Home Cerpen Islamik Dalam Bingkai Mahabbah
Dalam Bingkai Mahabbah
Isha Idiaz
15/11/2012 12:41:12
2,562
Kategori: Cerpen
Genre: Islamik

Cerpen : Dalam Bingkai Mahabbah

Oleh : Isha Idiaz

*****

BUNYI deringan telefon membuat aku tersedar daripada lamunan dan memaksa aku untuk menapak menuju ke meja belajarku. Di situlah aku mengambil telefon bimbitku lalu aku melihat nama yang tertera di skrin.

‘Ummi…’ bisik hati kecilku. Jarang sekali ummi mahu menelefonku melainkan jika ada hal penting berkaitan keluarga. Maklumlah, aku di Mesir sekarang ini. Jadi kos untuk menelefon aku bukannya murah.

Aku menekan butang menerima panggilan. Dan serta-merta aku mendengar suara ummi memberi salam di hujung talian.

“Waalaikummussalam ummi,” jawabku penuh hormat.

Entah kenapa tiba-tiba dada aku berdebar. Aku takut jika apa yang ummi akan khabarkan kepadaku sebentar lagi adalah musibah yang menimpa keluarga. Sempat aku berdoa di dalam hati agar Allah melindungi kami sekeluarga daripada sebarang musibah.

“Fah sihat ummi,” ujarku apabila Ummi bertanya keadaanku di sini.

“Fah, ummi nak beritahu sesuatu pada Fah,” ujar ummi. Suara ummi kedengaran gembira. Jadi, dapat aku simpulkan, khabar yang akan di bawakan oleh ummi sebentar lagi adalah khabar gembira.

“Apa dia ummi?” Aku bertanya inginkan kepastian. Dadaku masih berdebar walaupun debarannya tidak sehebat tadi.

Gelas yang kupegang terlepas daripada tangan apabila mendengar penjelasan daripada ummi tadi. Aku tidak tahu bagaimana mahu mengungkapkan rasa yang aku alami kini. Mulutku seakan-akan terkunci untuk berbicara dengan ummi.

“Fah dengar tak apa ummi cakap tadi?” soal ummi apabila aku mendiamkan diri beberapa minit dan tidak memberi respon kepada kata-katanya.

“Fah dengar ummi,” ujarku lirih. Entah kenapa hatiku tiba-tiba sebak. Seharusnya itu sebuah khabar gembira buatku. Namun jauh di sudut hati aku merasakan sebuah kehilangan.

“Baguslah kalau Fah dengar. Abah dah balik tu. Ummi nak sambut abah dulu,” ujar ummi dengan nada yang masih ceria.

“Baiklah ummi. Sampaikan salam Fah untuk abah.”

“Waalaikummussalam,” jawabku sebelum memutuskan talian.

Terasa kakiku tidak kuat untuk berdiri saat itu. Aku terjelepuk di atas lantai. Entah bila air mataku jatuh ke pipi.

*****

Lima hari yang lalu…

JENDELA YM aku biarkan terbuka seperti selalu jika aku online.Pantas bibirku mengukir senyum apabila melihat nama yang satu itu. Hazirah. Pantas juga jari-jemariku mengarah ke nama itu dan setelah aku menekan dua kali pada nama itu, muncul sebuah layar lain dengan latar belakang daun-daun maple yang sedang berguguran. Seiring itu juga, jari-jemariku pantas menekan beberapa butang di papan kekunci membentuk sebuah icon. Lalu kutekan butang enter dan muncullah sebuah iconsmiley pada jendela bernama Hazirah tadi.

Huzaifah : ^_^

Huzaifah : Assalammualaikum wbt.

Selang beberapa minit kemudian, pesanan aku tadi berbalas. Dan makin lebar senyuman di bibirku saat itu.

Hazirah : ^_^

Hazirah : Waalaikummussalam wbt.

Hazirah : Ya, kenapa abang? Abang tak sihat ke?

Itulah soalan lazim Hazirah jika aku yang memulakan perbualan. Bakal doktor yang cukup dedikasi. Apa-apa pun mesti tanya aku sihat ke tidak. Padahal kalau ikut logis akal, orang tak sihat tak adalah boleh online.

Huzaifah : Alhamdulillah abang sihat. Cik doktor tak payahlah risau ya.

Huzaifah : Hazirah sihat?

Dan beberapa saat kemudian Hazirah membalas pesananku.

Hazirah : Aaa. Ingat tak sihat. Saya sihat. Alhamdulillah.

Aku tersenyum sekali lagi. Perkataan kegemaran Hazirah adalah aaa. Aku cuba membayangkan bagaimana memek mukanya setiap kali dia menyebut ayat itu. Dan setiap kali aku membayangkannya, pasti aku akan ketawa.

Huzaifah : Rasa berdebar-debar nak lalui hari-hari mendatang.

Huzaifah : Rasa semakin berat tanggungjawab yang terpaksa dipikul.

Huzaifah : Yang pastinya, kita terpaksa meraikan semua orang.

Aku menunggu respon daripada Hazirah.

Hazirah : Emm… Lain macam je bunyi.

Hazirah : Abang ada apa-apa ke nak beritahu?

Dan seperti biasa, respon daripada Hazirah tidak pernah menghampakan aku. Dan aku tiba-tiba rasa mahu mengusiknya seperti selalu.

Huzaifah : Mesti laa…

Huzaifah : Sebenarnya…

Sengaja aku berjeda di situ untuk memancing Hazirah bertanya. Supaya konsentrasinya kepada aku lebih saat itu.

Hazirah : Sebenarnya apa abang?

Hazirah : Ades, buat orang nervous pulak.

Aku sudah dapat mengagak itu yang akan dikatakan oleh Hazirah. Hazirah adalah orang yang kurang sedikit tahap kesabarannya.

Huzaifah : Sebenarnya, dragon ball ada tujuh biji kesemuanya.

Dan aku sudah tertawa.

Hazirah : Ades. Belasah karang.

Sudah kuduga Hazirah akan mengeluarkan ayat itu.

Huzaifah : Hazirah tahu tak, lepas hari raya hari tu…

Huzaifah :Ada seorang adik tu, dia selalu tegur abang dekat fb...

Huzaifah : Awal-awal tu abang tak perasan lagi.

Huzaifah : Tapi bila abang tak balas dia punya message tu dia pm message dekat inbox.

Huzaifah : Dia minta maaf la bagai sekian-sekian. Abang pun beritahulah, tak sempat nak respon message-message dekat inbox.

Huzaifah : Abang beritahu dia, semua rakan-rakan fb yang biasa berhubung tu, abang dah anggap macam adik bradik dah...

Huzaifah : Cuba Hazirah teka apa respon dia?

Dan sebentar kemudian Hazirah membalas kembali.

Hazirah : Entah~

Hazirah : Dia cakap dia suka dekat abang?

Senyuman aku ukirkan di bibirku.

Huzaifah : Dia cakap… "adik je"?? ^_^

Huzaifah : Lepas tu dia terus senyap sampailah hari ni...

Serasa lega sedikit hatiku dapat meluahkan masalahku kepada Hazirah.

Hazirah : Haha. Abang heartbreaker.

Hazirah : Nak bebel kejap dekat abg.

Hazirah : Abang pun satu dok melayan. Kadang-kadang oversampai orang boleh salah sangka.

Hazirah : Sedangkan abang dengan adik-adik kandung abang sendiri abang tak treat macam tu. Kenapa dengan yang tak kandung abang nak treat lebih-lebih?

Hazirah : Memanglah orang akan terasa. Dah nama pun hati perempuan tu lembut. Cepat jatuh cinta. Yang pergi usik hati orang siapa suruh?

Hazirah : Aish~ Rasa nak belasah abg.

Huzaifah : ^_^

Hazirah : Cuba belajar sikit hargai perasaan orang.

Hazirah kalau sekali dah membebel rasanya kalah ummi. Begitulah Hazirah yang aku kenal.

Huzaifah : Nak kena letak harga ke? Hehe.

Huzaifah : Susahlah Hazirah...

Hazirah : Benda ni tak susah. Abang je yang bagi susah. Hazirah bagi contoh ya.

Huzaifah : Okey.

Hazirah : Abang selalu care dekat perempuan. Macam Hazirah ni ha. Nak habis YM abang mesti cakap jaga diri baik-baik. Kalau Hazirah macam budak tu, mesti Isha rasa, owh.. abang ni sayang dekat aku.

Hazirah : Kalau tiap-tiap kali YM abang cakap macam tu, tak ke lama-lama kalau tak suka dekat abang pun boleh jadi suka?

Baru hari ini aku sedar apa yang aku buat selama ini boleh membuat orang lain salah sangka. Itupun apabila Hazirah yang menyedarkan aku.

Huzaifah : Ooo begitu…

Dan Hazirah terus dengan bebelannya.

Hazirah : Cuba buat biasa je. Ni buat luar biasa. Memang la akan jadi luar biasa juga.

Hazirah : Lagi satu contoh.

Hazirah : Abang bolehlah Hazirah kategorikan sebagai lelaki idaman setiap perempuan. Agama mantap, hafiz, muka boleh tahan, baik budi pekerti. Siapa yang tak nak?

Hazirah : Jadi, bila abang sentuh isu-isu cinta dan yang luar daripada kebiasaan, confirmperempuan tu akan perasan yang abang suka dekat dia.

Hazirah : Otak dia akan set, takkan abang ni yang molek agamanya akan cakap benda-benda macam ni dekat aku kalau dia tak serius. See?

Hazirah : Persepsi perempuan tak sama pada lelaki. Cuba kalau yang cakap hal cinta tu adalah playboy, otak mereka akan set, alah, lelaki ni dengan perempuan lain pun dia akan cakap benda macam ni juga. Bukan dengan aku je. Jadi dia tak sempat nak perasan. Common senselah abang.

Huzaifah : Cuba Hazirah terangkan 'isu2 cinta dan yang luar daripada kebiasaan'.

Huzaifah : Yang ni tak berapa nak faham sikit...

Hazirah : Macam mana ya. Macam dengan Hazirah kan cuti hari tu, abang asyik tanya je Hazirah dah jumpa orang tu ke belum. Abang suruh Hazirah ambil gambar dan bagi abang cemburu.

Hazirah : Ha, benda-benda ni kan memicu perempuan tu untuk fikir, ‘Eh abang ni cemburu ke kalau aku keluar dengan lelaki lain? Dia suka aku kot?;

Hazirah : Soelakkanlah memicu rasa perasan dalam hati perempuan.

Dan sekali lagi aku rasa terpempam dengan contoh yang Hazirah berikan. Tiba-tiba rasa bersalah hinggap di hatiku.

Huzaifah : Yang tu saja je nak usik Hazirah.

Huzaifah : Memang tak boleh ya?

Hazirah : Cuba kalau Hazirah pun fikir macam perempuan tu. Kan jadi luar biasa benda tu.

Hazirah : Walaupun niat abang tu mengusik, tapi bagi Hazirah benda tu serius. Mungkin abang nak cakap yang abang cemburu tapi abang tak nak Hazirah rasa bersalah. Jadi abang gunakan kiasan. Boleh je Hazirah nak fikir macam tu.

Hazirah : Jangan expect orang akan faham apa yang kita cuba sampaikan. Tapi anggap dia tak tahu apa-apa supaya kita lebih berhati-hati.

Huzaifah : ^_^

Huzaifah : Difahami.

Huzaifah : Terima kasih atas pencerahan.

Dan setelah itu, aku duduk merenung ke luar tingkap. Memikirkan setiap kata-kata yang ditulis oleh Hazirah tadi. Mungkin gadis itu kecewa. Atau adakah gadis itu mencintai dirinya? Ah, dia sendiri tidak tahu perasaannya pada gadis itu.

*****

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.