percuma masa beli Naza Blade 250 GTR tahun 2014 dulu.

     Hampir dua tahun sudah waktu berlalu semenjak kali terakhir aku menulis cerpen bertajuk Bikers Tak Kental Bab 2. Ketika itu aku menunggang Blade GTR. Pergi balik dari rumah di Beranang ke pejabat di Shah Alam. Perjalanan sehala memakan masa hampir sejam setengah. Jarak lebih kurang 90km.

     Kini 2016, aku masih lagi menunggang bike untuk pergi kerja. Cuma bezanya kini aku menetap di Kg Gajah, Perak dan pejabat aku di Ipoh, Perak. Jarak dan masa lebih kurang sama seperti di Shah Alam dulu. Yang jelas berbeza adalah kuasa cc motor ku. Dulu Blade 250cc. Kini aku menunggang Modenas CT115s. Kalau dalam matematik kira 250 – 115. Beza 135cc. Hehehe. Tu cc untuk Yamaha LC 135.

     Bukan aku tak minat bike Yamaha ni. Tapi macam sebutan namanya. Yang Mahal! Semua jenama bike ni besar belanja hantaranya. Hantaran merisik je (deposit untuk bayar muka skim ansuran bulanan) cecah ribu-ribu ringgit. Kalau belanja hangus (bayaran tunai) untuk perkahwinan dengan bike jenis Yamaha ni paling murah pun model LC135 dekat-dekat RM7k jugak. Dah la harga Yang Mahal. Kes kecurian bike jenis ini pula amat tinggi. Sebab bike top gini susah dibiarkan kesepian sesorang. Perlu diteman sepanjang masa. Tidur bersama. Tapi memang Yamaha jenama bike yang hebat.

     Sebab tu aku memilih jenama Modenas. Model CT115s. Sudahlah murah. Tak digemari pencuri (harapannya la). Cara meminang pun mudah. Aku hanya tunjuk payslip dan kemudian kedai motor panggil aku datang bayar bayaran muka . Terus ambil bike. Bayaran muka hanya RM400 berbanding model LC135 dengan bayaran muka RM1,500. Hehehe jauh beza kan. Sebab bike tak top. CC kecik je pun. Janji bike ‘Kapcai’.

     Aku duduk di atas bike. Melihat jam di handphone ku - Alcatel. Menunjukkan jam 5.55pagi. Semua telah siap dipakai. Helmet full face flip up jenama LS2 telah disarung di kepala. Jaket Alpinestars telah dipakai ke badan. Disarung diluarnya dengan jaket keselamatan pemantul cahaya. Warna terang oren dan hijau pantul cahaya. Tertulis di tengah belakang jaket keselamatan ini, “Kontraktor TNB Kuala Lumpur”. Jaket pemberian ihsan adik aku. Hehehe. Barang ‘rare’ gini susah nak dapat. Sarung tangan murah beli di D.I.Y juga telah siap ku sarung ke tangan. Siap sedia untuk memulakan ‘ride to office’.

     Choke ditutup. Trottle dipulas. “Bismillah....” Aku memulakan perjalanan dengan membaca bismillah. Mengucap dua kalimah syahadah dan berselawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W. Manalah tau, kot-kot perjalanan aku hari ini merupakan hari terakhir aku hidup di dunia. Sekurang-kurangnya dapat la mati dalam iman. Hehehe.

     Sambil bike aku bergerak dengan kelajuan biasa 80kmj, sesekali aku memandang odometer. “Baru 1200km”. Senyum memikirkan bike aku baru mencecah angka 1000km perjalanan. Dalam fikiran aku terlintas, sepatutnya bike ni aku anta servis masa 1000km aritu. Tapi sebab ghairah tak sabar nak servis awal, aku anta servis masa meter 600km. Pusat servis Modenas pun sebelah opis aku di Ipoh. Hehehe. Lepas tu baru puas hati aku pulas trottle tahap maksima. Baru lah dapat cecah 105kmj.

     Sedar tak sedar, aku telah 5 minit keluar dari kawasan taman perumahan dan kini memasuki jalan raya yang gelap gelita. Bagi sesiapa yang tau, dari Kg Gajah untuk ke Ipoh biasanya orang tempatan akan lalu Jalan Tanjung Tualang. Tapi aku tak gemar jalan tu sebab banyak korner dan jalannya sepanjang masa gelap. Sebab aku gerak seawal 6 pagi dari rumah. Oleh itu aku menggunakan Jalan Lambor Kiri – Bota Kiri – Lebuhraya Lumut – Ipoh. Walaupun jalan tu jauh sedikit tapi jalan ini lebih banyak jalan lurus tanpa simpang dan melalui lebuh raya yang lebih terang dengan lampu dan selamat.

     ‘Riding’ di kawasan jalan raya yang gelap gelita begini memerlukan cahaya yang kuat untuk perjalanan yang selamat. Aku menyalakan lampu tinggi. Lampu signal kanan juga dinyalakan. Pantulan lampu signal pada indicator signal panel meter memantulkan cahaya terang kepada baju keselamatan pemantul cahaya yang aku pakai. Hasilnya, sekiranya ada orang lain yang di jalan raya yang gelap ini, pasti mereka nampak baju aku yang disimbah cahaya ini.

     Jalan raya ini gelap tanpa lampu jalan. Di kiri aku adalah kawasan ladang kelapa sawit yang luas. Kanan aku pula adalah terusan air yang mengalirkan air ke sawah bendang sejauh 20km dari jalan ini. Jalan ini lurus dan selamat cuma gelap sebab tiada lampu jalan je.

     Aku menunggang dengan berkhayal memikirkan hari semalam. Semalam hujan lebat. Jadi aku keluar rumah agak lewat iaitu sekitar jam 8pagi. Ketika sedang berkhayal itu, tiba-tiba...

     Kelihatan tangan yang melambai-lambai di hadapan, sebelah kanan jalan. Darah aku terus berderau naik ke kepala. Tangan itu memang melambai-lambai kepada aku. Kerana aku je satu-satunya kenderaan yang ada di jalan raya pada detik itu. “Astagfirullahalazim!” Aku terkejut. Dalam keadaan gelap gelita itu, lampu bike aku dapat menerangi tangan yang melambai-lambai itu. Aku tak nampak muka orang yang melambai-lambai itu. Bahkan aku tak perasan pun kepala dia. Yang aku nampak. Baju t-shirt merah menyala. Tangan kanan dia melambai-lambai kepada aku. Macam mintak aku berhentikan motor aku ni. Kaki dia aku tak perasan. Yang nampak dalam sinar cahaya bike aku hanya seluar pendek.

     Tindak balas respon di otak aku memproses maklumat dengan menyatakan, mungkin kulit orang itu gelap. Jadi aku tak nampak kepala, muka dan kaki dia. Yang aku dapat lihat hanya tangan kanan dia yang melambai-lambai. Secepat respon itu juga, otak ku memberitahu, dia ni mesti mat gian. Lepas hisap dadah dalam hutan. Merayau sorang-sorang begini. Macam-macam alasan logik yang dicipta akal fikiran ku.

     Tindak balas refleks tangan ku pada mulanya memperlahankan pulasan trottle bike. Sebab aku ingat orang eksiden nak minta bantuan dalam kawasan gelap gelita ini. Tapi kemudian, “Pegi mampus. Kang tak pasal-pasal aku kena bunuh kat sini. Baik aku pecut.” Hahaha. Kata-kata penguat semangat begitu amat memberangsangkan saraf tangan aku untuk terus memecut bike aku. Meter bike tadi 80kmj kini dengan pantas naik ke 100kmj. Hehehe. Bye-bye tangan yang melambai.

     Pergh! Hampir 10 minit aku memecut barulah kini aku tiba di persimpangan kampung Lambor Kiri yang terang dengan lampu jalan. Kurus semangat aku tadi. Terkejut aku tadi macam terkejut tengok harga minyak masak yang netizen viralkan kat whatsap. Ada ke minyak masak dalam botol 5kg daripada RM13.35 naik kepada RM21.15. Mau tak terkejut tengok harga tu. Rupanya tak betul. Minyak masak tu naik kepada RM20.00 je. Kurang RM1 daripada harga yang mereka viralkan. Hahahah. Terkejut tak? Tak kan?

     Itu tak berapa terkejut sangat la. Sebab kenaikan minyak petrol semalam lagi best. Biasa aku isi minyak petrol untuk bike aku ni penuh RM5.00 je. Tapi semalam 1 November 2016, bermula harga petrol baru RON95 RM1.95 untuk satu liter. So aku isi penuh semalam jadi RM6.00. Terkejut tak? Takkan? Kalau nak bandingkan dengan tangan yang melambai-lambai tadi, mana yang lebih mengejutkan? Hehehe. Berkat kenaikkan harga minyak RON95 tu, bike aku bawak semalam bertambah kelajuannya. Hehehe. Tapi kenaikan tu masih murah sebab kepimpinan negara dah bagi diskaun 5sen. Kalau tak naik 20sen. Nasib pemimpin perihatin. Bagi kurang 5sen. Tapi kurang la power speed motor aku 5kmj. Hehehe. Faham ke? Yang faham, faham lah. Tak faham sudah.

     Sampai di kawasan Kampung di Lambor Kiri itu, kelihatan seorang budak kampung yang menunggang motor di jalan yang sama memandang aku. Dengan muka yang pelik dan terkejut. Tengok aku pakai full suit. Jaket motor dengan full face tapi ride motor kapcai je. Hehehe. Dia mana faham. Aku pakai gini sebab serangga yang terbang dalam hutan kampung ni banyak. So dengan pakai fullface ni takde la mata aku dengan muka aku dihinggap serangga terbang ni. Jaket ni pulak tebal so takde la sejuk kena angin kampung seawal 6pagi ni. Hehehe.

     Ketika tiba di persimpangan lebuh raya Lumut-Ipoh, aku berasa lega sangat sebab jalan lurus dan terang. Agak aku ketika itu jam 6.30pagi. So aku terus pecut dengan kelajuan maksima. CT115s ni paling laju boleh cecah pun 105kmj. Tapi tu kalau pulas sehabis daya la. Aku pulas trottle tahap biasa dan speed normal ketika itu 95kmj ke 100kmj. Kelajuan selamat untuk aku. Jika nak dibandingkan dengan kelajuan Blade GTR aku 140kmj ke 160kmj. Lagi laju ‘riding’ lagi cepat lah nyawa melayang. Memandangkan aku Biker Tak Kental jadi aku bertukar kepada motor kapcai ni. Alasan yang munasabah kot. Hehehe.

     Sebenarnya, aku dengan Blade GTR tu macam ada krisis sikit la. Aku tinggalkan dia macam tu je. Sebab dia nak bayaran bonus setiap hujung tahun RM500. Tu belum maintenance bulanan lagi. So sebab tuntutan dia yang melampau. Aku tinggalkan dia begitu je. Hehehe. Tapi nafkah bulanan aku tak pernah ‘miss’ bayar. Sebulan mesti RM400 aku berikan. Cuma aku dah jumpa buah hati baru. Terus aku pinang Modenas CT115s. Maintenance pun murah. Blade, kau sekarang dah ada ‘Madu’ baru. Hehehe. Blade GTR tu sekarang adik aku jaga di Kajang. Elok la dia sekarang. Aritu aku pegi rumah adik aku, tengok dia dari tepi, mengancam gak. Ghairah gak aku. Dapat gak aku puaskan diri aku dengan Blade GTR. Belanja dia minum RON95 di Stesen Petronas. Terasa gak pecutan ngancam dia 140kmj sekelip mata je.Blade. Kau ni menawan. Tapi maintenance kau tak sesuai untuk ekonomi Malaysia sekarang ni. Hehehehe.

     Sedang aku berkhayal tentang Blade, dengan tidak semena-mena sebuah bike memotong aku. Walaupun kelajuan aku ketika itu 100kmj. Bike itu memotong aku dengan selamba je. Aku tengok apakah gerangan nama jentera itu? Oh, aku memperlahankan pulasan trottle bike aku. Respek. Kata ku dalam hati, “Dia bukan sainganku”. Heheheh. Biar lah Honda RS150 ini pergi.

     Aku teringat pesan seorang pakcik dulu. Dia memandu kereta Nissan dengan enjin yang telah dimodifikasi jenis SR20. Triple S. “SSS”. Sedang dia memandu di jalan depan kilang Proton di Shah Alam, datang sebuah lagi kereta sport mencucuk belakang keretanya. Kemudian kereta itu memotong Nissan SR20 ini. Pakcik yang memandu SR20 tahu. Kereta itu bukan saingannya. Dia memperlahankan keretanya. Memberi laluan kepada kereta sports yang memotong itu. Rupanya kereta yang memotong itu adalah Skyline GTR R35. Moral cerita ini yang aku fahami. Jika kita tak mampu bersaing, ketepilah. Bukan level kita. Hehehe. Itu yang aku lakukan sekarang. Memberi laluan kepada Honda RS150 ini memotong. Hehehe.

     Padan lah kawan ku bernama Ah Boy (seorang lelaki melayu nama je macam cina) pernah cadangkan aku beli motor ni dulu. Tapi modal kita tak besar kan. Jadi tak termampu la untuk kita menghantar rombongan meminang RS150 ini.

     Berbalik kepada bike RS150 yang memotong aku tadi. Aku dah bagi dia pegi dulu. Sebab bukan level aku nak kejar bike tu. Tapi dekat sampai simpang lampu trafik di kawasan Menglembu, aku perasan bike RS150 ada di situ. Tunggu lampu merah bertukar hijau. Terus aku selit sebelah kiri brother yang menunggang RS150 itu.

     Tangan kanan aku angkat tanda hormat. Cermin full face aku bukak dan bertanya, “Brapa top speed dapat bang?”. Brother tu tersenyum dan memandang ke meter digital bikenya lalu menjawab, “Oh, belum pernah test lagi top speed. Bike baru lagi.” Dia gelak kecik. Aku pun angguk kepala. “CC besar bang. Boleh pegi ni.” Saja aku up sikit bike bro tu. Kasi dia bangga. Orang kata, kalau tak boleh lawan, biar jadi kawan. Hehehe.

     Lampu merah bertukar hijau. Sebab respek aku bagi bro tu pergi dulu. Kemudian baru aku ‘follow’ belakang. Hehehe. Kemudian otak aku rewind balik jawapan brother RS150 tadi, “Tak pernah test top speed. Bike baru.” Aku fikir la kan, brother ni pun biker macam aku gak. Tak berani pulas trottle dan tak berani bawa laju macam aku bawak Blade dulu. Aku rasa RS150 ni boleh capai top speed 140kmj atau 150kmj. Sama laju dengan Blade ni. Lagi laju speeding, lagi cepat la nyawa terbang. Hehehe.

    Sayang nyawa ye bang. Sama la kita, “Bikers Tak Kental”. Aku membelok ke simpang kanan Falim, Ipoh dan brother RS150 terus menuju ke Klebang dengan kelajuan lebih kurang 110kmj je. Hehehe.

“Next ride... Fraser...Kau tunggu aku datang!” Hahaha.



Karya nukilan,

[email protected]

2 November 2016.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.