Home Cerpen Keluarga Kasih
Kasih
Jiwa Jingga
24/1/2019 07:05:04
4,984
Kategori: Cerpen
Genre: Keluarga

Oleh Jiwa Jingga

 

KEDENGARAN kicauan burung berterbangan dengan angin sepoi-sepoi bahasa di petang hari.Cuaca juga redup dan awam dilangit membiru.Indah sungguh Ciptaan Allah. Di hadapan kasih terdampar selautan sawah padi yang menghijau. Kasih duduk bersimpuh di pangkin tepi rumah kawannya Lin. Menghirup udara segar dan begitu menyenangkan fikiran. Disinilah Kasih akan datang sekiranya fikirannya kusut dan memerlukan ketenangan. Lama juga Kasih tidak berkunjung ke rumah Lin.Terasa kerinduan kepada mak dan ayah kawan baiknya itu yang telah dianggp seperti mak dan ayah angkat Kasih. "Nah Kasih...duduk sambil kita makan mangga cicah" kedengaran suara Lin datang dari belakang membawa semangkuk mangga yang dipotong bersama semangkuk sambal kicap. 
     "Lama rasa tak datang ke sini" Kasih berkata "tulah kau...time merajuk baru nak datang ke siini" balas Lin berseloroh sambil ketawa kecil
"Nak mengusik akulah tu" jawab Kasih.Lin bekerja membantu  ayahnya di sawah dan kebun. Kebunnya terletak 4 km daripada rumah. Biasa Kasih juga akan menolong Lin di kebun. Memungut buah dukung dan langsat. Kadangkala memetik buah kopi yang akan dikeringkan dahulu sebelum dijual. Jika musim durian..Kasih dan Lin akan menunggu dan memungut durian yang jatuh
            "Ni bila nak balik" tanya Lin. "Sampai bila nak merajuk ni" sambung Lin." Tunggulah 1 atau 3 hari lagi, baru aku nak balik" jawab Kasih. "Kali ni berapa lama mummy kau outstation?" Tanya Lin "Dalam 2 minggu" jawab Kasih.”Kali ini,apa Mummy kau dah  buat?” Tanya Lin.“Entahlah Lin, apa yang aku buat, aku cakap semua tak kena kat mata Mummya aku”balas Kasih. “Apa lagi yang dia nak? dengan Razlan yang dia tak suka tu pun aku dah tak kawan” balas Kasih lagi. “Pasal restoran lagilah, berulang-ulang kali kata aku tak ambil kisah, semua harapkan pekerja.Proposal menu baru aku pun dia tolak. Kata dia tak ada nilai komersial…kekampungan” Kasih meluah dengan rasa kecewa. “Aku rasa macam tak dihargai langsung Lin” raut wajah Kasih berubah.“Sabarlah Kasih, mungkin ada sebab-sebab tertentu yang kita tak tahu kenapa Mummy kau macam tu” Lin menyedapkan hati kawannya itu. Memang mummy Kasih kerap outstation menguruskan restoran yang terletak di Kota London. Jadi setiap kali mummynya tiada dia akan datang ke rumah Lin. Ayah Kasih juga kerap outstation...abangnya pulak berada di hujung selatan semenanjung menguruskan restoran kepunyaan keluarga disana. Biasa Kasih akan tinggal dengan pembantu rumah sahaja dipanggil kak Mek. Kak Mek juga dah menjadi sebahagian keluarganya sebab telah berkhidmat hampir 20 tahun bersama pemandu bernama Izat yang juga suami kak Mek. Lin merupakan kawan sekolah Kasih sedari sekolah menengah. Kasih juga menguruskan restoran keluarganya yang terletak di Kota Kemuning. Sementara dia bercuti,urusan restoran diserahkan kepada pekerjanya Leez.Kawan Kasih, Lin juga merupakan anak ke dua, Abangnya bekerja di sebuah syarikat minyak di Pelabuhan Klang. Kasih jarang-jarang bertemu Aziz memandangkan dia tidak selalu balik ke kampung. 

“Mak jah, teh ais kaw 2” jerit Lin kepada Mak Lijah yang sibuk membuat air untuk pelanggan lain. Selepas 10 minit “ Nah, tehaisnya” kata Mak Lijah sambil meletakkan cawan berisi teh ais ke atas meja.“Lama tak Nampak kamu Kasih, si Zahid asyik sebut nama kamu je” Tanya Mak Lijah. “ Busy Mak Jah, ni pun baru sempat datang ke mari” jawab Kasih. “Mana Zahid Mak Jah?” Tanya Kasih sambil mengacau teh aisnya.”Dia ke kedai kejap,beli stok barang yang habis” balas mak Lijah.” Kamu berdua sambunglahberborak..biar mak cik ke dapur” pesan mak Lijah. “Rindu aku dengan  teh ais ni,…pergi mana-mana pun tak sesedapteh ais Mak Jah ni” Kata Kasih. “kau rindu teh ais mak Jah ke atau kau rindu anaknya” seloroh Lin sambil ketawa. “kau ni Lin..ke situ pulak” jawab Kasih malu-malu. Sedang asyik berborak , kelihatan Zahid sampai dengan van Alzanya.  “Lama kau tak ke mari Kasih” Tanya Zahid sambil membawa beberapa kertas dokumen. Mungkin invois pembelian barang kedaiagaknya, bisik hati Kasih.”Aku ada je lah…” balas Kasih. “Malam nanti kau free ke “ Tanya Lin. “Kita keluar pergi makan…boleh sembang-sembang lama sikit” kataLin Lagi. “Boleh-boleh, nanti aku jemput korang. Tepat jam 8 malam tau” balas Zahid kegirangan.

“Cepat…apa yang lama sangat korang bersiap tu”Zahid menjerit ke arah rumah Lin. Tepat jam 8 kereta Zahid dah terpacul dilaman rumah Lin.Kelihatan Lin dan  Kasih tergesa-gesa keluar. “ Kau ni memang tak penyabar langsung, nak bersiap pun  tak sempat tau” jerit Lin smbil memakai kasut. Sejurus kemudian, Zahid menghidupkan enjin kereta dan berlalu.”Kita nak ke mana dulu ni, terus makan atau ke pantai” kata Zahid. “makanlah dulu” sekilas jawapanLin. “lapar sangat dah ni” sambungnya lagi dengan muka selamba. “Ok, kita makansotong tepung…fehhh…tiba-tiba pulak lapar” spontan kata Zahid. Mereka berhenti di sebuah restoran untuk menjamu selera. Selesai sahaja makan, mereka berhenti di pesisir pantai sambil membentang tikar untuk duduk.

“Restoran kau ok ke Kasih,”soal Zahid.sambil membuka topi yang dipakainya. “InsyaAllah, kalau Leez yang uruskan aku memang percaya semua akan ok. Dia bagus dan cekap orangnya.Dia tahu apa perlu dibuat tanpa arahan aku” puji Kasih kepada Leez“ Kasih telah menganggap Leez seperti keluarganya sendiri. “ Ni nak bagitahu, esok akak kena balik menggantikan Leez sebab dia terpaksa balik ke kampung dan cuti beberapa hari membawa ibunya ke klinik untuk rutin checkup Dia baru sahaja whatapps aku pagi tadi.” Sambung Kasih kepada kawan-kawannya. “Cepat pulak nak balik,. Apapun aku doakan semua baik-baik sahaja kat restoran kau” pesan  Lin. Tiba-tiba Kasih merenung jauh seperti memikirkan sesuatu.

Kasih sedang bersiap-siap mengangkat begnya ke kereta. InsyaAllah selepas Zuhor dia akan pulang ke Kota Kemuning. “Jangan lupa nanti datang lagi ke sini ye Kasih”. Kata ibu Lin.“Sedap Ibu masak tadi,  insyaAllah Kasih datang lagi Ibu” balas kasih smbil meletakkan begnya ke dalam bonet kereta.Selepas bersalaman Kasih mula memandu untuk pulang ke rumah. “Lin contact aku selalu “ sempat lagi Kasih mengingatkan kawannya Lin. “ dah tentu, mana bolehaku lupa kau. Jaga diri baik-baik.” seloroh Lin.

  Perjalanan mengambil masa dalam sejam sahaja.Kasih telah pun sampai ke rumahnya dan disambut oleh Kak Mek . “ Mummy belum balik lagi kak” Tanya Kasih. “Belum tapi katanya hari ini sampai” panjang umur ibunya. Sedang bersembang-sembang kelihatan kereta ibu Kasih pun sampai.Terdengar pintu kereta dibuka . “Kasih dari mana, mummy dengar Kasih tinggalkan restoran macam tu jer sahaja. Semua Leez yang uruskan. Jangan ingat Mummy takde, kamu boleh buat sesuka hati” gertak Mummy Kasih. Kasih hanya terdiam dan terus masuk menuju ke bilik.

“Puan, masuk dulu. Tak baik marah-marah macam ni, Puankan baru sampai. Pergilah berehat dulu. Nanti saya buatkan air. Puan nak air sejuk atau panas?” Kak Mek memulihkan keadaan ketika itu. “Ehmmm…bagi saya air sejuk” jawab Mummy Kasih. Kenapalah mummy melayan aku macam ni, getus hati Kasih. Mummy mula berubah sikap apabila Kasih tidak menurut kehendaknya untuk belajar ke Luar negara. Sejak itu kasih dituduh menjadi anak tidak mendengar kata.        Sedangkan sebelum ini mereka berdua mesra dan rapat sangat. Tambahan pula suatu ketika dulu ibu Kasih tidak menyukai kawan lelaki Kasih bernama Razlan yang beasal darikeluarga yang sederhana. Kasih mengenalinya sejak zaman belajar lagi. Ibu Kasih selalu merendah-rendahkan Razlan sehinggalah Kasih sendiri yang memutuskan hubungan dengan Razlan disebabkan malu dengan perangai ibunya Tapi itu kisah lama, Kasih mengimbau masa lampaunya.   

            “Kasih ...oh..Kasih,  cepat ke sini..” tiba-tiba terdengar jeritan Kak Mek. Kasih berlari keluar mendapatkan ibunya yang berada di bilik. “ Akak pun tak tahu sebab apa, tiba-tiba sahaja ibu Kasih pengsan.Baru akak nak panggil turun minum” kata Kak Mek lagi. “ kak Mek bawakan air” kata Kasih.. kak Mek datang semula dengan membawa secawan air. Direnjis-renjiskan kemuka ibunya tetapi masih belum juga sedar. “Kak, tolong Kasih angkat Mummy ke kereta,kita bawa ke hospital” kasih cemas. “ Baiklah” sambung kak Mek.

            Sejurus sampai ke Hospital, ibu Kasih terus ditolak ke Unit Kecemasan.Kasih dan Kak Mek menunggu diluar sementara ibunya dirawat. “Sabar ye Kasih, kita doakan ibu Kasih  selamat” Kak Mek mententeramkan Kasih. Selepas sejam doktor keluar. “ Ibu awak selamat, alhamdulilah Cuma keadaannya agak tertekan . Saya akan berikan ubat dan temujanji yang seterusnya“ kata doktor lagi. “Alhamdulillah, terima kasih doktor” balas Kasih. “Awak boleh masuk dan berjumpa ibu awak. Cuma dia masih tidur lagi” doktor menambah. “Alhamdulillah”balas Kasih kepada doktor yang merawat ibunya.

            Barulah kasih tahu rupanya ibunya juga tertekan dengan beban kerja harian, apatah lagi Papaku juga sering tiada di rumah. Adakah kasih yang terlalu ego sehingga tidak dapat memikirkan bebanan yang ditanggung ibunya. Masih belum terlewat untuk Kasih membetulkan keadaan. Menyatukan kembali keluarganya yang sibuk dek hal dunia..

            “Petang ni Mummy dah boleh keluar. Abang kirim salam, insyaAllah hujung minggu ni dia balik.Papa pun ada Mummy minggu ni” Kasih berkata kepada ibunya. “Kasih ingat nak buat kenduri kesyukuran sikit, dan tahlil arwah atuk. Boleh kita jemput orang surau, saudara dan kawan-kawan Mummy”. “Terima kasih Kasih, rasa lama kita tidak berkumpul begini, maafkan Mummy Kasih. Mummy selalu marah-marah kasih,sering tidak setuju dan berbalah dalam banyak hal…maafkan Mummy” mengalir airmata ibu Kasih menyesali perlakuaannya dan sikapnya kepada Kasih. “janganlah nangis Mummy, lama dah Kasih maafkan Mummy” Kasih memeluk erat ibunya sambil menangis.

            Petang itukasih menelefon Lin. “Lin kena bantu kasih, hujung minggu ni nak buat kenduri kesyukuran dan tahlil , tak nak ganggu Mummy, biar dia berehat sahaja. Ajak ibudan ayah sekali. Bermalam lah kat sini…please. ” Kasih memujuk Lin. “Kenalah Tanya ibu, ayah dulu…ko ni, aku on je” balas Lin. Kasih tunggu, Lin pergi tanya sekarang jugak”. Kelihatan Kasih sabar menunggu. “Kasih, ibu dan ayah setuju.Tapi tak boleh lama, siapa pulak nak bagi makan ayam-ayam abah nanti” Lin menjerit  kegirangan. Kasih lagilah seronok bila dengar mereka semua sanggup datang membantunya.

            “Sedap betul lauk yang ibu masak, semua orang puji sedap” Puji Kasih kepada ibu Lin sambil tangan ligat membasuh pinggan mangkuk. “Terima kasih Kak sanggup datang tolong kami memasak” Mummy Kasih pula bersuara. “Sama-sama,pertolongan kecil je tu” kata ibu Lin sedang mengelap meja dengan merendah diri. Itu yang membuatkan Kasih menyanjungi keluarga Lin. Kaya dengan sopan santun dan merendah diri. Beruntung kawannya Lin. Semoga ini permulaan yang baik untuk keluarga kasih. Teringat Kasih bait-bait lagu penyanyi terkenal Datuk Jamal Abdillah

 

 

Kasihnya ibu

Membawa ke syurga

Kasihnya saudara

Masa berada

Berkorban raga

Rela binasa

Berkorban nyawa

Tanda kasihnya

Kasihnya ayah

Sanggupkah berpisah

Dan kasih anaknya

Berkorban nyawa

Biar pun jiwa

Akan tersiksa Ikhlas dan rela

Asal kau bahagia

 

                                                                                

                                                                                  

           

 

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.