Home Cerpen Cinta PENGANTIN LARI ??
PENGANTIN LARI ??
Jiwa Jingga
7/5/2019 11:18:11
8,830
Kategori: Cerpen
Genre: Cinta


KELIHATAN Tok Kadi telah sedia bersama pengantin lelaki dimeja yang disediakan untuk Majlis Akad Nikah Reen dan Lan yang dihias cantik dan sederhana di salah satu bilik di sebuah Resort.

“Boleh panggilkan pengantin perempuan turun “ Tok Kadi bersuara.

Selepas 10 minit, tiba-tiba kecoh kedengaran suara

“Pengantin perempuan tiada di bilik, puas saya mencari. Ada sesiapa yang nampak?” kata  Mak Andam mulai cemas.

“Allahu Akbar, Macamana boleh jadi macam ni, Zana”

Pertanyaan bapa pengantin kepada mak pengantin.

“Entahlah Abang, saya pun tak tahu kenapa jadi macam ni,sedangkan sepanjang persiapan Reen ok je, tiada sebarang perubahan yang saya nampak”.

“Awak ke mana tadi.?.” Tanya bapa Reen Encik  Ghaffar kepada mak andam dengan lembut.

“Saya ke kereta, mencari barang saya tertinggal. Bila saya ke bilik Reen semula, dia telah tiada.Puas saya cari” Bapa Reen segera mencari Lan.

“Apa sebenarnya yang berlaku Lan, awak tahu apa-apa tak?”soalan bapa Reen benar-benar menjadikan Lan pucat dan cemas.Sedangkan dia sendiri tak pasti dengan apa yang berlaku.

“Malam tadi ada Reen tanyakan berkenaan persiapan majlis,tetapi itu sahaja yang kami bualkan . Bersembang pun sekejap sahaja.” jawab Lan pendek dan yakin,

“Saya pasrah dengan apa yang berlaku, walaupun saya benar-benar sedih Pak Cik, kalau macam tu saya dan famili balik dulu, berapa lama lagi perlu kami tunggu”

Lan mulai gelisah  

“Kalau ya pun, boleh makan dulu sebelum balik” kata bapa Reen.

“Tidak mengapa, itu tidak penting. Yang penting adalah situasi Reen sekarang ni.” Balas Lan.

“Saya mohon maaf atas segala apa yang berlaku”, Ghaffar bersalaman dengan Taib, bapa kepada Lan.

“Biar mereka selesaikan segala permasalahan mereka, bagi mereka masa. Jika ada jodoh mereka tentu tak ke mana” Taib menenangkan Ghaffar yang nampak resah gelisah.

 

Kelihatan Lan dan rombongan beredar menaiki kereta masing-masing.

“Berat dugaan kita Zana” Ghaffar memandang ke arah Zana.

“Betul apa yang dikata oleh Taib, kita beri masa dan ruang untuk Reen”

Kata Zana sambil memimpin suaminya yang lemah ke arah khemah untuk makan. Kelihatan ramai saudara-mara di khemah sedang makan dengan masing-masing masih terkesan dengan apa yang berlaku.

“Ya Allah, kau mudahkanlah urusan kami sekeluarga. Tabahkan hati suamiku”

hati kecil Zana berkata-kata.


“Masya Allah Reen…dah kenapa kamu ni” Shirin cemas. Kawan kepada Reen. Shirin yang sedang bersiap-siap ke majlis akad nikah Reen terkejut melihat Leen muncul depan pintu rumah sewanya dengan baju nikah yang semua telah lengkap dan siap didandan.

“Masuk dulu, nanti esok lusa aku cerita”

Reen segera masuk. Takut-takut kalau ada pula jiran Shirin yang nampak.

“Cerita sekarang, aku nak dengar” Shirin mendesak dengan penuh tanda tanya dan tegas.

 “Kau tak kesian ke kat mak ayah kau Reen?” Shirin pula yang rasa bersalah.

“Susah dan berat sekali perasaan yang aku tanggung, mestilahaku kesian” Balas Reen.

”Kalau kesian, kenapa buat macam ni?” Shirin bersuara lagi.

“Kau tahukan apa terjadi pada aku, bila Iqbal tinggalkan aku dulu” Reen memulakan ceritanya.

“Aku tidak dapat menerima kenyataan, apatah lagi dia telah pun berkahwin dengan Rita”

“Ok, ok itu aku tahu” sahut Shirin.

“Aku masih belum dapat melupakan Iqbal..” sambung Reen lagi.Tatkalai tu kelihatan mata Reen mula berair.

 ”Aku rasakan pernikahan ini tidak adil buat Lan,  aku berupaya menjaga hatinya”.

”Tapi Lan benar-benar cintakan kau dan dia banyak bersabar dengan kau” bersungguh-sungguh Shirin.

”Aku perlu lebih masa,,”spontan Reen menjawab. 

“Apa pun kau perlu berdepan dengan Lan, terangkan segala-galanya” .

“Ya aku sendiri akan berdepan dengannya cuma aku perlukan masa dan kekuatan” Reen mengesat airmatanya yang berlinang.

”Boleh ke aku tumpang rumah kau sementara ni?” Tanya Reen.

“Duduklah selama mana kau nak Reen. Aku sentiasa ada bersama kau”

Reen memeluk kawannya itu.

“Dah, jangan sedih-sedih…..aku pergi masak jap. Mesti kau pun laparkan?” Tanya Shirin.

”Emmmm…..”balas Reen.

“Kau rehatlah dulu, tenang-tenangkan fikiran. Masuklah bilik hujung tu. Nasib baik aku baru je kemas bilik tu malam tadi. Macam tahu-tahu je kau nak datang”  seloroh Shirin dengan senyum.

 

Reen menuju ke bilik yang ditunjukkan oleh Shirin.

“Apa yang perlu aku buat, aku perlu beranikan diri menerangkan apa yang terjadi pada mak, abah dan Lan” hati kecil Reen berkata Reen berfikir-fikir sambil tangannya membuka beg pakaian dan mengemasnya. Beberapa novel kegemarannya juga dibawa.

”Bosan-bosan boleh baca balik novel ni” hati Reen berkata.Reen telah mengambil keputusan berhenti kerja semasa sibuk membuat persiapan perkahwinannya. Nampak gaya berkurunglah aku dalam rumah Shirin ni, kerja pun tiada. Bisik hati kecil Reen. Reen keluar ke dapur semula menuju ke arah Shirin.

”Aku kena cari kerja, sebab aku sendiri tak pasti berapa lama nak duduk rumah kau ni” Reen berterus terang

 “Boleh tak jangan risau pasal tu, setakat kau sorang, makan dan minum aku boleh tolong lah” balasShirin.

“Kau memang baik, untunglah aku dapat kawan macam kau”  puji Reen tersenyum-senyum. Shirin yang dikenali sejak sekolah menengah memang sentiasa bersama Reen semasa dia susah dan senang. Walaupun agak pendiam dan tegas, namun Reen selesa dengan sikapnya. 

“Kau sambunglah masak balik, aku ke bilik, masak sedap-sedapye Chef” seloroh Reen sambil menuju semula ke bilik meninggalkan Shirin  yang sibuk menyiang ikan cencaru.

“Baik Madam” Shirin membesarkan matanya ke arah Reen.

            “Sebulan lebih dah aku duduk sini” bisik hati Reen. Dicapainya telefon bimbit lalu diasegera mencari no telefon bimbit ibunya.

“Ma, Reen ni” Reen menyapa mamanya.

 “Alhamdulillah…syukur,akhirnya Reen call juga Mama. Ma banyak kali hubungi Reen tapi tidak dijawab.Mama sentiasa doakan Reen sentiasa sihat dan tabah hadapi semua dugaan ni”

Kedengaran suara mamanya yang tenang tetapi nada begitugembira.

”Mama faham perasaan Reen, amiklah masa berapa lama pun untukReen tenangkan diri” suara Mama benar-benar menyentuh hati Reen.

“Maafkan Reen Ma,..Reen tak patut buat Mama begitu” Reenmenyesal.  

“Jangan begitu, apa yang berlaku tentu ada hikmahnya” Reenmengesat air mata mendengar mamanya begitu tabah.

“Bila nak balik ni?, Papa pun rindu Reen”

 ”InsyaAllah Ma, dalammasa terdekat Reen balik, Mama jangan risau”

“Ada tak Reen contact Lan” soal Mamanya.

“Belum lagi Ma…InsyaAllah, nanti Reen call dia” balas Reen.

“Dia selalu call Papa tanyakan khabar, datang sini jengok mama dan papa, Dia seorang yang baik Reen” balas Mamanya. Berlinang lagi airmata Reen mendengar luahan hati Mamanya.

“Ya, Reen tahu Ma…” jawab Reen. Perlukah aku ego sebegini,sedangkan dia setia menanti aku. Hati reen berkata-kata lagi. Tidak salah jikaaku menerima dan belajar menyayangi dia apatah lagi mama dan Papa senang dengan tingkahlaku dan budi pekerti dia”….laju lagi air mata Reen mengalir.

”Reeen..Reen ok ke” terngiang-ngiang suara Mamanya.

 “Ok Ma…” balas Reen

”Nanti Reen call lagi, sampaikan salam kepada Papa”.

“InsyaAllah Reen, Mama sampaikan nanti” seakan Mamanyamemahami perasaan Reen ketika itu.

Reen termenung seketika mengenangkan kembali perbualannya dengan Mamanya. Walaupun dia gembira dapat menghubungi mamanya, dia masih ada satu lagi misi iaitu untuk menghubungi Lan. Bagaimana perasaan Lan sekarang,mesi dia terluka dan mahukah dia memaafkanku, suara hati Reen. Perasaan bersalah menyelubungi Reen.

Reen teringat kisah antara Reen, Iqbal dan Lan. Semua bermuladi kampus, Kasih antara Reen dan Iqbal terputus akibat Iqbal menduakan Reen.Dalam diam-diam dia berkawan baik dengan Kina. Kina belajar di sebuah KolejSwasta di Damansara.. Apabila mendapat tahu kisah mereka, Reen dan Iqbal perangbesar, Reen telah memutuskan hubungan mereka walau sebagai kawan sekalipun.Hatinya benar-benar terluka.

Sejak itu Reen tidak pernah mengambil tahu apa-apa perkaraberkaitan Iqbal. Apatah lagi menyebut namanya. Kala itu yang sedia menjadipenasihat dan pemberi kata-kata semangat adalah Shirin dan Lan. Dari situlah Reenmula rapat dengan Lan.

Lan lah tempat Reen meluah rasa marah kepada Iqbal.

Lan pendengar  dankawan yang baik.

Dia nekad menerima apa sahaja tanggapan Lan ke atasnya,laludicapainya telefon bimbit dan menghubungi Lan.

”Reen ke tu? Apa khabar?” pertanyaan Lan meleraikan air mataReen.

Mengapa aku mesti merasa begitu, sedangkan aku sendiri yangmenghancurkan segala-galanya.

Semua berpunca dari aku,

 “Reen?”…Lan masihmenunggu.

”Lan,….maafkan Reen, Reen yang bersalah. Leen terlalu ikutperasaan sampai menyakitkan hati semua orang” Reen memulakan bicara.

“Aku patut buka pintu hati seluas-luasnya buat Lan, bukanbuka pintu sebelah..hmm…..” hati Reen berkata-kata lagi.

 “Boleh kita jumpa?”Tanya Lan

“Kita jumpa di Restoran biasa……….Anis” Teringat Reen kepadanasi lemak yang sedap di restoran tersebut.

Seperti yang telah dirancang, Lan dan Reen bertemu setelahhampir 2 bulan mereka tidak berhubung melalui telefon. Kelihatan kelibat Lanmasuk ke Restoran, dari jauh Reen memerhatikannya.

”Lama dah tunggu” sapa Lan

 “Baru je” sahut Reen.

“Reen dah orderkan teh Tarik dan nasi lemak kegemaran Lan’sambung Reen sambil tunduk.

“Terima kasih Reen ‘  kataLan

 Perbualan bermulaKelihatan Reen dan Lan rancak bercerita setelah kian lama mereka menghilang

“Baru-baru ni ada terserempak dengan Iqbal, menghantaristerinya ke klinik” ayat yang terkeluar itu menunjukkan rakannya itu bahagiadisamping isterinya.

“Lupakan dia Reen…dia bahagia sekarang, doakan yang terbaikwalaupun pahit” kata Lan.

Reen sedar dia terlalu mengikut perasaan, sehingga menyakitiperasaan orang lain sambil berkata.

“Reen cuba Lan…InsyaAllah Reen cuba”

“Terima Lan kembali, Reen. Lan akan berusaha menjadi yangterbaik buat Reen”

Mata Lan memandang tepat ke arah Reen.

Kata-kata itulah yang membuatkan Reen selesa berkawandengannya, Lan memang seorang yang baik. Malah dia juga baik dengan mak danayah Reen.

“Reen tidak boleh Lama, dah janji dengan Shirin untuk keluarmembeli barang dapur”

“Ada masa kita jumpa lagi”

Reen  mengeluarkan begduit nya dan mengeluarkan sehelai wang berwarna oren.

“Tak pe Reen, kali ni biar Lan yang belanja. Simpan duit itu”

“Terima kasih Lan” Reen memasukkan kembali beg duinya danmemohon diri untuk balik berjumpa Shirin.

Reen melangkah laju, sebak rasa hatinya. Tak sanggup diaberhadapan dengan Lan. Kesal dengan apa yang berlaku.

Shirin telah sedia menunggu Reen di hujung jalan..

Sebaik Reen membuka pintu kereta.

“Macamana Reen…..Lan sedia terima Reen balik?”

“Malulah aku Shirin…dah buat macam tu pada orangnya, Ada hati nak suruh dia terimaaku semula”

“Belum cuba belum tahu” Shirin memecut keretanya.

Shirin berharap sangat Lan dapat memujuk kembali kawanbaiknya itu.

“Sampai masanya kau lupakan sejarah lepas, buka buku baruReen”

Tegas Shirin bagi memastikan kawannya benar-benar bahagia.

Shirin terpaku, macam-macam bermain di kepalanya. SemogaAllah memberikannya pilihan yang terbaik. Ya isytiharah.

 

TAMAT.  

 

 

 

 

 

 

 

 

  

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.