Home Cerpen Fantasi Gergasi Besi
Gergasi Besi
I-NeKo (INK)
2/12/2018 04:37:24
1,505
Kategori: Cerpen
Genre: Fantasi

Gergasi Besi

     

        Bandar aku musnah , di tengah – tengah bandar , satu pertempuran yang belum pernah aku lihat menjadikan suasana lebih kacau. Semuanya berlaku dengan sekelip mata, satu Gergasi Besi sedang bertarung bermati – matian dengan satu lagi gergasi yang seakan manusia,tetapi ia lebih menggerunkan , seakan campuran mahkluk dari pelbagai spesis dicampur adukkan menjadi satu mahkluk seakan manusia dari tubuh badannya terdapat ciri haiwan yang boleh aku kenal seperti lelabah, harimau, kerbau,buaya, gorila ,dan babi. Tetapi jika hendak menyebut selebihnya , campuran spesis yang digunakan amatlah banyak. Gergasi Besi yang bertarung seakan terdesak.Aku hanya mampu lari menyelamatkan diri dari malapetaka yang sedang menimpa kini.

 

VVUuuuummmm…!!!

Satu sinaran laser dari Gergasi tepat mengenai  Gergasi Besi, menyebabkan lengan Gergasi Besi putus .

“%^$!!!!!” Ia seakan meraung kesakitan , hati aku seakan sedih melihatnya,tetapi apa yang mampu aku lakukan?, aku hanya manusia,dibandingkan dengan pertarungan gergasi ini kekuatan aku bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan, pertama kali aku merasakan betapa tidak bergunanya kudrat ini, pertama kali aku rasakan sesuatu yang di panggil putus asa.

“*^%$&!!!!” ia meraung lagi.

“Aarrrggghhh…….!!!!” Aku meraung , raungan yang tidak membawa makna mengikut apa yang aku rasa. Tetapi , bukan pada Gergasi Besi , iabangkit segera . Keluar serpihan besi dari belakang badannya. Serpihan tersebut kemudian bertebangan mengelilinginya dan membentuk satu senjata ikonik setiap wira dalam kebanyakan fantasi dan realiti . Pedang, melihat dari rupa pedangtersebut ia merupakan sebuah katana, sebuah pedang jepun yang dikatakan sebagai pedang terkuat dalam sejarah manusia, ia dikatakan bukan sahaja mempunyai ketahanan yang menakjubkan, malah ketajaman yang luar biar biasa. Walau hanya bertangan satu Gergasi Besi seakan tidak menghiraukannya. Serpihan ,minyak,cecair,dan banyak lagi bahagian dalaman Gergasi Besi jatuh dan keluar dari lengannya yang putus.

“Berusaha……!!!!” jerit aku terdesak , kini aku berada diatas puncak pencakar langit yang masih bertahan. Seakan ia  mendengar apa yang aku katakan , ia terus merempuh Gergasi tersebut sebelum memotong sebahagian  dari anggota badannya. Muncul secara mendadak bebola – bebola api dihasilkan oleh gergasi tersebut , tetapi berjaya ditahan oleh Gergasi Besi dengan mengembalikan pedang katananya menjadi serpihan yang bertindak sebagai perisai , tetapi perisai tersebut segera bertukar menjadi butiran abu dan hilang ditiup angin , menunjukkan betapa kuatnya serangan  Gergasi tersebut .

Gergasi Besi tidak mengambil masa yang lama untuk menghasilkan satu lagi katana sebelum melangkah besar sekali lagi untuk menamatkan hayat Gergasi tersebut.

Tiada amaran atau tanda bahawa Gergasi tersebut akan mengeluarkan satu lagi serangan‘maut’,terbang , dan meningkatkan lagi kuasanya . Jangkaan itu segera berubah selepas satu lagi lengan Gergasi Besi secara tiba – tiba  berkarat, mereput dalam kadar yang luar biasa, Gergasi Besi sepantas kilat bertindak memisahkan bahagian lengannya yang berkarat.

Gergasi kemudian bertindak dengan membuat lebih banyak bebola dan terbang ke langit, lebih tinggi dari awan sebelum menjunamkan semuanya kebawah seumpama meteor .

Segalanya kembali menjadi huru – hara.

Aku terjatuh.

“Ahhh….. inilah padahnya berada di tempat merbahaya ketika keadaan memang sudah cukup darurat . Aku akan mati ke?.” Monolog aku dalam keadaan pasrah, memejamkan mata mengharapkan kematian yang pantas walau hakikatnya kematian itu amatlah berat rasa seksa.

CRASH…….!!!!!!!

………

……………

!?

“Kenapa?, kenapa ? kau lakukan semua ini …KAU DAH HILANG KEDUA BELAH LENGAN KAU, DAN KAU TETAP BERLAWAN !?,KENAPA!?, apa yang engkau akan dapat?!, cukuplah tu!!!!!   “ rupanya Gergasi Besi telah menyelamatkan aku bukan sahaja itu, malah ia bertindak menghadang serangan dari gergasi untuk aku sehingga keadaannya kelihatan sangat menyedihkan.Aku meraung….sekali lagi..

[Tiada sebab untuk kita menyelamatkan seseora-]

BOOMBOOMBOOM!!!!!!

“…….!!!!!!”Raungan tanpa suara bergema ditengah – tengah ledakan bebola Gergasi yang sekali lagi dilepaskan dari langit yang tidak tergapai oleh aku.

Gergasi Besi Bangkit untuk sekelian kalinya , mengeluarkan kembali serpihan – serpihan besi dari belakang badannya membentuk lengan ,perisai , sayap dan bentuk yang baru sebelum terbang kelangit meneruskan kembali pertarungan yang tiada hentinya…

…….

Sepi , aku hanya berdiri disitu sebelum satu kesakitan dikepala menyerang membangunkan aku dari mimpi panjang…

“hm.. macam dah terlalu panjang sahaja cerita ni, well... if I feel like doing it , maybe. but this is it for now.. ada masa aku akan sambung…”

 

TO BE CONTINUE

YES.         NO.|

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh I-NeKo (INK)