Home Cerpen Komedi/Romantik Komedi sketsa pendek : Kering darah
sketsa pendek : Kering darah
cikgooden ahmad
3/6/2013 04:03:31
2,834
Kategori: Cerpen
Genre: Komedi/Romantik Komedi

Sudah lama hero menyepi. Heroin di sebelah sana juga menyepi. Dua dua menyepi. Sepi tanpa berita. Bergaduh kah mereka? Berselisih fahamkah mereka?

Tidak. Mereka masih berhubungan. Cuma hubungan mereka itu tidak dihidu oleh pencerita ini, yakni aku. Sehinggalah petang tadi, hero menelefon heroin ajak makan.

"Jom..." balas heroin.

Dalam perjalanan ke tempat makan, satria yang dinaiki terhumbanke dalam lopak di tengah jalan. Lopak yang dijanjikan untuk ditampal semula, sebelum pilihanraya. Tapi tak sempat nak dibuat. Mungkin tunggu pilihanraya kali ke 14 akan dimasukkan dalam manifesto kerajaan masa itu. Dalam keadaan terhoyong-hayang, satria itu bergerak. Hero tidak upaya mengawal stereng lalu menghentam pokok yang ditanam ditepi jalan. Atas tujuan apa pokok besar ditanam ditepi jalan, tidak diketahui.

Hero mati? Oh. Tidak. Sebaliknya, heroin mati ditempat kejadian. Kematiannya amat tragis. Kepala pecah. Otak terkeluar secara meleleh. Tangan tercabut. Kaki patah. Dan segala bentuk ketragisan yang tak dapat kita nak bayangkan. (Pada hal tak tahu nak tulis apa..hahaha).

Ironi. Hero haram secalit luka pun tidak. Apatah lagi mati.

Melihatkan heroinnya sedemikian rupa, timbul sedih yang amat di hati hero. Ekoran daripada kesedihan melampau, satu tindakbalas spontan yang dinamakan meraung tak hengat dunia dilaksanakan oleh hero. Dalam tangisan teresak-esak. Dalam juraian airmata yang merembes dari kelopak mata. Hero menangis semahu-mahunya. Walaupun dia menyedari bahawa heroinnya mustahil akan hidup semula. Hero tetap menangis.

Hingga habis airmatanya. Tak cukup air mata, dengan darah hero tangiskan. Bak kata orang, menangis air mata darah!
.......
Hero masih menangisi pemergian heroin. Akibat tangisan yang tak henti-henti menyebabkan habis keluar semua darah dari badan hero. Tiada lagi yang tinggal hatta setitik. Kering darah hero!

Hero mati sebab tiada lagi darah dalam badan.

Kah.kah..kah..

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh cikgooden ahmad